The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jujujable, 2021-09-27 22:35:06

NOTA 4 KEMAHIRAN MEMBACA BMMB1094

NOTA 4 KEMAHIRAN MEMBACA BMMB1094

BMMB1094: KEMAHIRAN BAHASA
MELAYU

TAJUK 4: KEMAHIRAN MEMBACA

PENSYARAH: DR MAGDELINE ANAK NOR

Konsep Kemahiran Membaca

• Perlakuan membaca merupakan perlakuan yang kompleks.
• Dua komponen penting dalam kemahiran membaca ialah kemahiran mengenal / mengecam

perkataan dan kemahiran memahami apa-apa yang dibaca.

• Hasil pembacaan ialah pemahaman selain daripada pengecaman dan penyebutan

perkataan-perkataan.

• Dalam proses membaca seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa-apa

yang dibacanya dan dapat mewujudkan hubungan pembaca-penulis.

• Pengalaman lampau, tujuan dan jangkaan bacaan diperlukan untuk memahami mesej yang

ingin disampaikan oleh penulis.

Konsep Kemahiran Membaca

• Merupakan kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan

(artikulator) manusia.

• Berlaku di peringkat produksi.
• Ia bukan dicipta oleh pelajar tetapi ditiru dan diajuk.
• Oleh itu, model-model yang baik akan membantu membolehkan pelajar bertutur dengan

berkesan.

• Merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.

Konsep Kemahiran Membaca

• Berlaku pada peringkat penglahiran (productive level) setelah penutur dapat lebih banyak

belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya.

• Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran bertutur.
• Pumfrey (1977), satu proses pemikiran yang membina.
• Kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat.
• Memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling.
• Membina sikap dan cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif.

Proses Membaca

• Goodman (1971, 1973) dan Smith (1971, 1975) pernah menyatakan membaca ialah proses

psikolinguistik yang bermula dari detik pembaca itu memerhatikan perkataan pada muka
surat hingga detik pembaca itu dapat membentuk makna.

• Proses membaca dapat dirumuskan seperti berikut:
i. Perlakuan membaca terdiri daripada kemahiran mengenal dan memahami bahan yang

dibaca.

ii. Kemudian, perlakuan membaca dapat menghasilkan kefahaman pembaca.
iii. Dalam proses membaca, seseorang itu akan berfikir, mencuba untuk merasai, dan akan

membayangkan maklumat yang dibaca tadi.

Proses Membaca

iv. Seterusnya, perlakuan membaca memerlukan kebolehan pembaca mengaitkan dan

mengintegrasikan segala aspek yang berkaitan dengan tujuan membaca, jangkaan,
pengetahuan dan pengalaman lalu tentang perkara yang dibaca bagi menghasilkan sebuah
pembacaan yang berkesan dan menerbitkan pemahaman terhadap bahan yang dibaca.

Tujuan Membaca

• Wujudkan interaksi antara penulis dan pembaca
• Suatu proses membaca berterusan
• Berinteraksi dengan penulis
• Mendapatkan idea
• Persepsi hidup

JENIS-JENIS BACAAN

Bacaan Mekanis

• Mengelompokkan kata-kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.
• Dalam pengajaran dan pembelajaran, membaca mekanis adalah usaha menganalisis

pengucapan (pronounciation) daripada pemahaman.

• Cara-cara menangkap dan memahami maksud pengarang secara berkesan:
a. Menyoroti idea dengan menggunakan penekanan yang jelas.
b. Menjelaskan perubahan idea.
c. Menerangkan kesatuan-kesatuan fikiran dalam satu kalimat dengan penyusunan kata yang

tepat dan sempurna.

Bacaan Mekanis

d. Menghubungkan idea yang bertautan dengan cara menjaga suaranya sehingga akhir dan

tercapai tujuannya.

e. Menjelaskan klimaks dengan gaya dan daya ekspresi yang baik dan tepat.
• Latihan teknik supaya kanak-kanak dapat membunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan

sebutan, gaya dan rentak irama yang sempurna.

Tujuan Bacaan Mekanis

1. Membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
2. Membaca dengan irama membaca yang betul.
3. Tahu menggunakan tanda-tanda baca dan berhenti pada tempat-tempat yang betul.
4. Menggunakan kemahiran membaca dalam mata pelajaran lain.
5. Mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara.

Pelaksanaan Bacaan Mekanis

Petikan sesuai untuk bacaan.
Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan dan rangkai kata
yang susah dari segi sebutan atau makna.
Guru membaca sebagai contoh.
Guru baca dan murid-murid ikut secara kelas atau kumpulan.
Guru pandu murid-murid secara individu bergilir-gilir.
Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid tentang isi bacaan – lisan atau
tulisan.

Bacaan Mentalis

• Melibatkan ingatan visual dan aktifkan mata dan ingatan.
• Tujuan – untuk informasi dan pemahaman.
• Kunci segala ilmu pengetahuan

a. Tidak mengganggu orang lain
b. Lebih ekonomis
c. Di mana-mana sahaja

Bacaan Mentalis

• Melibatkan bacaan intensif dan ekstensif.
• Bacaan akaliah atau tanpa suara.
• Lebih pantas daripada bacaan bersuara.
• Sesudah murid-murid mencapai kemahiran membaca bersuara.

Tujuan Bacaan Mentalis

1. Melatih murid-murid – boleh membaca sendiri.
2. Boleh membaca dan faham apa yang dibaca.
3. Latih murid-murid bacaan senyap dengan pantas.
4. Guna kemahiran ini untuk mendapat pengetahuan dan hiburan.

Cara melaksanakan Bacaan Mentalis

1. Baca untuk kefahaman.
2. Bahan daripada sedikit dan senang/mudah kepada banyak dan sukar.
3. Guru tentukan bahan dan bantu murid-murid lemah dalam pengajaran dan pembelajaran.
4. Bersoal jawab dan bincang maksud perkataan dan rangkai kata yang susah.

Bacaan Intensif

1. Baca teliti
2. Telaah isi dan pandangan terperinci
3. Berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa

kata, telaah kata, diskusi umum dan sebagainya

4. Melibatkan membaca telaah isi dan membaca telaah Bahasa
5. Tujuan mengembangkan kebolehan meneliti, memaham dan mentafsir dengan tepat
6. Menekankan ciri-ciri tatabahasa, pembentukan dan penggunaan perkataan dan pemakaian

bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan

7. Perlu bantuan guru

Tujuan Bacaan Intensif

1. Membaca dengan baik
2. Kebolehan mentafsir
3. Baca senyap dengan pantas
4. Mengulas isi-isi
5. Menghayati unsur estetika
6. Kenal laras bahasa yang pelbagai
7. Buat rumusan

Cara menjalankan Bacaan Intensif

1. Bincang bahan, analisis dan latihan menulis
2. Guna kamus, rujukan tatabahasa
3. Aktiviti dipelbagaikan, contoh :

Kaji imbuhan
Latihan kamus – maksud ikut konteks
Baca laju pantas

4. Bentuk soalan yang berbeza-beza, contoh :

Objektif, struktur, betul salah dan lain-lain

5. Kajian mendalam

Bacaan Ekstensif

• Bacaan di luar bilik darjah
• Guru tidak terlibat aktif
• Bahan bacaan yang luas dan banyak tahap – mudah, sederhana, dan sukar
• Di sekolah, peranan guru memilih bahan yang sesuai
• Murid perlu mendapat kepuasan, keseronokan dan pengetahuan.

Bacaan Ekstensif

a. Kegiatan baca luas
b. Melibatkan membaca secara:
• Tinjauan
• Sekilas
• Dangkal

Bacaan Ekstensif

a. Baca tinjauan
i. Sebelum aktiviti membaca
ii. Teliti apa yang akan ditelaah seperti:
• Indeks
• Daftar kata
• Judul-judul
• Bab
• Rangka dasar
• Kandungan dan sebagainya

Bacaan Ekstensif

iii. Latar belakang menentukan kadar tinjauan.

b. Baca sekilas

i. Melibatkan mata bergerak cepat untuk

✔ memerhati Maklumat dan penerangan
✔ mencari

✔ mendapat

Bacaan Ekstensif

c. Baca dangkal
i. Superficial reading
ii. Santaian demi kesenangan
iii. Tidak mendalam, hanya fahaman luaran

Tujuan Bacaan Ekstensif

i. Baca sendiri tanpa bimbingan
ii. Baca fasih dalam bahasa sasaran
iii. Dapat pengetahuan dan hiburan
iv. Perkaya bahasa dari aspek morfologi, sintaksis dan lain-lain
v. Beri peluang pupuk kreativiti
vi. Bina daya fikir dan sikap baik
vii. Tingkat mutu dan kepantasan membaca

Tujuan Bacaan Ekstensif

viii. Luas dan tingkatkan tahap penguasaan bahasa
ix. Pupuk minat gemar membaca
x. Dedah kepelbagaian laras bahasa

Cara pengajaran Bacaan Ekstensif

Guru sebagai pemudahcara

▪ Kaji kandungan bahan : dapatkan tema dan persoalan pokok
▪ Buat soalan : bina soalan-soalan berkaitan
▪ Baca : baca pantas
▪ Menerang : Simpul isi-isi penting untuk satuan maklumat
▪ Mengkaji semula : Pastikan tidak tertinggal maklumat


Click to View FlipBook Version