BIL PERKARA MUKA SURAT
1
2 PENDAHULUAN 3
3 BIODATA SAYA 4
4
5 BIODATA TOKOH 5
6
RASIONALISASI 6
7 PEMILIHAN TOKOH 7
KELEBIHAN TOKOH
8
9 BUKTI KREDIBILITI 8
TOKOH 9-10
11
JASA DAN SUMBANGAN
TOKOH
PENUTUP
GAMBAR MEMORI 12
2
Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos 1957 .Ia bukanlah satu proses yang
mudah untuk dicapai. Tokoh kemerdekaan
negara telah banyak berjasa dalam
memperjuangkan kemerdekaan.Terdapat
ramai tokoh yang dapat dijadikan contoh
kepada generasi kini.
Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan
yang paling bererti untuk mengenang jasa
dan sumbangan mereka.
Buku skap ini akan menjelaskan tokoh
negarawan ulung iaitu Tunku Abdul Rahman
Putra Al Haj.Semoga kita semua mengingati
segala pengorbanan beliau dan kita patut
jadikan sebagai contoh dan panduan.
3
NAMA:RAIHAN SUFI BINTI RASID
UMUR:13 TAHUN
SEKOLAH:SMK TUN MAMAT
TARIKH LAHIR:23 OGOS 2008
TEMPAT LAHIR:
HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH ,MUAR
HOBI:MEMBACA BUKU CITA-CITA:PENDIDIK
TOKOH YANG DIKAGUMI:
TUNKU ABDUL RAHMAN
PUTRA AL HAJ
4
NAMA PENUH:Tunku Abdul TARIKH LAHIR:
Rahman Putra Al-Haj Ibni 8 Februari 1903
Almarhum Sultan Abdul
TEMPAT LAHIR:di Istana Tia
Hamid Halim Shah Tangga, Alor Setar, Kedah
Tunku merupakan anak NAMA BAPA:Sultan Abdul
lelaki yang ketujuh dan Hamid Halim Shah
anak yang kedua puluh NAMA IBU:Cik Menyelara
kepada Sultan Abdul PENDIDIKAN: Ijazah
Hamid Halim Shah Sarjana Undang-undang
TARIKH MANGKAT: Kolej St Catharine
6 Disember 1990,
disemadikan di Makam 5
Diraja Langgar,Kedah
Tunku telah menunjukkan kehebatan
sebagai pemimpin yang berwibawa dalam
pelbagai bidang sehingga menjadi Perdana
Menteri pertama dan digelar Bapa
Kemerdekaan.
Tunku juga seorang pejuang yang berjiwa
kental dan mempunyai semangat jati diri
yang tinggi untuk membebaskan negara
dari cengkaman penjajah yang patut
dijadikan contoh.
Segala perjuangan yang dirintis oleh Tunku telah
meninggalkan kepada kita satu khazanah berharga.
Kita kini mewarisi sebuah negara merdeka yang stabil
secara politik dan makmur dari segi ekonomi. Saya
amat kagum dan bangga dengan kejayaan Malaysia
sekarang adalah hasil perjuangan Tunku dahulu.Oleh
itu,saya menjadikan Tunku sebagai tokoh pilihan saya.
6
Pemimpin ulung Menjadi “Role-
sehingga mendapat model” kepada
semua pemimpin
gelaran Bapa dan ahli politik.
Kemerdekaan
Mempunyai daya
Bijak dan tegas kepimpinan dan
sehingga tertubuhnya daya mengurus yang
Malaysia pada 16 istimewa
September 1963
Seorang putera Sultan yang
Mempunyai semangat amat rendah diri,berjiwa
perpaduan yang tinggi rakyat , dan kaya dengan
dan menjadi pepimpin sifat belas kasihan.
UMNO yang pertama.
Tunku adalah pejuang islam yang sangat berjaya.
Tunku banyak membawa manfaat pada
perkembangan Islam sehingga peringkat
antarabangsa.Tunku telah dilantik menjadi Presiden
RISEAP
7
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah Berjaya
memerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos
1957 di Stadium Merdeka setelah dijajah hampir
446 tahun oleh kuasa asing(Portugis, Belanda,
dan British) tanpa pertumpahan darah.
Tunku telah membawa pelbagai perubahan
kepada Malaysia dengan membentuk strategi
pembangunan jangka panjang bagi tempoh
lima tahun bermula dengan Rancangan
Malaysia Pertama (1956-1960) dan Rancangan
Malaysia Kedua (1961-1965).
Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi
kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari
Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi
pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis
Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan
Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan
secara aman melalui meja rundingan.
8
SUMBANGAN DALAM POLITIK
Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan
Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1957. Beliau
turut memegang portfolio Menteri Dalam Negeri.
Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau pernah
memegang beberapa jawatan lain
SUMBANGAN DALAM EKONOMI:
Tunku telah mengetuai kabinet dalam membentuk
Rancangan Malaya Pertama pada tahun 1956-1960.Dua
agensi telah ditubuhkan iaitu FELDA dan RIDA.
Tunku juga telah menubuhkan Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC)
SUMBANGAN PERINGKAT ANTARABANGSA:
Pada 31 Julai 1961, Tunku telah mengasaskan ASA
(Assosiation of South East Asian States) yang terdiri
daripada Tanah Melayu, Filipina, dan Negara Thai.
Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung
Pertama Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) oleh
Raja Faizal dari Jeddah
9
SUMBANGAN DALAM PERKEMBANGAN ISLAM:
Menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
(PERKIM) pada Ogos 1960.
Pada 18 Januari 1980, beliau telah dilantik menjadi
Presiden ‘Regional Islamic Council for South East Asia and
The Pacific’ (RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di
Persidangan Negara-negara Islam
SUMBANGAN DALAM KESENIAN:
Tunku telah menghasilkan tiga karya yang kemudiannya
difilemkan iaitu “Mahsuri”, “Raja Bersiung” dan
“Sumpahan Mahsuri”. Filem “Raja Bersiung” merupakan
antara filem Melayu pertama yang berwarna di Malaysia
yang ditayangkan untuk mengutip derma bagi tabung
Tugu Peringatan Rosli Dhobie.
SUMBANGAN DALAM PENULISAN:
Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat.
Sepanjang 16 September 1974 sehingga 16 Ogos 1975,
Tunku telah menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam
ruangan Looking Back.
10
Sejarah telah membuktikan bahawa Tunku Abdul
Rahman telah berjuang sehabis mungkin untuk
membebaskan tanah air tercinta ini daripada
penjajah. Dengan berbekalkan semangat,azam,
istiqomah dan tawakkal, Tunku berjuang walau
terpaksa bergadai nyawa,harta dan pangkat demi
mempertahankan bumi tercinta ini. Akhirnya
negara kita merdeka dan hidup dengan aman.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah
bersatu padu dalam mempertahankan tanah air
yang tercinta dan perliharalah keamanan ini untuk
generasi akan datang.Hargailah sejarah seperti
kata mantan perdana menteri Malaysia keempat
iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad "Sesiapa yang
melupakan sejarah, mungkin kembali mengulangi
sejarah itu".
Mari kita bersama-sama memupuk semangat
cintakan Negara dalam diri kita untuk
kesejahteraan bersama.
11
Tunku Abdul Rahman mengadakan sidang akhbar Tunku berucap kepada wartawan asing di Hotel
di kediaman rasmi beliau pada 6 Julai, 1963 bagi Adelphi,Singapura pada 27 Mei, 1961. Pada majlis
mengumumkan keberangkatan ke London untuk itu, buat pertama kalinya Tunku menyuarakan
menghadiri majlis menandatangani perjanjian cadangan penubuhan Malaysia.
penubuhan Malaysia.
Tunku mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu
di Stadium Merdeka ,Bukit Jalil .
Surat khabar yang diterbitkan untuk
meraikan Hari Kemerdekaan
Malaysia pada 31 Ogos 1957
12
Ahli keluarga Tunku Abdul Rahman