The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas Kerja Bil 4 Warta Tanah Kosong Pertanian

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Daniel Hakimi, 2024-03-17 00:48:38

Kertas Kerja Bil 4 Warta Tanah Kosong Pertanian

Kertas Kerja Bil 4 Warta Tanah Kosong Pertanian

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA MAJLIS DAERAH PADANG TERAP MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP KEWANGAN, HASIL DAN PERJAWATAN MAJLIS DAERAH PADANG TERAP BIL. 03/2024 TARIKH : 14 MAC 2024 KERTAS KERJA BIL. : 04/2024 JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA KERTAS KERJA : BIL. 02/2024 TAJUK : CADANGAN MENETAPKAN KADAR CUKAI TAKSIRAN KE ATAS HARTANAH LOT KOSONG KATEGORI TANAH PERTANIAN DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS DAERAH PADANG TERAP (MDPT) 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Majlis berhubung cadangan dan terma seperti berikut: 1.1 Untuk menetapkan kadar cukai taksiran ke atas hartanah lot kosong kategori tanah pertanian dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Padang Terap. 1.2 Dipanjangkan untuk mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (MMK). 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Asas Taksiran Kadar adalah merujuk Seksyen 130(1), apa-apa kadar yang dikenakan di bawah Bahagian ini boleh ditaksirkan ke atas Nilai Tahunan pegangan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). 2.2 Merujuk Seksyen 2 (Akta 171), tafsiran nilai tahunan adalah anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi daripada setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan, dengan tuan tanah membayar belanja bagi pembaikan, insurans, penyelenggaraan atau pemeliharaan dan segala kadar dan cukai awam. 2.3 Seksyen 2 (Akta 171), Tafsiran Nilai Tahunan, Subseksyen (c) mengenai mana-mana tanah :- i. yang sebahagian diduduki atau sebahagiannya ada apa-apa binaan di atasnya;


JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA MAJLIS DAERAH PADANG TERAP ii. yang kosong, tidak diduduki atau tidak ada apa-apa binaan di atasnya; iii. yang ada di atasnya suatu bangunan yang belum siap; atau iv. yang ada di atasnya bangunan yang diperakui oleh PBT ditinggalkan atau buruk dan tidak layak diduduki. Maka Nilai Tahunannya adalah sebagaimana biasa atau sepuluh peratus (10%) daripada nilainya dalam pasaran terbuka. 3.0 IMPLIKASI KEWANGAN 3.1 Sumber pendapatan MDPT melalui cukai taksiran perlu diperluaskan untuk diterokai dalam usaha meningkatkan lagi hasil selaras dengan peruntukan undang-undang yang dibenarkan. 3.2 Nilaian cukai taksiran berdasarkan tanah kosong kategori tanah pertanian boleh dipraktiskan ke atas tanah pertanian berskala besar dalam zoning pembangunan seperti tanah milik Tradewinds Plantation Berhad yang berada dalam kawasan Bandar Kota Putra di Durian Burung. Merujuk Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap Kedah 2035 (penggantian), terdapat perancangan untuk pemerkasaan Bandar Sempadan Durian Burung yang juga boleh menjadi salah satu tumpuan ekonomi dalam Daerah Padang Terap. 3.3 Antara kawasan yang berpotensi sebagai sumber hasil MDPT yang boleh dikenakan cukai taksiran tanah kosong pertanian adalah tanah milik TNB yang terlibat proses pengambilan untuk Pencawang Masuk Utama (PMU) serta di sekitar Bandar Kuala Nerang dan Pekan Naka terutama di sepanjang jalan utama yang memiliki ciri-ciri penjanaan ekonomi walaupun tiada permohonan perancangan pada ketika ini. 3.4 Contoh kerja-kerja penilaian kadaran bagi bagi menentukan cukai taksiran ke atas hartanah lot kosong bagi kategori penggunaan tanah pertanian adalah seperti berikut:- Dusun Minda Resort No. Lot :399,422,423,425,1206,1207,1209,1211,1287, 1309, 1390, 1694, 1844, 1860 Kategori Tanah :Pertanian Syarat Nyata :Bendang, Getah, Syarat Khas (ditanam anak getah yang dibeli dari Kerajaan) Keluasan Tanah : 31.32 Hektar Nilaian Cukai Taksiran 31.32 hektar @ RM35,000 sehektar = RM1,096,200.00 Nilai Modal = RM1,100,000.00 @ 10%


JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA MAJLIS DAERAH PADANG TERAP Nilai Tahunan = RM 110,000.00 Kadar Cukai Taksiran @ 2% Jumlah Cukai Taksiran = RM 2,200.00 4.0 KADAR CUKAI LOT HARTANAH KOSONG MDPT YANG DILULUSKAN 4.1 Tanah kosong mengikut kategori penggunaan tanah adalah seperti berikut:- a) Kategori syarat pertanian - 0% b) Kategori syarat bangunan – kediaman & perniagaan - 1% c) Kategori industri - 1% 5.0 PERBANDINGAN KADAR CUKAI TAKSIRAN TANAH LOT KOSONG PERTANIAN ANTARA PBT KEDAH 6.0 ASAS PERTIMBANGAN 6.1 Dalam menentukan kadar cukai, beberapa aspek tertentu perlu dikaji untuk dijadikan asas yang munasabah supaya cukai taksiran yang akan dikenakan lebih relevan dan efektif. Aspek-aspek tersebut adalah :- a) Keupayaan membayar oleh pembayar cukai (ability to pay) b) Kegunaan sebenar tanah dan bangunan (actual usage) c) Aspek ekonomi, politik dan sosial d) Spekulasi tanah e) Perancangan pembangunan masa hadapan dalam kawasan pentadbiran PBT f) Kebolehcapaian atau aksesabiliti perkhidmatan MDPT ke kawasan yang dikenakan cukai g) Keperluan dan keupayaan kewangan MDPT untuk memberikan perkhidmatan 6.2 Berdasarkan kajian kadar cukai taksiran hartanah pertanian lot kosong dan ladang antara PBT Negeri Kedah serta kadar hartanah pertanian ladang dalam kawasan pentadbiran MDPT, maka dicadangkan kadar dua peratus (2%) bagi cukai taksiran tanah kosong kategori tanah pertanian adalah berpatutan dan munasabah. BIL. PBT NEGERI KEDAH KADAR 1. Majlis Daerah Sik 1% 2. Majlis Daerah Baling 1% 3. Majlis Perbandaran Langkawi (ladang) 2% 4. Majlis Daerah Bandar Baharu (ladang) 2% 5. Majlis Daerah Pendang (ladang) 2%


JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA MAJLIS DAERAH PADANG TERAP 6.3 Kadar tanah/ lot kosong kategori penggunaan tanah bangunan, perniagaan dan industri dalam kawasan pentadbiran Padang Terap adalah kadar yang telah diwartakan 10 tahun yang lalu dan kadar 1% tersebut tidak lagi relevan dan mohon pertimbangan untuk mengenakan kadar 2% untuk tanah kosong pertanian ini. 7.0 PERAKUAN 7.1 Inilah dipohon pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hasil, Kewangan Dan Perjawatan Majlis Daerah Padang Terap bagi perkaraperkara berikut: 7.1.1 Bersetuju meluluskan cadangan menetapkan peratus kadar tanah kosong pertanian sebanyak dua peratus (2%) seperti cadangan di para 6.0 di atas; 7.1.2 Bersetuju untuk memanjangkan kertas cadangan penetapan kadar tanah kosong bersyarat pertanian untuk mendapat kelulusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) dan mewartakannya; 7.1.3 Menguatkuasakan cukai taksiran ke atas hartanah lot kosong kategori tanah pertanian yang terlibat melalui proses seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171); ATAU 7.1.4 Lain-lain keputusan yang difikirkan sesuai oleh Mesyuarat Tetap Kewangan, Hasil dan Perjawatan Bilangan 03/2024 Majlis Daerah Padang Terap. 6.0 PENUTUP Inilah dikemukakan kertas cadangan dan dipohon pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Tetap Kewangan, Hasil dan Perjawatan Bilangan 03/2024 Majlis Daerah Padang Terap Kedah Darul Aman. Disediakan Oleh : Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Daerah Padang Terap Kedah Darul Aman RUJUKAN FAIL : MDPT/PEN/KK/2024/( )


Click to View FlipBook Version