The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by uthridragnar67, 2023-09-29 23:05:41

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 2/2023

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 2 2023

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH BIL 2 / 2023 Tarikh : 06.06.2023 Masa : 1.30 Petang Tempat : Bilik Gerakan SK. Tanjung Batu, Kota Marudu Pengerusi : En. Mohd Yusni Bin Jamrin (Guru Besar) HADIR 1. En. Mohd Yusni Bin Jamrin (Guru Besar) 2. En. Sani Bin Rahim (Penolong Kanan Pentadbiran) 3. Pn. Saliah Binti Masalin (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) 4. En. Kamal Bin Hj Bidin (Penolong Kanan Kokurikulum) 5. Pn. Merlyn Binti Johnjin 6. Cik Norul Alljamilah Binti Haji Ab Rahman 7. Pn. Beatrice Tracy Madan 8. Pn. Vonia Vannessa Bonny 9. Pn. Jurayah Anjam 10. Pn. Kamsiah Arip 11. Pn. Lesie Mangkidau 12. Pn. Jainab Mahmud 13. Pn. Janifah Binti Januwi 14. Pn. Aisah Jaludin 15. Pn. Joliana Ahvun 16. Pn. Rainie Ramlie 17. En. Mohd Izhar Kamaruddin 18. En. Vietron Maijal 19. En. Emmanuel Raoul 20. En. Maison Bin Maikol 21. En. Roslee Abd Sait 22. En. Jonis Joning 23. Pn. Thresa Timhol 24. Pn. Nonani Umpin SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BATU Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Peti Surat 138 89108 Kota Marudu, Sabah. Tel: 011 6574 7276 Email: [email protected]


25. Cik Rozita Runsab 26. Pn. Solynaneh Bt Paunal 27. Pn. Nuridah Tapa 28. Pn. Slyvernia Mosungkit TIDAK HADIR 1. En. Frederic Talis- Urusan Rasmi 2. En. Uming Bin Sapaun – Cuti Sakit 3. Pn. Elvy Samid – Cuti Sakit 4. En. Farsely Masalan- Bersebab 5. Pn. Renis Sikua - Bersebab Agenda Perkara Catatan 1 1.0:Ucapan Pengerusi 1.1 Guru Besar mengucapkan kata alu-aluan kepada semua Penolong Kanan, guru-guru dan semua AKP . 1.2 Pengerusi memaklumkan ketidakhadiran beberapa orang guru dan AKP untuk direkod. Tindakan: Setiausaha 1.3 Pengerusi menyatakan harapan beliau agar keputusan mesyuarat dapat diterima oleh semua guru dan AKP. Terutamanya dalam hal-hal yang melibatkan penguatkuasaan peraturan. Ianya bertujuan untuk memastikan semua tindakan kearah mencapai hala tuju sekolah. Tindakan: Semua Penolong Kanan, Guru dan AKP 1.4 Pengerusi juga menyatakan beberapa dapatan mesyuarat pengurusan daerah yang dihadirinya. Antaranya termasuklah ; a) Semua staf perlu mematuhi Integriti dan perlu sentiasa diamalkan di sekolah.


Tindakan: Semua Penolong Kanan, Guru dan AKP b) Perekodan dan dokumen Aset perlu sentiasa dikemaskini. Tindakan: Pegawai Aset dan Semua Jawatankuasa Aset c) PPD berpesan agar ada inovasi di sekolah dan bentangkan di daerah sebagai amalan baik sekolah. Tindakan: Semua Penolong Kanan dan Guru 1.5 Pengerusi juga memaklumkan bahawa laporan prestasi kantin adalah pada setiap 5hb bagi setiap bulan. Tindakan: Penolong Kanan HEM dan Penyelaras 2. 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Pencadang : Ustaz Mohd Izhar Kamaruddin Penyokong : Encik Maison Bin Maikol - Makluman 3. 3.0 Perkara Berbangkit 3.1 Pengurusan Cuti Guru dan AKP Semua guru dan AKP perlu membudayakan pemakluman awal tentang keberadaan dalam Group Whatsapp (Keberadaan). Tindakan : Semua guru dan AKP 3.2 Pengurusan Perhimpunan Rasmi Sekolah Acara perhimpunan perlu diadakan lebih awal walaupun tiada penyampaian sijil. Tindakan : Guru Bertugas dan semua Guru


3.3 Gotong-royong Stor Sekolah RM5 akan dikutip daripada setiap guru untuk diberikan kepada pihak pembersihan yang mengemas stor sekolah sebagai saguhati. Tindakan : Encik Frederic Talis 3.4 Keberadaan Guru dalam Kelas Semua guru perlu cakna dengan jadual ganti kelas dan menandatangani rekod kawalan kelas yang dimasuk. Tindakan : Semua guru 3.5 Asrama Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat dua kekosongan warden ekoran perpindahan Ustazah Janifah Januwi kerana bilangan murid asrama yang sudah mencapai 40 orang. Hal ini akan dibincangkan dalam mesyuarat pentadbir. Tindakan: Penolong Kanan HEM 3.7 Pelan Pembangunan Sukan Pihak sekolah telah menerima pekeliling pemakluman dibenarkan untuk melakukan aktiviti luar dengan beberapa syarat. Syarat-syarat tersebut dibaca oleh Encik Kamal Bidin iaitu Penolong Kanan Kokurikulum sebagai panduan dan makluman semua staf. - Makluman 4.0 Integriti ( Kehadiran dan Keberadaan Masa Bertugas ) 4.1 Pengerusi menegaskan agar setiap staf memaklumkan ketidakhadiran dalam group whatsapp Keberadaan Guru dan AKP ( bagi perkara kecemasan ). Jikalau Cuti Rehat Khas / Cuti Rehat sudah dipohon awal, guru atau AKP perlu maklumkan dua atau tiga hari lebih awal sebelum tarikh cuti tersebut.


4. Tindakan : Semua guru dan AKP 4.2 Buku rekod kedatangan masih digunakan di peringkat sekolah. Pengerusi menyatakan bahawa sekiranya mendapat arahan untuk ditukar, ianya akan ditukar juga nanti. - Makluman 4.3 Guru perlu datang 10 minit awal daripada waktu masuk dan 10 minit lewat daripada waktu pulang. Murid perlu dibiarkan pulang terlebih dahulu. Tindakan : Semua guru 4.4 Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan tahniah kepada Puan Aisah Jaludin kerana tidak pernah leka menyediakan jadual guru ganti. Guru-guru yang disenaraikan untuk menggantikan kelas guru yang tidak hadir perlu berlapang dada sekiranya ada rakan guru yang mengingatkan jadual kelas ganti yang terlupa. Guru ganti juga perlu berada di dalam kelas untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Tindakan : Semua guru 4.5 Penolong Kanan Pentadbiran juga mengucapkan tahniah kepada semua guru, kerana komitmen dan semua tindakan yang dilaksanakan berada di landasan yang betul. - Makluman 5. 5.0 Integriti ( Keberhutangan ) 5.1 Encik Sani Haji Rahim selaku Penolong Kanan Pentadbiran membentangkan panduan pengurusan keberhutangan serius. Edaran diberikan kepada semua guru dan AKP. (Rujuk Lampiran 1). Beliau mengharapkan agar semua staf dapat memahami perkara ini. - Tindakan: Semua Staf


6. 6.0 Pengurusan Cuti Guru dan AKP 6.1 Pengerusi mengingatkan bahawa permohonan Cuti Rehat Khas (CRK) adalah sesuatu yang perlu dipohon dengan alasan yang terkandung dalam garis panduan permohonan Cuti Rehat Khas. Ianya bergantung kepad keperluan yang benar-benar mendesak. Beliau juga menegaskan bahawa, dalam sehari perlu dielakkan empat orang guru serentak memohon cuti. - Makluman 6.2 Jikalau ada temujanji doktor, guru perlu mendapatkan cuti sakit daripada hospital atau memohon CRK sekiranya tidak diberikan cuti sakit. Time slip tidak diterima sebagai rekod yang membolehkan seseorang guru tidak hadir bertugas. - Makluman 6.3 Bagi cuti sakit, pengerusi mengingatkan kepada semua guru, bahawa doktor hanya mengeluarkan cadangan cuti sakit. Guru Besar yang meluluskan cuti sakit tersebut. - Makluman 7. 7.0 Penilaian Prestasi PBPPP dan HRMIS AKP 7.1 Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Sani Haji Rahim memaklumkan bahawa penilaian prestasi PBPPP telah bermula. Bermula minggu depan, pencerapan oleh barisan pentadbir akan dijalankan. - Makluman 7.2 Sebagai penambahbaikan dari Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ), jadual perjumpaan penilai dan pegawai yang dinilai akan diadakan iaitu sebulan sekali. Tujuannya adalah untuk berbincang tentang keberhasilan dan pegawai yang dinilai juga akan menurunkan tandatangan semasa perjumpaan tersebut untuk menunjukkan ketelusan.


- Tindakan Semua Pentadbir dan Guru 7.3 Bagi penilaian pertama, ianya berlaku pada Bulan Jun. Penilaian kedua pula berlaku pada hujung tahun. Hal ini bertujuan untuk menentukan sejauh mana pencapaian yang sudah dicapai oleh pegawai yang dinilai. -Makluman 8. 8.0 Laporan Pengurusan EKSA 8.1 Puan Rainie Ramlie selaku penyelaras EKSA membentangkan Jawatankuasa Induk EKSA 2023. ( Rujuk Lampiran 2 ). 8.2 Walau bagaimana pun, ianya belum muktamad. Jawatankuasa yang muktamad akan dibentuk semasa mesyuarat khas EKSA pada minggu hadapan. 8.3 Mesyuarat EKSA akan diadakan pada minggu hadapan. Pengoperasian EKSA pulan akan bermula pada 01.07.2023. 8.4 Puan Rainie Ramlie juga mencadangkan penambahbaikan nama zon iaitu Biru Setia, Hijau Damai, Kuning Ceria dan Merah Perkasa. Cadangan penambahbaikan tersebut telah diterima dan dipersetujui oleh sidang. - Semua guru dan AKP 9.0 Laporan SPL KPM termasuk TNA 9.1 Ustaz Mohd Izhar Kamaruddin selaku penyelaras SPL KPM membentangkan laporan SPL KPM. Beliau juga menunjukkan cara-cara login SPL KPM. 9.2 Ustaz Izhar Kamaruddin juga mengedarkan pelaporan kursus setiap guru dan AKP sebagai rujukan. ( Rujuk Lampiran 3 )


9. 9.3 Ustaz Izhar Kamaruddin turut memberi penerangan tentang ; a) Cara kira mata kredit dan LDP b) Cara mendapatkan mata kredit dalam SPL c) Tatacara menggunakan SPL 9.4 Ustaz Izhar Kamaruddin juga menyatakan bahawa TNA perlu dibuat semula untuk tahun ini dan menghantar salinan TNA kepada beliau selewat-lewatnya hari Jumaat hadapan. Tindakan: Semua guru dan AKP 10. 10.0 Laporan SPL KPM ( PLC ) 10.1 Encik Jonis Joning selaku penyelaras PLC berkongsi tentang cara-cara merekod PLC yang mudah. Beliau juga menunjukkan tatacara mengisi PLC dalam SPL agar difahami oleh semua staf. 10.2 Encik Jonis Joning memaklumkan bahawa setakat hari ini, PLC sudah mencatat 82. 10.3 Penyampaian penghargaan sijil pencapaian PLC juga diberikan oleh pentadbir kepada beberapa guru iaitu ; a) Encik Jonis Joning ( penyelaras PLC ) b) Puan Aisah jaludin ( Ketua Panitia Matematik ) c) Puan Merlyn Binti Johnjin ( Ketua Panitia Pendidika Muzik ) d) Ustazah Norul Alljamilah ( Individu ) e) Puan Jainab Mahmud ( Ketua Panitia Sejarah ) f) Puan Beatrice Tracy Madan ( Ketua Panitia RBT ) g) Puan Solynaneh Paunal ( penyelaras ICT ) - Makluman


11. 11.0 Laporan SKPMG2 ( Bagi Semua Standard ) Puan Beatrice Tracy Madan membentangkan laporan SKPMG2. Edaran diberikan kepada semua guru sebagai rujukan. ( Rujuk Lampiran 4 ) - Makluman 12.0 Hal-hal Lain 12.1 Penolong Kanan Kokurikulum 12.1.1 Encik Kamal Haji Bidin menyenaraikan Syarat-syarat Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar sebagai panduan kepada semua staf. Antaranya termasuklah ; a) Suhu kurang daripada 35° celcius. b) Pengawasan yang ketat. c) Tidak ada paksaan kepada murid dan perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa. d) Minum air. e) Pakai baju berwarna cerah. - Makluman 12.1.2 Encik Kamal Haji Bidin juga menyatakan beberapa persediaan sukan. Ianya termasuklah ; a) Pemilihan sudah dibuat tetapi perlu tapisan lagi. b) Peserta merentas desa sudah ada dan berlatih. c) Takwim sukan akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat. - Makluman 12.1.3 Respon terhadap pembentukan pasukan hoki ditangguhkan dulu atas sebab bajet tidak mencukupi.


- Makluman 12.2 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 12.2.1 Puan Saliah Masalin selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( HEM ) memaklumkan bahawa laporan kehadiran dalam APDM akan dijana di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri ( JPN ) pada setiap 5 hari bulan. Oleh itu, setiap guru kelas perlu menyemak laporan kehadiran dalam APDM sebelum 5 hari bulan setiap bulan. Tindakan : Guru Kelas 12.2.2 Puan Saliah Masalin juga memaklumkan bahawa tedapat aduan RMT yang diterima iaitu makanan yang tidak mencukupi. Apabila diperiksa, didapat bahawa guru bertugas jarang membuat pemeriksaan di RMT menyebabkan ada murid ( murid tidak layak ) mengambil makanan di sana. Oleh itu, Puan Saliah Masalin memohon agar guru bertugas memastikan hanya murid layak sahaja yang makan di RMT. Sekiranya ada sebarang aduan, boleh isi dalam buku aduan yang sudah disediakan. Tindakan : Penyelaras dan Semua guru 12.3 Penolong Kanan Pentadbiran 12.3.1 Encik Sani Haji Rahim memaklumkan bahawa Ustazah Norul Alljamilah Binti Haji Ab Rahman akan berkursus selama satu minggu. Tindakan : Guru Penyelaras Jadual Waktu 12.3.2 Encik Sani Haji Rahim juga memaklumkan kepada semua urusetia mesyuarat untuk mengapungkan minit mesyuarat dalam group telegram Sk Tanjung Batu tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan. Rasionalnya, dapat memperbaiki apa-apa isu yang ada dalam perkara berbangkit.


Tindakan : Semua Urusetia Mesyuarat 12.3.3 Encik Sani Haji Rahim menyatakan bahawa keadaan bilik gerakan perlu ditambahbaik. Bahagian pentadbiran akan melakukan perbincangan tentang hal ini. - Makluman 12.3.4 Encik Sani Haji Rahim juga memaklumkan tentang keberadaan Fail RPH yang tiada di tempat yang sudah disediakan. Beliau memohon agar guru-guru menyimpan semula Fail RPH dalam rak tersebut. Guru-guru juga diminta untuk melengkapkan fail tersebut. Tindakan : Semua guru 12.3.5 Encik Sani Haji Rahim meminta agar semua ketua panitia memasukkan edaran Laporan SKPM ke dalam fail panitia masing-masing. Tindakan : Semua Ketua Panitia 12.3.6 Encik Sani Haji Rahim juga memaklumkan bahawa beberapa panitia akan bekerjasama untuk mengadakan Sambutan Raya Kaamatan pada hujung bulan Jun. Tarikh khusus berkenaan sambutan tersebut akan dimaklumkan kemudian. - Makluman 12.4 Puan Solynaneh Paunal 12.4.1 Puan Solynaneh akan membentangkan laporan semakan buku murid pada minggu hadapan. - Makluman 12.4.2 Puan Solynaneh Paunal juga menyampaikan pesanan Encik Frederic Talis iaitu English Panel akan membuat Karnival Bahasa Inggeris peringkat sekolah dan perlu


*Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Pengesahan Minit Mesyuarat. cadangan masa daripada pihak pentadbir. Pihak pentadbir mencadangkan agar ia diadakan pada awal bulan Julai. - Makluman 12.4.3 Puan Solynaneh juga menyatakan bahawa beberapa orang guru kelas belum menghantar KEW PA. Tindakan : Guru Kelas Minit ini disediakan oleh. Setiausaha, Mesyuarat Pengurusan. SK Tanjung Batu, 89108 Kota Marudu, Sabah. Minit ini telah disemak pada. Pencadang : __________________ Tandatangan : __________________ Tarikh : __________________ s.k - Fail Penyokong : __________________ Tandatangan : __________________ Tarikh : __________________


Click to View FlipBook Version