The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KARANGAN SPM BAHAGIAN A

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HUSNANI BINTI A.HALIM Moe, 2021-08-20 08:49:15

KESIMPULAN

KARANGAN SPM BAHAGIAN A

TEKNIK MENULIS
KESIMPULAN KARANGAN
BAHASA MELAYU KSSM SPM

CIKGU NURULAMIRA BT MANSYURDIN
CIKGU HUSNANI BT A. HALIM
SMK BERCHAM, IPOH

KESIMPULAN KARANGAN

• Perenggan kesimpulan dalam sesebuah penulisan
karangan memainkan peranan yang tidak kurang
pentingnya.

• Perenggan kesimpulan akan merangkumkan kembali
keseluruhan penulisan isi sama ada secara tersurat atau
tersirat.

• Perenggan kesimpulan yang baik perlulah ditulis dengan
jalinan ayat menarik seimbang dengan perenggan-
perenggan lain.

KESIMPULAN KARANGAN

• Perenggan kesimpulan boleh ditulis dengan
menyisipkan pandangan, cadangan dan harapan.

• Perenggan kesimpulan juga boleh dijadikan menarik
dengan tambahan bahasa indah seperti peribahasa
dan slogan.

MENULIS KESIMPULAN TEKNIK PCBiH

(Sumber: Cikgukumuzz.blogspot.com)

TEKNIK PCBiH

(Sumber: Cikgukumuzz.blogspot.com)

P Pandangan calon secara umum berkenaan tajuk
(Pandangan) atau kehendak soalan.

C Cadangan yang relevan yang mempunyai kaitan
(Cadangan) dengan kehendak soalan.

Bi Peribahasa/Cogan kata/slogan/kata tokoh yang
(Bahasa Indah) sesuai.

Harapan berdasarkan cadangan yang diberikan
H dalam menjayakan pandangan, iaitu kehendak
(Harapan) tajuk soalan.

TEKNIK PCBiH

(Sumber: Cikgukumuzz.blogspot.com)

FORMULA PENANDA WACANA

P Kesimpulannya,
(Pandangan) Konklusinya,

C Sebagai intihanya,
(Cadangan) Oleh itu,

Bi Sehubungan itu,
(Bahasa Indah) Justeru,

H Bak kata pepatah,
(Harapan) Persis bicara pujangga,

Oleh yang demikian,
Ringkasnya,
Dengan ini,

LANGKAH 1 : MENULIS AYAT PANDANGAN

FORMULA PENANDA WACANA PANDANGAN

P Sebagai intihanya, Kemakmuran sesebuah
(Pandangan) Kesimpulannya, negara bergantung
Konklusinya, kepada perpaduan kaum

AYAT PANDANGAN
Sebagai intihanya, (Penanda Wacana) kemakmuran
sesebuah negara bergantung kepada perpaduan kaum.

LANGKAH 2 : MENULIS AYAT CADANGAN

FORMULA PENANDA WACANA PANDANGAN

C Oleh itu, Pelbagai pihak harus
(Cadangan) Sehubungan itu, bergerak sederap, seia
sekata
Justeru,

AYAT CADANGAN
Oleh itu, (Penanda Wacana) pelbagai pihak harus bergerak
sederap, seia sekata.

LANGKAH 3 : MENULIS AYAT BAHASA INDAH

FORMULA PENANDA WACANA PANDANGAN

• Berdiri sama tinggi, duduk sama

Bi Bak kata pepatah, rendah
(Bahasa Indah) Persis bicara pujangga, • Bulat air kerana pembetung,

bulat manusia kerana muafakat

AYAT BAHASA INDAH

1. Bak kata pepatah, (Penanda Wacana) berdiri sama tinggi,

duduk sama rendah.

2. Bak kata pepatah, (Penanda Wacana) bulat air kerana

pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

LANGKAH 4 : MENULIS AYAT HARAPAN

FORMULA PENANDA WACANA PANDANGAN

H Oleh yang demikian, • Mencapai hasrat keharmonian
(Harapan) Ringkasnya,
Dengan ini, dan perpaduan negara ATAU
• Hasrat keharmonian dan

perpaduan negara dicapai

AYAT HARAPAN
Dengan ini, (Penanda Wacana) hasrat keharmonian dan
perpaduan negara dicapai.

LANGKAH 5: SENARAIKAN AYAT

FORMULA AYAT

P Sebagai intihanya, kemakmuran sesebuah
(Pandangan) negara bergantung kepada perpaduan kaum.
Oleh itu, pelbagai pihak harus bergerak sederap,
C seia sekata.
(Cadangan) Bak kata pepatah, berdiri sama tinggi, duduk
sama rendah.
Bi
(Bahasa Indah) Dengan ini, hasrat keharmonian dan perpaduan
negara dicapai
H
(Harapan)

LANGKAH 6: GABUNG AYAT

KESIMPULAN LENGKAP

Sebagai intihanya, kemakmuran sesebuah
negara bergantung kepada perpaduan kaum. Oleh itu,
pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia sekata bak
kata pepatah, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
Dengan ini, hasrat keharmonian dan perpaduan negara
dicapai.

SEKIAN TERIMA KASIH.

TAMAT

CIKGU NURULAMIRA BT. MANSYURDIN
CIKGU HUSNANI BT A. HALIM
SMK BERCHAM, IPOH


Click to View FlipBook Version