The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syuhadasuhardi, 2023-01-03 10:37:31

E-MAJALAH KUMPULAN 1 (AM)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Keywords: PERPADUAN

EDISI DISEMBER 2022

MAKANAN

SCAN DI SINI

untuk info berita terkini

01 Ahli kumpulan
02 Penghargaan
03 Pengenalan
04 Makanan menjadi simbol perpaduan
05 Perpaduan melalui makanan warisam

etnik

06 Makanan warisan kaum Melayu
07 Makanan warisan kaum Cina
08 Makanan warisan kaum India
09 Keratan Akhbar / Artikel
10 Kesimpulan
11 Bibliografi / Rujukan



PENGHARGAAN

MALAYSIA memiliki keunikan yang tersendiri
berdasarkan kepelbagaian etnik dan latar
belakang masyarakatnya. Masyarakat Malaysia
sentiasa berhubung dengan antara satu sama
lain dan mereka akan menggunakan bahasa
Melayu sebagai medium komunikasi seharian.
Secara langsung keadaan ini mampu mempuk
perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
walaupun mempunyai perbezaan dari segi
bahasa, agama dan kepercayaan.

Antara perkara yang menjadikan keistimewaan
masyarakat Malaysia berbeza dari negara lain
ialah kepelbagaian makanan yang merupakan
sebagai salah satu warisan etnik-etnik di
Malaysia.

Oleh itu, secara tidak langsung perkara ini telah menjadikan Malaysia salah satu negara di
Asia Tenggara yang memiliki aset yang amat beharga dari sudut kepelbagaian makanan.
Malah, kepelbagaian makanan di Malaysia bukan sahaja membantu dalam mengeratkan
ikatan perpaduan tetapi kepelbagaian makanan di Malaysia turut menjadi salah satu
faktor bagi menarik minat pelancong luar yang datang untuk melawat Malaysia. Hal ini
juga berperanan dalam menyatupadukan pelbagai kaum dan etnik dalam sesebuah
masyarakat serta ia juga membahagikan individu kepada kumpulan sosial tertentu dalam
masyarakat.

(Kepelbagaian Makanan Etnik Pemangkin Perpaduan : Klik Web DBP,1992 n.d.)

Bulan ramadhan biasanya kita akan dapat mengunjungi bazaar ramdhan dan
bufet ramadhan yang sering kali di tawarkan oleh hotel atau restoran. Manakala
bazaar ramadhan pula biasanya terdapat disekitar kawasan perumahan.
Kebiasaanya, makanan yang dijual juga adalah makanan tradisional Melayu dan
antarabangsa.

Dengan adanya juadah-juadah ramadhan ini, ia akan menarik
minat masyarakat bukan melayu untuk mencubanya. Disamping,

mereka turut dapat merasai makanan-makanan yang jarang
ditemui di luar bulan ramdhan.

Dalam pada itu, masyarakat bukan melayu yang turut membeli juadah
ramdhan di bazaar akan memberi penghormatan kepada masyarakat
melayu yang berpuasa dengan menunggu sehingga waktu berbuka di
waktu maghrib untuk makan bersama. Sedikit sebanyak, melalui
juadah makanan ketika ramadhan dapat mengeratkan lagi perpaduan
rakyat Malaysia.

MAKANAN MENJADI SIMBOL

PERSAHABATAN &
KEAKRABAN

DI MALAYSIA

Open House atau majlis rumah terbuka juga salah satu faktor yang menyumbang
kepada perpaduan melalui makanan. Hal ini dikatakan demikian bahawa, rumah
terbuka kebiasaannya dihadiri oleh pelbagai kaum tanpa mengira darjat, status
atau keturunan masing-masing.

Melalui rumah terbuka, pelbagai etnik mampu untuk berkenal-kenalan,
bertanya khabar di samping menikmati juadah yang disediakan oleh
tuan rumah.

Perkara ini dapat menyemai sikap tolak ansur antara satu sama lain. Buktinya,
apabila berlangsungnya hari raya Aidilfithri, masyarakat atau jiran tetangga
yang berlainan bangsa akan mengunjungi ke rumah terbuka dan ia akan dapat
memupuk perpaduan dan mengeratkan lagi hubungan walau berlainan kaum.

(Kepelbagaian Makanan Menjadi Pemangkin Kepada Perpaduan Di Malaysia, Coggle,2008 .n.d.)

MAKANAN WARISAN/ TRADISIONAL MELAYU

M
akanan tradisional utama bagi kaum melayu adalah nasi lemak,kuih ketayap, ubi

kayu rebus dan lain-lain.Makanan ini mampu menyatu padukan penyatuan bangsa.
Sepertinya Bangsa Cina dan India berkunjung ke gerai makanan Melayu untuk
merasai nasi lemak buatan orang Melayu.Selain itu, makanan tradisional melayu
banyak keunikan serta dapat menarik minat kaum lain. Oleh itu, dengan adanya
makanan warisan ini kita akan dapat lebih mengukuhkan perpaduan kita.

MAKANAN WARISAN/ TRADISIONAL CINA

Melalui makanan warisan sesebuah kaum ini kita dapat mengenali dengan lebih dalam
keunikan makanan masing-masing. Bagi kaum Cina, makanan mereka tidak asing bagi
kaum melayu dan india. Hal ini kerana, terdapat pengubahsuaian yang dilakukan untuk
mengenai cita rasa semua kaum. Oleh itu, tidak hanya gerai makanan melayu dikunjungi
oleh kaum lain malah gerai makanan cina juga. Tambahan pula, terdapat banyak gerai

makanan cina yang halal dibuka pada masa kini. Dengan ini, semua masyarakat di
malaysia dapat mengunjungi sekali gus memupuk perpaduan antara kita.

MAKANAN WARISAN/ TRADISIONAL INDIA

Makanan tradisional India sudah menjadi antara makanan kegemaran masyarakat Malaysia
kerana rasanya yang menepati cita rasa Malaysia. Melalui makanan india seperti roti canai,
nasi daun pisang, putu mayam dan briyani, perpaduan masyarakat dapat dieratkan. Masyarakat
tidak hanya melawat gerai-gerai kaum lain malah mereka juga dapat melawat dan menikmati
makanan tradisional India sekaligus mempelajari tradisi dan budaya Masyarakat India. Oleh

itu, makanan penting dalam memupuk perpaduan kaum kerana makanan tidak hanya
mengeratkan hubungan malah kita dapat menyelami gaya hidup kaum lain.

(Pemupukan Perpaduan Keluarga Malaysia Melalui Kepelbagaian Makanan Tradisional, 2022)

Pada era globalisasi kini, kita ingin

memajukan serta memupuk penyatuan

budaya dan bangsa bagi semua etnik di

Malaysia antaranya Melayu, Cina dan

India agar lebih bersatu untuk

mewujudkan kemakmuran dan tiada

perbalahan. Malah Malaysia

mempunyai keunikan tersendiri

antaranya, terdiri daripada pelbagai

kaum dan berbilang bangsa.

Semestinya mempunyai berbagai

kelebihan budaya antaranya adalah

keunikan makanan tradisional yang

juga merupakan satu warisan tradisi

bagi setiap etnik.

Nasi Kerabu Kuih Lapis Kuih Seri Muka Malaysia merupakan negara yang
kaya dengan pelbagai variasi
makanan tradisional atau warisan.
Contohnya nasi lemak, merupakan
makanan tradisi yang berperanan
sebagai medium perpaduan kaum di
Malaysia. Walaupun nasi lemak
adalah makanan tradisi orang Melayu
tetapi ianya juga dinikmati oleh
masyarakat kaum lain di Malaysia,
sebaliknya turut menjadi makanan
kegemaran bagi kaum Cina dan India.
Oleh hal yang demikian, nasi lemak
bukan sahaja boleh didapati di gerai
makanan Melayu malah dijual di gerai
makanan Cina mahupun India.
Dengan adanya pelbagai variasi
makanan dan budaya dapat
mengukuhkan lagi penyatuan bangsa
sesama kita.

Nasi Dagang Rendang Daging Ketupat

Sinar Harian Perpaduan Melalui Makanan, Disember 2019

UBI KAYU REBUS

SAMBAL TUMIS

Ubi Kayu Rebus

Ubi rebus merupakan “santapan” ataupun
lebih dikatakan sarapan pada zaman
dahulu . Makanan ini dicipta pada zaman
“Tanah Melayu” atau Malaysia pada era
jajahan Jepun dahulu. Ubi menjadi
makanan ruji ketika beras dicatu pada
masa itu.

Pada masa sekarang ubi kayu rebus
bersama sambal ikan bilis ataupun kelapa
parut dapat mengamit memori bersama
keluarga serta kita dapat menghargai
kemerdekaan yang kita miliki pada masa
sekarang.

Makanan ini, dikatakan sebagai salah satu
makanan tradisional kerana adanya
sebuah pengalaman yang dapat dihayati
apabila kita memakannya.

Sinar Harian Ogos 2019 Hidangan Ubi Rebus Imbau Kenangan

Makanan yang dikenali ramai oleh rakyat Malaysia

daripada makanan tradisional cina ialah Kuih
Bulan. Pada hari kelima belas bulan kelapan dalam
kalendar lunar kebiasaannyaa Perayaan Kuih Bulan
disambut oleh masyarakat Cina. Kuih bulan ini
merupakan kuih manis yang biasanya
mengandungi pelbagai inti seperti kacang merah
atau telur masin. Semasa pemerintahan Mongol
kuih bulan diperkenalkan, oleh itu bermulanya


sejarah kuih bulan semasa Dinasti Yuan.Menurut

cerita rakyat Cina, orang-orang Cina dan Puak
Ming bersetuju untuk memberontak, dan pada
suatu malam ketika bulan mengambang, mereka
membuat kuih bulan secara beramai-ramai dan
memberi arahan di dalam kuih bulan tersebut
untuk mereka menerangkan cara memberontak.
Berita Sarawak, (2020, September 21). Pertandingan membuat Kuih Bulan dapat sambutan masyarakat
pelbagai kaum di Sarawak

Selain itu, terdapat juga makanan
masyarakat Cina yang terkenal tetapi
tidak diketahui ramai bahawa ianya
merupakan makanan masyarakat
Cina.

CHAR
KUEY
TEOW

Char Kuey Teow merupakan hidangan yang sangat popular di Malaysia dan
seluruh dunia. Proses pembuatannya menggunakan kuey teow atau nama
Cinanya shāhé fěn, Ia dibuat dengan menggoreng campuran bahan (termasuk
kicap dan cili) di atas api yang panas sehingga masak. Kadangkala ia
dihidangkan bersama hirisan kek ikan atau sosej Cina. Bukan itu sahaja,
makanan ini juga boleh ditambah balan lain seperti ayam,
daging, udang dan sebagainya.

PERPADUAN MELALUI
MAKANAN TRADISIONAL CINA

Makanan ini dapat memupuk perpaduan kerana ianya menjadi kegemaran
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kebiasaannya, Char kuey teow dimakan
ketika waktu malam. Hal ini kerana, ianya makanan yang agak ringan menjadikan
hidangan yang sesuai ketika waktu malam. Di sini, kita dapat melihat pelbagai
kaum berkumpul untuk menikmati makanan bersama-sama. Bukan itu sahaja,
ianya juga dapat memupuk perpaduan kerana terdapat banyak kaum melayu
yang membuka kedai yang menjual makanan ini. Secara tidak langsung, mereka
mempelajari cara membuatnya daripada kaum cina yang dapat menunjukkan
berlakunya hubungan antara satu sama dengan yang lain dan mewujudkan
perpaduan. Sebagai contoh, banyak pembaharuan yang dilakukan oleh perniaga
melayu untuk mengikut cita rasa dan tekak semua masyarakat di Malaysia
Seperti Char kuey teow kerang, Char kuey teow udang dan banyak lagi.

- Malaysia, R. (2012, May 7) Makanan tradisi masyarakat cina (Char Kway Teow)

KEUNIKAN YEE SANG MEMUPUK PERPADUAN

YEE SANG Akhir sekali, Yee sang yang merupakan makanan
kebudayaan kaum Cina juga dilihat sebagai hidangan
yang menjadi simbol perpaduan masyarakat majmuk
di negara ini. Semasa Tahun Baru Cina, orang ramai
dari pelbagai kaum menikmati Yee Sang, hidangan
budaya Cina yang hanya terdiri daripada bahan-
bahan biasa seperti ikan salmon segar, lobak merah,
potongan kacang dan sebagainya. Hidangan ini adalah
simbol perpaduan masyarakat kita yang pelbagai,
kerana semua orang boleh menikmatinya. Bahan-
bahan dalam Yee Sang adalah makanan biasa, tetapi
apabila dicampur dan dimakan bersama orang lain
daripada budaya yang berbeza, makanan itu menjadi
lebih seronok dan lazat.Semasa mengaulkan ini sahaja
sudah menunujukkan bahawa kita hidup di Malaysia ini
memerlukan antara satu sama lain untuk membina
perpaduan . Kita juga dapat mengenali sesama kaum
semasa menikmati hidangan ini.

- Mstar ( 20 Januari 2020 ) Yee Sang simbolik kepada kemakmuran, 'tuah' dan kebahagian

MAKANAN
TRADISIONAL
INDIA

Selain kaum melayu dan cina, kaum

india juga merupakan salah satu

kaum yang terbesar di Malaysia.

Makanan tradisional India lebih

mengutamakan rempah ratus dan

herba. Bukan itu sahaja, tepung, susu

dan kacang juga sering digunakan

dalam makanan tradisi India.

Keunikan makanan tradisi ini lebih

terserlah dalam kaedah

penghidangannya. Kaum India

menggunakan daun pisang sebagai

alas makanan dan sekaligus

membangkitkan selera kerana aroma

daun pisang itu.

Maka tidak hairanlah jika makanan India
mendapat sambutan hangat oleh semua
kaum tidak kira melayu atau cina, ada juga
kaum lain yang memilih untuk menikmati
makanan ini sebagai menu harian. Sebagai
contoh, kedai mamak sentiasa menyajikan
makanan tradisional India dan menjadi
pilihan terbaik kerana makanannya yang
menepati cita rasa rakyat negara ini. Kedai ini
tidak putus dengan pelanggan yang
berbilang kaum yang gemar akan makanan
kaum tersebut. Antara makanan tradisional
India yang disajikan di kedai tersebut ialah
roti canai, capati, briyani dan ayam tandoori.
Terdapat juga makanan lain yang menjadi
pilihan rakyat Malaysia iaitu putu mayam dan
nasi daun pisang.

Zainudin, Z. (2023, January 2). Perpaduan kaum melalui makanan tradisi.

ROTI CANAI

Roti canai ialah roti berbentuk bulat, roti ini dihidangkan bersama kuah dal
atau kari bersama sambal bilis. Roti ini biasanya dimakan sebagai makanan pagi,
tengah hari, petang atau malam. Roti ini disediakan dengan menebarkan doh roti.
Nama roti canai dikatakan berasal dari bandar chennai, india disebabkan
kebanyakan pencanai roti berasal dari india. Roti ini sangat popular di Malaysia
dan menjadi makanan yang sentiasa dinikmati oleh pelbagai kaum. Roti canai tidak
hanya dijual oleh kaum india, tetapi kaum melayu juga menambahkan menu ini
sebagai makanan harian di warung mereka. Untuk pengetahuan semua, roti canai
ada pelbagai jenis contohnya roti kosong, roti banjir, roti telur dan banyak lagi.

Hubungan antara kaum dapat dijalinkan melalui roti canai. Hal ini kerana roti
canai kebiasaannya dijual di kedai-kedai mamak dan warung. Pada malam minggu
kebiasaannya kedai mamak menjadi destinasi masyarakat tidak kira umur dan
kaum untuk mencicipi makanan dan minuman di situ. Di kedai mamak juga kita
dapat melihat pelbagai kaum menikmati juadah yang sama. Hal ini dapat memupuk
perpaduan dan menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia bersatu dan harmoni
antara satu sama lain.oleh itu, roti canai dapat memupuk perpaduan. Oleh itu,
tidak hairanlah jika makanan dapat memupuk perpaduan.

Roti Banjir Roti Boom

Roti Kosong

Roti Tisu Roti Telur

Wikipedia contributors. (2022, December 17). Roti canai. Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas.

Putu mayam, makanan yang tidak asing lagi, Putu mayam dibuat
putu mayam sering dilihat di jual di pasar daripada tepung beras dan

malam atau gerai-gerai. Namun tidak ramai dihasilkan dalam bentuk
orang yang mengetahui bahawa putu seperti mi. Putu mayam
biasa dihidangkan bersama
mayam adalah makanan tradisi kaum India.
Ramai yang menyangka putu mayam kelapa parut dan gula
adalah makanan tradisi kaum melayu melaka atau gula perang.
kerana kaum melayu sering menjual

makanan ini. Daripada situasi ini kita boleh
melihat rakyat Malaysia bersatu padu dan
turut mempelajari tentang kaum lain. Kaum
lain juga mampu membuat makanan tradisi

kaum lain dan menunjukkan perpaduan
berbilang bangsa serta tiada jurang
perkauman antara satu sama lain.

Muruku dibuat Muruku ialah snek atau jajan yang berasal daripada
menggunakan tepung beras kaum india. Muruku memberikan rasa rempah ratus
dan tepung urad dal. Apabila
dan rangup bila dimakan. muruku biasanya
menjadi doh ia bentuk dihidangkan sewaktu menyambut perayaan deepavali.
menggunakan acuan atau
Namun begitu,, masyarakat Malaysia gemar
tangan dan digoreng. menjadikan muruku sebagai snek harian. Contohnya,

muruku dimakan sewaktu menonton televisyen,
berkelah dan waktu-waktu lapang.Masyarakat
Malaysia pasti ada menyediakan muruku di rumah
sebagai jajan untuk menonton televisyen atau sebagai

kudap-kudapan untuk tetamu.



ini membuktikan bahawa makanan warisan kaum
sudah lama diterima dan dinikmati oleh kaum lain,

dengan menikmati makanan berbilang kaum,
Masyarakat dapat merapatkan jurang perkauman dan
berkongsi pendapat mengenai makanan dan budaya

masing-masing. Oleh itu, walaupun muruku hanyalah
snek dalam makanan warisan India namun impak yang

diberikan kepada hubungan antara kaum sangat
besar. Muruku yang dikongsi bersama kaum-kaum lain

dapat menjalinkan hubungan dan mengeratkan
perpaduan.

Wikipedia contributors. (2022a, June 24). Putu mayam. Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas..

Amit, D. (2022, September 4). Murukku Recipe | Murukulu Recipe (Crunchy Rice Flour Spirals). Dassana’s Veg Recipes.

Nasi Daun Pisang

Tentang makanan ini..

Nasi daun pisang merupakan satu hidangan istimewa yang
berasal daripada negeri Tamil di India. Hidangan ini diberikan
nama nasi daun pisang kerana hidangan ini menggunakan
daun pisang sebagai alas. kaum India percaya apabila
terkena haba daun pisang akan mengeluarkan sejenis bahan
yang membantu penghadaman. Daun pisang juga
mengeluarkan bau yg sangat harum dan menambah selera
mereka. Hidangan ini menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana
hidangan ini sinonim dengan hidangan masyarakat melayu.
seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia suka menggunakan
rempah - rempah dalam masakan mereka, oleh itu,
hidangan ini merupakan hidangan yang bersesuaian dengan
masyarakat di negara ini. Nasi daun pisang ini biasanya
dihidangkan bersama sayur-sayuran dan juga beberapa
menu tambah seperti kari kambing, kari ayam, ayam
berempah dan banyak lagi. Lassi juga turut dihidangkan
bersama.

Sudah terang lagi bersuluh, makanan tradisional kaum
tidak hanya dinikmati oleh kaum itu sendiri, malah hidangan
itu turut dinikmati oleh kaum lain sehinggakan diserap dan
dijadikan budaya oleh masyarakat tidak kira kaum. Kini kari
tidak hanya dinikmati oleh kaum india, kaum melayu juga
sangat menggemari makanan tersebut. menu ini sudah tidak
asing lagi bagi kaum lain, dalam majlis perkahwinan kaum
melayu, banyak menu-menu seperti kari dan gulai
disediakan untuk jamuan tetamu. menu-menu ini juga turut
diolah mengikuti cita rasa penduduk seperti gulai kambing
dengan batang pisang.

Teh, W. (2022, December 13). 10 places for the best banana leaf rice in KL and PJ today. Lifestyle Asia Singapore.

MAKANAN TRADISIONAL

PERPADUAN KAUM

KESIMPULAN

Makanan tradisional adalah salah satu
asbab yang dapat memberikan keunikan

untuk masyarakat berbilang kaum di
Malaysia. Di samping, ia juga dapat
memrupakan warisan kepada etnik-
etniknya. Dengan adanya makanan
warisan bukan sahaja dapat membentuk
kesepaduan sosial secara tidak langsung
dapat mencerminkan latar belakang
kebudayaan masyarakat Malaysia.
Semua bangsa mempunyai pelbagai

keunikan makanan,budaya yang
beraneka jenis antaranya warna, rasa

dan mempunyai keunikkan yang
tersendiri dari segi sejarah makanan itu

tersendiri.

Kesimpulannya, makanan tradisional telah
diubah dan divariasikan dengan tujuan
dapat menarik minat anak-anak muda.

Dengan adanya pelbagai variasi makanan
dari etnik-etnik lain dapat mengeratkan
lagi hubungan antara generasi muda dan
tua antara satu sama lain. Hal ini kerana
kita dapat berkongsi pendapat serta dapat
merasai keunikan makanan kaum lain.
Kesepaduan sosial yang terbina dapat

membuktikan negara kita Malaysia
mampu untuk bersatu padu antara satu
sama lain walaupun masyarakatnya terdiri

daripada pelbagai kaum dan agama.

KERATAN

AKHBAR / ARTIKEL

SINAR HARIAN (3 SEPTEMBER 2019)
MUKA SURAT 14

BERITA HARIAN (1 MARCH 2016)



ARTIKEL (Website SOLIDARITAS)

ARTIKEL (Website Dewan Bahasa Pustaka)

AKHBAR

Bernama. (2018, December 20). Berkongsi meja makan eratkan perpaduan
kaum Malaysia kini. https://m.malaysiakini.com/news/457030

HARIAN, W. S. (2019, September 3). Perpaduan melalui makanan warisan.
Sinarharian.https://www.sinarharian.com.my/article/46206/KHAS
/Cerita- Merdeka/Perpaduan-melalui-makanan-warisan

ARTIKEL


Dr Zahir Zainudin. (2014). itqan: Perpaduan kaum melalui makanan tradisi

Zahirzainudin.blogspot.com.http://zahirzainudin.blogspot.com

2014/03/perpaduan-kaum-melalui-makanan-tradisi.html

Ramlan, I. (2021, October 30). 6 Makanan India Yang Popular Di

Malaysia Getaran. https://www.getaran.my/artikel/tara/13879

/6- makanan-india-yang-popular-di-malaysia


syahiracheazmi2402. (2021, April 10). PERPADUAN KAUM MELALUI
MAKANAN TRADISI - Membalik Buku Halaman 1-18 | AnyFlip

syahiracheazmi2402. Anyflip.com; syahiracheazmi2402.

https://anyflip.com/fexfa/ozwi/basic

Teh, W. (2022, December 19). 10 places for the best banana leaf rice in KL

and PJ today. Lifestyle Asia Singapore.https://www.lifestyleasia.com

/sg/dining/food/best-banana-leaf-rice-in-kl-and-pj/

Umum, P. (2022, January 11). Pemupukan Perpaduan Keluarga

Malaysia Melalui Kepelbagaian Makanan Tradisional.

https://solidaritas.my/pemupukan-perpaduan-keluarga-malaysia

-melalui-kepelbagaian-makanan-tradisional/

WEBSITE

Makanan penyubur perpaduan rakyat - Bernama. (2013, September 17)
My.news.yahoo.com. https://news.yahoo.com/amphtml/news
/makanan-penyubur-perpaduan-rakyat-bernama-072855796.html

Zairiasdi, M. M. A. (n.d.). Kepelbagaian Makanan Etnik Pemangkin
Perpaduan : Klik Web DBP. Klik Web DBP. http://klikweb.dbp.my/

E-Majalah ini menjelaskan bagaimana kita
dapat memupuk perpaduan melalui makanan
warisan/tradisional satu-satu etnik di Malaysia.

Harapan kami, semoga E-Majalah ini
memberikan manfaat kepada pembaca.


Click to View FlipBook Version