Persembahan Pelajar 1
1. Penyampaian Anugerah :
Anugerah Pengakap, Anugerah Homeroom, Anugerah Guru
Persembahan Guru
2. Penyampaian Anugerah :
Anugerah Kepimpinan, Anugerah Kokurikulum
Persembahan Pelajar 2
3. Penyampaian Anugerah Khas
12.30 tengah hari :
Bersurai
AHLI JAWATAN KUASA HAKKIM 2019
EN NAZRUL HISHAMBIN MOHD TAHIR
PENGERUSI
EN ZEIDIBINZAKARIA EN MOHAMAD KEFLI BINISMAIL EN. NADZRUL BINABD HAMID
NAIB PENGERUSI I NAIB PENGERUSI II NAIB PENGERUSI III
EN. AMIRUL HADIBINJAMALUDIN
PENYELARAS
CIK. NURUL ADNI BINTI HARIS PN. MAZLYANA BINTI MOHD
SETIAUSAHA MASDAR
BENDAHARI
PN. FARAHLIYANA BINTI JAAFAR CIK NOOR FARHANA BINTIASKAR EN. FAIRUL BIN ISHAK PN NUR ATHIRAH BINTI SUKIMI PN. ROHANI BINTI HASSAN
J/K PENGACARA MAJLIS/BACAAN DOA ALI J/K EVENTMANAGER J/K JEMPUTAN/SAMBUTAN J/K JAMUAN
J/K PERSEMBAHAN
PN. NORFAEZAHBINTI HAMZAH PN. NAFISAH BINTI ZAINI EN MUHD TAUFIK BINCHE RUSH CIK ROZIANNA BINTI RAMBLI
J/K DOKUMENTASI J/K HADIAH & CENDERAHATI J/K KAWALANPELAJAR J/K PAMPLET / BROCHURE
CIK AINULHUSNI BINTI ABU BAKAR EN NIK MOHAMED AZLEE BINNIK YAACOB EN MOHD KHAIRUL ANUWAR BIN
EN. MOHD FIRDAUSBIN ZAMRI CIK NUR SYAFIKA BINTI SABARI HUSSIN
EN MOHD IZWANBIN MAS’UD
J/K PERSIAPANTEMPAT/ HIASAN PENTAS& DEWAN J/K SIARAYA & PENGGAMBARAN
J/K PEMILIHANPENERIMA ANUGERAH
SEKAPUR SIREH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terlebih dahulu bagi pihak semua warga MRSM Sungai Besar,Selangor, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada dif-dif
kehormat, para tetamu, para pendidik serta pelajar-pelajar ke majlis hari Anugerah Homeroom, Kepimpinan dan Kokurikulum
atau HAKKIM pada tahun 2019. Majlis anugerah ini bertujuan untuk memberikan penghormatan dan pengiktirafan dan
seterusnya meraikan kejayaan kalian semua. Ia juga berfungsi sebagai penggerak dan pemangkin kepada peningkatan
pencapaian yang lebih cemerlang.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dan selawat ke atas nabi junjungan Muhammad SAW,majlis HAKKIM dapat diadakan.
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis anugerah ini terutamanya anak-anak pelajar yang
telah berjaya. Semoga kejayaan pelajar-pelajar pada hari ini akan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain.
Sesungguhnya kegigihan, keazaman dan disiplin diri adalah formula kejayaan bagi setiap pelajar yang inginkan kejayaan bagi
menempuhi cabaran yang mendatang.
Sesungguhnya pihak maktab sentiasa merancang pelbagai usaha untuk menambahbaik dan meningkatkan kecemerkangan
pendidikan selaras dengan matlamat pendidikan negara yang bertujuan melahirkan modal insan yang cemerlang. Namun, kunci
kepada kejayaan tersebut adalah terletak di tangan pelajar itu sendiri.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga MRSM Sungai Besar serta semua
yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini. Diharap kerjasama yang ditunjukkan terus berkekalan demi kepentingan
pendidikan anak didik MRSM Sungai Besar, Selangor.
Sekian, terima kasih.
‘’THE GLORY AND EXCELLENCE OF ULUL ALBAB’’
NAZRUL HISHAM BIN MOHAMAD TAHIR
Pengetua
MRSM Sungai Besar
SEULAS PINANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera
Setingi-tinggi penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada MRSM Sungai Besar kerana telah berjaya
mengadakan majlis Hari Anugerah Homeroom, Kepimpinan dan Kokurikulum atau HAKKIM pada tahun
2019. Terima kasih kepada pihak maktab kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan kata
alu aluan sempena majlis ini.
Sekalung tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah berjaya dalam melibatkan diri dan seterusnya
berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi. Kejayaan ini merupakan langkah pertama para
pelajar dalam menuju impian dan matlamat yang diinginkan. Saya percaya bahawa kejayaan yang diperolehi
para pelajar adalah hasil tunjuk ajar dan bimbingan guru-guru serta penglibatan para ibu bapa dalam
pembelajaran mereka. Di samping itu, kejayaan pelajar adalah dari hasil ketekunan dan kesungguhan mereka
untuk menggapai kecemerlangan yang diidamkannya.
Akhir kalam, saya mengucapkan tahniah sekali lagi kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya. Manakala
pelajar yang kurang berjaya jangan mudah mengalah dan berputus asa. Usaha haruslah digandakan untuk
menjadi pelajar yang cemerlang pada masa akan datang. Sesungguhnya ‘di mana ada usaha, di situ ada
kejayaan’.
Sekian, terima kasih.
MOHAMMAD BIN MOHD YATIM
Pengarah Pejabat Mara Negeri
ANUGERAH HOMEROOM DAN KEPIMPINAN
Anugerah Homeroom Terbaik -
Kategori Kumpulan : Homeroom Terbaik Setiap Tingkatan
Anugerah AJK Homeroom Terbaik -
Kategori Individu : Presiden HR Terbaik, Setiausaha HR Terbaik, Laporan HR Terbaik
Kategori Kumpulan : Anugerah Sifar JDM JDRM, Anugerah Sifar Demerit,
Anugerah Pencapaian Akademik (>3.5), Anugerah Pencapaian Al-Quran (Huffaz)
Anugerah Homeroom dan Kepimpinan -
Kategori Individu : Pakaian Terbaik Kategori Terbuka (Lelaki), Pakaian Terbaik Kategori Terbuka
(Perempuan)
Kategori Kumpulan : Hiasan Kad Ucapan PT3, Hiasan Kad Ucapan SPM, Pakaian Terbaik Homeroom
Anugerah Keseluruhan –
Kategori Kumpulan : Anugerah Keseluruhan Menengah Atas, Anugerah Keseluruhan Menengah Rendah
ANUGERAH KOKURIKULUM
Kategori Individu :
Anugerah Kokurikulum EMAS
Anugerah Kokurikulum PERAK
Anugerah Kokurikulum GANGSA
Tokoh Kokurikulum (L)
Tokoh Kokurikulum (P)
Anugerah Tunas Harapan (L)
Anugerah Tunas Harapan (P)
Anugerah Keusahawanan Pelajar
Kategori Kumpulan :
Anugerah Pasukan Terbaik Badan Beruniform
Anugerah Pasukan Terbaik Kelab Persatuan
Anugerah Pasukan Terbaik Sukan Permainan
Anugerah Pasukan Terbaik Ko- Akademik
Anugerah Buku Laporan Kokurikulum Terbaik
ANUGERAH GURU / STAF
Penasihat Homeroom Terbaik 2019
Anugerah CSR Guru Terbaik
Anugerah CSR Staf Terbaik
Anugerah Guru Penasihat Aktif Kokurikulum
Anugerah Staf Aktif Kokurikulum
Anugerah Keusahawanan Guru
Anugerah Keusahawanan Staf
Cenderamata Jurulatih
Anugerah Khas Pencapaian Kokurikulum
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita.
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi.
Baliklah tuan rehatkan diri,
Tahun depan bersua lagi.
SEKIAN TERIMA KASIH