Teknologi untuk Pengajaran
dan Pembelajaran
EDUP3053
GABRIELA GUMBA ANAK BRINDINE NARI
SHERLY GRACE JAMAU ANAK MANOK
ALISYA MAYANG ANAK AYOM
Jelaskan apa yang TUTORIAL 2
dimaksudkan"rekabentuk pengajaran"
(instructional
design). Pilih salah satu model rekabentuk
pengajaran, dan terangkan
ciri-cirinya, kemudian huraikan bagaimana
ia dapat digunakan dalam
amalan membina sesuatu proses atau
produk pengajaran dan
pembelajaran.
MODEL REKA
BENTUK
PENGAJARAN
DEFINISI REKA BENTUK
PENGAJARAN
Komponen dimana pengajar, pelajar, bahan, aktiviti,
sistem penyampaian dan persekitaran pembelajaran
dan persembahan berinteraksi antara satu sama lain
untuk mencapai objektif pembelajaran
MODEL REKA BENTUK
DICK AND CAREY
Model reka bentuk pengajaran Dick dan
Carey berorientasikan sistem.
Model yang melibatkan pembinaan bahan
untuk jangka panjang dalam menghasilkan
sistem pengajaran yang berkesan.
Model Dick and Carey yang berorientasikan sistem memperincikan
satu proses pengulangan yang boleh diaplikasikan dalam berbagai
bidang. Model merupakan model yang paling dikenali dengan
rekabentuk sistematik dan menjadi standard kepada semua model
ID ( dan kaedah-kaedah alternatif untuk merekabentuk dan
membangun). (Gustafson and Branch, 2002, p.59).
Model Pendekatan Sistem adalah berasaskan satu teori yang mengatakan
“terdapat hubungan yang boleh diramal dan sesuai antara satu stimulus
(bahan instruksional) dan tindakbalas yang dihasilkan pelajar” (McGriff,
2001,p.2). Ia menyatakan bahawa: Satu proses sistematik yang mana setiap
komponen (guru, pelajar, bahan dan suasana pembelajaran) merupakan unsur
penting kepada pembelajaran. Satu sistem yang secara teknikalnya adalah
satu set bahagian yang sentiasa berhubung, berfungsi secara bersama ke
arah objektif atau tujuan yang disasarkan. Setiap bahagian bergantung
antara satu sama lain bagi input dan output dan keseluruhan sistem
menggunakan maklumbalas sebagai tanda bahawa objektif yang disasarkan
telah tercapai. (Dick and Cary, 1990.p.3)
Dalam model ini, setiap komponen adalah kritikal. Tiada satu pun yang boleh
ditinggalkan.Sesetengah langkah boleh diselesaikan secara selari tetapi
semuanya mesti diselesaikan. Oleh kerana keadaannya yang begitu sistematik
dan tersusun, model ini menjadi piawai kepada perekabentuk projek.
Model ini membawa pereka bentuk kepada tujuan pengajaran
dengan cara menjalankan penilaian dan dokumentasi bagi
objektif pembelajaran yang jelas dan boleh diukur. Dengan
memantau perkembangan pengajaran sebagai satu proses
sistematik yang
dianggap sebagai satu fungsi bagi setiap komponen, melalui
proses penilaian formatif dan sumatif, penambahbaikan perlu
dilakukan bagi memastikan tujuan pengajaran tercapai.
MENGANDUNGI 9
LANGKAH
1. Kenal Pasti Matlamat Pengajaran
2. Buat Analisis pengajaran
3. Kenal Pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk
murid
4. Tulis objektif prestasi
5. Bina item ujian rujukan kriteria
6. Bina strategi pengajaran
7. Bina dan pilih bahan pengajaran
8. Reka bentuk dan jalankan penilaian formatif
9. Semak semula pengajaran
1 LANGKAH 1
Kenal Pasti Matlamat Pengajaran
Matlamat pengajaran boleh didapati daripada senarai
matlamat pengajaran, taksiran keperluan yang berkaitan
dengan sesuatu kurikulum, masalah pengajaran dalam bilik
darjah atau sesuatu topik baru dalam sukatan pelajaran.
LANGKAH 2
Buat Analisis pengajaran
Matlamat pengajaran akan dianalisis untuk mengenal pasti
kemahiran subordinat dan prosedur yang perlu diikuti untuk
mempelajari sesuatu proses.
LANGKAH 3
Kenal Pasti ciri dan perlakuan
peringkat masuk murid
Pengetahuan/kemahiran sedia ada yang berkaitan akan
membantu pelajar menguasai pelajaran baru yang akan
dipelajari.
Ciri-ciri umum pelajar seperti umur, jantina, bakat,
sikap, gaya pembelajaran perlu diketahui untuk
merancang reka bentuk pengajaran.
LANGKAH 4
Tulis objektif prestasi.
Objektif yang harus dikenal pasti ialah objektif subordinat
yang akan membantu mencapai objektif terminal dan
seterusnya matlamat pengajaran.
LANGKAH 5
Bina item ujian rujukan kriteria.
Item ujian akan mengukur sama ada pelajar boleh atau tidak
menguasai kemahiran/pengetahuan yang ditetapkan
LANGKAH 6
Bina strategi pengajaran
Langkah berikut ialah mengenal pasti strategi yang akan digunakan dalam
pengajaran serta memilih media yang sesuai digunakan untuk mencapai
objektif terminal.
Strategi pengajaran mencakupi aktiviti sebelum pengajaran,
persembahan maklumat, latihan dan tindak balas dan ujian dan aktiviti
susulan.
LANGKAH 7
Bina atau pilih bahan pengajaran
Bahan-bahan seperti panduan belajar, bahan media, panduan guru dan panduan
ujian boleh dibina dan disediakan. Keputusan untuk membina bahan baru
bergantung kepada objektif atau hasilan pembelajaran, bahan yang sedia ada dan
kemampuan organisasi dari segi kepakaran dan kewangan.
LANGKAH 8
Penilaian formatif
Setelah selesai draf awal pengajaran, langkah berikut
ialah menjalankan beberapa siri penilaian untuk
mengumpul data yang boleh digunakan untuk memperbaiki
pengajaran.
Tiga jenis penilaian formatif iaitu penilaian individu,
penilaian kumpulan kecil dan penilaian luar atau
pemerhatian.
LANGKAH 9
Semak semula pengajaran.
Data yang diperolehi daripada penilaian formatif boleh
digunakan untuk memperbaiki kelemahan atau kekurangan
yang mungkin terdapat pada mana-mana langkah reka bentuk
yang boleh menjejaskan pencapaian objektif pengajaran.
Kekuatan Model
1. Satu model yang amat sistematik dan tersusun. Semua proses
yang dinyatakan mengikut langkah dari awal hingga akhir. Setiap
proses yang telah dijalankan boleh diulang semua sekiranya
dirasakan hasilnya tidak menepati jangkaan.
2. Melalui model ini setiap perekabentuk akan dipandu langkah
demi langkah. Setiap proses yang dijalankan mempunyi kaitan
denga proses-proses lain yang mana ianya akan memberikan
gambaran yang jelas tentang jangkaan hasil dari model ini.
3. Model ini dianggap amat sempurna hingga boeh diaplkasikan
dalam semua bidang sama ada pendidikan, awam, kesihatan
mahupun sistem keselamatan.
4. Model ini juga sentiasa menjadi piawai kepada semua
perekabentuk projek.
Kelemahan Model
1. Setiap komponen dalam model ini perlu dijalankan tanpa ada
yang boleh ditinggalkan. Jika ditinggalkan ianya akan mencacatkan
proses dan seterusnya memberikan hasil yang tidak menepati
kehendak model.
2. Output kepada aplikasi model ini biasanya amat besar dan
memerlukan komitmen dari banyak pihak yang berkepentingan.
Semua pihak yang terlibat perlu bekerjasama dalam menjayakan
projek
CARA MODEL DIGUNAKAN DALAM MEMBINA
SESUATU PRODUK DALAM PROSES PdP
Cara model ini digunakan dalam membina sesuatu produk dalam proses PdP ialah
apabila di dalam model ini sendiri terdapat langkah dalam membina sesuatu produk
yang dapat digunakan dalam PdP. Apabila guru selesai membuat perancangan dan
strategi pengajaran, guru akan membina atau memilih bahan pengajaran yang
bersesuaian dimana bahan pengajaran itu mampu memberi informasi serta panduan
kepada pelajar. Bahan pengajaran tidak terhad kepada buku teks dan buku panduan,
tetapi bahan pengajaran juga merangkumi media audio video dan bahan secara
interaktif. Contohnya, guru boleh menggunakan media audio video (ICT) untuk
memaparkan tayangan slaid kepada murid.
Terima
Kasih