The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Hasanah, 2023-04-02 02:54:36

JUAL BELI DALAM ISLAM

JUAL BELI DALAM ISLAM

1 2 3 4 NUR HASANAH BINTI MOHAMAD IDRIS (02DAT22F1041) NUR HUSNINA IRWAYU BINTI ZAIDI (02DAT22F1027) AINA SAFFIYA BINTI MOHD AMIN (02DAT22F1021) NIK SARAH WAHIDA BINTI MAT LAZIN (02DAT22F1017)


••••



CONTOH 1: Pembeli ialah seorang yang gila, maka kontrak tersebut perlu difasakhkan atau diungkaikan kerana orang gila tidak layak berkontrak. CONTOH 2: Sekiranya barang jualan ialah barang curi atau bukan hak milik penjual, maka jual beli tersebut juga "fasid" (rosak/tidak sah) dan perlu dirungkai semula. CONTOH 3: Kontrak yang dilakukan secara paksa juga adalah fasid dan tidak boleh diteruskan dan wajib diungkai, kecuali mendapat kebenaran daripada pemiliknya yang sebenar


Berterus terang Bertutur dengan sopan Elak daripada riba Niat yang ikhlas Tidak menipu Adil dalam sukatan Jangan jual dan beli barang yang haram


• Penjual dan pembeli mestilah seorang yang berakal, baligh dan matang • Pembeli dan penjual hendaklah dalam keadaan tidak dipaksa atau dimanipulasi • Hendaklah ada dua pihak iaitu pembeli dan penjual kerana dalah mustahil menjadi pembeli atau penjual. • Pihak yang berkontrak juga hendaklah seseorang yang boleh melihat, yakni tidak buta kerana sekiranya buta, barang yang dijual beli tidak diketahui dengan jelas. Oleh itu, orang buta perlu diurus oeleh penjaganya untuk mengelakkan unsur "jahalah" (ketidahtahuan) dalam berkontrak


• Al-mabi' (barang jualan) hendaklah wujud ketika berkontrak. Maka tidak boleh menjual barang yang belum dimiliki atau tidak wujud. • Al-mabi' hendaklah sesuatu harta yang diiktiraf oleh syarak sebagai harta. Maka, tidak sah berjual beli harta yang ditolak oleh syarak seperti arak, khinzir, anjing, najis dan bangkai. • Barang yang kebiasaannya boleh dimanfaatkan dan dibenarkan oleh syarak Islam. • Jenis barang hendaklah yang mampu diserah oleh penjual kepada pembeli bagi mengelakkan elemen membuang atau membazir harta (kerana membayar tanpa mendapatkan tukaran). • Orang yang berkontrak hendaklah mempunyai kuasa atau pemilikan bagi membolehkan dia layak berkontrak. • Barang jualan hendaklah barang yang diketahui oleh orang yang berkontrak bagi mengelakkan elemen ketidakpastian terhadap al-mabi'.


• • •


• ijab dan qabul adalah lafaz yang diucapkan semasa urusan jual beli. • ia diucapkan pada akhir transaksi sebagai tanpa sah urusan tersebut. • ketika melakukan urus niaga, kita biasa mendengar sesetengah penjual melafazkan perkataan "saya jual" dan pembeli pula membalas "saya beli".


" ....janganlah kamu makan harta daripada kalangan kamu dengan cara yang batil kecuali melalui perniagaan secara redha-meredhai antara kamu...." (An-Nisa 4: 29) Redha ialah amalan hati yang sukar untuk diketahui oleh manusia. Justeru itu, kita mencari sesuatu perbuatan yang menunjukkan seseorang itu redha dalam berkontrak. Maka, lafaz adalah cara paling mudah menunjukkan keredhaan.


Apabila adanya satu pihak mengambil barang dan membayar,manakala satu pihak lain menerima bayaran Berlaku kontrak secara serah-menyerah (mu'atah) CONTOH HASIL


• Amalan melafazkan 'ijab dan qabul' eloklah diteruskan kerana para ulama tidak bercanggah pendapat (tiada khilaf) menghukumkan jual beli tersebut adalah sah. • Menghindari sesuatu yang menjadi khilaf ulama adalah mustahab (disukai dan berpahala. • Tabiat atau amalan mengucapkan lafaz ijab dan qabul semasa berjual beli dapat memastikan wujudnya secara nyata keredhaan dalam berkontrak. • Namun begitu, kita tidak boleh menghukumkan transaksi yang tidak berlafaz sebagai batal. • Bahkan pada zaman kita ini, jual beli secara bertulis adalah lebih kukuh ikatannya berbanding secara berlafaz.


••••




Soalan: Saya membuat pembelian palsu untuk membeli di akaun shoppe saya sendiri dan buat "review" palsu untuk demi mendapatkan kepercayaan dari pelanggan. Adakah ini sah dalam syarat berjual beli dalam islam? Jawapan: Jual beli yang berlaku adalah sah sekiranya telah cukup syarat dan rukun jual jual beli. Tindakan penjual yang melakukan penipuan tersebut adalah diharamkan dan penjual perlu bertaubat dan menghentikan perbuatan kerana akan menyebabkan dosa yang berpanjangan. Soalan: Adakah islam membenarkan jual beli menggunakan cedok, yang mana penjual menjual barangan dengan meletakkan harga bagi satu cedokan menggunakan bekas lalu pembeli akan mendapat sekadar apa yang dikaut atau dicedok oleh bekas itu? Jawapan: Jual beli cedok dilihat mempunyai unsur-unsur yang diharamkan oleh syarak seperti gharar( ketidakpastian), maisir ( perjudian) dan menafikan hak khiyar (memilih) pembeli.Oleh kerana itu,jual beli cedok adalah haram disisi syarak


Jawapan: Hukum beli sekarang bayar kemudian adalah harus dan sah selagi mana ia memenuhi syaray-syrat yang ditetapkan oleh syarak iaitu ia mestilah terbina atas akad jual beli yang bukannya akad pinjaman, tidak berlaku dua jual beli dalam satu akad, akad itu jelas dari sudut barangan, nilai harga dan tempoh penangguhan serta akad tersebut telah disepakati diawal pembelian. Soalan: Apakah hukum beli sekarang bayar kemudian? Adakah ia dibenarkan dalam islam Soalan: Apakah hukum 'pre-order' barang yang tidak ditentukan harganya secara spesifik? Jawapan: Hukum tempahan berserta bayarannya adalah sah dan dibenarkan kerana bayaran tempahan dilihat menyamai konsep janji bagi menunjukkan kesungguhan dan komitmen semata-mata, ia bukanlah suatu akad jual beli yang perlu menepati rukun dan syarat jual beli. Namun digalakkan kepada penjual untuk menyatakan harga siling ketika proses tempahan dibuka dan menawarkan rebat setelah pelanggan tersebut memeterai akad jual beli tersebut.


• Membeli atau menjual barang yang sedang dalam tawaran orang lain. • Monopoli dalam jual beli. Contohnya, membeli barang dengan tujuan menyekat orang lain membeli supaya orang lain tidak menjualnya. • Jual beli libad (orang bandar kepada orang desa) iaitu membeli daripada orang yang tidak mengetahui harga sebenar, samaada mereka dari desa ataupun bandar • Jual beli tulaqqi al-Rukhban (memintas perdagangan) iaitu menyekat penjual dari desa yang tidak mengetahui harga pasaran di tengah jalan untuk membeli dengan harga yang murah • Jual beli nasajy, iaitu membeli barang dengan tujuan orang lain terikut-ikut membelinya hingga mereka membayar dengan harga yang lebih tinggi • • •


Click to View FlipBook Version