The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Aturcara Majlis Anugerah Cemerlang 2020 SMK Damansara Jaya
9 Oktober 2021
Sabtu
Microsoft Teams

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sapiq Laa, 2021-10-08 10:34:38

Buku Aturcara Majlis Anugerah Cemerlang 2020 SMK Damansara Jaya

Buku Aturcara Majlis Anugerah Cemerlang 2020 SMK Damansara Jaya
9 Oktober 2021
Sabtu
Microsoft Teams

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK

NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
YANG BERKUALITI UNTUK

MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

MOTO

BERILMU UNTUK BERJASA

1

KATA ALU-ALUAN
PENGETUA,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
DAMANSARA JAYA

Terima kasih kepada saudari Pengerusi Majlis.
Yang Berbahagia Encik Thayalan Krishnasamy, Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Yang Berusaha barisan Penolong Kanan,
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG,
Guru-guru,
Ibu bapa,
Serta anak-anak murid SMK Damansara Jaya yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Taala kerana berkat limpah kurnia-Nya dapat kita bersua dalam Majlis Anugerah Cemerlang Sijil
Peperiksaan Malaysia (SPM) 2020 ini. Kita sedia maklum bahawa majlis ini merupakan agenda tahunan sekolah yang merupakan satu medium
bagi pihak sekolah meraikan murid-murid yang menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri terutamanya dalam
SPM.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kecemerlangan modal insan dalam aspek akademik sahsiah mahupun kokurikulum membuktikan sekolah merupakan satu institusi yang
berwibawa dan berjaya. Justeru itu, segala kecemerlangan yang dicapai oleh murid wajar diberi pengiktirafan oleh pihak sekolah. Dengan
adanya Majlis Anugerah Cemerlang ini dapat menjadi motivasi kepada setiap murid untuk mencontohi atau mengulangi kejayaan yang sama
atau lebih baik pada tahun berikutnya.

Untuk makluman ibu bapa dan murid-murid semua, pencapaian peratusan lulus keseluruhan SPM di sekolah kita meningkat sebanyak 2.67 %
pada tahun 2020 iaitu 98.27 % berbanding 95.60 % pada tahun 2019. Jadi, tidak mustahil sekolah kita akan mencapai 100 % lulus untuk SPM
2021 ini meski dalam suasana pandemik yang serba mencabar ini jika jalinan kerjasama antara ibu bapa atau penjaga murid dengan pihak
pentadbiran sekolah serta guru-guru terus diperkukuh. Hal ini amat penting agar dapat melahirkan generasi yang cemerlang kelak kerana kita
sedia maklum bahawa peperiksaan SPM menjadi platform kepada seseorang melangkah lebih jauh waima dalam menyambung pembelajaran
atau mengorak langkah dalam pekerjaan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih PIBG yang merupakan tulang belakang sekolah, Encik Thayalan Krishnasamy
selaku Yang Dipertua PIBG, yang telah banyak menabur jasa, buah fikiran dan juga sumbangan bagi menjayakan pelbagai aktiviti serta
program sekolah. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberi komitmen dan pelbagai

sumbangan terhadap sekolah dan berganding bahu dengan guru-guru dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan,
berpengetahuan dan berkemahiran serta berwawasan. Murid yang berwawasan akan sentiasa berusaha dengan gigih untuk
menggapai cita-cita yang diimpikan kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Sekian, wabilahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

...............................................
(AHMAD EZZAT BIN ISMAIL)
Pengetua
SMK Damansara Jaya

2

KATA ALU-ALUAN
YDP PIBG,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
DAMANSARA JAYA

Terima kasih saudari Pengerusi Majlis,
Yang Berbahagia, Encik Ahmad Ezzat bin Ismail, Pengetua SMK Damansara Jaya,
Yang Berusaha, Puan Shahlawati binti Ali, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Sharon Ng Boon Peng, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Maizura binti Husin, Penolong Kanan Kokurikulum,
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,
Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Salam sejahtera.

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pihak Pengetua dan Ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Cemerlang pada tahun
ini kerana telah berjaya menganjurkan majlis yang menjadi agenda tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh anak-anak yang begitu optimis
dengan kecemerlangan diri masing-masing. Kita sedia maklum, situasi anak-anak kita berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya ekoran
pandemik Covid-19 yang melanda negara tetapi berbekalkan iltizam serta semangat yang kuat, mereka dapat mengharunginya pada Februari
dan Mac tahun lepas bahkan mendapat keputusan yang membanggakan.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Selaku ibu bapa, kami sentiasa menaruh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk membimbing anak-anak didik ke arah kejayaan yang
dicita-citakan. Kami berasa berbangga apabila saban tahun SMK Damansara Jaya menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang sekali gus
telah menaikkan semangat kami untuk terus bersama-sama sebagai warga sekolah ini. Saya meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada
barisan tenaga pimpinan dan pendidik di sekolah ini untuk terus berusaha dalam mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan pada masa
akan datang. Kami akan terus memberikan sokongan yang padu dalam merealisasikan hasrat tersebut. Permuafakatan yang baik pasti akan
membuahkan hasil yang lumayan bak kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

Hadirin sekalian,
Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam
pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu
kecemerlangan pelajar dengan bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti- aktiviti PIBG di sekolah ini. Saya juga ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid- murid yang akan menerima hadiah atas pencapaian mereka
dan diharapkan pencapaian tersebut tidak berakhir di sini. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Ingat, Sijil Peperiksaan Malaysia
(SPM) merupakan langkah pertama anda sebelum mengorak ke menara gading. Semoga kecemerlangan akan sentiasa menjadi milik SMK
Damansara Jaya dan kita sederap dalam usaha ke arah itu. Setinggi-tinggi penghargaan untuk pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan
Majlis Anugerah Cemerlang pada tahun ini.

Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa.

Dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa Melayu, bulan Oktober disytiharkan sebagai Bulan
Bahasa Kebangsaan. Saya dimaklumkan bahawa sekolah telah mengambil inisiatif menganjurkan pelbagai program untuk
menyemarakkan penggunaan bahasa Melayu dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid

SMK Damansara Jaya khususnya. Usaha yang dijalankan ini diharap dapat melestarikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kelas dunia yang praktikal dan realistik. Tanpa melengahkan masa, dengan sukacitanya, saya merasmikan Majlis Anugerah
Cemerlang serta melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat SMK Damansara Jaya 2021.

Sekian, terima kasih.

................................................
(THAYALAN KRISHNASAMY)
YDP PIBG
SMK Damansara Jaya

3

ATUR CARA MAJLIS

8.50 pagi : Tetamu masuk ke laman Teams
9.00 pagi : Montage dan Bingkisan Untuk Guru

Doa
Nyanyian:-
Lagu Negaraku
Lagu Negeri Selangor
Lagu Sekolah
Ucapan Alu-aluan En.Ahmad Ezzat Bin Ismail
Pengetua SMK Damansara Jaya
Ucapan Alu-aluan En.Thayalan Krishnasamy
YDP PIBG SMK Damansara Jaya
9.00 pagi : Persembahan:-
Koir Sekolah
Video persembahan aktiviti pembelajaran kohort 2020
Video Ucapan Form 5 kohort 2020
Nyanyian Solo Isabelle Sisoski
Tayangan video kelahiran semula Dewan Serbaguna SMKDJ
Penerima Anugerah:-
Video anugerah Kurikulum 7A, 8A dan 9A
Video anugerah Kurikulum 10A dan 11A
Video Anugerah Tokoh Inspirasi SPM 2020
Video Anugerah Tokoh Cemerlang SPM 2020
Video Anugerah Tokoh Terbaik SPM 2020
10.00 pagi : Majlis bersurai

4

ANALISIS
CALON 7A

DAN
KE ATAS

5

ANALISIS CALON 7A DAN KE ATAS

7A 1. LIM WEI ZHE 8. BELREEN KAUR GILL A/P KULJIT SINGH
2. MEGAT AZMAN BIN MEGAT EDRUS 9. CHAN LI HOONG
3. OOI ZHEN KA 10. JAROD SOO ZI HAO
4. CHOONG KAH TUNG 11. JODIE RENEE TAN
5. NG SIN LEE 12. HO HAO ZHE WILLIAM
6. TAN XUAN YOU 13. MAISARAH BINTI ARIFIN
7. VISAKGAAN A/L LOGANATHAN 14. MUHAMMAD IMRAN AHAMED SIDIQUE

8A 1. PANG YUAN YAO 10. CHERYL PHUN TSE YING
2. CHONG JONE JE 11. KELVIN NG HOE TAO
3. JEREMY NG SHENG-WEY 12. PIONG XIN LIN
4. LIM ZI XIN 13. JASON YONG TZE WEN
5. RAISA GAN YU LI 14. SUTEJRANJNA SUNATHAN A/L RAGUNATHAN
6. AMANDA CHAN KA YAN 15. ARYSSA SOFEA BINTI HAMSANI
7. KAMMALIKA GOPAL 16. JAY DANIEL FERNANDEZ
8. SAW WEI ER 17. NUR KHAIRINA SOFIYA BINTI ABDUL HAZREEN
9. ZAINAL AZRI BIN ZAINAL IZLAN 18. SURAJ ARAVIND SUKANTHAN

9A 1. SHREE RAVEEN SIVAGANTHAN 17. ANDREA YEO WEI YIN
2. ANDREA PERNG XIN YIE 18. JOY LIM LER YI
3. LIM TZE FONG 19. LEONG YUN BING
4. ADITYA A/L DINESH KUMAR 20. LIM YUE KIN
5. AKHIL KYSHEN LI SHEN FANG 21. LUM SHAYNA
6. CHONG JIA LIN 22. SHARIFAH NURDANIA BINTI SYED ZULIZHAR
7. LAETITIA MAE-VE TAN 23. THARINE JYO LIYN
8. LIM SU-LYN 24. YAP KAI LI
9. NG JYE ZIN 25. YIN WEI ERN
10. OH CHIEN YI 26. HUGO KHOO WEI PING
11. SHARENE ONG JIE 27. JOANNE SU XUE PING
12. SHARLIZE CHEE PEI YIN 28. KELLY FOONG MEI YEE
13. SWETHA VAGDEVI RENGASWAMY 29. LIN XIANG
14. TAN XIN MING 30. SIAH E-IAN
15. AMANDA LIM JIA YUE 31. VAISHNAVI MAYA VIJAYANDRAN
16. AMEERA RIHANA BINTI REMY ANSARA

1. KIRTTI KESAVAN THAYALAN 7. CHONG XIN YI
2. CHEW SUE JIE 8. GOH HUI QIN
3. CHIAM KAI LI 9. OH CHIANG RU
4. SOH ZOE LYNN 10. REBECCA HONG JINDING
11. YONG MOONG TI
10A 5. TEE HUI YING 12. LOOKESH
6. TEE KE JIA

11A 1. PAULE KEONG QI YAN

6

SENARAI
PENERIMA
ANUGERAH
CEMERLANG

2020

7

TOKOH INSPIRASI SPM
(ALL ROUNDER)

AKHIL KYSHEN LI SHEN FANG

8

TOKOH CEMERLANG SPM
(11 A)

PAULE KEONG QI YAN

9

TOKOH TERBAIK SPM
(10 A+)

SOH ZOE LYNN

10

AJK PELAKSANA AmNaUjlGisERAH

CEMERLANG
2020

Pengerusi Encik Ahmad Ezzat Bin Ismail
Naib Pengerusi Puan Shahlawati Binti Ali
Puan Tuan Habibah Binti Tuan Ali
Setiausaha Puan Ho Fung Chern
Penolong Setiausaha Cik Noor Azmah Binti Ahmad

Pengurus Majlis

Penyelaras Puan Nazima @ Binti Abu Naim

AJK Montaj / Moderator Cik Noor Azmah Binti Ahmad

AJK Banner / Buku Aturcara Encik Mohamad Shafiq Bin M. Yusri

AJK Video Pencapaian Murid Encik Muhammad Yusof Bin A. Muniran
Encik Abdul Munzir Bin Ismail

AJK Dokumentasi / Kertas Kerja Puan Tuan Habibah Binti Tuan Ali
Puan Nurul Hidayu Binti Zolkepli

AJK Persembahan Puan Julie Afiza Binti Abd Hamid

AJK Sijil Puan Amelia Adila Binti Mahadi
Puan Siti Asmah Binti Awang

Juruacara Puan Nurfatin Izzati Binti Zamri
Puan Julie Afiza Binti Abd Hamid

Pembaca Doa Encik Abdul Halim Bin Mohamed

AJK Teks Ucapan Cik Norazila Binti Awang

AJK Jemputan Murid SPM 2020 / Ibu Bapa Puan Lim Mui Lee

11

PENGHARGAAN

Warga SMK Damansara Jaya dengan sukacitanya merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
Encik Thayalan Krishnasamy
Yang Dipertua PIBG SMK Damansara Jaya
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG
SMK Damansara Jaya
Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Cemerlang
SMK Damansara Jaya

Semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
bagi yang menjayakan

AmNaUjlGisERAH

CEMERLANG
2020

12

“BERILMU UNTUK BERJASA”

Berilmu untuk berjasa
Itulah pegangan kita
Sekolah Menengah Damansara Jaya
Sentiasa maju dan jaya

Bersopan amalan kita
Berdisiplin bawa bahagia
Kebersihan dipasti juga
Beriman, berilmu kita berjaya

Prinsip Rukunegara
Jadi panduan semua
Pendidikan berguna
Untuk negara jaya

Mari kita berusaha
Jayakan segala cita
Jadilah rakyat setia berguna
Hidup kita jadi bahagia

13


Click to View FlipBook Version