nor
MINIT MESYUARAT MUSLIMAT
KALI 2
MASJID TAMAN JAYA
2020
19.8`.2020 (RABU)
9 MALAM
MINIT MESYUARAT BIRO MUSLIMAT MASJID TAMAN TEMERLOH JAYA
BILANGAN 2/2020
TARIKH : 19.08.2020 (RABU)
MASA : 9.00 PM
TEMPAT : BILIK MESYUARAT
KEHADIRAN : PENGERUSI BIRO
1. HAJAH PUZIAH BINTI ABDUL KADIR SETIAUSAHA
2. NORSIAH BINTI LUCMAN BENDAHARI
3. ROSEMAWATI BINTI MD JURAPI AJK
4. MASIAH BINTI MOHAMAD AJK
5. SALMAH BINTI MAT SAAT
AJK
TIDAK HADIR BERSEBAB : AJK
1.RAHAYU BINTI MD YUSOP AJK
2.HANISAH BINTI JAAFAR AJK
3.FAZIDAH BINTI KAMARUDIN
4.ZAINUN BINTI IDRIS
TIDAK HADIR TANPA SEBAB :
1.RAWZIE EFFA BINTI SEMAN AJK
2.SARMINAH BINTI KASRIN AJK
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Hajah Puziah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dalam
mesyuarat pada malam ini. Hajah Puziah melahirkan rasa kecewa atas
kehadiran yang sangat sedikit pada malam ini.
1.2 Mengharapkan AJK sentiasa memberi kerjasama memandangkan banyak
program yang di fikirkan perlu di buat untuk mengimarahkan masjid pasca
Covid-19.
1.3 Mendoakan semoga dengan kehadiran tahun baru hijrah akan menjadikan
semua lebih baik, kehidupan di berkati, di permudahakan segala urusan dan di
rahmati Allah.
1.4 Ucapan terima kasih juga buat team sukarelawan yang sentiasa bersedia
membantu masjid menjayakan program terutamanya dalam bergotong royong
memastikan masjid sentiasa bersih.
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT.
2.1 Puan Norsiah membentangkan minit mesyuarat Bil 1/2020. Puan Salmah
mengesahkan minit mesyuarat dan disokong oleh Puan Masiah.
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada
4. LAPORAN
4.1 Unit Dakwah Dan Remaja
a) Puan Norsiah melaporkan unit dakwah telah menjalankan program tetap
bulanan iaitu Bacaan Yaasiin , Tadarus Kahfi dan Kelasa Tadabbur.
b) Program khas yang telah di laksanakan iaitu program lawatan ziarah ukhwah
MTJ ke Rumah Warga Emas di Telok Mas dan Lawatan Penandaarasan ke
Masjid AS Salimin Kg Kandang Melaka. Juga telah menganjurkan lawatan ke
Rehlah Nabawiyah dan Masjid Sri Sendayan.
c) Muslimat turut menjadi urusetia semasa program Karnival Andalusia.
d) Lain-lain program tertangguh dari minggu ke 3 hingga sekarang disebabkan
PKP
4.2 Unit Kebersihan Dan Keceriaan
a) Puan Masiah melaporkan sempat mengadakan dua kali gotong royong
bersama sukarelawan sebelum pkp. Fokus utama adalah menyusun atur
sejadah dan membersihkan telekung.
b) Program masakan telah dijalankan pada anuari dan febuari.
c) Team sukarelawan juga menghantar bantuan kepada golongan yang
memerlukan di kawasan sekitar Temerloh Jaya, Kg Tualan dan Temerloh
Makmur. Ada juga Progam keluar Kawasan hingga ke Bera.
d) Sepanjang PKP Team Sukarelawan menjalankan Progam Mengaji PKP secara
online.
e) Program ‘Jalinan Kaseh’ juga diadakan sepanjang Ramadan dengan
menghantar juadah berbuka kepada mereka yang terpilih.
4.3 Unit Kebajikan Dan pengurusan JenazaH.
a) Aktiviti Ziarah Kaseh masih berjalan mengikut keperluan. Bantuan barangan
dapur dan wang tunai telah diberikan kepada keluarga Puan Roslina Binti
Abdul Jalil dan Puan Nur Hidayah bt Ramli dari Tg Kerayong. Mereka adalah
penerima tetap barangan dapur dari rak infak MTJ.
b) Ziarah kaseh Puan Aloha yang kematian suami, Puan Asiah Abas, Hamidah
Binti Abdul hamid, Puan Rosnh Ibrahim dan Puan Norilatifa Rahmat Ali.
5. CADANGAN
5.1 Puan Norsiah bercadang meneruskan semua program yang telah
dirancang mengikut takwim 2020. Program pertama pembukaan
selepas PKP adalah Bacaan Yaasiin sempena awal Muharam. Ahli
mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut.
Tindakan : Puan Norsiah
5.2 Puan Masiah mencadangkan MTJ menyediakan Rak simpanan barang
untuk muslimat bagi keselamatan barang peribadi ketika solat. Ia juga
satu kemudahan pada jemaah yang bermusafir. Contoh boleh dilihat
pada masjid sekitar Kuala Lumpur yang pernah dikunjungi. Hajah
Puziah akan membawa usul ke mesyuarat AJK.
Tindakan : Hajah Puziah
5.3 Hajah Puziah mencadangkan untuk melantik ajk Biro yang baru.
Penambahan bertujuan memantapkan lagi pengurusan Biro. Hajah
bercadang melantik Puan Nor Hanes Binti Mohd Nor dan Puan
Asiah Binti Pak Su. AJK sebulan suara menerima cadangan tersebut.
Tindakan : Puan Norsiah
5.4 Hajah Puziah mencadangkan mana-mana AJK yang tidak hadir 3 kali
terlucut. Hajah juga menyatakan hanya melantik seorang wakil
KAFA di dalam Biro iaitu Puan Fazidah Binti Kamarudin. AJK sebulat
suara menerima cadangan.
Tindakan : Puan Norsiah
5.5 Puan Rosmawati mencadangkan diadakan satu ruang menunggu untuk
muslimat. Tujuan diadakan adalah untuk mereka yang uzur sharie yang
mana selalunya muslimat yang uzur menunggu di atas tangga. Keadaan
ini kurang selesa dan tidak manis di pandang.Usul akan di bawa ke
mesyuarat AJK.
Tindakan : Hajah Puziah
6. HAL HAL LAIN
6.1 Hajah Puziah menyatakan semasa mesyuarat di dalam Biro Khairat MTJ
pada 18.08.2020, Puan Rawzie Effa membawa usul untuk
mengeluarkan unit pengurusan jenazah dari Biro Muslimat dan di
serap ke dalam Biro Khairat. Namun demikian Hajah Puziah telah
membantah cadangan tersebut kerana usul yang di bawa oleh Puan
Rawzie Effa bukan usul dari Biro Muslimat dan tiada perbincangan di
dalam Biro. AJK sebulat suara membantah usul tersebut dan ingin
mengekalkan unit Pengurusan jenazah muslimat di dalam Biro
Muslimat.
Tindakan : Makluman semua
6.3 Hajah Puziah menyatakan, bagi memberi ruang kepada muslimat untuk
menambah dan memantapkan ilmu pengurusan jenazah,
penggiliran pengurusan jenazah akan di buat berdasarkan kepada
masa dan keadaan. Khidmat Puan Fatimah Omar dan Ustazah
Mazita di perlukan untuk menjadi pemimpin semasa pengurusan
jenazah.
Tindakan : Makluman semua
6.2 Puan Rosmawati mencadangkan pelamin hanya di urus oleh AJK
Muslimat. Di adakan penggiliran mengikut jadual walimatul urus. AJK
sebulat suara menerima cadangan tersebut.
Tindakan : Makluman semua
7. PENUTUP
Hajah Puziah mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir. Semoga segala
perancangan untuk mengimarahkan masjid dipermudahkan oleh Allah. Juga
mendoakan segala usaha dan amal yang ikhlas untuk membangunkan rumah Allah
ini di berkati.
MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA JAM 11.30 MALAM
DISEDIAKAN OLEH :
NORSIAH BT LUCMAN
SETIAUSAHA BIRO MUSLIMAT
DISEMAK OLEH :
HAJAH PUZIAH ABDUL KADIR
PENGERUSI,
BIRO MUSLIMAT MTJ