The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-78433453, 2021-06-30 19:26:21

MINGGU 3 TTS EDUP2072

MINGGU 3 TTS EDUP2072

RAHAYU BINTI JANTAN
PDPP SEJARAH

TUGASAN TIDAK SEGERAK

EDUP2072

FALSAFAH DAN
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

SOALAN

Implikasi falsafah pendidikan timur,
islam dan barat terhadap

perkembangan pendidikan di
Malaysia.

PENGENALAN

• Konsep falsafah pendidikan adalah suatu konsep
penjelasan pemikiran dan prinsip-prinsip yang memberi
panduan serta masalah penjelasan halangan terhadapnya.

• Falsafah pendidikan menggabungkan matlamat-matlamat
pendidikan, dasar-dasar dan amalan-amalan supaya
menjadi sesuatu yang logik, tekal dan jelas.

• Falsafah pendidikan di Malaysia telah dipengaruhi unsur-
unsur daripada falsafah lain dari pelbagai bidang. Antara
falsafah yang mempunyai hubung kait dengan falsafah
pendidikan di Malaysia adalah falsafah pendidikan Timur,
Islam dan Barat

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang
murni seperti :
➢ percaya kepada tuhan
➢ berakhlak mulia
➢ bertanggungjawab
➢ setia kepada negara
➢ boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara
➢ memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

Bagaimanapun, ia pula mengandungi sebahagian unsur yang
terdapat dalam falsafah pendidikan Barat, Timur dan juga
falsafah pendidikan Islam

IMPLIKASI FALSAFAH ISLAM KEPADA FPK

• Pendidikan daripada perspektif Islam membawa maksud proses berterusan untuk
memupuk potensi manusia dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani ke arah
keseimbangan untuk menjadi insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan
akhirat.

• FPK juga turut menekankan aspek tersebut untuk melahirkan individu yang
berakhlak mulia ini. Setiap ahli falsafah Islam menekankan Pendidikan yang
menjurus kepada keesaan Allah.

• Di Malaysia, terdapat juga mata pelajaran Pendidikan Islam yang mengajar murid
tentang kesabaran, kekuatan, dan sifat syukur.

• Ini menunjukkan bahawa falsafah Pendidikan Islam itu telah memberi gambaran
dalam kurikulum di sekolah Malaysia untuk mentauhidkan Allah bagi yang
beragama Islam serta percaya kepada tuhan bagi murid kaum India dan Cina.

IMPLIKASI FALSAFAH timur
KEPADA FPK

• Falsafah pendidikan Timur bertujuan untuk mencapai
kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal
undang-undang dan memenuhi kehendak sosial dan ekonomi.

• Di Malaysia, Pendidikan sejarah, moral, seni dan kesusasteraan
adalah pengaruh yang diambil melalui falsafah Pendidikan Timur
di China.

• Pendidikan di India juga menekankan peranan guru sebagai
fasilitator dan pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid
serta menjadi penjana idea yang kreatif dan bernas dalam
kalangan pelajar.

• Oleh itu, Pendidikan di Malaysia sekarang menekankan
pembelajaran dan pengajaran yang berpusatkan murid dan guru
bertindak sebagai pemudahcara sahaja.

IMPLIKASI FALSAFAH BARAT
KEPADA FPK

▪ Falsafah Pendidikan Moden Barat lebih bersifat praktikal di
Malaysia untuk melahirkan individu yang kreatif dan kritis dalam
pemikiran.

▪ Tiga aspek yang dilihat dalam falsafah ini ialah aspek kurikulum,
pendidik dan kaedah mengajar.

▪ Menekankan pembelajaran yang berbentuk induktif dimana
pembelajaran tersebut memerlukan penerangan yang diberikan oleh
guru sendiri tanpa memerlukan teori.

▪ Memberi kebebasan kepada murid-murid untuk memilih mata
pelajaran yang ingin dipelajari.

▪ Dalam pendidikan masa kini, murid digalakkan untuk menguasai
pelbagai kemahiran terutamanya dalam kemahiran menyelesaikan
masalah (matapelajaran Matematik), mengenal pasti dan
menganalisis (Sains)

RUMUSAN

• Secara kesimpulannya, Malaysia telah
mendasari sistem pendidikan dengan
mengambil kira pandangan yang
diketengahkan oleh 3 model falsafah ini.
Hal ini bertujuan untuk mengimbangi
keperluan seseorang individu dalam
aspek jasmani, ekonomi, rohani dan
intelek.


Click to View FlipBook Version