The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ching chailee, 2021-04-14 09:33:05

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin- Perdana Menteri Pragmatik

Pertandingan Buku Skrap Digital Tokoh Pemimpin Johor

Keywords: buku skrap digital

TAN SRI DATO ’ HAJI MUHYIDDIN
BIN HAJI MUHAMMAD YASSIN

Perdana Menteri Pragmatik

DISEDIAKAN OLEH:
ENG WEI XIAN (SJKC CHIAN KUO)

NAMA ENG WEI XIAN

KELAS 6A

E-MEL [email protected]

SEKOLAH SJKC CHIAN KUO
SJKC CHIAN KUO ,

ALAMAT JALAN BESAR , BUKIT
SEKOLAH GAMBIR, TANGKAK , JOHOR .

PERKARA MUKA SURAT

• 1.0 PEDAHULUAN 1
2
• 2.0 BIODATA TOKOH PEMIMPIN 3
4-5
• 3.0 PEDIDIKAN TAN SRI DATO’HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI
6-7
MUHHAMAD YASSIN
8-11
• 4.0 KERJAYA TAN SRI DATO’HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI
12
MUHHAMAD YASSIN 13
14
• 5.0 GARIS MASA KERJAYA TAN SRI DATO’HAJI

MUHYIDDIN BIN HAJI MUHHAMAD YASSIN

• 6.0 SUMBANGAN TAN SRI DATO’HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI

MUHHAMAD YASSIN

• 7.0 NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH

GENERASI SEKARANG

• 8.0 PENUTUP

• 9.0 SUMBER RUJUKAN

Pertama sekali, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah kerana memberi
peluang kepada saya untuk menyertai pertandingan buku skrap digital tersebut.

Melalui pertandingan ini, saya telah belajar tentang teknik mencari maklumat melalui
Internet dan pelbagai sumber yang lain. Saya juga memperoleh ilmu dan pengalaman untuk
menghasilkan sebuah buku skrap digital yang berkualiti. Saya ingin mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan terima kasih kepada guru subjek saya, Cikgu Ching kerana telah
memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan buku skrap digital ini.

Selain itu, saya juga amat menghargai jasa ibu bapa dan keluarga saya kerana banyak
memberi sokongan, pandangan dan nasihat yang amat benguna untuk saya.

Sekian, terima kasih.

1

Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji
Muhammad Yassin merupakan seorang ahli politik Malaysia dan
Perdana Menteri Malaysia ke-8. Beliau merupakan Ahli Parlimen
bagi Pagoh, Ahli Dewan Negeri Johor bagi Gambir, Presiden Parti
Pribumi Bersatu Malaysia.

Beliau dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar, Johor. Beliau
berkahwin dengan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pada 22
September 1972 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu 2
orang lelaki dan 2 orang perempuan. Beliau gemar meluangkan
masa untuk bermain golf, meminati seni kreatif dan melancong
bersama keluarga.

2

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan
Sekolah Kebangsaan Ismail (sekolah aliran Inggeris) serta Government English School di Muar
(sekolah menengah). Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya pada tahun
1968 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian
Melayu (1970).

3

Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin merupakan Ahli Parlimen Pagoh selama lima penggal sejak 1978.
Beliau memiliki pengalaman luas dalam bidang politik serta pentadbiran, malah beliau juga pengasas
Bersatu bermula daripada 1970-an lagi. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Gambir, Johor. Kerusi DUN ini dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018. Tan Sri
Dato’ Muhyiddin Yassin memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
pada 1970-an, beliau pertama kalinya dipilih menjadi wakil rakyat apabila memenangi kawasan
Parlimen Pagoh pada PRU ke-5 (1978) atas tiket Barisan Nasional-UMNO.

Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-7 (1986) apabila
memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang dan mengekalkan jawatan
Menteri Besar apabila memenangi kerusi yang sama pada PRU ke-8 (1990). Kedua-duanya atas tiket
Barisan Nasional-UMNO.

4

Perjalanan kerjaya Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin antaranya dilantik sebagai Setiausaha
Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia pada 1981 dan Timbalan Menteri Wilayah
Persekutuan pada 1982.Beliau juga pernah menyandang portfolio Menteri Belia dan Sukan (1995-
1999), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1999-2004), Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani (2004-2008), Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(2008-2009), Timbalan Perdana Menteri (2009-2015), Menteri Pendidikan (2009-2015), dan
Menteri Dalam Negeri (Mei 2018-Febuari 2020) di bawah beberapa Perdana Menteri. Pada bulan
Mac 2020, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

5

1970 • Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

• Penolong Pegawai Daerah Muar
1974

1978 • Menjadi Ahli Parlimen Pagoh buat kali pertama selepas memenangi kerusi Parlimen
Pagoh dalam PRU ke-5

• Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
1982

1986 – • Dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-13
1995

1993 – • Naib Presiden UMNO
1996

1995 – • Menteri Belia dan Sukan
1999

1999 – • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
2004

2000 – • Naib Presiden UMNO
2007

6

• Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
2004-2008

• Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
2008-2009

• Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan
2009-2015

2016 • Menjadi antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan
dilantik sebagai Presiden Parti

• Pengerusi Pakatan Harapan Johor

2017

• Menteri Dalam Negeri

2018

• Dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8

2020

7

Sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim

Negeri Johor mengalami anjakan paradigma ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Besar
dari tahun 1986 sehingga tahun 1995. Beliau yang bijak merancang dan mentadbir telah
merancakkan ekonomi negeri Johor dengan pertumbuhan melebihi kadar 9 peratus, iaitu lima
tahun berturut-turut. Di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin, negeri Johor Darul Ta'zim
mengalami guna tenaga penuh yang hanya dikecapi sebilangan kecil negara di dunia. Kemajuan
Johor Darul Ta'zim di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin amat dikagumi.

Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia

Tan Sri Muhyiddin telah mengkaji Dasar Belia Negara yang telah digubal pada tahun 1985 dan

telah digubal menjadi Dasar Pembangunan Belia Negara[41] pada tahun 1997 ketika menerajui

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga menggerakkan program Rakan Muda yang

diasaskan oleh 'Bapa Rakan Muda', Tan Sri Abdul Ghani Othman, dan mendapat sambutan di

luar dugaan di mana lebih 500,000 orang belia mendaftar diri dalam enam bulan pertama ia

diperkenalkan. Beliau yang peka dengan perkembangan sukan telah menggerakkan operasi

pembersihan rasuah bolasepak ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Sentuhan Tan Sri Muhyiddin seterusnya meletakkan Sukan Komanwel 1998 sebaris dengan

acara sukan peringkat dunia yang lain. Sukan Komanwel yang berlangsung di Kompleks Sukan

Bukit Jalil ini juga menyaksikan pencapaian terbaik negara sejak penyertaan pertama tahun

1950-an dengan menggondol 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa. 8

Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia

Pada tahun pertama mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna Malaysia (KPDN & HEP), Tan Sri Muhyiddin telah mewujudkan lebih banyak
perniagaan baharu sehingga peningkatannya melebihi 36%. Beliau juga memperkenalkan Skim
Penetapan Harga Barang yang dikuatkuasakan pada musim perayaan. Langkah itu telah berjaya
memastikan bekalan keperluan sentiasa mencukupi pada harga berpatutan berbanding tahun-
tahun sebelumnya.

Sebagai Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia

Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Tan Sri Muhyiddin telah
menjenamakan pertanian sebagai sebuah kerjaya yang menguntungkan dan mempelopori
‘Pertanian adalah Perniagaan’. Wawasan beliau menjadikan sektor pertanian tidak lagi
dipandang rendah, sebaliknya berjaya mengubah minda dan persepsi masyarakat sehingga ramai
siswazah dalam pelbagai disiplin serta organisasi korporat begitu berminat menceburi bidang
pertanian. Beliau juga turut bertanggungjawab mencetuskan idea dan menggerakkan
Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 bagi mencari dan merumuskan formula untuk
memajukan industri pertanian negara. Taman Pertanian Malaysia juga telah dinaik taraf menjadi
Taman Botani Negara Shah Alam di zaman beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani Malaysia. Ia menjadikannya sebagai taman agro-pelancongan terbesar di dunia.

9

Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri Malaysia

Tan Sri Muhyiddin memperkenalkan cogan 'Think Business' sebagai teras Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Tujuannya supaya para pegawai di
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia memahami pemikiran dan
bertindak seperti golongan korporat, seterusnya memberi tumpuan untuk mengangkat sektor
perdagangan dan perindustrian Malaysia. Walaupun baru setahun di bawah kepimpinan beliau,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia telah menampakkan kejayaan
dalam memperkemaskan industri dan menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan pelaburan
antarabangsa.

Sebagai Menteri Pelajaran Malaysia dan
Menteri Pendidikan I Malaysia

Tan Sri Muhyiddin telah mengembalikan semula kaedah mengajar matapelajaran Matematik dan
Sains yang menggunakan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia di atas permintaan orang
ramai di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Beliau juga telah
melaksanakan Program Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital, hasil cetusan ilham, isteri beliau,
Puan Sri Datin Paduka Hajjah Noorainee Abdul Rahman yang juga penaung program dan telah
dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

10

Sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia

Setelah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia, beliau telah mengumumkan komitmen
kerajaan bagi menanggani masalah lambakan pendatang asing tanpa izin. Beliau telah
mengumumkan bahawa tarikh penamatan Program Penggajian dan Penempatan Semula
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah pada 30 Jun 2018. Selain daripada itu, satu program
serah diri secara sukarela atau dikenali sebagai Program 3+1 telah diperkenalkan bagi memberi
peluang kepada para PATI untuk dihantar pulang ke negara asal mereka

Sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (National
Disaster Management). Semasa Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul
Razak bercuti di Amerika Syarikat sambil bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat,
Barack Obama di Pulau Hawaii, beliau telah memangku jawatan Perdana Menteri Malaysia dan
mengurus dengan baik keperluan mangsa banjir walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

11

* Tan Sri Dato ’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin memiliki banyak nilai

kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang. Pertama sekali, kewibawaan

dan keprihatinan beliau sebagai ketua kerajaan dapat dilihat dalam menangani penularan

COVID-19. Hanya selepas 16 hari menerajui pentadbiran negara, beliau mengambil

langkah drastik mengisytiharkan PKP bagi mengekang penularan COVID-19 dan 11 hari

kemudian mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

bernilai RM250 bilion yang menawarkan pelbagai bantuan kepada rakyat dan pihak

industri yang terkesan dengan COVID-19 termasuk Bantuan Prihatin Rakyat. Setiap

langkah diambilnya bukan sahaja memerlukan arahan segera, berani dan tegas tetapi juga

kebijaksanaan dalam mengatur strategi agar kepentingan semua pihak terjaga.

* Selain itu. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin yang mempunyai semangat juang yang

kental dan pengalaman yang luas menjadi kelebihan kepadanya untuk menggalas serta

melaksanakan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri ke-8. Beliau mempunyai

pengalaman yang sangat luas untuk menerajui kepimpinan negara. Tambahan pula, beliau

juga mempunyai keperibadian yang menarik. Beliau merupakan seorang pemimpin yang

berintegriti, tidak tamak pada jawatan. Insiden Tan Sri dipecat jawatan Timbalan Perdana

Menteri (TPM) dan Timbalan Presiden UMNO semasa pentadbiran Barisan Nasional

berikutan pendirian tegasnya dan berani menentang arus demi kepentingan parti juga satu

kriteria penting keperibadian beliau. Ketegasan beliau itu sudah menunjukkan keberanian,

kejujuran beliau menyelesaikan masalah, mencungkil rahsia tanpa memikirkan akibatnya

terhadap diri sendiri dan jawatan yang dipegangnya ketika itu.

12

Pembinaan buku skrap digital ini merupakan suatu pengalaman yang baru kepada saya.
Sepanjang proses pembinaan buku skrap digital ini, saya telah meluaskan pemikiran saya.
Dalam proses mencari, mengumpul dan menyusun maklumat, saya telah mengetahui dan
memahami secara lebih mendalam betapa hebatnya Perdana Menteri negara kita. Tan Sri
Dato’Haji Muhyiddin Yassin dalam menerajui negara kita. Walaupun terdapat pelbagai jenis
cabaran dan kekangan dalam memimpin negara, namun beliau tidak berputus asas. Beliau yang
mempunyai semangat juang yang kental sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah
dan mengharungi segala cabaran. Nilai kepimpinan yang dimiliki oleh beliau sepatutnya
dicontohi oleh generasi muda termasuklah saya. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh
dan mejadi seorang dewasa yang hebat dan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat
dan negara seperti Tan Sri pada masa yang akan datang.

13

* Laman Web Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Biografi YAB Tan Sri Dato’ Haji

Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin. Diperolehi pada 13 April 2021 daripada
https://www.pmo.gov.my/ms/biografi-2/

* Wikipedia, ensiklopedia bebas. Muhyiddin Yassin. Diperolehi pada 12 April 2021 daripada

https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhyiddin_Yassin

* Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin (Tan Sri Dato' Haji.). (2011). Sudut Pandang Muhyiddin

Yassin. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

* Muhyiddin terbaik kerana semangat kental, banyak pengalaman. (2020, Mac 2). Sinar

Harian

14


Click to View FlipBook Version