PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN
PGA103 : GURU, SEKOLAH DAN MASYARAKAT
KERTAS KERJA PROJEK KOMUNITI
“KELESTARIAN ALAM SEKITAR”
PENSYARAH : DR. MUZIRAH BINTI MUSA
TARIKH : 6 MEI 2021 - 20 MEI 2021
AHLI KUMPULAN No.Matrik
154161
Bil Nama
1 MUHAMMAD NASRULLAH BIN MOHD 152893
154364
NOOR
2 SITI UMAIRA BINTI HISHAM 153214
153529
3 PUTERI NORSYAZANA BINTI ABDULLAH
SANI 152363
153456
4 AUNI SOFIA BINTI ABDUL HAMID 150646
5 MUHAMMAD IZZULHAQ BIN MOHAMED
HASNAN
6 NUR FATIHAH BINTI REZUAN
7 AMIN BIN M MOKTHAR
8 NURHAZWANI BINTI ROZALI
1
1.0 PENGENALAN
Manusia yang sejati harus memiliki kesedaran sivik yang ditakrifkan sebagai kefahaman
tentang pentingnya melakukan perkara-perkara yang sinonim dengan peraturan kehidupan
manusia. Individu yang tidak memiliki kesedaran sivik sering dikaitkan dengan individu yang
bermasalah dan tidak mahu melakukan sesuatu mengikut keperluan masyarakat keseluruhannya.
Kesedaran sivik boleh didefinisikan sebagai rasa sedar yang mendalam dan berterusan serta
muncul dari hati seseorang untuk bertanggungjawab dalam memelihara hak dan kepentingan
awam. Berfikiran secara kreatif pula boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai
kebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan seterusnya mengembangkan sesuatu idea yang
baru dan asli. Ia melibatkan kemahiran fleksibiliti, keaslian, kefasihan, penjelasan, sumbang
saran, dan sebagainya. Tujuan berfikir secara kreatif adalah untuk merangsang rasa ingin tahu
dan menggalakkan perbezaan.
Melalui kursus PGA103 iaitu Guru, Sekolah dan Masyarakat, kami selaku pelajar kursus
tersebut ingin menjalankan satu program khidmat komuniti yang menitikberatkan dan
memfokuskan kepada kesedaran sivik dan kemahiran berfikir secara kreatif. Tajuk untuk
program khidmat komuniti kumpulan kami ialah Kelestarian Alam Sekitar.
Oleh yang demikian, Program Komuniti yang akan kami jalankan terdiri daripada dua
pertandingan iaitu pertandingan video dan infografik yang berkaitan dengan tajuk Kelestarian
Alam Sekitar. Tujuannya untuk melihat sejauh manakah masyarakat mempunyai kesedaran
sivik dan menggunakan ilmu pengetahuan yang mereka ada untuk menghasilkan video dan
infografik dengan kreatif.
2
2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan potensi diri dan kemahiran berfikir secara kreatif dalam diri masyarakat.
2.2 Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri setiap masyarakat.
2.3 Melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan luas tentang alam sekitar.
2.4 Meningkatkan keprihatinan masyarakat agar mengindahkan alam sekitar.
2.5 Memupuk nilai kesedaran sivik tentang kelestarian alam sekitar dalam kalangan masyarakat.
3.0 MAKLUMAT PERLAKSANAAN
3.1 Tarikh : 6 Mei 2021 - 20 Mei 2021
3.2 Medium : Instagram, WhatsApp, Google Form,Google Drive
4.0 KUMPULAN SASARAN
Program ini disasarkan kepada semua golongan iaitu pelajar Universiti Sains Malaysia dan
pelajar IPTA yang lain serta pelajar sekolah.
5.0 PENGISIAN PROGRAM
Program komuniti Kelestarian Alam Sekitar ini menumpukan dua aktiviti yang menjuruskan
kepada kesedaran sivik dan kemahiran berfikir secara kreatif bersesuaian dengan objektif
program.Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan ialah:
i. Pertandingan video bertemakan Kelestarian Alam Sekitar.
Peserta akan mencari bahan-bahan bacaan dan idea daripada internet,youtube dan
sebagainya.
Peserta akan cuba masukkan idea-idea ini ke dalam video yang mereka cipta.
Kesedaran sivik diterapkan dengan cara mereka akan masukkan amalan menjaga dan
memelihara alam sekitar.
Peserta perlu memuat naik video mereka dalam Google Drive.
Video peserta adalah maksimum 30 saat hingga 1 minit.
Peserta perlu mencipta caption yang menarik dalam Google Form yang telah disediakan.
Setiap peserta akan diberikan e-sijil sebagai penyertaan.
ii. Pertandingan infografik mengenai alam sekitar.
Peserta perlu menghasilkan infografik mengikut kreativiti mereka.
Kemahiran berfikir secara kreatif diterapkan dengan menggunakan apa sahaja medium
3
seperti aplikasi Canva untuk mencipta infografik yang menarik dan lain dari yang lain.
Peserta perlu menghasilkan infografik satu muka surat sahaja.
Peserta perlu memuat naik infografik dalam Google Form.
Setiap peserta akan diberikan e-sijil sebagai penyertaan.
6.0 AHLI JAWATANKUASA AMIN BIN M MOKTHAR
PENGARAH PROJEK NURHAZWANI BINTI ROZALI
TIMBALAN PENGARAH PROJEK SITI UMAIRA BINTI HISHAM
SETIAUSAHA AUNI SOFIA BINTI ABDUL HAMID
BENDAHARI
AHLI JAWATANKUASA (AJK)
PENDAFTARAN PUTERI NORSYAZANA BINTI
ABDULLAH SANI
AKTIVITI NUR FATIHAH BINTI REZUAN
CENDERAHATI MUHAMMAD NASRULLAH BIN MOHD
NOOR
MULTIMEDIA MUHAMMAD IZZULHAQ BIN
MOHAMED HASNAN
4
7.0 TENTATIF AKTIVITI
TARIKH DAN HARI PERKARA
HARI PENDAFTARAN
-HEBAHAN POSTER PROGRAM BERSERTA AYAT
10 MEI HINGGA 12 MEI 2021 HEBAHAN KEPADA SEMUA PESERTA.
(RABU) -GOOGLE FORM DISERTAKAN BERSAMA AYAT
HEBAHAN UNTUK PENDAFTARAN SEPANJANG
TEMPOH 5 HARI
13 MEI HINGGA 18 MEI 2021 MINGGU PENYEDIAAN VIDEO/INFOGRAFIK OLEH
(SELASA) PARA PESERTA
-PENYEDIAAN VIDEO/INFOGRAFIK SELAMA 8 HARI.
TARIKH AKHIR PENGHANTARAN VIDEO
/INFOGRAFIK
-SEMUA PESERTA SELESAI MENGHANTAR
VIDEO/INFOGRAFIK.
18 MEI 2021 (SELASA) -GOOGLE FORM DIBERIKAN KEPADA PARA PESERTA
UNTUK MENGHANTAR VIDEO/INFOGRAFIK
BERSERTA DENGAN CAPTION YANG MENARIK.
-SEMUA VIDEO/INFOGRAFIK AKAN DIKUMPULKAN
DALAM SATU PLATFORM ‘GOOGLE DRIVE’ UNTUK
DINILAI OLEH JURI.
JURI AKAN MULA MENILAI VIDEO/INFOGRAFIK.
19 MEI 2021 (RABU) -KEMUDIAN VIDEO/INFOGRAFIK AKAN DIMUAT
NAIK DI DALAM INSTAGRAM KUMPULAN KOMUNITI
UNTUK PEMARKAHAN DARI SEGI LIKES.
-HEBAHAN PEMENANG BAGI PROGRAM KHIDMAT
KOMUNITI KELESTARIAN ALAM SEKITAR AKAN
DILAKUKAN DALAM MEDIUM WHATSAPP.
20MEI 2021 (KHAMIS) -PENUTUPAN PROGRAM
-AGIHAN HADIAH DAN E-SIJIL BERMULA.
5
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
A. PENDAPATAN
BIL. PERKARA JUMLAH (RM)
80.00
1. Hasil Kutipan (RM 10×8) 80.00
JUMLAH (RM)
B. PERBELANJAAN
BIL PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH KAEDAH
(RM) PEMBAYARAN
PER 2
2 80.00 Deposit (Talian)
UNIT 2 40.00 Deposit (Talian)
- 20.00 Deposit (Talian)
(RM)
- -
1. Hadiah (Wang Tunai)
140.00
Tempat Pertama 40.00
Tempat Kedua 20.00
Tempat Ketiga 10.00
2. Perbelanjaan Lain-Lain
Peruntukan Luar -
Jangka
JUMLAH (RM)
C. KESIMPULAN PERBELANJAAN (RM) BAKI
140.00 (RM)
PENDAPATAN -60.00
(RM)
80.00
6
9.0 PENUTUP
Dengan ini, kami pelajar Universiti Sains Malaysia daripada Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan memohon agar pihak tuan mempertimbangkan dan meluluskan
permohonan kelulusan program ini supaya semua yang dirancang dapat dijalankan dengan
lancar dan jayanya. Kami juga berharap agar program ini dapat mencapai objektif dan matlamat
seperti yang ditetapkan dan para peserta yang menyertai program ini akan mendapat manfaat
dan mengasah kemahiran diri iaitu dapat memupuk kesedaran sivik dan berfikir secara kreatif.
7