PAK KADUK YANG MALANG Di hujung sebuah kampung, tinggal sepasang suami isteri iaitu Pak Kaduk dan isterinya Mak Siti. Mereka berdua sudah tua dan tidak mempunyai anak. Pak Kaduk sangat lurus orangnya dan seorang yang baik hati. Pak Kaduk sangat mempunyai hobi menyabung ayam. Pak Kaduk mempunyai seekor ayam sabung yang diberi nama Si Kunari. Si Kunari sangat kuat kerana Pak Kaduk selalu memberi makanan yang cukup kepada ayamnya. Pak Kaduk selalu membawa Si Kunari pergi bersabung ayam. Pada suatu hari, Pak Kaduk hendak membawa Si Kunari menyabung ayam dengan ayam raja iaitu Raja Indera Sari. Raja Indera Sari merupakan seorang raja yang sangat sombong dan suka berjudi. Tabiat baginda ini menyebabkan seluruh rakyat terikut-ikut dan menjadi leka. Dalam menaruh harapan untuk menyabung ayam dengan ayam baginda, Pak Kaduk telah mendapat idea iaitu membuat baju dan kain daripada kertas. Selepas mendapat idea, Pak Kaduk telah membeli kertas dan menyuarakan keinginannya kepada Mak Siti. Keinginan Pak Kaduk itu tidak mendapat persetujuan daripada Mak Siti kerana baju dan kertas itu akan terkoyak dengan sendiri dan tidak begitu kukuh seperti kain. Mak Siti turut menyatakan kesan daripada keinginan Pak Kaduk itu iaitu akan mendapat malu namun tidak dihiraukan oleh Pak Kaduk. Pak Kaduk tetap tegas dengan keinginannya untuk membuat baju dan kain daripada kertas. Akhirnya, Mak Siti mengalah dan mengunting kertas dan menampalkan gam pada kertas untuk membuat baju dan kain Pak Kaduk. Setelah Mak Siti menyiapkan baju dan seluar, Pak Kaduk telah menyarungkan ke badannya dan pergi menangkap ayamnya untuk dibawa ke gelanggang raja. setelah sampai, Pak Kaduk dengan berani dan yakin telah memperkenalkan dirinya kepada raja. Semasa Pak Kaduk memperkenalkan dirinya, raja telah melihat dan dapat mengenal pasti kebolehan ayam Pak Kaduk sehingga mampu kalahkan ayam baginda. Selepas itu, Raja Indera Sakti dengan persetujuan Pak Kaduk telah menukarkan ayam mereka. Dengan pertukaran itu, maka gembiralah Pak Kaduk kerana memperoleh ayam raja iaitu Si Jalak. Apabila pertukaran ayam berlaku, Pak Kaduk telah mempertaruhkan kampungnya kepada raja sekiranya kalah, maka raja pun bersetuju. Keadaan gelanggang ayam diraja semakin hangat apabila Si Jalak dan Si Kunari bertarung. Tempik sorak antara penyokong Pak Kaduk dan Raja Indera Sakti bergemadi seluruh gelanggang.
Akhirnya, Si Kunari telah berjaya mengalahkan Si Jalak. Dengan kemenangan Si Kunari ini, Pak Kaduk tanpa sedarkan diri telah bertepuk tangan dan bersorak serta melompatlompat. Oleh kerana terlalu seronok, maka habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu. Baju dan seluar itu,berterbangan oleh angin . Maka, Pak Kaduk pun tinggallah berdiri ditengah khalayak ramai dengan bertelanjang bogel sahaja. Melihat gelagat Pak Kaduk itu, sekalian orang-orang besar dan rakyat tertawa dengan tempik soraknya. Pak Kaduk pun tercenggang kerana menganggap mereka tertawa kerana menumpang kegembiraannya kerana ayam Si Kunari telah berjaya memenangi pertandingan menyabung ayam itu. Akhirnya, Pak Kaduk menyedari bahawa orang ramai bergelak tawa kerana melihat dirinya yang bogel tanpa ada baju dan kain yang dibuat oleh isterinya. Namun, Pak Kaduk mula menyedari bahawa ayamnya telah ditukarkan dengan ayam raja. Akhirnya Pak Kaduk, telah pulang kekampungnya dengan hati yang duka. Apabila sampai di rumah, Mak Siti telah berasa pelik kenapa Pak Kaduk balik dalam keadaan bogel dan tanpa ada ayam Si Kunari. Maka , Pak Kaduk telah memberitahu kepada Mak Siti apa yang berlaku. Mak Siti telah memarahi Pak Kaduk dan meleterinya kerana kebodohan sikap suaminya itu. Pak Kaduk akhirnya menyesal dengan perbuatannya.