SET INDUKSI
MEMAHAMI SUNNATULLAH
SURAH AL-IMRAN : AYAT 137-139
BUKU
TEKS
M/S 29
di akhir pembelajaran pelajar dapat menyatakan:
MAKSUD AYAT KEPENTINGAN
137-139 SURAH MENGKAJI DAN
AL-IMRAN MENELITI SEJARAH
UMAT TERDAHULU
SEBAB TURUN OBJEKTIF KESAN
AYAT 139 PEMBELAJARAN MEMAHAMI
SUNNATULLAH
KONSEP PENGAJARAN
SUNNATULLAH AYAT
BACA DENGAN BETUL, LANCAR DAN BERTAJWID
SURAH AL-IMRAN : AYAT 137-139
DENGAR , LIHAT DAN CATAT APA YANG ANDA
DAPAT DARI TADABBUR AYAT TERSEBUT
MAKSUD AYAT SURAH AL IMRAN : AYAT 137-139
“Sesungguhnya Telah Berlaku Sebelum Kamu
Sunnah-sunnah (Peraturan Dan Ketetapan Allah).
Maka Mengembaralah Kamu, Kemudian
Perhatikanlah Bagaimana Kesudahan Golongan
Pendusta (Alquran) Ini Ialah Penerangan Kepada
Seluruh Umat Manusia Dan Petunuk Serta
Pengajaran Bagi Orang Yang (Hendak) Bertaqwa.
Dan Janganlah Kamu Berasa Lemah, Dan
Janganlah Kamu Berdukacita, Pada Hal Kamulah
Orang Yang Tertinggi (Darjatnya) Jika Kamu Orang
Yang Berilmu.”
SEBAB TURUN AYAT SURAH AL IMRAN : AYAT139
Ibnu Abas R.A berkata: ketika para
sahabat Nabi SAW mengalami
kekalahan dalam Perang Uhud. Lalu
Rasulullah SAW berdoa. “Ya Allah,
janganlah Engkau biarkan mereka
menyusahkan kami, Ya Allah tiada
daya melainkan kekuatanmu, Ya
Allah tiada lagi yang akan
menyembahmu kecuali kumpulan
kami ini,maka bantulah kami”. Lalu
turunlah ayat ini .
INFO:
PERANG UHUD BERLAKU PADA TAHUN KE-3H/625M
ANTARA TENTERA ISLAM DENGAN KAFIR QURAISH.
DINAMAKAN UHUD KERANA BERLAKU DI BUKIT UHUD.
KONSEP SUNNATULLAH
MAKSUD SUNANTULLAH
Sistem dan peraturan yang ditetapkan
oleh Allah terhadap semua makhluk dan
tiada siapa yang boleh menghalang atau
mengubah ketetapan tersebut.
Contoh :
selepas siang pasti malam
SUNNATULLAH MELIPUTI PERKARA BERIKUT:
Sunnatullah bersifat Maksud ayat surah al ahzab : 62
tetap dan kekal Demikianlah menurut sunnatullah
dengan izin Allah. yang berlaku kepada orang yang lalu,
kau tidak akan mendapati perubahan
Sunnatullah
merangkumi semua pada sunnatullah itu.
makhluk.
Maksud ayat surah al ra’du : 15
Dan kepada Allah bersujud segala
yang ada di langit dan bumi dengan
sukarela atau terpaksa, dan juga
bayang-bayang mereka pada waktu
pagi dan petang.
Sunnatulah berasas Kejadian awan dan hujan
kepada konsep berlaku melalui proses
asbab, musabbab
dan akibat. penyahjatan dan kondensasi
GALLERY WALK
Dapat mengenal pasti sebab
kejayaan umat terdahulu
KEPENTINGAN Dapat
MENGKAJI mengetahui
DAN MENELITI sebab
kemusnahan
SEJARAH umat
UMAT terdahulu
TERDAHULU
Dapat dijadikan iktibar dalam
kehidupan dengan berpegang
teguh pada akidah yang benar
dan berakhlak mulia.
KEPENTINGAN MENGKAJI DAN MENELITI SEJARAH UMAT
TERDAHULU
1.Dapat mengenal pasti sebab kejayaan umat terdahulu
CONTOH SEBAB KEJAYAAN AKIBAT
Kaum Nabi Menyimpan bekalan Selamat
Yusuf a.s.
semasa musim menghadapi
menuai atas nasihat kemarau Panjang
Nabi Yusuf selama tujuh
tahun.
Tholut dan Mempunyai Dapat
tentera kelebihan ilmu menewaskan
pengetahuan dan tentera Jalut
tubuh yang kuat yang ramai
Click di sini
KISAH RAJA THOLUT
KEPENTINGAN MENGKAJI DAN MENELITI SEJARAH UMAT
TERDAHULU
2. Dapat mengetahui sebab kemusnahan umat terdahulu
CONTOH SEBAB AKIBAT
KEMUSNAHAN
Kaum Thamud Bersifat angkuh dan Dibinasakan
(umat Nabi menuduh nabi dengan petir dan
Soleh). soleh pendusta. gempa bumi
yang dahsyat.
Kaum Lut Engkar perintah Dibinasakan
(umat Nabi Allah dengan dengan bumi
Luth) mengamalkan diterbalikkan.
homoseksual.
KAUM THAMUD DAN NABI SOLEH
KISAH NABI LUTH
KEPENTINGAN MENGKAJI DAN MENELITI SEJARAH UMAT
TERDAHULU
3. Dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan dengan berpegang
teguh pada akidah yang benar dan berakhlak mulia.
CONTOH SEBAB KEJAYAAN AKIBAT
Sahabat dan Ikhlas dan redha Negara Islam
pengikut Nabi dengan seksaan ke terbentuk dan Islam
Muhammad SAW atas mereka demi dapat disebarkan
menegakkan Islam secara meluas.
KESAN MEMAHAMI SUNNATULLAH
Meyakini setiap yang Merancang strategi
berlaku dalam dengan teliti dalam setiap
kehidupan mengikut tindakan untuk mencapai
ketetapan dan
kehendak Allah kejayaan.
Menerima ketetapan Mengkaji dan menyelidiki
Allah dengan bersikap kejadian alam untuk
positif dalam setiap pembangunan dan
keadaan.
kemajuan umat Islam
Membentuk jatidiri dan semangat jihad yang tinggi
dalam berdepan dengan cabaran kehidupan.
SEBAGAI UMAT ISLAM, PENGAJARAN AYAT
KITA HENDAKLAH
Menyakini bahawa Allah telah mengatur
kehidupan manusia bersesuaian dengan
peraturan dan ketetapan
Menjadi pengembara di muka bumi SUPAYA
dapat mengetahui dan menyelidiki
sunnnatullah
Mengkaji dan menyelidiki sejarah umat
terdahulu AGAR menjadi pedoman dalam
kehidupan
Yakin bahawa al-Quran ialah petunjuk ke
arah kebenaran BAGI orang beriman.
Menjaga keimanan AGAR beroleh kedudukan
yang tinggi di sisi Allah.
LATIHAN PENGUKUHAN
kesal strategi keimanan lemah cemerlang
1.Tidak timbul perasaan putus asa dan ______________ dengan
sesuatu ujian Allah SWT yang telah menimpa dirinya.
2. Jauh daripada sifat ________________ dan takut untuk
menjalani kehidupan pada masa hadapan.
3. Kejayaan umat Islam akan tercapai dengan ________________
dan keyakinan yang teguh kepada Allah SWT.
4. Orang mukmin akan lebih __________________ kerana belajar
dan mengambil iktibar daripada kesilapan-kesilapan yang lalu.
5. Orang mukmin akan mempersiapkan diri dengan _____________
yang lebih untuk kejayaan masa hadapan.
Allah SWT telah menghancurkan umat-
umat terdahulu kerana mendustakan
nabi-nabi mereka seperti kaum ‘Ad dan
kaum Thamud’
Huraikan bagaimanakah umat Islam boleh
mengambil iktibar daripada sejarah tersebut.
Umat Islam dilarang mendustakan keterangan
daripada ayat-ayat Al-Quran KERANA al-Quran
diturunkan untuk membimbing manusia kepada jalan
yang benar. Mengingkari perintah Allah pasti akan
mendapat balasan seperti mana yang berlaku kepada
kaum terdahulu. Kesimpulannya segala keterangan
yang terkandung di dalam al-Quran hendaklah
diyakini dan ditaati sepenuhnya demi kesejahteraan di
dunia dan akhirat.
SEKIAN TERIMA KASIH
JUMPA LAGI
KISAH NABI YUSUF MENGHADAPI KEMARAU YANG PANJANG
Kisah ini disampaikan oleh Allah SWT sebagai panduan kepada seluruh umat manusia
melalui Surah Yusuf, ayat 47 – 49 yang bermaksud :
Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun
berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-
tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. (47)
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang
akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa
yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).(48)
“Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh
rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan
sebagainya)”.(49)
Kisah ini merupakan tafsiran mimpi yang dilakukan oleh Nabi Yusuf AS di dalam
penjara apabila rakan sepenjara Baginda yang telah datang kepadanya untuk ditafsir
mimpi Raja Mesir.
Mesir telah berjaya bertahan dan mendepani cabaran kemarau teruk untuk tempoh
tujuh tahun. Kejayaan Mesir ini turut dikongsi oleh seluruh Timur Tengah yang
mendapatkan bantuan Mesir yang juga berdepan dengan situasi yang sama termasuk
Palestin.Formula kejayaan itu, diringkaskan menerusi perkataan Yusuf itu sendiri yang
merujuk kepada yakin kepada Allah, usaha yang luar biasa, simpan dahulu belanja
kemudian, utamakan yang utama dan akhirnya fokus pada bulatan kawalan.