The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by s41.smkajb, 2022-03-29 14:05:04

PAMPLET IHYA' RAMADHAN 2022

PAMPLET IHYA' RAMADHAN 1443H

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI TIRAM,
81800 ULU TIRAM, JOHOR
1443H/2022M

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN
1443H

SMK SUNGAI TIRAM

ANJURAN MAKDIS DAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

1.0 PENDAHULUAN

Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan oleh
umat Islam kerana bulan ini dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan Allah.
Umat Islam seharusnya menerima kehadiran Ramadhan dengan penuh
kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-
Nya yang berpuasa dan melakukan amal soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan
ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita
berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.

2.0 MATLAMAT

Bulan Ramadhan perlu dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amalan wajib dan
sunat agar kehadirannya dirasai. Matlamat akhir Ramadhan bagi melahirkan insan
yang bersih dari segi rohani dan jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat
yang lain. Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama MAKDIS telah
mengambil inisiatif sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk menganjurkan
program Ihya’ Ramadhan demi memastikan seluruh warga SMK Sungai Tiram dapat
mengahayati dan berjaya merebut segala ganjaran yang dijanjikan oleh Allah.

3.0 TARIKH / TEMPAT

Program Ihya’ Ramadhan Peringkat Sekolah SMK Sungai Tiram akan dilaksanakan
seperti butiran berikut :

Tarikh : 31 Mac 2022– 28 April 202
Masa : 7.00 pagi – 6.30 petang (mengikut aktiviti)
Tempat : SMK Sungai Tiram

4.0 SASARAN
Semua pelajar dan guru Islam SMK Sungai Tiram.

2

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memberi kesedaran tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan
Al-Mubarak.

5.2 Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan
amalan-amalan sunat yang lain.

5.3 Memberi peluang kepada warga sekolah menambahkan amal jariah.
5.4 Menggalakkan ibadah membaca Al-Quran dalam kalangan guru dan murid.
5.5 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga SMK Sungai Tiram, ibu

bapa dan masyarakat.

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM
6.1 Jawatankuasa Induk

PENGERUSI : Tn. Hj. Johan Bin Ahmad (Pengetua)
TIMBALAN PENGERUSI : Pn. Hjh. Azlishah Binti Abdul Hamid (GPK
NAIB PENGERUSI I Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI II : Pn. Hjh. Ranani Binti Abdul Razak (GPK Hal
NAIB PENGERUSI III Ehwal Murid)
: Cik Juminah binti Basir (GPK Kokurikulum)
: Pn. Hjh. Azah Binti Mohd [email protected](GPK Petang)

6.2 Jawatankuasa Pelaksana

Penyelaras : En Abdul Shakur Bin Mohd Radzi
Setiausaha 1 : Pn Nurul Aida Binti Rahman
AJK :

Bil Jawatan Kuasa Guru Pelaksana Bidang Tugas
1. JK Tadarus al-Quran Tadarus Guru & Pelajar: Membuat jadual
- Pn Hamiza Binti Che Jahari pembahagian tadarus
2. JK Kuiz Ramadan al-Quran kategori
3. Buletin Ramadhan - Pn. Asma’ Binti Abd Salam guru dan pelajar
Membina kuiz
4. JK Fotografi - Tn. Hj. Anuar bin Ahmad Ramadan
Mengedarkan edaran
- En. Syamsul Amri Bin Hasnawi bercetak sempena
3 bulan ramadan

Mengumpul gambar

5. JK Sijil - Pn. Asma’ Binti Abd Salam tadarus al-Quran dan
khatam al-Quran
6. JK Laporan & Dokumentasi - Pn Nurul Aida Binti Rahman daripada guru dan
pelajar

Menyediakan sijil
penyertaan kuiz dan
sijil khatam al-Quran

Membuat laporan
dan dokumentasi
program

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Program Ihya’ Ramadhan akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan dengan
mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan iaitu tadarus Al-Quran, Dai’e Muda,
Radio Islami, Infaq 10sen sehari, Tabung pelancaran infaq Bulan Ramadhan,
ceramah, Buletin Ramadhan dan kuiz Ramadhan.

7.1 Aktiviti-aktiviti Ihya’ Ramadhan
i. Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan
Program Ihya’ Ramadhan akan dilancarkan secara rasminya oleh
Tuan Pengetua. Program ini bertujuan bagi menerangkan matlamat
dan objektif program ini dijalankan. Pelbagai aktiviti yang akan
dilaksanakan juga dimaklumkan kepada seluruh warga sekolah.
(Rujuk Lampiran 1).

ii. Buletin Ramadhan
Edaran bercetak pelbagai maklumat tentang ibadah puasa. Risalah
akan diedarkan sebanyak dua kali sepanjang Ramadhan dengan
pengisian mengikut fasa, iaitu di awal Ramadhan dan di akhir
Ramadhan yang lebih memfokuskan kepada kelebihan berpuasa dan
persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri mengikut syariat Islam.

iii. Tabung Ramadhan
Program ini akan dilancarkan pada Majlis Pelancaran Program Ihya’
Ramadhan. Terdapat 3 kotak tabung yang akan dilancarkan iaitu
4

IFTAR, ASNAF dan JOM BERI 10 SEN. Program ini ingin mendidik diri
murid supaya rajin bersedekah walaupun nilainya sedikit. Program
ini juga dapat memberi peluang kepada guru, staf, dan murid
membuat sedekah jariah dengan memberi sumbangan kewangan atau
dalam bentuk peralatan untuk kegunaan surau SMK Sungai Tiram.
Hasil sumbangan kewangan ini akan disalurkan kepada program iftar
jamai’e, golongan yatim dan asnaf bagi murid SMK Sungai Tiram.

iv. Tadarus Al-Quran
Melalui program ini murid dan guru dibahagikan kepada kumpulan
kecil. Antara pembahagian juzuk bacaan bagi murid tingkatan 1
membaca juzuk 1-5, bagi murid tingkatan 2 membaca juzuk 6-10,
bagi murid tingkatan 3 membaca juzuk 11-15, bagi murid tingkatan 4
membaca juzuk 16-20, manakala bagi murid tingkatan 5 akan
membaca juzuk 21-30. Selain itu, program ini dibuat semasa waktu
rehat.

v. Daie’ Muda/Radio Islami
Wakil murid sebagai Daie’ Muda akan menyampaikan tazkirah
Ramadhan mengikut tajuk yang telah ditentukan. Program ini akan
berlangsung setiap hari Khamis waktu Pembangunan Insan pada sesi
pagi. Selain itu, program ini juga akan diselitkan dengan “Radio
Islami” sementara menunggu ketibaan murid hadir ke tapak
perhimpunan. Murid akan mendengar zikir atau selawat tafrijiyah
melalui radio Islami semasa rehat.

vi. Pertandingan Kuiz Ramadhan & Kad Raya Kreatif sempena
Bulan Ramadhan

5

Program ini akan diadakan sebanyak dua kali pada hari Rabu semasa
perjumpaan Kokurikulum. Program ini terbuka kepada semua
tingkatan. Hanya lima hadiah bagi setiap tingkatan akan disediakan.

vii. Ceramah Nuzul Al-Quran
Ceramah akan disampaikan oleh penceramah jemputan

viii. Majlis Khatam Al-Quran
Majlis Khatam Al-Quran diadakan pada akhir Ramadhan.

ix. Majlis Berbuka Puasa (Iftar Jama’i)
Semua guru, kakitangan dan murid-murid Islam akan berbuka puasa
dan solat tarawih bersama-sama.

x. Penyampaian Infaq Ramadhan dan Sumbangan Hari Raya
Hasil sumbangan pihak guru dan Tabung Infaq Ramadhan akan
diagihkan kepada murid-murid yang layak.

8.2 Jadual Pelaksanaan Program
Rujuk lampiran 1

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program Ihya’ Ramadan ini dapat memberi manfaat dan
ilmu yang berguna kepada para pelajar dan guru dalam pembentukan sahsiah
muslim sejati yang berilmu, beramal dan bertaqwa.

6

Lampiran 1

PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2022

BIL . AKTIVITI SASARAN TARIKH GURU PELAKSANA
En. Abdul Shakur bin Mohd Radzi
1. Majlis Pelancaran Semua 31 Mac 2022
Ihya’ Ramadhan pelajar

2. Buletin Ramadhan Semua Sepanjang Tn. Hj. Anuar bin Ahmad
pelajar Ramadhan

Tabung Infaq Ramadan Semua Sepanjang Pn. Tuan Siti Aisyah binti Tuan
3. pelajar Ramadhan Fauzi

(JOM BERSEDEKAH)

3. Tadarus Al-Quran Semua Sepanjang Pn. Hamiza Binti Che Jahari
Dai’e Muda/Radio pelajar Ramadhan Pn. Nik Nurul Amni Binti Nik Lee
dan guru 7 April 2022
4 Islami Imam 14 April 2022
Remaja

Pertandingan Kuiz Semua 13 April 2022 Pn. Asma’ Binti Abd Salam
Ramadhan & Kad Raya pelajar 20 April 2022
5 Kreatif Semua
pelajar
7. Ceramah Nuzul Al- 21 April 2022 Cik YM Tengku Nur Jamilah Asma
Quran Pelajar binti Tengku Jelani
yang
8. Majlis Khatam Al- terlibat 19 April 2022 En. Abdul Shakur bin Mohd Radzi
Quran Pelajar
yang
9. terlibat 19 April 2022 Pn. Nurul Aida Binti Rahman
Majlis Berbuka Puasa Pelajar
yang
Penyampaian Infaq terlibat Pn. Khamariah Salmi binti Zolkefli
Ramadhan & 27 April 2022
10. Sumbangan Hari Raya

7

8


Click to View FlipBook Version
Previous Book
เรื่อง ระบบการพัฒนาเว็บไซต์ เพื่อจัดการระบบคลังสินค้า
Next Book
3. DPK 2.0 PJPK Tingkatan 3