The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by niza10boboy, 2022-06-13 12:19:05

PENGENALAN OLA BOLA

PENGENALAN OLA BOLA

Page 1

MPU 21032

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

NAMA PENSYARAH :

NAMA NO MATRIKS
MUHAMMAD NIZA DANIAL 03DPR21F2079

BIN EHWAN ZAINI 03DPR21F2060
KHUNAKORN A/L CHAN

AMIRSHAH ROSMIZAN 03DPR21F2076
03DPR21F2061
MUHAMMAD IQBAL BIN
AZMAN 03DPR21F20

MUHAMMAD NUR IMAN BIN 03DPR21F2075
MOHD SUHAIMI

JAYA NAGILAN A/L JAYA
SILAN

Page 2

ISI KANDUNGAN

1) PENGENALAN
2) PENDAHULUAN
3) KEPENTINGAN KESEPADUAN NEGARA
4) SINOPSIS
5) CARTA GANTT
6) NILAI DAN PENGAJARAN
7) CADANGAN
8) TEMA
9) PENUTUP
10) KRITIKAN FILEM
11) REFLEKSI
12) KESIMPULAN FILEM
13) LAMPIRAN
14) RUJUKAN

Page 3

PENGENALAN OLA BOLA (PEMILIHAN CERITA)

Pengenalan Kami telah memilih tajuk tentang “Filem Ola bola”.
Perkataan 'Ola' membawa maksud 'Hello' manakala 'Bola' dalam
Bahasa Malaysia adalah sama dengan Bahasa Portugis yang
digunakan secara meluas di Brazil. Filem ini telah memaparkan
semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah
mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik
Moscow, Rusia pada tahun 1980s dan juga mengimbau kembali
ketika awal era 80-an,pasukan bola sepak negara ketika itu
berdepan dengan cabaran apabila pemain-pemainnya
mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga
menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting2.
Filem ini telah ditayangkan pada 28 Januari 2016 yang dihasilkan
oleh pengarah ChiuKeng Guan dan dibintangi oleh JC Chee
sebagai Tauke, Luqman Hafidz sebagai Ali, SaranKumar
Manokaran sebagai Muthu dan Marianne Tan sebagai Marianne
iaitu seorangwartawan. Pengarah Chiu Keng Guan merupakan
bekas penyerang terbaik bagi pasukan bolasepak sekolahnya.
Dengan ini, beliau menghasilkan filem ini mengenai bola sepak
danimpiannya terkini sudah mencapai. Filem Ola Bola ini
melambangkan pasukan Kebangsaan Malaysia yang diwakil
olehpelbagai kaum antaranya ialah kaum Melayu, Cina dan India
serta kaum dari Sabah untukmencapaikan kejayaaan mereka
dalam perlawanan bola sepak walaupun mempunyai kulityang
berbeza dan juga berkomunikasi dalam pelbagai bahasa antara
satu sama lain tetapimempunyai semangat bekerjasama antara
pelbagai kaum. Seterusnya, filem ini jugamembawa semangat
rakyat yang berbilang bangsa bersatu padu untuk memberi
sokongankepada pasukan supaya mempuyai bersemangat dan

keyakinan dalam pertandingan bolasepak. Filem Olabola
juga menjalani pengambaran di beberapa tempat

Page 4

pemandangan diMalaysia antaranya ialah Stadium
Merdeka, Victoria Instituition, Sabah, Selangor
dansebagainya. Filem Ola Bola diilhamkan dari peristiwa
sebenar akan membawa penonton daripelbagai bangsa
untuk bersama-sama merasai semangat bersatu hati dan
muhibah. Dalam filem ini penonton-penonton akan melihat
semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam
kepelbagaian bangsa di Malaysia. Akhir sekali, adalah
filem lagu temanya ‘ArenaCahaya’ dinyanyi oleh Zee Avi.
Lagu ini sangat bermakna. Contohnya, dalam babak
sedih,muzik latar belakangnya perlahan dan sedih,
manakalah jika babak itu medebarkan,muziknya bertukar
dramatik. Semua ini memberi impak besar dalam mood
filem tersebut danmemberi kesan emosi yang lebih tinggi.

Page 5

PENDAHULUAN

Pengenalan Kebudayaan Penggerak Kesepaduan Nasional
Pembinaan kesepaduan nasional sekali us 'peradaban
majmuk' Malaysia sangat dipengaruhi oleh perkembangan
teknologi semasa, iaitu, Information Communication
Technology (ICT), terjelma dalam bentuk Internet, Digital
Apps, Facebook, Instagram dan berbagai lagi tapak digital.
lanya telah menular dalam setiap lapisan masyarakat dan
generasi, termasuk di Malaysia.

Dari satu segi, ICT merapatkan jurang komunikasi, namun
tiada satu institusi sejagat yang mengawal perkembangan
ini, menjadikannya seperti digital jungle. Serentak ICT boleh
jadi kawan dan jadi lawan, positif dan negatif, membina dan
menghancurkan. Dengan berleluasanya fake news melalui
media social seperti Facebook adalah satu contoh yang
sangat dirisaukan oleh kerajaan dan orang awam.
Kefahaman mengenai etika dalam penggunaan ICT yang
tidak bercanggah dengan peradaban di Malaysia sangat
diperlukan oleh semua pihak. Kupasan mengenai pros &
cons mengenai ICT, budaya digital dan disiplin dalam
kalangan pengguna ICT perl diwacanakan .

Dengan ini filem OLA BOLA merupakan pengajaran bertapa
peningnya masyarakat bilang kaum di negara ini untuk terus
Bersatu padu dalam harmoni untuk mencapai impian
memenangi bola sepak dalam sukan olimpik pada tahun
80an. Selain itu ia juga penting untuk meningkatkan sektor
sukan Malayasia dipersada antarabangsa.

Page 6

KEPENTINGAN KESEPADUAN NEGARA

Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu
keistimewaan yang memainkan peranan penting demi
mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Banyak
negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang
berbilang bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian
dan kemakmuran antara kaum sera budaya menjadi
pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa
terhadap Malaysia.

Semangat perpaduan perlu dipupuk di dalam setiap rakyat
Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring dengan
mengukuhkan semangat jati diri, di samping member
keutamaan kepada mata pelajaran Sejarah dan menjadikan
sistem pendidikan sebagai medium mustahak untuk
mengkekalkan perpaduan kaum. Melalui penghayatan
perpaduan serta sejarah negara, diharap akan lahirnya
generasi muda yang akan bertindak sebagai wargangara
yang matang lagi bertanggungjawab.

Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi
keutamaan demi mengekalkan kukuhan perpaduan antara
kaum dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling
menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat
Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan lebih terbuka untuk
mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara in
demi menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama.
Tambahan pula, sambutan pelbagai hari perayaan seperti
Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas,
Hari Gawai dan Kaamatan boleh dijadikan platform untuk
mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat
sambil memperbaharui ikatan persahabatan.

Page 7

Keharmonian demi kesatuan in juga merupakan keunikan
yang bukan sahaja memperteguhkan lagi perpaduan antara
kaum, malah menjadi penanda aras bag Malaysia dalam
mencapai matlamat sebagai negara yang aman, dan harmoni.
Misalnya, rumah terbuka bagi setiap satu /perayaan diadakan
untuk meraikan perpaduan kaum yang memupuk amalan
ziarah-menziarahi, saling menolong dan semangat kejiranan
sebagai budaya harian kita.

Page 8

SINOPSIS

Kisah Ola Bola bermula Ketika seorang wartawan Bernama
Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang
pasukan bola speak negara yang telah mencipta nama pada
era 80-an dahulu yang mana Ketika itu nama Malaysia dalam
pasukan lawan khasnya di rantau Asia ini. Marianne mula
merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan
untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan
negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan
tugasannya but kali terakhir. Namun, dia menemui suatu
perkara yang ternyata mengubah hidupnya.

Mengimbau Kembali Ketika di awal era 80-an, pasukan bola
sepak negara Ketika itu berdepan dengan cabaran di mana
pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan
tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam
perlawanan penting. Keadaan semakin rumit isu dam
masalah masing-masing. Walaupun bagaimanapun, mereka
hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada
mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal
peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat
Kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi
diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat
mereka dan harapan negara.

Page 9

CARTA GANTT

Carta Gantt (urutan kerja)
Carta Gantt Pelaksanaan Projek

Bulan Mei 2022 Jun 2022
Minggu
Penerangan Minggu Minggu Minggu Minggu Minggu Minggu

Membuat perancangan 9 10 11 12 13 14
Projek

a. Menetapkan
matlamat dan
objektif

b. Membentuk draf
aktiviti bersama
ahli kumpulan

c. Merangka draf
tentatif projek

Menghasilkan kertas
projek dan
membentangkan

Membentuk struktur
organisasi, menyediakan
senarai semak tugasan

a. Muhammad Niza
Danial(Ketua
projek)

b. Khunakorn
(Timbalan Ketua
Projek)

c. Amirshah
(Perancang
aktiviti
kumpulan)

d. Iqbal
(Penyelaras
bahan ICT dan
multimedia)

e. Jaya Nagilan
(Editor)

f. Iman (Pembantu
perancangan
aktiviti)

Menetapkan butiran
penting projek seperti
tarikh, masa, bahan dan
seumpamanya.

Melaksanakan projek
seperti yang dirancang
dan mengedarkan
borang maklum balas

Page 10
SAMBUNGAN…

penilaian projek kepada
ahli kumpulan serta
mungumpulkan bahan
seperti dalam
perbincangan.

a. Menyediakan
laporan bertulis
serta
mempunyai
gambar

b. Mengadakan
post mortem
aktivit dan
membuat refleksi
dengan merujuk
kepada borang
penilaian
peserta.

Page 11

ULASAN

OlaBola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan
semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan
pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan
dan muncul menjadi wira negara.

Filem ini merupakan kisah tentang kejayaan, keberanian,
kerjasama dan semangat bersatu padu yang member
inspirasi kepada para pemain bola sepak Malaysia untuk
bangkit dari kecewaan dan muncul sebagai wira negara.
Semangat positif in dapat dikaitkan dengan tamadun-
tamadun yang menjadi kajian.

Konsep Semiotik Ferdinand De Saussure (1857-|931)
digunakan sebagai pendekatan kajian untuk menilai
pemaparan ambol mengenal sosio-budaya melalut
pemaparan watak dan perwatakan dalam keseluruhan film
ini.

Dengan fakta-fakta itu, kita dapat dari filem in kita dapat
melihat rakyat Malaysia mempunyai semangat patriotism
yang tinggi dan atat Setia kepada Malaysia supaya kejayaan
Malaysia dicapai. Kini, semangat patriotisme amat signifikan
kepada masyarakat Malaysia. Seperti yang kita tahu,
Malaysia merupakan satu negara majmuk yang terdiri
daripada pelbagai etnik dan budaya. Dengan wujudnya
semangat cinta akan negara dalam Kalangan rakyat.
Walaupun musuh amat kuat, tetapi rakyat Malaysia akan
bersatu padu untuk memerangi musuh.

Memaparkan penerimaan terhadap pengaruh unsur-unsur
luar seperti Bahasa Inggeris dalam kehidupan scharian
masyarakat Malaysia.

Page 12

Antara impak besar yang terdapat daripada kerjasama rakyat
dalam filem ini ialah menyaksikan kerjasama dan perit jerih
pasukan bola sepak kebangsaan untuk melayakkan diri ke
Sukan Olimpik Moscow: 1980. Dalam filem berkenaan, watak
utama seperti Ali, Tauke, Muthu dan Eric adalah lambang
perpaduan yang membentuk Malaysia sejak dahulu lagi.
Keakraban rakyat tanpa mengira perbezaan bangsa dan latar
belakang amatlah jelas dilthat melalur filem berkenaan.
Seluruh Malaysia bersatu dalam mempertahankan negara
walau berbeza warna, bangsa dan agama.

Page 13

NILAI DAN PENGAJARAN UNTUK FILEM INI

Kita mestilah berusaha dan bekerjasama bagi mencapai cita-
cita malahan bersatu padu antara kaum tapa mengira warna
kulit, bahasa, budaya dan agama.

Kita haruslah mengamalkan sikap patriotism kerana ia
merupakan clemen penting dalam kehidupan sesebuah
masyarakat. Hal ini kerana, membolehkan semua rakyat
bersatu padu apabila menghadapi kesukaran atau pun
kejayaan.

Kita mestilah mengamalkan sikap kerjasama dalam kalangan
masyarakat supaya dapat menyelesaikan masalah yang
sukar seperti yang terdapat dalam filem tersebut.

Page 14

CADANGAN UNTUK FILEM INI

Masih dapat mengekalkan ciri-ciri setiap kaum dalam
menjalani kehidupan bersama di bawah satu negara dan
hakkatnya, perpaduan hanya terpupuk melalui medium
medium yang boleh menyatukan - contohnya di tempat kerja
(kerja sekali) atau melalui sukan atau ketika berada di
sekolah kebangsaan; misalnya. Hal ini mungkin terjadi
kerana dasar pecah dan perintah British satu ketika dulu.

Memaparkan perpaduan di Malaysia pada waktu itu dengan
menokok tambah perasa untuk menunjukkan betapa
harmoninya negara kita tapi ia memapar realiti Sebenar - satu
ketika dulu kita pernah bersatu kerana sukan bola sepak.

Page 15

TEMA UNTUK FILEM INI

1)Semangat kesukanan diantara ahli
pasukan

2)Semangat Patriotisme yang tinggi
3)Semangat Kekeluargaan
4)Persahabatan
5)Bekerjasama

Page 16

PENUTUP

Secara ringkas, filem Olabola bukan sahaia membawa mesej
yang positif kepada masyarakat Malavsia tetapi juga
membolehkan masyarakat mengetahui tentang sejarah
pasukan bola sepak Malaysia yang layak memasuki Sukan
Olimpik pada tahun 1980. Oleh itu. pada pendapat kita filem
sebegini harus diperbanyakkan di Malaysia bag mengeratkan
hubungan pelbagai kaum dan mengukuhkan perpaduan
kaum serta kerjasama antara satu sama lain.

Filem in bukan sahaja mengajar kita berusaha dan
bekerjasama bagi mencapai cita-cita, malahan Bersatu padu
antara Kaum tanpa mengira warna kulit, budaya dan agama,
Filem ini juga membawa mesej, kemana lagi tumpahnya kuah
jika tidak ke nasi bermakna kemana lagi usaha kita
diletakkan jika tidak di negara sendiri. Walaupun ramai
beranggapan hidup di negara lain lebih baik dari di Malaysia,
berjuang untuk negara sendiri lebih bermakna. Melalui hasil
kajian kita, kita memahami tentang kepentingan kekuatan
pati dir terhadap seseorang individu kerana ia dapat
melambangkan identiti sesebuah masyarakat ataupun
negara.

Seterusnya, semangat patriotism adalah elemen yang
penting terhadap sesebuan masyarakat sera negara
Semangat patriotism membolehkan semua rakyat bersatu
pad apabila menghadapi kesukaran ataupun kejayaan. Selain
itu, kerjasama dalam kalangan seluruh rakyat dapat
menyelesaikan masalah yang sukar seperti yang kita dapati
dalam filem tersebut. Semangat kerjasama antara pelbagai
kaum dapat membina sebuah negara yang maju dan aman.
Perpaduan di antara kalangan rakyat berbilang kaum penting

Page 17

untuk menjamin keselamatan negara yang berterusan dari
Kuasa dan anca man negara luar. Dengan adanya perpaduan
antara rakyat, ia dapat melemankan kuasa luar yang ingin
mengancam dan mengambil kesempatan ke atas negara
kerana telah dikawal ketat oleh sikap perpaduan dalam
masyarakat. Tambahan lagi, negara akan disegani dan
dihormati oleh negara luar kerana keamanan yang dicapai
menerusi perpaduan antara berbilang rakyat dan
membatalkan hasrat untuk menakluki negara. Dua kaum
yang berbeza ini Bersatu dan dalam mempertahankan kota
Madinah dari mush islam. In menunjukkan betapa besarnya
implikasi perpaduan dalam kalanagan rakyat kepada
keselamatan sesebuan negara sekiranya rakyatnya Bersatu.

Akhirnya, sumbangan dan keunikan Tamadun Melayu, Cina
dan India telah banyak membantu dalam pembentukan
Malaysia pada hari ini. Dengan ini, kepelbagaian kaum yang
menjadi teras kepada kewujudan majmuk, kita berharap
Malaysia dapat merealisasikan Visi 2020 dalam masa
hadapan.

Page 18

KRITIKAN FILEM

1) Menurut Adi Pranajaya (1993), filem juga berfungsi sebagai
medium hiburan dan sebagai medium kritik sosial serta
dijadikan sebagai ruang untuk mendidik masyarakat. Filem
yang dihasilkan mempunyai tujuan, maka mengikut Adi
Pranajaya (1993: 6-7) filem sudah tentu mempunyai fungsi
dalam masyarakat, di samping mencerminkan dan
menyatakan segi yang kadang-kadang kurang jelas dalam
masyarakat termasuk estetika. Menurutnya juga, filem bukan
sahaja dinikmati kerana elemen hiburan, tetapi elemen lain
juga yang sama penting dinikmati, iaitu nilai pemikiran dan
juga elemen estetika. Fungi sosial filem adalah keterlibatan
dalam kehidupan sosial, ekonomi, politik, etika, Kepercayaan
dan lain-lain. Manakala, fungsi estetika filem adalah
kehadiran karya yang dapat member kenikmatan dan rasa
keindahan bagi masyarakat penonton.

2) Filem sebagai wadah yang menggambarkan kehidupan
sudah tentunya memerlukan kekuatan dalaman, serta
dipersembahkan dalam bentuk visual bergerak yang
menceritakan pelbagai masalah kehidupan. Selain itu, filem
juga dapat memperlihatkan keadaan sosial dan budaya
dalam masyarakat tempatan berasaskan nilai-nilai dominan
yang terbentuk daripada pelbagai bahagian agar ia boleh
diterima oleh masyarakat. Hal ini juga boleh dilihat dalam
karya sastera yang lain seperti drama, novel dan cerpen.
Berdasarkan hal ini, dengan adanya filem dapat memberi
rang kepada pengarang atau penulis skip filem untuk
melontarkan pelbagai isu sosial yang berlaku dalam
kalangan masyarakat. Kritikan sosial yang dilontarkan dalam

Page 19

filem juga akan memainkan peranan ke arah
penambahbaikan tindakan yang perlu dibuat agar isu sosial
atau kesalahan yang sama tidak berulang dan berlarutan.
Kritikan sosial yang dipaparkan dalam filem merupakan cara
yang digunakan oleh seseorang pengarah bagi
menyampaikan idea atau kritikan terhadap masyarakat. Filem
berperanan sebagai alat atau bahan untuk
mendokumentasikan budaya dan kehidupan masyarakat
tertentu. Kebanyakan filem yang dihasilkan menyampaikan
kandungan yang hampir sama dengan realiti kehidupan
dalam masyarakat. Namun, hanya pengarah yang faham
tentang budaya dan falsafah kehidupan sesuatu masyarakat
sahaja akan merakam untuk manfaat generasi yang akan
datang.

Page 20

Refleksi Sempena Tayangan Filem Patriotik
Ola Bola

Antara nilai muni yang terdapat dalam Ola Bola adalah hidup
bersama secara aman, saling membantu dan bekerjasama
dan saling menghormati antara negara. Salah satu ciri ialah
hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan
mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa
mengira agama, bangsa dan budaya. Dalam filem Ola Bola, ia
menekankan aspek hidup bersatu padu diantara semua
kaum. Kita mengetahui semua rakyat Malaysia tidak Kira
bangsa, budaya, agama, atau warna kulit juga mempunyai
satu Misi dan Visi yang sama iaitu menyaksikan kejayaan
pasukan bola sepak negara kepersada antarabangsa melalui
filem Ola Bola.

Selain itu, usaha yang baik dan membina yang dilakukan
bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk
mencapai sesuatu matlamat. Lain pula dengan Ola Bola,
dimana penonton akan didedahkan dengan emosi dalam
keindahan dan keharmonian negara. Seterusnva, semangat
kerjasama dalam sesebuah pasukan merupakan antara nilai
terpenting yang ditonjolkan pada filem tersebut. Hilangnya
semangat kerjasama dan berpasukan telah menyebabkan
pasukan bola sepak Malaysia mengalami kekalahan yang
sangat memalukan. Setelah kesedaran mula mengetuk
kepala setiap pemain, ditambah dengan menjalan latihan di
pusat latihan tentera akhirnya sifat saling percaya dan
bekerjasama antara satu sama lain telah berjaya diraih.
Hasilnya, pasukan Malaysia telah memenangi kesemua
perlawanan pra-olimpik dan telah layak untuk ke Sukan
Olimpik Moscow 1980. Malangnya, Malaysia telah memboikot
untuk menyertai sukan Olimpik Moscow 1980 akibat konflik

Page 21

Soviet-Afghanistan. Oleh itu, rakyat mestilah bekerjasama,
menghargai dan memuliakan hubugan antara negara untuk
menjamin kesejahteraan sejagat. Patriotisme ialah suatu
perasaan kasih sayang dan hormat kepada tanah air Kita. la
adalah satu perasaan yang mendorong seseorang untuk
bekeja keras demi pembangunan negara. melindungi warisan
dan budaya serta negara daripada dimusnahkan oleh anasir
luar atau dalaman. Keseluruhan pertunjukan Ola Bola ini
penuh patriotik yang cinta akan negara serta sanggup
berkorban untuk negara.

Page 22

KESIMPULAN FILEM OLA BOLA

Filem Ola Bola' ini mempunyai elemen makna emosi dalam
manusia yang melibatkan hubungan antara manusia,
pencipta dan alam sekitar. Hubungan in menjadi tali pengikat
sesama manusia kerana manusia beretika, bermoral dan
berakhlak akan membentuk masyarakat yang harmoni. Akan
tetapi, hal ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana manusia
memiliki pelbagai sifat dan keinginan yang sukar dikawal dan
diramal.

Filem ini bukan sahaja mengajar kita berusaha dan
bekerjasama bagi mencapai cita-cita, malahan Bersatu padu
antara kaum tapa mengira warna kulit, bahasa, budaya dan
agama. Filem ini juga membawa mesej, kemana lagi
tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, bermakna kemana lagi
usaha kita diletakkan jika tidak di negara sendiri. Walaupun
ramai beranggapan hidup di negara lain lebih baik dari di
Malaysia, berjuang untuk negara sendiri lebih bermakna.

Akhir sekali, semangat patriotisme adalah elemen yang
penting terhadap sesebuah masyarakat serta negara.
Semangat patriotisme membolehkan semua rakyat Bersatu
padu apabila menghadapi kesukaran ataupun kejayaan.
Selain itu, kerjasama dalam kalangan seluruh rakyat dapat
menyelesaikan masalah yang sukar seperti yang kita dapati
dalam filem tersebut. Semangat kerjasama antara pelbagai
kaum dapat membina sebuah negara yang maju dan aman.

Page 23

LAMPIRAN

Page 24

RUJUKAN

Munirah Mustaffa et.al. 2020. Penghayatan Etika
dan Peradaban. Kuching: Politeknik Kuching.

Siti Zaharah Setapa et.al.2022. Penghayatan
Etika dan Peradaban.Subang Jaya: Penerbit
Ehsan(M) Sdn.Bhd.

https://www.astroawani.com/berita-
hiburan/filem-ola-bola-kisah-benar-pemain-bola-
sepak-negara-era-80an-85718

https://gempak.com/berita-terkini/ulasan-filem-
ola-bola-filem-terbaik-2016-1846


Click to View FlipBook Version