The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZULKANAIN HASHIM, 2021-04-06 08:21:30

MINIT MESYUARTAT AGUNG KALI KE 4 2020 PERSATUAN KEBAJIKAN SDARY 80

AGM KALI KE 4

MINIT MESYUARAT AGONG KALI KE 4
PERSATUAN KEBAJIKAN SDARY 80

Tarikh : 27hb.Mac 2021 (Sabtu)
Tempat : Hotel Bendahara
Lot 769 Jalan Bendahara
Masa : 75300 Melaka
08:30 pagi
Kehadiran :
55 orang ahli

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN

1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
(Zulkanain bin Hashim)

1.1 Mengucapkan salam persahabatan untuk warga SDARY 80 yang dapat hadir
di Mesyuarat Agong pada kali ini.

1.2 Setiap ahli yang hadir perlu mematuhi SOP dari KKM dan MKN untuk
mengawal penularan wabak Covid 19 dengan menjaga penjarakan sosial
serta sentiasa memakai pelitup muka di sepanjang mesyuarat berlangsung.

2. UCAPAN PENGERUSI PERSATUAN
(Abdul Ghafar bin Surip)

2.1 Beliau mengucapkan salam sejahtera kepada barisan Ahli Jawatankuasa
serta ahli-ahli yang dapat bersama pada pagi yang bersejarah ini.

2.2 Pada tahun ini Ahli Jawatankuasa sediada akan tamat tempoh
perkhidmatan selama 2 tahun dan bakal di ganti dengan muka-muka baru.
Sehubungan itu ahli-ahli bolehlah memilih mereka yang boleh diharap dan
boleh menjalankan tugas khususnya untuk ahli dalam hal kebajikan di usia
emas ini.

-1-

2.3 Dalam tempoh 2 tahun yang lalu masih ramai ahli yang masih gagal
menjelaskan yuran tahunan ahli secara berterusan. Ini memberi kesan
kepada pihak persatuan untuk menyampaikan bantuan kepada ahli-ahli
yang ditimpa musibah kerana kekurangan dana yang berpandukan bayaran
yuran ahli.

2.4 Sehubungan itu pihak persatuan perlu proaktif dalam usaha mengutip yuran
ahli yang tertunggak demi kelancaran program bantuan kepada ahli dan
guru-guru seperti membuat hebahan di dalam group WhatApps ahli untuk
3 bulan sekali agar ahli tidak lupa kepada tanggungjawab mereka.

2.5 Program menyediakan insuran secara berkelompok kepada ahli-ahli di usia
emas adalah perlu memandangkan kos perubatan bagi penyakit kritikal
yang dihidapi bagi warga emas memerlukan kos dan pembiayaan yang
tinggi. Ahli Jawatankuasa perlu memikirkan cara terbaik untuk membantu
rakan-rakan memiliki insuran perubatan dengan kadar yang mampu dimiliki
oleh mereka dalam keadaan kesihatan semasa di usia ini.

2.6 Usaha berterusan diperlukan untuk menarik rakan-rakan yang belum
menjadi ahli untuk berbuat demikian kerana bila ramai keanggotaan bererti
lebih banyak jumlah bantuan yang bakal disalurkan.

2.7 Elakkan persatuan kebajikan seperti badan politik yang boleh menyebabkan
persatuan berpecah dua atau tiga. Matlamat kita hanya untuk menyambung
siratulrahim secara berterusan dan dapat membantu rakan-rakan yang
serba kekurangan.

2.8 Doakan bersama agar persatuan ini menjadi hebat sebagai persatuan bekas
pelajar SDARY yang disegani dan dihormati oleh orang lain kerana mampu
membantu serta memberi sumbangan di kalangan ahli dan guru-gurunya.

2.9 Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim…beliau merasmikan Mesyuarat
Agong Persatuan Kebajikan SDARY 80.

REHAT DAN JAMUAN

-2–

ATURCARA MESYUARAT AGONG

1. MEMBENTANGKAN MINIT MESYUARAT AGONG YANG LALU

Bahran bin Ahmad selaku Setiausaha membentangkan minit Mesyuarat Agong
Persatuan Kebajikan SDARY 80 kali ke 3 bertarikh 26hb.September 2020 dan
diterima sebulat suara dengan:

Cadangan : Rosli bin Pet
Sokongan : Ahmad Sabri bin Dol

2. MEMBENTANGKAN PENYATA TAHUNAN YANG LALU

Bahran bin Ahmad selaku Setiausaha membentangkan Penyata Tahunan 2020
kepada hadirin dan diterima oleh majlis dengan:

Cadangan : Ahmad Sabri bin Dol
Sokongan : Muhd Said bin Duasa

3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN
PENYATA KEWANGAN YG LALU

Hj Hasan bin Hj Normal membentangkan penyata kewangan tahun berakhir
31hb.Disember 2020 dan diterima sebulat suara oleh majlis dengan:

Cadangan : Anita binti Osman
Sokongan : Rohainah binti Mat Noor

-3-

4. MEMBENTANGKAN USUL

4.1 Usul Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa membawa usul dan dibacakan oleh Setiausaha. Antara lain
mengusulkan agar diberikan pengecualian kepada ahli yang sakit dan uzur untuk
membayar yuran tahunan ahli dan segala yuran ditanggung oleh pihak persatuan
untuk meringankan beban ahli yang terpaksa membayar yuran setiap tahun.

Ada dikalangan ahli yang tiada mempunyai sumber pendapatan lain malah ada
yang terpaksa menggunakan wang simpanan bagi tujuan perubatan yang
memerlukan kos yang tinggi serta secara berterusan.

Usul ini disokong dan diluluskan.

4.2 Usul Ahli

4.2.1 Faridah Md Dawi

Usulkan agar memperuntukkan sumbangan kepada bekas guru-
guru yang pernah mengajar kita sebelum ini sebagai menghargai
jasa mereka yang tidak ternilai sehingga kita berjaya sehingga
kini.

Usul ini disokong dan diluluskan.

4.2.2 Rohainah binti Mat Noor

Usul agar sambutan hari lahir ahli dibuat dalam tempoh 6 bulan
sekali secara berkelompok dengan membuat bacaan tahlil dan
doa selamat dan jamuan ringan.

Usul ini diterima.

4.2.3 -4-
Mahani binti Meran

4.2.4 Usul agar setiap ahli diberikan naskah Perlembagaan bagi
persatuan agar ahli lebih faham matlamat dan undang-undang
kepada ahli serta pegawai yang dilantik sebagai garis panduan
dalam pertubuhan.

Di jawab – pihak Urusetia akan menyediakan naskah
Perlembagaan dlm bentuk e-book dan dihantar kepada setiap ahli
selaras dengan perkembangan teknologi maklumat.

Usul ini diterima.

Zulkanain bin Hashim

Usul agar pihak persatuan membuat unjuran belanjawan tahunan
sebagai garis panduan bentuk dan kadar nilai bantuan kepada
ahli, bukan ahli, guru-guru serta lain-lain bentuk bantuan.
Penyata kewangan bagi tempoh 3 tahun dibahagikan kepada 3
maka dapatlah nilai yang dikehendaki. Dari nilai itu baru
dibahagikan kepada nilai bantuan kepada mereka yang
disenaraikan dan baki akhir perlu dalam lingkungan 25% di dalam
akaun persatuan. Nilai 25% ini adalah untuk digunakan untuk
mesyuarat Ahli Jawatankuasa dan Mesyuarat Agong Tahunan.

Usul ini diterima.

Pengerusi membubarkan Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan SDARY 80.

-5-
5 MEMILIH AHLI JAWATANKUASA BAGI TEMPOH 2021 – 2023

5.2 PENGERUSI

Faridah binti Md Dawi mencadangkan Zulkanain bin Hashim sebagai
Pengerusi, disokong oleh Ramli bin Aziz.
Zulkanain bin Hashim tarik diri sebab kekangan kerja di Temerloh.

Bahran bin Ahmad mencadangkan Maelah bin Abusah – tiada sokongan.

Zulkanain bin Hashim mencalunkan Hj Lukman bin Sapar disokong oleh
Azman bin Gani.
Hj Lukman bin Sapar menarik diri disebabkan banyak memegang jawatan
di dalam masyarakat serta beban tugas buat masa ini.

Rosli bin Ped mencadangkan Mohamad Soriani bin Mohamed, disokong
sebulat suara oleh majlis.

Keputusan – Mohamad Soriani bin Mohamed dilantik sebagai Pengerusi
yang baru

5.3 AHLI JAWATANKUASA

Rosli bin Ped mencadangkan agar jawatan Timbalan Pengerusi, Setiausaha,
Penolong Setiausaha, Bendahari dan AJK dikekalkan untuk tempoh
sepenggal lagi dan disokong sebulat suara oleh majlis.

-6-

6 UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang mencalunkannya
memegang jawatan tertinggi dalam persatuan.
Beliau memohon Ahli Jawatankuasa sediada dapat membantunya menjalankan aktiviti
persatuan khususnya dalam hal kebajikan ahli demi menaikkan nama SDARY 80.
Mesyuarat ditangguhkan jam 12.26 tengahari.
Pencatit minit,

(BAHRAN BIN AHMAD)
Setiausaha.

-7-


Click to View FlipBook Version