The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammad02011601, 2021-05-02 08:44:44

RUKUN NEGARA SEBAGAI NASIONAL MALAYSIA

RUKUN NEGARA SEBAGAI NASIONAL MALAYSIA

Keywords: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

RUKUN NEGARA SEBAGAI
PANDUAN NASIONAL MALAYSIA

MANAGING EDITOR:
PUAN FARAHANIZA BINTI JAAFAR

EDITOR:
1)MUHAMMAD AFIQ BIN ABDUL JALIL
2)MUHAMMAD BADRUN BIN JANTAN
3)MUHAMMAD HANAFI BIN AHMAD

DESIGNER:
1)MUHAMMAD BADRUN BIN JANTAN
2)MUHAMMAD HANAFI BIN AHMAD

PUBLISHER:
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK POLITEKNIK

MERLIMAU,MELAKA

TERBITAN EDISI 2021

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT:

1.0:PENGHARGAAN
2.0:PENGENALAN
3.0:MATLAMAT RUKUN NEGARA
4.0:OBJEKTIF RUKUN NEGARA
5.0:PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
6.0:HURAIAN RUKUN-RUKUN NEGARA

6.01:KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
6.02:KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
6.03:KELUHURAN PERLEMBAGAAN
6.04:KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
6.05:KESOPANAN DAN KESUSILAAN
7.0:KESIMPULAN

1.O: PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Salam sejahtera alhamdulillah syukur telah
dapat menyiapkan tugasan ini dengan penuh jayanya.Selain itu
penhargaan buat rakan-rakan kumpulan yang sentiasa memberikan
Kerjasama dan idea-idea yang bernas dalam menghasilkan tugasan
ini.Sepanjang proses penghasilan ini banyak ilmu yang kami dapat
rungkai dan banyak pengalaman dan cabaran untuk menghasilkan
tugasan ini walaupun dengan penat Lelah kami dapat menyiapkan
dengan jayanya.Oleh itu tanpa bantuan rakan-rakan kumpulan kami
tidak mungkin dapat menyiapkan tugasan ini dengan teratur dan
cepat.

2.O: PENGENALAN

• Rukun negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada
berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

• Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah kepimpinan (MAGERAN)
majlis perundingan negeri yang bertanggungjawab menggubalnya.

• Majlis Perundingan Negara ditubuhkan oleh pengarah MAGERAN di bawah undang –
undang darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.

• Rukun negara telah diisytiharkan oleh yang di pertuan agung yang keempat pada 31
Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke -13.

• Setiap warganegara malaysia mestilah menjadikan rukun negara sebagai teras dan
landasan hidup bermasyarakat .

• Rukun negara dapat melahirkan sebuah negara dan bangsa yang bersatu , demokratik,
adil tanpa mengira bangsa dan agama.

• Rukun negara diwjudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat
seperti nilai kegagamaan ,kesetiaan kepada raja-raja dan negara,perlembagaan dan
kedaulatan undang-undang.

3.0: MATLAMAT RUKUN NEGARA

• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat di Malaysia.

• Memelihara cara hidup demokratik dalam masyarakat di negara
Malaysia.

• Membentuk satu masyarakat yang adil dan saksama agar
kemakmuran negara terjamin dan berada dalam suasana yang
harmoni tanpa menimbulkan perasaan yang negatif antara satu sama
lain di kalangan masyarkat.

• Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang
kaya dengan berbagai corak kehidupan dalam masyarakat sekeliling.

• Membina satu masyarkat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi untuk mengembang kan ilmu pegetahuan masyarakat
pada hari ini.

4.0: OBJEKTIF RUKUN NEGARA

• Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat.
• Untuk memelihara cara hidup demokratik
• Untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran

negara dapat dinikmati Bersama secara harmoni dan terjamin.
• Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudyaan yang

kaya dan mempunyai pelbagai corak lapisan kaum di kalangan
masyarakat.
• Untuk membina sebuah masyarakat yang progresif dengan adanya ilmu
sains dan teknologi yang moden.
• Melahirkan semangat patrotik di kalangan masyarakat pada hari ini supaya
semua lapisan masyarakat akan merasai betapa pentingnya rukun negara
di dalam negara kita.
• Keharmonian negara adalah bergantung kepada masyarakat yang
mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan semangat cintakan negara yang
disemai sejak dahulu lagi demi kepentingan negara.

5.0: PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA

• Kepercayaan kepada tuhan
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan

6.0:HURAIAN 5 PRINSIP RUKUN NEGARA

6.O1:KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Prinsip ini menunjukkan bahawa asas kehidupan beragama
merupakan prinsip yang penting dalam kehidupan rakyat di
negara kita.Sebarang bentuk fahaman dan ajaran sesat yang
tidak percaya pada tuhan tidak akan mendapat tempat di negara
ini.Setiap pengganut agama sewajarnya menjadikan agama
masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan
perpaduan dan bukannya menggunakan agama sebagai alat
kepada pemusuhan.Tetapi sebaliknya mengamalkan fahaman
kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan
bertolak ansur atau saling bertoleransi

6.O2: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Di negara kita raja dan negara mempunyai kaitan yang sangat
rapat.Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
dan raja perlembagaan.Perkara 44 menunjukkan bahawa YDPA
adalah sebahagian daripada kompenen yang membentuk
parlimen di negara ini.Prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada
raja dan negara menjadi unsur dan ciri-ciri penting dalam soal
kewarganegaraan di negara ini.Penghayatan terhadap prinsip
ini mampu membentuk satu bangsa malaysia yang patriotik dan
Bersatu padu kerana raja adalah payung negara yang menaungi
seluruh rakyat di negara ini.Oleh itu institusi di raja tidak boleh
dicemari, diperlekehkan atau dihina serta ia tidak wajar
dipolitikkan sama sekali.

6.O3: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan malaysia dikenali sebagai perlembagaan persekutuaan
.Prinsip keluhuran dan perlembagaan bermaksud ketinggian dan
keagungan undang-undang.Keluhuran perlembagaan malaysia terletak
pada kedudukannya sebagai undang-undang tetinggi yang menjadi
sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut
dalam perkara 4(1) perlembagaan persekutuan.Perlembagaan menjadi
asas penting untuk menjamin keadilan,keamanan,Kerjasama,kepentingan
dan kesepakatan bersama antara kerajaan persekutuaan dan kerajaan
negeri.Perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi , kebebasan
rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini.

6.O4: KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang di negara mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman,
tenteram,stabil dan Makmur.Kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi
memastikan undang-undang berjalan dengan lancar.Kedaulatan undang-undang bermaksud
setiap rakyat adalah sama taraf di sisi undang-undang negara tanpa sebarang diskriminasi
kaum mahupun kedudukan.Selain itu keadilan merupakan elemen penting dalam
menegakkan kedaulatan undang-undang.Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-
undang pula dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan beribawa,ini penting kerana
dapat menjamin kebebasan asasi semua warganegara malaysia.Perlembagaan malaysia
dikenali sebagai perlembagaan perseketuan dan prinsip keluhuran perlembagaan bermaksud
ketinggian dan keagungan undang-undang.Keluhuran perlembagaan Malaysia tertakluk
kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca
kepada semua undang-undang yang disebut dalam perkara 4(1) perlembagaan
persekutuan.Perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi ,kebebasan rakyat dan
keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini,badan kehakiman juga dipertanggungjawab
bagi memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan.

6.O5: KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip ini merupakan nilai-nilai moral dan akhlak murni masyarakat ia
juga menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat
sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan
pembagunan tamadun negara yang berasakan keperibadian bangsa dan
nilai-nilai murni.Kehidupan yang bertatasusila dan bersopan santun amat
penting dalam perhubungan terutama dalam masyarakat berbilang
kaum.Kerajaan amat prihatin dalam membentuk masyarakat yang
bersopan santun,berdisiplin dan bermoral tinggi,oleh itu kerajaan
mengadakan kempen budi bahasa dan nilai murni .Ia bertujuan untuk
mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifat-sifat
mulia,beradap,sopan,bertoleransi ,saling memahami dan mempunyai
semangat patriotik dalam diri ia selari dengan prinsip rukun negara.

7.O: KESIMPULAN

Perpaduan kaum adalah matlamat penting bagi semua negara di dunia
termasuklah Malaysia,ia penting kerana tanpa perpaduan sesebuah negara itu
akan mudah menjadi lemah,sukar dibangunkan dan mudah diancam oleh
kuasa luar dan sebagainya.Oleh itu kewudujan rukun negara ini menjadi satu
titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di
Malaysia.Apabila rakyat malaysia menghayati maksud rukun negara dengan
sepenuhnya maka proses pentadbiran negara berjalan dengan
lancar.Mengamalkan rukun negara akan melahirkan masyarakat yang Bersatu
padu ,bermuhibah tanpa mengira kaum serta bersikap hormat-menghormati
di antara satu sama lain.Melalui perpaduan negara kita dapat
memeprtingkatkan dan mempergiat pertumbuhan ekonomi ,mengekalkan
kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan
demokratik.

Rujukan

 http://azwaraini.blogspot.com/2015/08/matlamat-rukun-negara-
mencapai.html

 https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2021/01/774092/rukun-
negara-asas-perpaduan-pembinaan-negara-bangsa

 https://www.google.com/search?q=gambar+rukun+negara&sxsrf=ALeKk00
QVcLrXK7Ng-EfSzg_M68KT6Stpg:16199591861


Click to View FlipBook Version