The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT GURU BIL. 2
TAHUN 2023/2024
MAKLUM BALAS
SURAT PANGGILAN MESYUARAT GURU BIL. 3
TAHUN 2023/2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norzulaikha2183, 2024-01-30 11:51:40

MINIT MESYUARAT GURU BIL. 2 TAHUN 2023_2024

MINIT MESYUARAT GURU BIL. 2
TAHUN 2023/2024
MAKLUM BALAS
SURAT PANGGILAN MESYUARAT GURU BIL. 3
TAHUN 2023/2024

MINIT MESYUARAT GURU BIL. 2 TAHUN 2023 / 2024 MINIT MESYUARAT GURU BIL. 2 TAHUN 2023 / 2024 Tarikh : 22 Ogos 2023 Masa : 2.30 petang Tempat : Makmal ICT, SK Serting Ilir Kehadiran : 1. Encik Shaharom bin Sulaiman ANS, PMC (Guru Besar) 2. Puan Azarina binti Abd Aziz (PK Pentadbiran) 3. Puan Hajah Samsuria binti Ahmad (PK HEM) 4. Puan Rahimah binti Ismail (PK Kokurikulum) 5. Puan Zunita binti Zainal 6. Puan Ramnah binti Jaalam 7. Puan Zaleha binti Idris 8. Puan Goh Kar Yeang 9. Puan Nor Rahimi binti Abd. Razak 10. Puan Noor Azlina binti Zakaria 11. Puan Norshaifa Nadia binti Yaacob 12. Puan Siti Hadjar binti Hassan 13. Puan Norfazalah binti Abdul Maulud 14. Puan Noor Hanim binti Abd Latif 15. Encik Mohd Nasir bin Daud 16. Puan Nur Hanis binti Zainal Abidin 17. Puan Noor Hasnira binti Ramli 18. Cik Siti Norasiah binti Wahid 19. Puan Emy Amira binti Rositi 20. Puan Norzulaikha binti Mohd Noor SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING ILIR 72200 BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. Tel : 06-4985407 Fax : 06-4982951 Emel : [email protected]


1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke Mesyuarat Guru Bil. 2 Tahun 2023 / 2024. 1.2 Bacaan doa dipimpin oleh Encik Mohd Nasir bin Daud. 1.3 Setiausaha Mesyuarat Guru yang baharu iaitu Puan Norzulaikha binti Mohd Noor akan mengambil minit mesyuarat. Makluman 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas 2.1 Puan Norfazalah binti Abdul Maulud mencadangkan agar Minit Mesyuarat Guru Bil. 1 Tahun 2023 / 2024 diterima dan disahkan. 2.2 Puan Zunita binti Zainal menyokong cadangan untuk mengesahkan Minit Mesyuarat Guru Bil. 1 Tahun 2023 / 2024. Makluman 3.0 Perkara Berbangkit Tiada perkara berbangkit 4.0 Pembentangan Kertas Kerja / Isu / Laporan 4.1 Pengurusan Pentadbiran 4.1.1 Peratusan kewangan yang telah dibelanjakan setakat ini adalah sebanyak 75%. 4.1.2 Semua urusan pembelian dibekukan mulai hari ini bagi memberi ruang kepada Puan Rafidah binti Yaacob selaku Pembantu Tadbir, menyiapkan beberapa tugas penting sebelum beliau bersara pada tarikh 2 September 2023. 4.1.3 Guru-guru penolong kanan diingatkan agar lebih berhati-hati dalam pengurusan sumber manusia dan menggunakan budi bicara dengan sebaiknya. 4.1.4 Semua guru perlu mempunyai jati diri, tekal dalam pergaulan, bersikap profesional, bersih hati dan sentiasa ikhlas dalam bekerja. 4.1.5 Semua guru perlu mematuhi Pekeliling Ihtisas dan Perintah Am berkaitan profesion perguruan. 4.1.6 Para guru boleh berjumpa dengan barisan pentadbir mengikut kekananan jika mempunyai sebarang masalah. 4.1.7 Kepala surat rasmi sekolah mestilah selaras. 4.1.8 Rancang cuti hujung tahun, cuti bukan hak hanya suatu keistimewaan. 4.1.9 Catat masa kehadiran awal pagi dan sebelum balik. Makluman


4.2 Pengurusan Kurikulum 4.2.1 Mematuhi MMI dengan sebaiknya. Buat jual beli jadual waktu bagi guruguru yang bertugas di luar pejabat atau mengambil CRK kecuali guruguru yang mengambil cuti kecemasan. 4.2.2 Mengucapkan tahniah atas penyediaan Buku Rekod Mengajar yang semakin baik dan dihantar mengikut masa yang ditetapkan. 4.2.3 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) akan mengambil kira sebanyak 80% daripada keberhasilan yang dirancang mengikut manual pengurusan sekolah. 4.2.4 Tahun ini sekolah menerima kuota sebanyak 2 orang untuk dicadangkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). 4.2.5 PK Pentadbiran akan mencadangkan kepada guru besar calon penerima APC dengan mengambil kira ciri-ciri seperti prestasi kerja dan faktor kekananan. Makluman 4.3 Pengurusan HEM 4.3.1 Pihak sekolah boleh mencari inisiatif kewangan untuk membantu murid yang mengalami patah gigi kekal pada hari Isnin yang lepas. 4.3.2 Pengusaha kantin perlu menyediakan 2 set makanan untuk Guru RMT. 4.3.3 Guru-guru boleh memberi rasional kepada ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka menerima rawatan dan suntikan. 4.3.4 Sekiranya cuti umum jatuh pada hari Isnin, perhimpunan rasmi tidak boleh dijalankan pada hari Selasa. 4.3.5 Guru bertugas perlu merancang pengurusan masa untuk melaksanakan perhimpunan, tiada ucapan guru besar sekiranya masa telah mencukupi. 4.3.6 Terdapat jentik-jentik di bawah kawasan tangki air, walau bagaimanapun perkara ini telah selesai melalui perbincangan yang dijalankan dengan pegawai kesihatan. 4.3.7 Mengingatkan para guru supaya memaklumkan murid-murid tentang penularan wabak endermik kes jangkitan batuk kokol di Rompin. Makluman 4.4 Pengurusan Kokurikulum 4.4.1 Murid-murid yang menyertai karate perlu didaftarkan bagi tujuan mendapatkan insurans dan menjamin keselamatan. Tindakan : PK Kokurikulum


5.0 Hal-hal Lain 5.1 Projek pembangunan sekolah iaitu tempat letak kereta guru dan tempat duduk menunggu untuk murid-murid telah siap sepenuhnya. 5.2 Pengerusi megucapkan terima kasih kepada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG SK Serting Ilir) atas inisiatif menyediakan kertas kerja bagi mendapatkan peruntukan melaksanakan projek pembangunan tersebut. 5.3 Susunan tempat letak kereta guru telah diuruskan oleh PK HEM dengan mengikut kekananan iaitu tempoh tahun berkhidmat. 5.4 Pendawaian di Dewan Kenangan hampir siap. 5.5 Guru-guru yang berhajat memohon sumbangan atau ingin memaklumkan sebarang sumbangan yang diterima, boleh berurusan dengan PK Pentadbiran. 5.6 Masalah penyaman udara di Pusat Sumber Sekolah masih belum dapat diselesaikan ekoran masalah kewangan. 5.7 Pengendalian bilik akses boleh minta bantuan daripada pegawai Pusat Kegiatan Guru (PKG). 5.8 Mesyuarat mengambil maklum bahawa kutipan sebanyak RM10 daripada semua ahli KKGP sebagai dana tambahan hadiah persaraan Puan Rafidah binti Yaacob. Makluman 5.9 Rancang perbelanjaan dengan sebaiknya menggunakan peruntukan sebanyak RM70,000 bagi projek naik taraf tandas. Tindakan : PK HEM 6.0 Penutup 6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang. 6.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh semua guru dalam usaha untuk meningkatkan kemenjadian murid-murid di sekolah ini. 6.3 Tarikh pelaksanaan Mesyuarat Guru Bil. 3 akan dimaklumkan kemudian. Makluman Disediakan oleh, ……………….……………………….….. (NORZULAIKHA BINTI MOHD NOOR) Setiausaha Mesyuarat Guru, SK Serting Ilir.


PK15 – 1 MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT Nama Mesyuarat : Mesyuarat Guru Bil. 2 / 2023 Tarikh : 22 Ogos 2023 Tempat : Makmal ICT, SK Serting Ilir MUKA SURAT PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS 3 4.4.1 Pendaftaran murid-murid yang menyertai karate-do bagi tujuan mendapatkan insurans dan menjamin keselamatan. GPK Kokurikulum 4 orang murid yang menyertai karate-do 4 5.9 Projek naik taraf tandas dengan peruntukan sebanyak RM70,000. GPK Hal Ehwal Murid Telah selesai


Click to View FlipBook Version