The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZULKANAIN HASHIM, 2021-03-22 22:38:09

MINIT MESYUARAT 1 2020

MINIT MESYUARAT 1 2020 V4

[email protected]
010-2018105

NO Pendf: MM-TLH012

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN AJK

TAMAN TEMERLOH JAYA BILANGAN 1 / 2020

TARIKH : 2.3.2020 (ISNIN)
MASA : 9.00 PM
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN : PENGERUSI MTJ
SETIAUSAHA
1. DR HJ ABDULLAH BIN HJ ISMAIL BENDAHARI
2. ZULKANAIN BIN HASHIM AJK
3. TN HJ HASSAN BIN HJ SAMADI AJK
4. HJ SABRI B SANI AJK
5. HAMDAN B SAIDIN AJK
6. SAHIDI B HASHIM AJK
7. ZULHANEE MOHAMED AJK
8. MOHD RADZI ISMAIL MUSLIMAT
9. AHYAT BIN IBRAHIM MUSLIMAT
10. PN NORSIAH BT LUCMAN
11. PN RAWZIE EFFA BT SEMAN

“Masjid TJ, Masjid Kita”

MASJID TAMAN TEMERLOH JAYA,

28000 TEMERLOH

1. UCAPAN TUAN PENGERUSI MTJ

i. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir
malam ini kerana kehadiran yang ramai. Ini satu sikap yang terpuji dalam
melaksanakan amanah untuk rumah Allah.

ii. Pengerusi menerangkan tujuan mesyuarat hari ini diadakan iaitu
membincangkan pemilihan pembekal tender Iftar 2020.

iii. Selain itu juga bertujuan untjuk membincangkan pelaporan aktiviti oleh
biro-biro sepanjang 2020.

2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT.
Minit mesyuarat telah disahkan oleh Hj Hassan b Samadi dan disokong oleh Ustaz
Ahyat b Ibrahim.

3. PERKARA BERBANGKIT :
Pengerusi :
Bertanyakan akan kedudukan imam adakah telah dibuat surat makluman
lantikan imam ke Pejabat Agama Islam Daerah.
Setiuasaha :
Memaklumkan surat telah dihantar ke PAID untuk tindakan seterusnya oleh
mereka.

4. LAPORAN KEWANGAN

Hj Hassan b Samadi :

Melaporkan akaun bagi tahun 2019.

Bank Muamalat : RM 1,336,352.09

Bank Rakyat : RM 484,144.99

JUMLAH : RM 1,820.497.08

“Masjid TJ, Masjid Kita”

MASJID TAMAN TEMERLOH JAYA,

28000 TEMERLOH

Prestasi Perbelanjaan :

Bank Muamalat : 51.82 %

Bank Rakyat : 8.16 %

KESELURUHAN : 59.98 %

5. PELAPORAN BIRO
Semua biro telah membentangkan dan membuat pelaporan takwim sepanjang tahun
2020.
Rujuk Lampiran.

Pengerusi :
Mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha semua biro merancang takwim yang
lengkap bagi sepanjang tahun 2020. Ini menunjukkan semua biro telah memahami
bidang kerja mereka dan berharap dapat melaksanakan semua perancangan yang
telah dibuat.

6. SETIAUSAHA
Membentangkan program Iftar Ramadan bagi tahun 2020. Merujuk kepada jadual
tarikh pelaksanaan tender makanan untuk iftar 2020.

TARIKH AKTIVITI
2.3.2020 (RABU) MESYUARAT PERTAMA
12.3.2020 (KHAMIS)
3.4.2020 (JUMAAT) TAWARAN TENDER
6.4.2020 (ISNIN) TUTUP TAWARAN TENDER
8.4.2020 (RABU)
24.4.2020 (JUMAAT) MESYUARAT PEMILIHAN
TAWARAN TENDER PEMBEKALAN

1 RAMADAN

“Masjid TJ, Masjid Kita”

MASJID TAMAN TEMERLOH JAYA,

28000 TEMERLOH

Keputusan Pelaksanaan :

BIL

KOS PER PESERTA BIL BIL PANEL PESERTA
PEMBEKAL
KEPALA IFTAR PESERTA PEMILIHAN SAHUR (10

(INFAK) / BERBUKA MALAM

HARI TERAKHIR)

RM 140.00 25 350 ORANG 4 5 ORANG 30 ORANG
PESERTA

7. SAHIDI BIN HASHIM

Membentang hasil mesyuarat program Bicara Mufti pada 16.3.2020 (Isnin) di MTJ.

Program seperti berikut :

MASA AKTIVITI

5.45 PAGI SOLAT SUBUH

7.40 PAGI SOLAT SUNAT DUHA

8.00 PAGI SARAPAN PAGI

8.30 PAGI MENANAM POKOK

8.35 PAGI ZIARAH KASIH

Selepas masa tersebut aktiviti tidak lagi melibatkan pihak MTJ.

8. PENGERUSI
Mohon SU membuat surat lantikan Imam Badrun dan Imam Akmal ke pejabat Agama
Islam Daerah untuk makluman dan sokongan daripada PAID.
TINDAKAN : SU

“Masjid TJ, Masjid Kita”

MASJID TAMAN TEMERLOH JAYA,

28000 TEMERLOH

9. HJ SABRI B SANI
Membentangkan tender untuk penambahbaikan lantai foyer dan bilik wuduk MTJ.
Maklumkan surat tender sudah boleh dikeluarkan .
TINDAKAN : SU

PENGERUSI
Memberi cadangan agar proses kerja bermula selepas Hari Raya Aidil Fitri. Ini untuk
menggelakkan daripada keadaan tidak sesuai dengan kehadiran bulan Ramadan
yang akan digunakan untuk solat tarawih dan solat hari raya aidil fitri.
Cadangan disokong oleh ahli mesyuarat.

10. PENGERUSI
I. Pengerusi memaklumkan kepada ahli mesyuarat Imam 1 Abdullah b Ibrahim
telah meletakkan jawatan bermula 1.3.2020. Untuk sementara ini jawatan
Imam 1 akan dipangku oleh Ustaz Ramizul sementara mendapat pelantikan
tetap daripada PAID.
II. Pengerusi menyatakan telah menerima surat peletakan jawatan oleh TPM
bermula 1.3.2020. Pengerusi mohon pendapat ahli mesyuarat untuk
menerima atau menolak permohonan. Respon daripada ahli mesyuarat
memberi mandat kepada PM untuk menentukan penerimaan atau penolakan.

III. Menyatakan mesyuarat agung boleh dibuat sehingga hujung tahun. Namun
perlu menghantar senarai cadangan nama AJK kepada PAID sebelum Mei
untuk di luluskan.
TINDAKAN : SU

IV. Mencadangkan untuk membuat “Coffee Table Book” untuk MTJ dan akan
diurus oleh Pengerusi.
TINDAKAN : PENGERUSI

“Masjid TJ, Masjid Kita”

MASJID TAMAN TEMERLOH JAYA,
28000 TEMERLOH

PENGERUSI :
Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir pada
malam ini. Diharapkan segala makluman dan keputusan yang telah dibincang
bersama malam ini akan diambil tindakan demi kelangsungan pengurusan masjid
Taman Temerloh Jaya yang lebih gemilang.

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA JAM 12.00 MALAM

DISEDIAKAN OLEH :

ZULKANAIN BIN HJ HASHIM
SETIAUSAHA MTJ
DISAHKAN OLEH :

DR HJ ABDULLAH B HJ ISMAIL
PENGERUSI,
MASJID TAMAN TEMERLOH JAYA

“Masjid TJ, Masjid Kita”

MASJID TAMAN TEMERLOH JAYA,
28000 TEMERLOH

“Masjid TJ, Masjid Kita”

MASJID TAMAN TEMERLOH JAYA,

28000 TEMERLOH


Click to View FlipBook Version