The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENDAHULUAN KARANGAN
BAHAGIAN A SPM 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HUSNANI BINTI A.HALIM Moe, 2021-08-17 22:33:17

TEMA: PERPADUAN

PENDAHULUAN KARANGAN
BAHAGIAN A SPM 2021

Menunjuk arah kepada
pembaca tentang

persoalan yang akan
disentuh dalam isi

karangan

Menjelaskan tema Menarik perhatian dan
karangan secara minat pembaca atau
ringkas bertepatan pemeriksa
dengan kehendak

soalan

APAKAH FUNGSI PENDAHULUAN
DALAM KARANGAN

MASALAH UTAMA MURID BERKAITAN
PENDAHULUAN…..

➢TIDAK TAHU APA YANG PERLU DITULIS DALAM PERENGGAN

PENDAHULUAN.

➢RISAU JIKA ADA ISI KARANGAN DIMASUKKAN KE DALAM

PERENGGAN PENDAHULUAN.

➢TERLUPA TENTANG JENIS-JENIS PENDAHULUAN.

TIPS-TIPS PENDAHULUAN YANG BAIK:

•TEPAT DENGAN KEHENDAK SOALAN
•JELAS DAN SESUAI DENGAN KEHENDAK SOALAN.
•MENGGUNAKAN BAHASA YANG TEPAT DAN JELAS.
•ADA PERKAITAN DENGAN ISU YANG DIBINCANGKAN DALAM ISI KARANGAN.
•DITULIS DALAM SATU PERENGGAN

PENANDA WACANA YANG SESUAI

DIGUNAKAN DALAM PENDAHULUAN

➢KINI,
➢PADA MASA INI,
➢DASAWARSA INI,
➢BELAKANGAN INI,
➢PADA ERA MODENISASI INI,
➢PADA ZAMAN GLOBALISASI INI,

Pendahuluan yang dimulakan Pendahuluan yang
dengan definisi: dimulakan dengan
peribahasa:
Memberi makna, takrif atau
definisi dengan merujuk Memasukkan satu atau
kamus atau pandangan tokoh lebih peribahasa Melayu
bahasa dan sebagainya Pendahuluan yang yang sesuai

dimulakan dengan
persoalan:

Mengemukakan beberapa
ayat tanya yang berkaitan
dengan tajuk

CONTOH PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA

Peribahasa Melayu “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” atau “seperti
aur dengan tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang
yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang menggambarkan
wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti. Namun,
semangat bekerjasama dalam masyarakat semakin hari semakin terhakis
terutama di kawasan bandar. Punca-punca permasalahan ini perlu
dibincangkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

CONTOH PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN

Setiap orang memerlukan kejayaan untuk menjamin kejayaan bagi
diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan? Apakah dengan
kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya? Adakah
dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu
boleh mencapai kecemerlangan? Soalnya, apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi kecemerlangan?

CONTOH PENDAHULUAN DEFINISI

Perpaduan ditakrifkan kepada suasana dan ikatan mesra antara
rakyat dalam sesebuah negara. Isu perpaduan kaum bukanlah
sesuatu isu yang baharu, bahkan telah menjadi fokus perbincangan
dalam media massa dan buah mulut dalam kalangan rakyat. Usaha-
usaha yang konkrit, sistematik, dan pragmatik haruslah dijalankan
secara berterusan untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara ini
agar terus subur dalam kehidupan masyarakat.

UNTUK MELANCARKAN PENULISAN
BAHAGIAN PENDAHULUAN MURID PERLU……

➢Faham isu/ topik dan juga perlu mempunyai

pengetahuan umum tentang isu/ topik yang
akan dihuraikan.

Baiklah setelah murid memahami
tentang teknik menulis pendahuluan,
eloklah kita beralih kepada praktis
sebenar menulis pendahuluan.

BAHASA MELAYU SPM BAHAGIAN A

••KARANGAN BAHAGIAN A (30 MARKAH)
TEMA: PERPADUAN

TENTUKAN PERKARA DI BAWAH SEBELUM
MENULIS PENDAHULUAN

•TEMA
•PEMILIHAN JENIS PENDAHULUAN

Gambar dan maklumat di bawah ini berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia.
Huraikan pendapat anda tentang perpaduan dalam kalangan masyarakat

Johan: Walau di mana kita berada, kita mestilah patuh kepada
undang-undang. Pepatah Melayu ada menyebut. ‘Di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’.

Selvan: Selain itu, prinsip hormat- menghormati sangat penting
untuk menegakkan keamanan dan kesejahteraan hidup
di negara kita. Kita juga perlu menghormati undang-
undang supaya kehidupan lebih harmoni.

Teik Fai: Betul. Pada masa yang sama, para pemimpin perlu
menunjukkan teladan kepada rakyat. Setiap
warganegara turut memainkan peranan penting untuk
memupuk perpaduan negara.

PENENTUANNYA……..

•TEMA- Perpaduan kaum
•PENDAHULUAN – Definisi
•Huraian isu/tema
•Fokus yang disentuh daripada semua bahan

PENDAHULUAN DEFINISI

Perpaduan ditakrifkan kepada suasana dan ikatan mesra antara rakyat dalam
sesebuah negara. Isu perpaduan kaum bukanlah sesuatu isu yang baharu,
bahkan telah menjadi fokus perbincangan dalam media massa dan buah mulut
dalam kalangan rakyat. Usaha-usaha yang konkrit, sistematik, dan pragmatik
haruslah dijalankan secara berterusan untuk mewujudkan perpaduan kaum di
negara ini agar terus subur dalam kehidupan masyarakat.

SEKIAN TERIMA KASIH
DARIAPADA KAMI
CIKGU HUSNANI
DAN

CIKGU NURULAMIRA
SMK BERCHAM


Click to View FlipBook Version