EDISI DISEMBER 2022
MAKANAN
SCAN DI SINI
untuk info berita terkini
01 Ahli kumpulan
02 Penghargaan
03 Pengenalan
04 Makanan menjadi simbol perpaduan
05 Perpaduan melalui makanan warisam
etnik
06 Makanan warisan kaum Melayu
07 Makanan warisan kaum Cina
08 Makanan warisan kaum India
09 Keratan Akhbar / Artikel
10 Kesimpulan
11 Bibliografi / Rujukan
PENGHARGAAN
MALAYSIA memiliki keistimewaan yang berkait
rapat dengan ciri-ciri latar belakang
masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai
etnik. Mereka saling berhubungan dengan
menggunakan bahasa Melayu yang diiktiraf
sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan
harian sehingga membolehkan mereka bertutur
dengan fasih. Keadaan ini menunjukkan bahawa
masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu
walaupun mempunyai bahasa, agama dan
kepercayaan yang berbeza.
Antara aspek yang menyumbang pada keunikan
masyarakat Malaysia ialah kepelbagaian
makanan yang dijadikan sebagai salah satu
warisan etnik-etniknya. Aspek ini memberikan
ruang pada pembentukan kesepaduan sosial
yang secara tidak langsung mencerminkan latar
belakang kehidupan masyarakat Malaysia.
Keadaan ini telah menjadikan Malaysia memiliki aset yang amat bernilai dari segi
kepelbagaian makanan yang bukan sahaja membantu proses mengeratkan ikatan
perpaduan tetapi juga sebagai satu produk dalam menarik minat pelancong luar yang
datang melawat Malaysia. Hal yang sama juga berperanan dalam menyatupadukan
pelbagai etnik dalam sesebuah masyarakat dan juga membahagikan individu kepada
kumpulan sosial tertentu dalam masyarakat. Penyatupaduan dan pembahagian tersebut
bergantung pada ruang sosial sesuatu makanan mengikut fungsi dalam masyarakat.
(Kepelbagaian Makanan Etnik Pemangkin Perpaduan : Klik Web DBP,1992 n.d.)
Semasa bulan ramadan, bazar dan bufet ramadan yang ditawarkan di hotel dan di
restoran menyajikan pelbagai gabungan antara masakan tradisi melayu dan
makanan antarabangsa.
Menarik minat masyarakat bukan Melayu untuk datang dan
membeli makanan dan mendapat peluang untuk mereka merasai
masakan tradisi berlainan jenis serta yang digemari mereka.
Dalam pada itu, masyarakat bukan melayu yang turut membeli juadah
ramdhan di bazaar akan memberi penghormatan kepada masyarakat
melayu yang berpuasa dengan menunggu sehingga waktu berbuka di
waktu maghrib untuk makan bersama. Sedikit sebanyak, melalui
juadah makanan ketika ramadhan dapat mengeratkan lagi perpaduan
rakyat Malaysia.
MAKANAN MENJADI SIMBOL
PERSAHABATAN &
KEAKRABAN
DI MALAYSIA
Majlis rumah terbuka sempena sambutan perayaan pelbagai etnik secara
langsung dapat mengeratkan persahabatan & keakraban masyarakat pelbagai
kaum di Malaysia. Mengajak jiran dan kenalan tanpa mengira taraf, status atau
keturunan masing-masing untuk bertandang ke rumah terbuka semasa
perayaan.
Pelbagai etnik menghadiri majlis dan memberi peluang kepada
pengunjung untuk bertegur sapa, beramah mesra, bertanya khabar dan
berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara
Suasana ini dapat mempupuk sikap bertolenrasi antara satu sama lain
Sebagai contoh, sewaktu berlangsungnya hari raya AIdilfitri, rakan-rakan cina
dan india akan berkunjung ke rumah terbuka dan di situ dapat memupuk
perpaduan dan mengeratkan hubungan walau berlainan kaum.
(Kepelbagaian Makanan Menjadi Pemangkin Kepada Perpaduan Di Malaysia, Coggle,2008 .n.d.)
MAKANAN WARISAN/ TRADISIONAL MELAYU
M
akanan tradisional utama bagi kaum melayu adalah nasi lemak,kuih ketayap, ubi
kayu rebus dan lain-lain.Makanan ini mampu menyatu padukan penyatuan bangsa.
Sepertinya Bangsa Cina dan India berkunjung ke gerai makanan Melayu untuk
merasai nasi lemak buatan orang Melayu.Selain itu, makanan tradisional melayu
banyak keunikan serta dapat menarik minat kaum lain. Oleh itu, dengan adanya
makanan warisan ini kita akan dapat lebih mengukuhkan perpaduan kita.
MAKANAN WARISAN/ TRADISIONAL CINA
Melalui makanan warisan sesebuah kaum ini kita dapat mengenali dengan lebih dalam
keunikan makanan masing-masing. Bagi kaum Cina, makanan mereka tidak asing bagi
kaum melayu dan india. Hal ini kerana, terdapat pengubahsuaian yang dilakukan untuk
mengenai cita rasa semua kaum. Oleh itu, tidak hanya gerai makanan melayu dikunjungi
oleh kaum lain malah gerai makanan cina juga. Tambahan pula, terdapat banyak gerai
makanan cina yang halal dibuka pada masa kini. Dengan ini, semua masyarakat di
malaysia dapat mengunjungi sekali gus memupuk perpaduan antara kita.
MAKANAN WARISAN/ TRADISIONAL INDIA
Makanan tradisional India sudah menjadi antara makanan kegemaran masyarakat Malaysia
kerana rasanya yang menepati cita rasa Malaysia. Melalui makanan india seperti roti canai,
nasi daun pisang, putu mayam dan briyani, perpaduan masyarakat dapat dieratkan. Masyarakat
tidak hanya melawat gerai-gerai kaum lain malah mereka juga dapat melawat dan menikmati
makanan tradisional India sekaligus mempelajari tradisi dan budaya Masyarakat India. Oleh
itu, makanan penting dalam memupuk perpaduan kaum kerana makanan tidak hanya
mengeratkan hubungan malah kita dapat menyelami gaya hidup kaum lain.
(Pemupukan Perpaduan Keluarga Malaysia Melalui Kepelbagaian Makanan Tradisional, 2022)
Pada era globalisasi kini, kita ingin memajukan
serta memupuk penyatuan budaya dan bangsa
bagi semua etnik di Malaysia antaranya Melayu,
Cina dan India agar lebih bersatu untuk
mewujudkan kemakmuran dan tiada
perbalahan. Malah Malaysia mempunyai
keunikan tersendiri antaranya, terdiri daripada
pelbagai kaum dan berbilang bangsa.
Semestinya mempunyai pelbagai kelebihan
budaya antaranya adalah keunikan makanan
tradisional yang merupakan salah satu warisan
tradisi bagi setiap kaum. Dengan adanya
kepelbagaian makanan yang terdapat di
Malaysia ini sebenarnya dapat memberikan
ruang dalam proses mengukuhkan ikatan
perpaduan antara kaum yang secara tidak
langsung menggambarkan tradisi kehidupan
masyarakat Malaysia. Keunikan di dalam
Nasi Kerabu Kuih Lapis Kuih Seri Muka Malaysia merupakan negara yang
kaya dengan pelbagai jenis makanan
tradisional. Antaranya nasi lemak.
Bukan sahaja merupakan makanan
tradisi tetapi makanan yang memberi
peranan yang besar dalam memupuk
perpaduan kaum di Malaysia. Nasi
lemak adalah makanan tradisi orang
Melayu namun dinikmati oleh semua
masyarakat berbilang kaum di
Malaysia, sebaliknya turut menjadi
makanan kegemaran bagi kaum Cina
dan India. Hal ini dikatakan demikian
kerana, nasi lemak bukan sahaja
dijual di kedai makanan Melayu malah
ada juga di kedai makan Cina
mahupun India. Dengan adanya
pelbagai variasi makanan dan budaya
dapat mengukuhkan lagi penyatuan
bangsa sesama kita.
Nasi Dagang Rendang Daging Ketupat
Sinar Harian Perpaduan Melalui Makanan, Disember 2019
UBI KAYU REBUS
SAMBAL TUMIS
Ubi Kayu Rebus
Ubi rebus merupakan “santapan” ataupun
lebih dikatakan sarapan pada zaman
dahulu . Makanan ini dicipta pada zaman
“Tanah Melayu” atau Malaysia pada era
jajahan Jepun dahulu. Ubi menjadi
makanan ruji ketika beras dicatu pada
masa itu.
Pada masa sekarang ubi kayu rebus
bersama sambal ikan bilis ataupun kelapa
parut dapat mengamit memori bersama
keluarga serta kita dapat menghargai
kemerdekaan yang kita miliki pada masa
sekarang.
Makanan ini, dikatakan sebagai salah satu
makanan tradisional kerana adanya
sebuah pengalaman yang dapat dihayati
apabila kita memakannya. Sinar Harian Ogos 2019 Hidangan Ubi Rebus Imbau Kenangan
Makanan yang dikenali ramai oleh rakyat Malaysia
daripada makanan tradisional cina ialah Kuih
Bulan. Kuih bulan ataupun Mooncake Festival yang
disambut pada hari ke lima belas bulan ke lapan
kalender lunar. Kuih bulan ini sejenis kuih yang
manis mengandungi pelbagai inti seperti kacang
merah ataupun telur asin. Menurut hikayat Cina,
kuih bulan berasal daripada sebuah kisah lalu di
negara China semasa pemerintahan puak
Monggol ketika Dinasti Yuan yang merupakan
seorang pemerintah yang tegas dan kejam. . Di
sebabkan ini, rakyat Cina dengan Puak Ming
bersepakat untuk memberontak. Pada suatu
malam ketika bulan mengambang, mereka
membuat kuih bulan beramai-ramai dan
dipertengahan kuih tersebut diletakkan pesanan
yang menerangkan cara untuk memberontak.
Berita Sarawak, (2020, September 21). Pertandingan membuat Kuih Bulan dapat sambutan masyarakat
pelbagai kaum di Sarawak
Selain itu, terdapat juga makanan
masyarakat Cina yang terkenal tetapi
tidak diketahui ramai bahawa ianya
merupakan makanan masyarakat
Cina.
CHAR
KUEY
TEOW
Char Kuey Teow merupakan antara makanan yang sangat popular di Malaysia
oleh seluruh masyarakat sejagat. Proses pembuatannya menggunakan kuey
teow atau nama Cinanya shāhé fěn, digoreng di atas api panas dengan kicap
dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai cina. Kadangkala ia turut
dihidangkan bersama hirisan kek ikan atau sosej cina serta bahan-bahan
tambahan lain mengikut citarasa setempat.
PERPADUAN MELALUI
MAKANAN TRADISIONAL CINA
Makanan ini dapat memupuk perpaduan kerana ianya menjadi kegemaran
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kebiasaannya, Char kuey teow dimakan
ketika waktu malam. Hal ini kerana, ianya makanan yang agak ringan menjadikan
hidangan yang sesuai ketika waktu malam. Di sini, kita dapat melihat pelbagai
kaum berkumpul untuk menikmati makanan bersama-sama. Bukan itu sahaja,
ianya juga dapat memupuk perpaduan kerana terdapat banyak kaum melayu
yang membuka kedai yang menjual makanan ini. Secara tidak langsung, mereka
mempelajari cara membuatnya daripada kaum cina yang dapat menunjukkan
berlakunya hubungan antara satu sama dengan yang lain dan mewujudkan
perpaduan. Sebagai contoh, banyak pembaharuan yang dilakukan oleh perniaga
melayu untuk mengikut cita rasa dan tekak semua masyarakat di Malaysia
Seperti Char kuey teow kerang, Char kuey teow udang dan banyak lagi.
- Malaysia, R. (2012, May 7) Makanan tradisi masyarakat cina (Char Kway Teow)
KEUNIKAN YEE SANG MEMUPUK PERPADUAN
YEE SANG Akhir sekali, Yee sang yang merupakan makanan
kebudayaan kaum Cina juga dilihat sebagai hidangan
yang menjadi simbol perpaduan masyarakat majmuk
di negara ini. Hal ini demikian kerana makanan tradisi
ini menjadi hidangan yang dinikmati bersama
masyarakat pelbagai kaum semasa perayaan Tahun
Baru Cina. Ramuan yang digunakan dalam Yee Sang
adalah daripada makanan biasa sahaja namun
makanan ini kelihatan menarik ketika digaulkan
kesemuanya dan menjadi lebih enak jika dinikmati
bersama dengan masyarakat yang berbilang bangsa
ini. Semasa mengaulkan ini sahaja sudah
menunujukkan bahawa kita hidup di Malaysia ini
memerlukan antara satu sama lain untuk membina
perpaduan . Kita juga dapat mengenali sesama kaum
semasa menikmati hidangan ini.
- Mstar ( 20 Januari 2020 ) Yee Sang simbolik kepada kemakmuran, 'tuah' dan kebahagian
MAKANAN
TRADISIONAL
INDIA
Selain kaum melayu dan cina, kaum
india juga merupakan salah satu
kaum yang terbesar di Malaysia.
Makanan tradisional India lebih
mengutamakan rempah ratus dan
herba. Bukan itu sahaja, tepung, susu
dan kacang juga sering digunakan
dalam makanan tradisi India.
Keunikan makanan tradisi ini lebih
terserlah dalam kaedah
penghidangannya. Kaum India
menggunakan daun pisang sebagai
alas makanan dan sekaligus
membangkitkan selera kerana aroma
daun pisang itu.
Maka tidak hairanlah jika makanan India
mendapat sambutan hangat oleh semua
kaum tidak kira melayu atau cina, ada juga
kaum lain yang memilih untuk menikmati
makanan ini sebagai menu harian. Sebagai
contoh, kedai mamak sentiasa menyajikan
makanan tradisional India dan menjadi
pilihan terbaik kerana makanannya yang
menepati cita rasa rakyat negara ini. Kedai ini
tidak putus dengan pelanggan yang
berbilang kaum yang gemar akan makanan
kaum tersebut. Antara makanan tradisional
India yang disajikan di kedai tersebut ialah
roti canai, capati, briyani dan ayam tandoori.
Terdapat juga makanan lain yang menjadi
pilihan rakyat Malaysia iaitu putu mayam dan
nasi daun pisang.
Zainudin, Z. (2023, January 2). Perpaduan kaum melalui makanan tradisi.
ROTI CANAI
Roti canai ialah roti berbentuk bulat, roti ini biasanya dihidangkan bersama
kuah dal atau kari bersama sambal bilis. Roti ini biasanya dimakan sebagai
makanan pagi, tengah hari, petang atau malam. Roti ini disediakan dengan
menebarkan doh roti. Nama roti canai dikatakan berasal dari bandar chennai, india
disebabkan kebanyakan pencanai roti berasal dari india. Roti ini sangat popular di
Malaysia dan menjadi makanan yang sentiasa dinikmati oleh pelbagai kaum. Roti
canai bukan sahaja dijual oleh kaum india, malah kaum melayu juga menambahkan
menu ini sebagai makanan harian di warung mereka. Untuk pengetahuan semua,
roti canai ada pelbagai jenis contohnya roti kosong, roti banjir, roti telur dan
banyak lagi.
Hubungan antara kaum dapat dijalinkan melalui roti canai. Hal ini kerana roti
canai kebiasaannya dijual di kedai-kedai mamak dan warung. Pada malam minggu
kebiasaannya kedai mamak menjadi destinasi masyarakat tidak kira umur dan
kaum untuk mencicipi makanan dan minuman di situ. Di kedai mamak juga kita
dapat melihat pelbagai kaum menikmati juadah yang sama. Hal ini dapat memupuk
perpaduan dan menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia bersatu dan harmoni
antara satu sama lain.oleh itu, roti canai dapat memupuk perpaduan. Oleh itu,
tidak hairanlah jika makanan dapat memupuk perpaduan.
Roti Banjir Roti Boom
Roti Kosong
Roti Tisu Roti Telur
Wikipedia contributors. (2022, December 17). Roti canai. Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas.
Putu mayam, makanan yang tidak asing lagi, Putu mayam dibuat
putu mayam sering dilihat di jual di pasar daripada tepung beras dan
malam atau gerai-gerai. Namun tidak ramai dihasilkan dalam bentuk
orang yang mengetahui bahawa putu seperti mi. Putu mayam
biasa dihidangkan bersama
mayam adalah makanan tradisi kaum India.
Ramai yang menyangka putu mayam kelapa parut dan gula
adalah makanan tradisi kaum melayu melaka atau gula perang.
kerana kaum melayu sering menjual
makanan ini. Daripada situasi ini kita boleh
melihat rakyat Malaysia bersatu padu dan
turut mempelajari tentang kaum lain. Kaum
lain juga mampu membuat makanan tradisi
kaum lain dan menunjukkan perpaduan
berbilang bangsa serta tiada jurang
perkauman antara satu sama lain.
Muruku dibuat Muruku ialah snek atau jajan yang berasal daripada
menggunakan tepung beras kaum india. Muruku memberikan rasa rempah ratus
dan tepung urad dal. Apabila
dan rangup bila dimakan. muruku biasanya
menjadi doh ia bentuk dihidangkan sewaktu menyambut perayaan deepavali.
menggunakan acuan atau
Namun begitu,, masyarakat Malaysia gemar
tangan dan digoreng. menjadikan muruku sebagai snek harian. Contohnya,
muruku dimakan sewaktu menonton televisyen,
berkelah dan waktu-waktu lapang.Masyarakat
Malaysia pasti ada menyediakan muruku di rumah
sebagai jajan untuk menonton televisyen atau sebagai
kudap-kudapan untuk tetamu.
ini membuktikan bahawa makanan warisan kaum
sudah lama diterima dan dinikmati oleh kaum lain,
dengan menikmati makanan berbilang kaum,
Masyarakat dapat merapatkan jurang perkauman dan
berkongsi pendapat mengenai makanan dan budaya
masing-masing. Oleh itu, walaupun muruku hanyalah
snek dalam makanan warisan India namun impak yang
diberikan kepada hubungan antara kaum sangat
besar. Muruku yang dikongsi bersama kaum-kaum lain
dapat menjalinkan hubungan dan mengeratkan
perpaduan.
Wikipedia contributors. (2022a, June 24). Putu mayam. Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas..
Amit, D. (2022, September 4). Murukku Recipe | Murukulu Recipe (Crunchy Rice Flour Spirals). Dassana’s Veg Recipes.
Nasi Daun Pisang
Tentang makanan ini..
Nasi daun pisang merupakan satu hidangan istimewa yang
berasal daripada negeri Tamil Nadu, Kerala, Karnataka, dan
Andhra Pradesh di India. Hidangan ini diberikan nama nasi
daun pisang kerana hidangan ini menggunakan daun pisang
sebagai alas. Selain menghasilkan bau harum yang dapat
menambah selera makan, kaum India juga percaya apabila
terkena haba daun pisang akan mengeluarkan sejenis bahan
yang membantu penghadaman. Hidangan ini menjadi pilihan
rakyat Malaysia kerana hidangan ini sinonim dengan
hidangan masyarakat melayu. seperti yang kita ketahui, rakyat
Malaysia suka menggunakan rempah ratus dan herba dalam
masakan mereka, oleh itu, hidangan ini merupakan hidangan
yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini. Nasi daun
pisang ini biasanya dihidangkan bersama sayur-sayuran dan
juga beberapa menu tambah seperti kari kambing, kari ayam,
ayam berempah dan banyak lagi. Lassi juga turut dihidangkan
bersama.
Sudah terang lagi bersuluh, makanan tradisional kaum
tidak hanya dinikmati oleh kaum itu sendiri, malah hidangan
itu turut dinikmati oleh kaum lain sehinggakan diserap dan
dijadikan budaya oleh masyarakat tidak kira kaum. Kini kari
tidak hanya dinikmati oleh kaum india, kaum melayu juga
sangat menggemari makanan tersebut. menu ini sudah tidak
asing lagi bagi kaum lain, dalam majlis perkahwinan kaum
melayu, banyak menu-menu seperti kari dan gulai disediakan
untuk jamuan tetamu. menu-menu ini juga turut diolah
mengikuti cita rasa penduduk seperti gulai kambing dengan
batang pisang.
Teh, W. (2022, December 13). 10 places for the best banana leaf rice in KL and PJ today. Lifestyle Asia Singapore.
MAKANAN TRADISIONAL
PERPADUAN KAUM
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kita dapat lihat Antara aspek yang menyumbang
betapa makanan merupakan satu pada keunikan masyarakat Malaysia
ialah kepelbagaian makanan yang
aspek yang penting dalam dijadikan sebagai salah satu warisan
mengukuhkan jalinan sosial antara
etnik di Malaysia. Kesepaduan sosial etnik-etniknya. Aspek ini
yang terbina daripada aspek ini dapat memberikan ruang pada
membuktikan kepada dunia bahawa pembentukan kesepaduan sosial yang
secara tidak langsung mencerminkan
negara Malaysia boleh dijadikan latar belakang kehidupan masyarakat
sebagai sebuah negara contoh, iaitu
Malaysia.
walaupun masyarakatnya terdiri Setiap kumpulan etnik memiliki
daripada pelbagai etnik, ras dan
agama, namun masih dapat bersatu warisan jenis makanan yang
dan saling hormat menghormati. beraneka jenis, warna dan rasa serta
memaparkan sejarah masakan yang
menarik untuk diketahui dan
dipelajari bersama.
KERATAN
AKHBAR / ARTIKEL
SINAR HARIAN (3 SEPTEMBER 2019)
MUKA SURAT 14
BERITA HARIAN (1 MARCH 2016)
ARTIKEL (Website SOLIDARITAS)
ARTIKEL (Website Dewan Bahasa Pustaka)
AKHBAR
Bernama. (2018, December 20). Berkongsi meja makan eratkan perpaduan
kaum Malaysia kini. https://m.malaysiakini.com/news/457030
HARIAN, W. S. (2019, September 3). Perpaduan melalui makanan warisan.
Sinarharian.https://www.sinarharian.com.my/article/46206/KHAS
/Cerita- Merdeka/Perpaduan-melalui-makanan-warisan
ARTIKEL
Dr Zahir Zainudin. (2014). itqan: Perpaduan kaum melalui makanan tradisi
Zahirzainudin.blogspot.com.http://zahirzainudin.blogspot.com
2014/03/perpaduan-kaum-melalui-makanan-tradisi.html
Ramlan, I. (2021, October 30). 6 Makanan India Yang Popular Di
Malaysia Getaran. https://www.getaran.my/artikel/tara/13879
/6- makanan-india-yang-popular-di-malaysia
syahiracheazmi2402. (2021, April 10). PERPADUAN KAUM MELALUI
MAKANAN TRADISI - Membalik Buku Halaman 1-18 | AnyFlip
syahiracheazmi2402. Anyflip.com; syahiracheazmi2402.
https://anyflip.com/fexfa/ozwi/basic
Teh, W. (2022, December 19). 10 places for the best banana leaf rice in KL
and PJ today. Lifestyle Asia Singapore.https://www.lifestyleasia.com
/sg/dining/food/best-banana-leaf-rice-in-kl-and-pj/
Umum, P. (2022, January 11). Pemupukan Perpaduan Keluarga
Malaysia Melalui Kepelbagaian Makanan Tradisional.
https://solidaritas.my/pemupukan-perpaduan-keluarga-malaysia
-melalui-kepelbagaian-makanan-tradisional/
WEBSITE
Makanan penyubur perpaduan rakyat - Bernama. (2013, September 17)
My.news.yahoo.com. https://news.yahoo.com/amphtml/news
/makanan-penyubur-perpaduan-rakyat-bernama-072855796.html
Zairiasdi, M. M. A. (n.d.). Kepelbagaian Makanan Etnik Pemangkin
Perpaduan : Klik Web DBP. Klik Web DBP. http://klikweb.dbp.my/