The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sapiq Laa, 2020-02-21 12:41:26

Buku Program 5.8x8.3inch 3

Buku Program 5.8x8.3inch 3

Salam sejahtera,

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan rasa kesyukuran kerana diberikan peluang untuk
menyampaikan sepatah dua kata sempena Majlis
Makan Malam Amal dan Pelancaran Hall-thon SMK
Damansara Jaya 2020. Syabas dan tahniah kepada
PIBG SMK Damansara Jaya dan Jawatankuasa
Pelaksana Majlis Makan Malam Amal SMK Damansara
Jaya 2020 dan semuawarga SMK Damansara Jaya yang telah
bertungkus-lumus untuk menganjurkan majlis yang penuh bermakna ini.

Saya mewakili pihak sekolah ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan warga SMK Damansara Jaya yang
tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada sekolah demi kepentingan
anak-anak di sekolah ini. Gandingan yang baik antara ibu bapa dan guru-guru
dalam menjayakan majlis ini telah menaikkan semangat semua pihak yang terlibat
untuk terus berkhidmat dan membangunkan SMK Damansara Jaya ke arah
kecemerlangan yang lebih tinggi.

SMK Damansara Jaya dan pihak PIBG mengadakan Majlis Amal Makan Malam
dan Pelancaran Program Hall-Thon bertujuan mengumpul dana bagi menampung
perbelanjaan naik taraf Dewan Sekolah dan lain-lain infrastruktur sekolah demi
kebaikan warga SMK Damansara Jaya. Ini merupakan hasrat PIBG agar ibu bapa
melibatkan diri dalam Sarana Ibu Bapa untuk membantu pembangunan prasarana
sekolah. Natijahnya sudah pasti perkara ini dapat mewujudkan suasana pembela-
jaran kondusif di sekolah. Sehubungan itu, PIBG menganjurkan Majlis Amal
Makan Malam dan Pelancaran Program Hall-Thon PIBG 2020 untuk mendapat-
kan sumber kewangan bagi membiayai projek naik taraf Dewan Sekolah. Naik
taraf kemudahan-kemudahan di Dewan Besar pasti akan member keselesaan
murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Sesungguhnya pihak ibu bapa
sentiasa mendukung keinginan pihak sekolah dan mengambil berat terhadap
keperluan murid dan pembangunan bakat murid dalam semua bidang.

Akhir kata, saya mewakili sekolah sangat berbangga dengan kerjasama yang erat
dengan Persatuan Ibu Bapa dan guru serta ibu bapa. Kejayaan Majlis Makan
Malam Amal dan Majlis Pelancaran Hall-Thon 2020 akan menjadi pemangkin
kepada warga sekolah untuk terus mencapai kejayaan dalam semua bidang.

Sekian, terimakasih.

(TEO BOON HWA)
Pengetua
SMK Damansara Jaya

Salam sejahtera dan salam perpaduan,

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua,
warga SMK Damansara Jaya yang terlibat dalam
merancang, mengelola dan melaksanakan majlis
ini. Ribuan terima kasih kepada semua hadirin dan
hadirat yang sudi melapangkan masa untuk mengh-
adiri dan turut sama menyumbang kepada pihak
sekolah untuk penambah baikan fasiliti Dewan SMK
Damansara Jaya disamping menikmati persembahan
pada malam ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan
menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap proses perkembangan
anak-anak di sekolah.

PIBG merupakan perantaraan yang paling berkesan untuk mengeratkan
hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti ibu bapa. Lantaran itu,
PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan
menjadi penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan sekolah.
Pihak ibu bapa perlu lebih prihatin dan tidak hanya harapkan peranan
kerajaan semata-mata. Oleh itu sebagai inisiatif sendiri pihak sekolah
dengan bantuan PIBG akan berusaha mengusahakan untuk memasang
pendingin hawa di Dewan SMK Damansara Jaya demi keselesaan
pelajar ketika menghadiri perhimpunan, aktiviti sekolah serta peperik-
saan di dewan sekolah. Sekiranya, ibu bapa tidak proaktif dalam
memperbaiki dan berkecimpung dalam perkembangan dan penambah
baikan sekolah terutamanya pembangunan infrastruktur yang selesa
untuk anak-anak, impaknya akan dirasai oleh murid-murid. Sesung-
guhnya, kecemerlangan dan kegagalan Pelaksana Fundraising
Campaign bukan terletak sepenuhnya kepada ahli Jawatankuasa dan
guru-guru sahaja malah juga bersandarkan sumbangan dan khidmat
bantuan daripada semua pihak.

Dalam kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada semua ibu bapa,
guru-guru dan PIBG sendiri supaya bersama-sama berperanan sebagai
penggerak, pelaksana dan penyumbang dalam menjayakan cita-cita
sekolah demi kepentingan setiap murid SMK Damansara Jaya teruta-
manya murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan. Ibu bapa yang
ingin memberikan sumbangan dalam apa jua aspek bolehlah berhubung
terus dengan pihak sekolah.

Akhir kata, saya juga ingin mengucapkan syabas dan terima kasih
kepada ahli-ahli jawantan kuasa pengelola majlis malam ini, guru-guru,
PIBG, ibu bapa, orang perseorangan serta murid-murid yang terlibat
dalam memberikan sumbangan serta meluangkan banyak masa dalam
menjayakan usaha ini.

Sekian, terima kasih.

(Sr N.K ThayalanKrishnasamy)
YDP PIBG

OBJEKTIF
Majlis Makan Malam Amal PIBG SMK Damansara Jaya ini
dilaksanakan bagi melancarkan kempen penjanaan dana
yang dipanggil “Hall-Thon SMK Damansara Jaya 2020” untuk
mencapai objektif-objektif berikut :
- Menambah dana tabung PIBG
- Memasang alat penyaman udara di Dewan Besar
- Menaik taraf akoustik dinding, pintu dan tingkap di Dewan Besar
- Menaik taraf bahagian foyer di depan Dewan Besar
- Menaik taraf kawasan di Pavilion sekolah
- Mewujudkan kerjasama antara warga SMK Damansara Jaya,
PIBG dan seluruh rangkaian komuniti setempat.

SASARAN
Hall-thon SMK Damansara Jaya bermatlamatkan kerjasama
antara pihak sekolah dan masyarakat setempat selaras dengan
dasar KPM “Sekolah Milik Masyarakat” untuk mencapai pungutan
sebanyak RM300,000.00 bagi menaik taraf prasarana sekolah
untuk menjalankan program-program sekolah dalam suasana
yang lebih kondusif.

objektif / sasaran

7:45 pm : Pendaftaran
Ketibaan Tetamu
Ketibaan Tetamu Kehormat

8:00 pm : Perarakan Masuk Perasmi dan Tetamu
Jemputan

Nyanyian Lagu Negaraku

Nyanyian Lagu Negeri Selangor

Bacaan Doa

Persembahan Pembukaan Gendang 24
Musim

Ucapan Alu-aluan
Puan Teo Boon Hwa
Pengetua SMK Damansara Jaya

Ucapan
Sr N.K. Thayalan
YDP PIBG SMK Damansara Jaya
Puan Stephanie Cheong
Pengerusi Jawantankuasa Majlis Pelancaran
Hall-Thon 2020 & Timbalan YDP PIBG DMK
Damansara Jaya

Ucapan Tetamu Kehormat
Yang Berhormat Puan Jamaliah bt Jamaluddin
ADUN Bandar Utama

Gimik Perasmian dan Persembahan Montaj

8:35 pm : Jamuan, Persembahan dan Cabutan Bertuah

10:45 pm : Majlis Bersurai

Penasihat : Puan Teo Boon Hwa
Pengetua SMK Damansara Jaya

Pengerusi Hall-Thon 2020 : Sr N.K Thayalan Krishnasamy
Yang Dipertua PIBG
SMK Damansara Jaya

Pengerusi Pelancaran : Puan Stephanie Cheong Ngee Fui
Hall-Thon 2020 Naib Yang Dipertua PIBG
SMK Damansara Jaya

Setiausaha PIBG : Puan Lim Fice Tine

Penyelaras Majlis : Puan Stephanie Cheong Ngee Fui
Puan Shahlawati binti Ali

:
Bendahari : Puan Ho Fung Chen

Timbalan Bendahari : Puan Winnie Lim

Pengurus Acara / : Encik Mohd Zulhanif b Mohd Haron
Pendaftaran / Persiapan Puan Norfatin Izzati bt Zamri

Tempat Puan Low Keng Lan
Puan Stephanie Cheong (PIBG)

Sambutan / Protokol : Puan Maizura bt Husin
Puan Noor Arbaiah bt Ismail
Puan Arniza bt Ab. Rashid
Puan Tuan Habibah bt Tuan Ali
Datin Noriani bt Selamat (PIBG)
Encik Mohd Khalid (PIBG)

Publisiti / Buku Program / : Encik Mohamad Shafiq b M. Yusri
Media Sosial Puan Illi Amila bt Mohd Yusof
Encik Eric Fernandez (PIBG)

Juruacara Majlis / Jamuan : Datin Farahnaz Aminy bt Jamaluddin
Jay Fernandez (Murid)
Zainal Azri bin Zainal Izlan (Murid)
Sr N.K Thayalan Krishnasamy (PIBG)
Puan Stephanie Cheong (PIBG)

Siaraya / Peralatan dan : Encik Baskar Narayanan
Kelengkapan Saw Wei Er (Murid)
Kendrick Foo Lok Tim (Murid)

Pembaca Doa : Encik Abdul Halim b Mohamed

Persembahan Multimedia : Encik Mohamad Shafiq b M. Yusri
/ Grafik / Hiasan Pentas / Cik Siti Azirah bt Abdul Rahim

Backdrop Encik Eric Fernandez (PIBG)

Persembahan Murid / : Puan Julie Afiza bt Abd Hamid
Alumni / Guru / Ibubapa Cik Noor Azmah bt Ahmad

Cik Siti Azirah bt Abdul Rahim
Cik Hau Lee Yee
Datin Noriani bt Selamat (PIBG)
Puan Emily Kee (PIBG)

Jualan Meja
- Korporat : Sr N.K Thayalan Krishnasamy (PIBG)
Datin Linda Ching-Cheang (PIBG)
Encik Louis Lim (PIBG)
- Ibu Bapa : Dr. M.Kalaivani (PIBG)
Datin Linda Ching-Cheang (PIBG)
Puan Emily Lee (PIBG)
- Alumni : Puan Stephanie Cheong (PIBG)
Puan Sharon Ng Boon Peng

- Guru / Murid : Puan Wong Siew Khee

Trafik & Keselamatan : Puan Yap Peng Peng
Encik Mohd Khalid (PIBG)

Meja Platinum / : Puan Sally Lim Swee Lian
Sumbangan Penajaan / Puan Tan Lee Yin
Hadiah Cabutan Bertuah Puan Lin Siew Goh

Cik Siti Noorzakiah bt Ramly
Datin Noriani bt Selamat (PIBG)
Datin Linda & Encik Kenny Low (PIBG)
Encik Azrin Firdaus (PIBG)

Dokumentasi / Fotografi : Puan Monica Choy
Encik Kenny Loh (PIBG)

Warga SMK Damansara Jaya dengan sukacitanya
merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan

dan terima kasih kepada:

Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin,
ADUN Bandar Utama

Puan Marpuaton Binti Sastero,
Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama

Cik Quratulain Atiqah Binti Norzahrul Anuar,
Ahli Majlis Negeri Zon 5

Penaja Korporat:
Perdana Park City Sdn Bhd
Dato’ Adrian Ching & family
Madam Chang Leng Leng

Tropicana City Bhd
Affin Hwang Asset Management Bhd

Rexit Software Sdn Bhd
Newfield Land Sdn Bhd
Laguna De Bay Sdn Bhd

Penghargaan kami yang paling mendalam kepada semua
penyumbang tunai dan ibu bapa yang telah memberikan

sokongan mereka dengan menaja para guru untuk
makan malam pengumpulan dana.
Penaja ditemui di URL berikut:

http://smkdj.edu.my/fundraiser


Click to View FlipBook Version