KUMPULAN 1
RUKUN NEGARA
MPU 21032
NAMA PENSYARAH : PUAN RUSLINAWATI BINTI ABD GHANI
AHLI KUMPULAN
▪ 1)AMIRSHAH ROSMIZAN (03DPR21F2076)
▪ 2)KHUNAKORN A/L CHAN (03DPR21F2060)
▪ 3)MUHAMMAD NIZA DANIAL BIN EHWAN ZAINI (03DPR21F2079)
▪ 4)MUHAMMAD NUR IMAN BIN MOHD SUHAIMI (03DPR21F2074)
▪ 5)MUHAMMAD IQBAL BIN AZMAN (03DPR21F2061)
▪ 6)JAYA NAGILAN A/L JAYA SILAN (03DPR21F2079)
2
PENGENALAN RUKUN NEGARA
Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena
ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-13 oleh Yang di-
Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah
Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.
Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei
1969 yang mengganggu-gugat perpaduan etnik di Malaysia.
Tragedi 13 Mei 1969 berpunca daripada kempen pilihan raya
yang menimbulkan isu perkauman sensitif
DEFINISI RUKUN NEGARA
Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan
yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas
merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi
kejayaan dan kestabilan Malaysia
4
Kepentingan Rukun Negara
Rukun Negara menjadi panduan bag rakyat memupuk semangat setia kawan dan
kecemerlangan hidup bermasyarakat serta bernegara. Selainitu Rukun Negara bermatlamat
membentuk masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama-sama. Prinsip Rukun Negara sebenarnya berkait rapat antara satu sama lain.
Kepercayaan kepada Tuan antara lain menerapkan bahawa kepercayaan beragama boleh
mengukuhkan ikatan semua bangsa seterusnya memantapkan institusi negara kerana
rakyatnya mempunyai pegangan hidup. Tahap kesetiaan yang tinggi diberikan kepada raja
dan negara pula amat bersesuaian kerana raja ialah lambang perpaduan negara. Keluhuran
perlembagaan pula ialah sumber perundangan negara yang tertinggi dan harus diterima,
dipatuhi serta dipertahankan oleh rakyat. Kedaulatan undang-undangpula memberi keadilan
kepada setiap rakyat di negara ini kerana dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan
berwibawa.
5
Prinsip kesopanan dan kesusilaan mementingkan perlakuan yang sopan dalam
kalangan rakyat untuk menjaga hubungan baik masyarakat pelbagai kaum di negara
ini. Sehubungan dengan itu rakyat harus sedar Rukun Negara mampu menerapkan
amalan menghormati undang-undang dalam kalangan masyarakat pelbagai agama
dan budaya di negara ini. la juga mengingatkan rakyat supaya menghormati sensitiviti
kaum agar keamanan dan keharmonian negara dapat terus dipelihara. Mengamalkan
Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu pad, bermuhibah tanpa
mengira kaum serta bersikap saling hormat-menghormati di antara satu sama lain.
Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan
mempergiatkan lag pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik
6
OBJEKTIF RUKUN NEGARA
-Mencapai perpaduan yang lebih erat
-Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik
-Mencipta sebuah masyarakat yang adil
-Membentuk sikap yang liberal
-Membina sebuah masyarakat progresif
7
PRINSIP RUKUN NEGARA
▪ KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
▪ KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
▪ KELUHURAN PERLEMBAGAAN
▪ KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
▪ KESOPANAN DAN KESUSILAAN
8
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Kepercayaan kepada Tuhan dimaksudkan sebagai bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas
kepercayaan yang kukuh kepada Tuan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan
bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan bahawa islam adalah Agama Rasmi Persekutuan, tetapi agama
dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram dimana-mana
bahagian di dalam persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang
warganegara atas alasan atau perihal agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa
penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dankepercayaan kepada Than
dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan
merosakkan bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota
masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip in telah dipilih sebagai prinsip
pertama dalam Rukun Negara.
9
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Prinsip kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara adalah berteraskan kepada amalan
Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yangdi-
Pertuan gong sebagai ketua negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai
Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, danYang Di-Pertua
Negeri bagi negeri- negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-
Pertua Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan
ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negera pula, rakyat
dikehendaki menumpukan tat setia kepada raja yang memerintah negara tempat mereka
bermastautin tapa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
10
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Keluhuran Perlembagaan yang menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah
sumber perundangan yang tertinggi dan berfungsi untuk member perlindungan kepada setiap
rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara
Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta
latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.Perlembagaan Negara telah digubal
berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Oleh hal yang demikian
merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh
mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia juga turut menentukan pola
politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di negara ini. lanya juga adalah sumber rujukan bagi
segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak
sosioekonomi rakyat
11
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Kedaulatan Undang-Undang. Keadilan yang diasaskan atas kedaulatan undang-undang menunjukkan
bahawa setiap rakyat adalah sama taraf di sisi undang-undang. Selain itu, Kebebasan asasi juga
terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara yang berasaskan perlembagaan
perl diterima dan dipertahankan kedaulatannya. Tanpa adanya undang-undang maka negara tidak
dapat mencapai keamanan dan kestabilan. Seterusnya, undang- undang negara dijamin pula oleh
institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk
mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Menerusi kewujudan
undang-undang juga,ianya akan menjamin kehidupan anggota masyarakat agar dapat hidup dalam
suasana yang teratur dan selamat tapa sebarang bentuk kekacauan. Hak-hak semua rakyat juga boleh
diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang seta perkara-perkaraseperti mana
yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak kebebasan yang dijaminoleh Perlembagaan itu
tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara
yang tidak menurut Perlembagaan.
12
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Kesopanan dan Kesusilaan menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
setiap rakyat. lanya bertujuan untuk membentuk warga negara yang bersopan
santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Muni yang
dijalankan. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling
bermakna dan amt penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam
masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut
diamalkan bag membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin dan
bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang
harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atauperbuatan yang
angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.Tingkah laku
sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua
kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan
supayaperilaku masyara kat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan
keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
13
RUMUSAN
Kesimpulanya, perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh
semua negara termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah
negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama
ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri. Selain itu, mengamalkan
Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa
mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui
perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan
mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang demokratik. Akhir sekali, Rukun Negara harus dilihat
sebagai kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di
kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih
releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah
penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1
Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.
14
LAMPIRAN
15
RUJUKAN
-Munirah Mustaffa et.all.2020. Penghayatan Etika dan Peradaban. Kuching:Politeknik
Kuching.
-Siti Zaharah Setapa et.all. 2022. Penghayatan Etika dan Peradaban. Subang Jaya :
Penerbit Ehsan (M) Sdn.Bhdhttps:/pedpatIck2.blogspot.com
https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara
https://www.kln.gov.my/web/esp_madrid/news-from-mission/-/blogs/objektif-dan-
prinsip-rukun-negara
16