DPK 40143
NOTE TAKING
BUKU PROGRAM
KEMPEN 10 000 LANGKAH SEHARI
SESI 2 2021/2022
PENSYARAH:
PUAN SALASIAH BINTI NOORDIN
KELAS:
DSK4A
NUR AIN FARHANI
BINTI ZULKEFLI
18DSK20F1006
NUR SYAHIRAH BIN
TI MD YUSOFF
18DSK20F1004
NUR ATIKAH BINTI MAHATHIR
18DSK20F1022
Ahli Jawatan Kuasa Aktiviti
Penasihat:
PUAN SALASIAH BINTI NOORDIN
Pengerusi Kempen:
NUR ATIKAH BINTI MAHATHIR
Ahli Jawatan Kuasa Kempen:
NUR AIN FARHANI BINTI ZULKEFLI
NUR SYAHIRAH BINTI MD YUSOFF
Kata Aluan Ketua Program
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat
Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Perlis Maju.
Hadirin sekalian.
Bersyukur kita kepada Allah kerana memberi
kesempatan untuk kita bersama-sama berkumpul
pada hari yang damai ini bagi menjayakan
'Kempen 10 000 Langkah Sehari' yang dianjurkan oleh
pelajar DSK4A dibawah naungan penasihat yang hebat
iaitu Puan Salasiah Binti Noordin. Terlebih dahulu, saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
yang hadir kerana sudi meluangkan masa bersama-
sama pada hari ini serta tahniah kepada penganjur
kempen ini kerana berjaya mengumpulkan warga PTSS
untuk sama-sama menjayakan kempen ini. Majlis ini
tidak akan dapat direalisasikan jika tiada sokongan
daripada mereka yang sudi . Terima kasih sekali lagi
saya ucapkan.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Matlamat yang ingin kita capai pada hari ini adalah
untuk membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan
warga pendidik dan pelajar justeru merapatkan
silaturahim antara kita. Jadi diharapkan semua hadirin
dapat menyesuaikan diri dengan majlis hari ini dan
peroleh sesuatu yang bermanfaat. Saya juga berharap
semoga selepas ini lebih banyak kempen seperti ini
dijalankan di politeknik kita. Tanpa membuang masa,
ayuh ke agenda yang seterusnya. Warga PTSS, ayuh
semangat!!
Puan Azrul Nizah Binti Yussof
Ketua Program Diploma Sains Kesetiausahaan
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Kata Aluan Pengarah Program
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat
Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Perlis Maju.
Hadirin sekalian.
Bersyukur kita kepada Allah kerana memberi
kesempatan untuk kita bersama-sama berkumpul pada
hari yang damai ini bagi membantu menjayakan
'Kempen 10 000 Langkah Sehari' yang dianjurkan oleh
pelajar DSK4A dibawah naungan penasihat yang hebat
iaitu Puan Salasiah Binti Noordin. Saya mengucapkan
terima kasih kepada semua yang hadir kerana sudi
meluangkan masa bersama-sama pada hari ini serta
tahniah kepada penganjur kempen ini kerana
mengumpulkan warga PTSS untuk sama-sama
memeriahkan dan menjayakan kempen ini. Majlis ini tidak
akan dapat direalisasikan jika tiada sokongan daripada
mereka yang sudi . Seperti yang kita tahu program yang
dianjurkan ini adalah usaha yang murni untuk memupuk
nilai kesedaran cara hidup sihat dalam diri kita.
Sesungguhnya kesihatan amatlah bernilai yang harus
diberi perhatian. Zaman ini, ramai di antara kita yang
mudah mendapat penyakit adalah disebabkan gaya hidup
yang tidak sihat. Selain itu, kekangan masa juga
mendorong kita tidak beriadah seterusnya menjadikan
kita seorang yang cepat letih, tidak bermaya dan tubuh
badan yang tidak cergas. Jadi sempena kempen ini
marilah kita luangkan masa bersama-sama, nikmati
segala kenikmatan yang dikurniakan pada hari ini dengan
penuh rasa syukur. Sekian, terima kasih.
Puan Asmiza Binti Osman
Ketua Jabatan Perdagangan
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Butiran Aktiviti
Pameran info sihat
Ceramah kesihatan fizikal dan
mental
Pertandingan cari harta karun
berkaitan info sihat
Pertandingan mencipta replika
rumah menggunakan penyedut
minuman
Sukaneka antara pensyarah dan
pelajar
Senamrobik
Kempen 10 000 langkah dengan
mengelilingi semua sudut PTSS
Majlis “ A day to remember “
Butiran Program
PENYERTAAN
Terbuka kepada semua warga PTSS yang
berkelapangan
HARI & TARIKH
Ahad, 15 Mei 2022
TEMPAT
Dewan Harumanis
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
ANJURAN
Pelajar DSK4A Sesi 2 2021/2022
Tentatif Program
Objektif
Memupuk nilai kesedaran cara hidup sihat
Memupuk rasa tanggungjawab dalam diri
untuk menjaga kesihatan dengan baik
Memberi peluang beriadah setelah
mengalami kekangan masa
Matlamat
Hadirin dapat mengeratkan hubungan
silaturahim
Menghabiskan masa dengan aktiviti
berfaedah dan bermanfaat
Mendapat pengalaman yang bernilai dan
berharga untuk dipahat di memori
Tujuan
Berkumpul setelah lama menjalani hidup
yang terkawal disebabkan oleh wabak
Covid-19
Salah satu inisiatif menghilangkan tekanan
kerja dan belajar
Mencuba mengembalikan kehidupan yang
normal seperti sebelum munculnya wabak
Covid-19
Gambar-gambar aktiviti
Sekalung Penghargaan
Disini kami ingin merakamkan sekalung
penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih
kepada Tuan Pengarah Politeknik, Tuan Abdul
Malek Bin Hasan kerana sudi meluangkan masa
bersama kami untuk merasmikan program atau
"Kempen 10 000 langkah sehari" ini dan juga
jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga
diucapkan kepada semua warga Politeknik
Tuanku Syed Sirajuddin di atas kesudian anda
meluangkan masa lapang untuk bersama-sama
jayakan kempen ini. Tanpa hadirin semua,
kempen ini tidaklah dapat dilaksanakan dengan
meriah dan jayanya.
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Semoga kita bertemu lagi.