The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tarikh : 22 Julai 2023 Tempat : Dewan Sri Ixora, MRSM Tun Mustapha Tawau

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aina.amidin, 2023-07-20 22:29:22

Buku Program Kejohanan Taekwondo Terbuka MRSM Tun Mustapha Tawau

Tarikh : 22 Julai 2023 Tempat : Dewan Sri Ixora, MRSM Tun Mustapha Tawau

ISI KANDUNGAN Ucapan Alu-aluan Perasmi Ucapan Alu-aluan Pengetua Senarai Penyertaan Jadual Kejohanan Tentatif Majlis Penutupan Jawatankuasa Kejohanan Sekalung Penghargaan


KATA ALU-ALUAN PERASMI Selamat pagi & Salam Sejahtera, Setingi-tinggi kesyukuran atas penganjuran Kejohanan Taekwondo Terbuka yang anjuran Unit Beruniform Taekwondo MRSM Tun Mustapha dengan kerjasama Koperasi MRSM Tun Mustapha dan Badan MUAFAKAT MRSM Tun Mustapha Tawau. Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas jemputan merasmikan Penutupan Kejohanan Taekwondo Terbuka anjuran MRSM Tun Mustapha bagi tahun 2023. Secara peribadinya, saya amat berbangga dengan penganjuran dan komitmen daripada semua pihak yang menjayakan pertandingan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Penganjuran kejohanan taekwondo ini adalah tepat sekali bagi memartabatkan dan meraikan sukan seni bela diri taekwondo dalam kalangan generasi muda hari ini. Kejohanan yang melibatkan 4 buah MRSM di Negeri Sabah dan Sekolah-sekolah Menengah di kawasan Pantai Timur Sabah iaitu daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu ini telah membuka peluang kepada pelajar- pelajar bagi melibatkan diri di dalam kejohanan sukan yang bakal mencungkil bakat pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. Sesungguhnya, kejohanan taekwondo ini memberi ruang dan pengalaman kepada pelajar untuk merasai sendiri kehangatan sesuatu kejohanan taekwondo yang merupakan salah satu sukan utama di negara kita. Saya juga percaya dengan penganjuran kejohanan seperti ini dapat merapatkan hubungan semua pelajar serta guru terutamanya dalam sukan taekwondo di sekitar negeri Sabah ini khususnya daerah Tawau. Di samping itu, saya juga yakin kejohanan ini seterusnya dapat membentuk disiplin, kekuatan mental dan sudah tentu dapat mengelak anak-anak muda hari ini daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah di usia muda mereka. Sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan kejohanan ini khususnya pihak penganjur iaitu MRSM Tun Mustapha Tawau yang berjaya menaikkan sukan taekwondo di peringkat MRSM dan seterusnya peringkat sekolah di daerah Tawau. Diharapkan kejohanan seumpama ini dapat diteruskan dan menjadi penanda aras kepasa sekolah-sekolah atau institusi lain. Saya juga mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang telah berjaya meraih pingat dan yang tidak berjaya jangan putus asa kerana penyertaan kalian sudah menunjukkan satu kejayaan. Sekian dan Terima Kasih YB BRIGADIER JENERAL (B) TAN SRI DATUK LIEW YUN FAH PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. . Alhamdullilah, dengan izin dan keredhaan Allah SWT Kejohanan Taekwondo MRSM Sabah dan Sekolah-Sekolah Menengah Jemputan MRSM Tun Mustapha Tawau 2023 dapat kita adakan pada hari ini dalam suasana yang penuh bermakna buat kita semua. Pertamanya, saya mewakili seluruh warga kerja MRSM Tun Mustapha, Tawau mengalu-alukan dan merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran Yang Berbahagia Brigadier Jeneral (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah kerana sudi meluangkan masa bagi merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Taekwando MRSM Sabah dan Sekolah-Sekolah Menengah Jemputan MRSM Tun Mustapha Tawau 2023. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengetua-pengetua MRSM Sabah, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), Pegawai MARA Daerah (PMD) kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini. . Kejohanan ini dapat mencungkil bakat baru yang ada dalam kalangan para pelajar untuk dipertengahkan dalam kejohanankejohanan yang akan datang. Ia juga dapat memberi ruang dan pengalaman sekaligus memupuk semangat jati diri serta jiwa yang kental dalam kalangan pelajar. Kejayaan anda semua bertepatan dengan Falsafah Pendidikan MARA yang mahu melahirkan insan yang holistik dan seimbang dalam semua perkara, Dan terbukti pada hari ini, kejayaan anda semua bukan hanya dalam bidang akademik semata-mata, malahan turut cemerlang dalam kokurikulum. Untuk pengetahuan semua, kejohanan ini melibatkan 4 MRSM di Negeri Sabah dan Sekolah-sekolah Menengah di kawasan Pantai Timur Sabah iaitu daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Besarlah harapan saya agar semua pelajar yang mengikuti persatuan taekwondo dapat menyertai sekurang-kurangnya satu kejohanan bagi setiap tahun agar pelajar ini dapat merasai sendiri pengalaman bertanding di dalam gelanggang perlawanan yang formal. Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta khususnya yang berjaya meraih dan membawa pulang kemenangan pada hari ini. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. KATA ALU-ALUAN PENGETUA EN. JALAINI BIN ISMAIL PENGETUA MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU TAWAU


BIL KONTINJEN MENENGAH RENDAH MENENGAH ATAS 1 Kolej Vokasional Tawau 0 4 2 MRSM Kota Kinabalu 9 13 3 MRSM Semporna 16 6 4 MRSM Tun Fuad Stephens, Sandakan 17 12 5 MRSM Tun Mustapha Tawau 26 16 6 Pusat Bimbingan Alternatif Cemerlang 0 1 SENARAI PENYERTAAN


BIL KONTINJEN MENENGAH RENDAH MENENGAH ATAS 7 Pusat Bimbingan Damai Dinamik 0 1 8 Pusat Pengajian Al Quran & Tahfiz Al-Faizin 7 1 9 SM Holy Trinity, Tawau 7 0 10 SM Islamiah Tawau, Tawau 2 1 11 SM ST Dominic, Lahad Datu 0 2 12 SM ST Patrick, Tawau 3 2 SENARAI PENYERTAAN


BIL KONTINJEN MENENGAH RENDAH MENENGAH ATAS 13 SMK Agaseh, Lahad Datu 4 1 14 SMK Balung, Tawau 7 4 15 SMK Desa Kencana, Lahad Datu 14 1 16 SMK Jalan Apas, Tawau 1 0 17 SMK Jambatan Putih, Tawau 1 0 18 SMK Kinabutan, Tawau 9 2 SENARAI PENYERTAAN


BIL KONTINJEN MENENGAH RENDAH MENENGAH ATAS 19 SMK Kinabutan II, Tawau 0 2 20 SMK Kuhara, Tawau 7 6 21 SMK Pasir Putih, Tawau 3 2 22 SMK Segama, Lahad Datu 0 1 23 SMK Sepagaya, Lahad Datu 21 4 24 SMK Tawau, Tawau 4 3 SENARAI PENYERTAAN


BIL KONTINJEN MENENGAH RENDAH MENENGAH ATAS 25 SMK Tawau II, Tawau 8 3 26 SMK Titingan, Tawau 1 1 27 SMK Umas-Umas, Tawau 9 3 JUMLAH PENYERTAAN 145 94 SENARAI PENYERTAAN


JADUAL KEJOHANAN 21 JULAI 2023 / JUMAAT MASA BUTIRAN TEMPAT 2.00 PM - 5.00 PM TIMBANG BERAT RASMI PESERTA DEWAN SRI IXORA 7.00 PM TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN BILIK VIP, DEWAN SRI IXORA 7.00 PM PENYEDIAAN GELLANGGANG DARI TEKNIKAL DAN PENGADIL DEWAN SRI IXORA


JADUAL KEJOHANAN 22 JULAI 2023 / SABTU MASA BUTIRAN TEMPAT 7.30 AM TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN DAN PESERTA DEWAN SRI IXORA 8.00 AM - 12.30 PM PERLAWANAN KATEGORI MENENGAH RENDAH 12.30 PM - 1.30 PM REHAT (PEMBERSIHAN DEWAN) 1.30 PM - 4.00 PM PERLAWANAN KATEGORI MENENGAH ATAS 4.30 PM MAJLIS PENUTUPAN & PENYAMPAIAN HADIAH 6.00 PM KEJOHANAN TAMAT


22 JULAI 2023 / SABTU TENTATIF MAJLIS PENUTUP MASA BUTIRAN TEMPAT 4.15 PM KETIBAAN JEMPUTAN DEWAN SRI IXORA 4.25 PM KETIBAAN PERASMI 4.30 PM NYANYIAN LAGU NEGARAKU, SABAH TANAH AIRKU DAN AMANAH RAKYAT BACAAN DOA UCAPAN ALU-ALUAN OLEH EN JALAINI BIN ISMAIL, PENGETUA MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN OLEH BG. JENERAL (B) TAN SRI DATUK LIEW YUN FAH, PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA KETUA TEKNIKAL & PENGADIL PENYAMPAIAN HADIAH SESI BERGAMBAR 6.00 PM BERSURAI


JAWATANKUASA KEJOHANAN Penaung : En. Abdul Manab bin Abdul Majid Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah Penasihat : En. Jalaini bin Ismail Pengetua, MRSM Tun Mustapha Pengerusi 1 : En. Mussimar bin Berto Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat Pengerusi 2 : En. Zakaria bin Japri Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar Penyelaras : En. Mohamad Nazri Bin Kamarozzaman Setiausaha : Pn. Nor Rizan binti Osman @ Mohd Nor Bendahari : Cik Putri Hidayatul Istiqamah binti Hussain Urusetia : En. Franly Amai : En. Ahmad Umaaraa bin Ahmad Kamarudin : En. Mohamad Naim bin Rosli JK Perasmian : Cik Norhayati binti Maadom Penutupan : Pn. Kamsiah binti Surabi : Pn. Nurrajatulaswa binti Hj. Yappa JK Data & Statistik : En. Ahmad Biyamin bin Abdul Razak : En. Hanif bin Zaidi : En. Muhammad Azmeer bin Arof JK Persiapan Tempat : En. Zaliezan bin Wahid & Peralatan : En. Ahmad Fairuz bin Hj. Badarun : En. Ruslan bin Pata JK Jemputan & : Pn. Rahema binti Lambang Sambutan : Pn. Jusni binti Sakka JK Hadiah & : Pn. Nurhafizah binti Nurdin Cenderamata : Cik Khaliqah Syafiqah binti Basir : Pn. Sabariawati binti Dumek JK Dokumentasi : Pn. Ruhainah binti Radin Buku Program : En. Muhammad Azri bin Abdul Aziz : Pn. Nurul Fatihah binti Mohd Razali JK Jamuan : Pn. Norzalinah binti Kasim : Cik Siti Ernie Norani binti Sabtu : Pn. Andi Baedah binti Tanni : En. Mohad Wafiuddin Aufiq bin Ahmad JK Teknikal & : En.Mohd Fikri bin Ismail Siaraya : En. Abdul Qowie bin Jumaan : En. Mohd Syahril bin Mohd Sarip : En. Mohd Nursalam bin Husin JK Penginapan : En. Abdul Kamsah bin Samaran : En. Suhaidin bin Abu Nawas : Pn. Saida binti Addauddim JK Sukarelawan : En. Mohd Syafiq bin Pingi : Cik Norhuzaima binti Mahadi JK Kebersihan : En. Mohd Ismail Adzlein bin Hj. Harun : En. D. Muslee bin D. Anggeris JK Hebahan & Publisiti : En. Mohd Khairul Nizam bin Sjaharudin JK Keusahawanan/ : Pn. Najwa bin Ahmad Shahrir PUM : En. Muhamad Adam bin Ramli


SEKALUNG PENGHARGAAN Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Taekwondo Terbuka MRSM Tun Mustapha Tawau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA, Yang Berbahagia Brig. Je (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah, Jp Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah. Encik Hannas Akmad, Yang Dipertua (YDP) Badan MUAFAKAT MRSM Tun Mustapha Tawau, Pengetua-pengetua MRSM Sabah. Timbalan-timbalan pengetua khususnya Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat MRSM Sabah. Encik Bernardo Vivero Ketua Teknikal Kejohanan Taekwondo Terbuka MRSM Tun Mustapha Tawau 2023. Para pengadil, jurulatih dan peserta Pertandingan Kejohanan Taekwondo Terbuka MRSM Tun Mustapha Tawau, Sekolah-sekolah Menengah Jemputan. Seterusnya warga MRSM Tun Mustapha Tawau serta hadirin hadirat yang hadir pada hari ini. serta semua pihak yang terlibatsama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan kejohanan ini. Scan Me Buku Program Digital Kejohanan Taekwondo Terbuka MRSM Tun Mustapha Tawau


Click to View FlipBook Version