The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurnilamsariahamid, 2023-02-16 22:49:51

Habits of mind (HOM)

Habits of mind (HOM)

Firdaus Nilam Farah


K O N S E P H O M E L E M E N - E L E M E N H O M K E S I M P U L A N


Habits of mind merupakan satu pola tingkah laku intelektual oleh orang-orang yang berjaya, yang membawa kepada tindakan produktif untuk membantu ke arah penyelesaian masalah.


Proses komponen ini melibatkan aktiviti penaakulan, celik akal, ketekunan, kreativiti dan kebolehan merekacipta. Diperkenalkan sebagai salah satu untuk menjana kemahiran berfikir aras tinggi yang dapat diaplikasikan dalam RPH dan PdP


HOM merupakan situasi seseorang individu itu melakukan refleksi mengenai masalah, dan berusaha untuk menangani isu atau kebimbangan yang dialami sekali gus memikirkan jalan penyelesaian terbaik bagi masalah tersebut menggunakan tabiat minda. Kekerapan penggunaan HOM akan menjadikan seseorang itu semakin mahir dalam menggunakannya


16 Tabiat Minda atau Kebiasaan Berfikir yang dibangunkan oleh Prof. Art Costa dan Dr. Bena Kallick merupakan ciri-ciri yang bebas yang mengarah diri murid. Tabiat Minda atau Kebiasaan Berfikir merupakan suatu rangka kerja individu ada semua peringkat umur untuk merangka cara tindak secara bijak seperti apabila berhadapan dengan banyak pilihan, ketika terperangkap dengan masalah, apabila merancang suatu tugasan yang kompleks, apabila bekerja secara kolaboratif atau apabila perlu untuk menangani cabaran baharu.


Pengajaran abad ke-21 perlu berfokuskan kepada murid dengan menggalakkan mereka untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam proses pembelajaran dengan cara menyoal, berbahas, mengalami sendiri proses pembelajaran tersebut, membuat pencarian, berdaya tahan dan tekun serta tabah dalam melakukan sesuatu. Amalan di dalam bilik darjah seharusnya dapat melibatkan murid dengan kandungan pembelajaran dan bukannya guru sahaja yang menyampaikan kandungan pengajaran.


Sekian sahaja pembentangan kami pada hari ini. Jika ada pertanyaan akan kami sediakan jawapan, bukan harapan.


Click to View FlipBook Version