The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SMK SUNGKAI, 2021-05-18 03:33:24

Himpunan Entri Motivasi

Himpunan Entri Motivasi

Keywords: motivasi

HIMPUNAN MOTIVASI
(Siri 1)

PADIN NO
www.padinrose.com

Penafian

Ebook Himpunan Motivasi Siri 1 ini merupakan himpunan 16
blog entri www.padinrose.com label “motivasi” hasil penulisan saya
sendiri bagi tempoh 2009 - 2011. Namun, ia tidak boleh dianggap
sebagai penulisan ilmiah yang rasmi.
Himpunan Motivasi ini adalah salah satu usaha untuk memberi
inspirasi dan motivasi kepada pembaca melalui pendapat dan
pandangan saya dalam sesuatu tajuk atau perkara.
Setiap penulisan adalah asli, melainkan citation yang telah dibuat.
Saya tidak menggalakkan anda untuk menyalin penuh artikel untuk
tujuan perkongsian di apa jua bentuk media; WhatsApp, blog,
facebook dsb. melainkan, dengan cara anda kongsikan artikel asal
menggunakan pautan yang saya sediakan bagi setiap blog entri.
Selamat membaca dan semoga memperoleh manfaat. Anda boleh
kongsikan ebook ini kepada sesiapa yang anda mahu mereka
terinspirasi seperti anda!
Hakcipta Padin ©2016

i

ISI KANDUNGAN Muka Surat
i
Bil Tajuk ii
Penafian iii
Isi Kandungan 1
Tentang Penulis 3
5
1 Ulangan Adalah Pembelajaran 7
2 Andainya Aku… 9
3 Bahaya Cemburu 11
4 Sikap Berterus Terang 14
5 Tingkatkan Motivasi Diri 16
6 Kemunculan Pelangi 18
7 Jauhi Sifat Dengki 20
8 Penstrukturan Minda 22
9 Padah Mencari Kesempurnaan 24
10 Kukuhkan Persaudaraan Manusia 26
11 Kata – Kata Sebagai Doa 28
12 Yang Tidak Boleh Dibeli 30
13 Survival Hidup 32
14 Semarak Api Kemarahan
15 Menyesal Tak Sudah
16 Tahukah Kamu?

ii

Tentang Penulis

Nama sebenar penulis yang didaftarkan di kad pengenalan adalah
Fadzil Noor Bin Rose, mendukung nama pena Padin di blog
peribadi padinrose.com.
Mula menulis blog pada penghujung 2009, dan memilih domain
padinno.com pada 2010 sehingga 2013. Pada 2016, penulis memilih
domain padinrose.com untuk penjenamaan semula.
Kerjaya professional penulis adalah seorang pendidik di Institut
Kemahiran MARA Johor Bahru. Latarbelakang pendidikan, Sarjana
Muda Kejuruteraan Kimia – Gas di UTM (2009).
Harapan blog ini adalah pendidikan melalui perkongsian tips,
panduan, inspirasi gaya hidup, hobi, pendapat dan motivasi
berdasarkan pengalaman penulis sendiri.
Semoga pengisian blog padinrose.com memberi manfaat kepada
anda.
Facebook Page : padinrose.com
“LIKE” Sekarang Untuk Mendapatkan Informasi Berkaitan Tips,
Inspirasi Gaya Hidup & Motivasi.

iii

1

ULANGAN ADALAH PEMBELAJARAN
http://www.padinrose.com/2010/02/ulangan-adalah-
pembelajaran.html
Umum mengetahui, ulangan adalah suatu perkara yang berulang..
hahaha.. ulangan terbahagi kepada beberapa kategori yang boleh
menunjukkan permaknaan yang berbeza.
Secara mudahnya, ulangan boleh memberi kita banyak pilihan..
samada kesan yang lebih teruk, pengulangan yang sama atau yang
lebih baik.. kesemuanya bergantung pada kesedaran kita untuk
memanfaatkan pengulangan tersebut...
Akan tetapi, adakah setiap perkara memerlukan pengulangan?..
soalan ni pun kena ulang lagi sekali ke? hahaha... setiap perkara
atau keadaan yang berlaku tidak semestinya perlu berlaku
pengulangan, sebagai contoh kematian, suatu yang pasti tidak ada
pengulangan.. secara amnya, ada beberapa perkara yang
memerlukan pengulangan dan begitulah sebaliknya...

1 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

Kita lihat anak kecil, yang mula untuk berdiri dan berjalan... pasti si
anak jatuh dan bangun berulang kali.. namun, dengan keinginan
untuk berjaya sangat kuat, lalu belajar setiap kali jatuh.. sehingga
teguh berdiri... dan ada yang berdiri di tempat yang paling tinggi
antara rakan -rakannya... inilah yang di katakan sebaik - baik
pengulangan.. ia menjadikan pengulangan itu sebagai satu batu
loncatan untuk manfaat dirinya...
Jika di luaskan pemikiran kita, cuba kita sorotkan pada kelibat si
pemain bola.. dia perlu melihat ulang tayang(rakaman), supaya
dapat memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang ada.. supaya
peluang yang di cipta dapat di manfaatkan sepenuhnya...
Hindarilah kategori yang kedua dan jangan singgah pada kategori
yang pertama.. peganglah pada satu prinsip.. ulangan membuka
banyak pilihan.. ulangan adalah guru yang terbaik.. ulangan adalah
pembelajaran..
Berapa banyak kali da ulang perkataan ulang...

2 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

2

ANDAINYA AKU…
http://www.padinrose.com/2010/08/andainya-aku.html

Susah juga nak lelapkan mata ni, entah apa yang aku fikir sekarang
pun, aku tak pasti la, bermacam - macam agaknya huhu.. Sambil
melayan mata nih, teringat pulak slot cerita P Ramlee tentang kisah
Si Labu Labi.. Berangan, mimpi jadi macam - macam memang
menghiburkan hati la..

Aku pun dah terpikir nak jadi macam - macam ni ha, hehe..
Andainya aku di beri pilihan nak merasa menjadi sesuatu, banyak je
benda yang aku nak jadi. Bukan tak bersyukur jadi manusia tapi
berangan je nak jadi selain manusia hehe..

Mula - mula, kalau boleh aku nak jadik duit ekekee.. Yelah ramai
orang sayangkan duit. Semua orang perlukan duit. Kalau dah ada
duit, pandai la nak menjaga duit kan, samalah macam aku hehe nak
merasa di sayangi, nak merasa di hargai.. Sentiasa rasa di perlukan
dalam kehidupan manusia.. wahh bestnya andai aku adalah duit.
Tapi, kadang - kadang pasal duit pun boleh menimbulkan
perbalahan, permasalahan.. err aku tak mahu la kehadiran aku
sebagai punca permasalahan. Tak best la jadi duit.

Termenung apa tu?

3 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

Ha, apa kata aku menjadi sebuah laptop? hehe kalau tuan punya
laptop adalah blogger tegar, ataupun pengguna internet, atau
memang kerja sebagai guru komputer, pasti dia akan menghadap
aku sepanjang kehidupannya. Siang malam, pagi petang.. Wah
setianya.. Best kan bila ada orang sentiasa mendampingi kita. Tapi
yelah, bila dah guna setiap masa, sampai satu tahap performance
akan berkurang, dan tuan punya akan beralih hati.. huhu aku
takmahu juga jadi begitu..

Apa kata aku menjadi binatang peliharaan? Jadi kucing ke, arnab
tak pun iguana? hehe mesti di manja, di belai, di bagi makan, di
sediakan tempat tidur hehe.. Tapi kalau tuan rumah takde, gi jalan -
jalan, kebulur la jawabnya, yelah sejak lahir di manja, mana tahu
nak buat apa - apa, adehh takmahu la jugak jadi kucing.

Pusing punya pusing, jam pun dah pukul 2 pagi, senang - senang
baik aku jadi manusia je hehe, berdiri atas kaki sendiri hehe, tak
payah pikir - pikir lagi.. Boleh gunakan duit, laptop dan kucing
untuk kelangsungan hidup.. Duit untuk membeli makanan,
mengunakan laptop untuk menimba ilmu, dan menjadikan kucing
sebagai teman.. Kan bahagia hidup?

Untungnya bila kita menjadi manusia, manusia yang berakal
fikiran, mengawal segala tindakan. Mencipta bahagia dengan jalan
tersendiri, mencari penawar untuk segala rajuk duka, dan elakkan
menjadi manusia yang sepertinya binatang, duit dan laptop yang
hanya di manipulasikan oleh orang lain demi menyempurnakan
kepentingan diri semata - mata.

Sekian saja, blog entri kali ini, andainya aku ... Kalau korang, nak
jadi apa?

4 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

3

BAHAYA CEMBURU
http://www.padinrose.com/2010/07/bahaya-cemburu.html

Salam Ahad buat teman - teman, semoga kalian gembira dengan
aktiviti yang akan atau telah di rancang. Kepada yang berkeluarga,
ajaklah anak - anak bersukaria, kepada yang berpasangan,
keluarlah melepas rindu hehe.. Tapi berwaspadalah, takut nanti duit
dalam poket tu kering plak, korang gi belasah shopping nanti
ekekeke!!

Emm, kalau tengok title tu, nampak macam isu berat je kan, hehe
tapi sebenarnya tak berat mana pun kalau kita ada cara untuk
mengatasinya.. Umum, sifat cemburu ni adalah sifat terpuji. Tetapi
cemburu yang berlebihan akan menjadikan sifat yang tidak terpuji.

Menyorot kata - kata penyair Maya Angelou,

"...cemburu umpama garam dalam masakan; sedikit
menambah rasa, terlalu banyak merosakkan selera, dan
pengambilan yang banyak dan selalu mungkin hingga meragut
nyawa..."

hehe sedap ayat nih.. berkali - kali aku baca dan cuba fahami
maksud tersiratnya.. heh, aku harap korang pun boleh paham kan..
Cemburu kat sini, aku taknak highlight kan pada perhubungan saja,
cuba kita renung dengan skop yang lebih luas.

Kita ambil satu contoh yang kita sering hadapi, keputusan
peperiksaan. Cemburu melihat keputusan rakan lain yang lebih
baik, itu cemburu yang terpuji.. Bagi yang mahu berubah, dia akan
jadikan keadaan itu sebagai motivasi supaya dia akan menjadi lebih
baik.

5 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

Contoh lain, cemburu melihat blog orang lain lebih cantik, popular
berbanding blog sendiri. Itu cemburu yang terpuji.. Dengan akal
yang ada, berfikir dan bertindak positif supaya blog sendiri sama
hebat dengan blog yang dah sedia hebat, haha merapu apa aku nih..

Demikian juga hal dengan cemburu dalam perhubungan.Setiap jiwa
yang bercinta tentu pernah merasa cemburu, takut kekasih diambil
orang, rungsing tumpuan kasih sayang beralih arah. Tidak salah
berperasaan cemburu namun tahap kecemburuan perlu dikawal
dalam perhubungan supaya pasangan kekal selesa.

Aku? Cemburu? haha, semestinya ada perasaan macam tu.. Aku
cemburu apa? haha aku cemburu tak terpilih jadi penyerang utama
sukan bolasepak MARA bulan lepas, tapi aku positif, peluang untuk
aku akan muncul jua, ekekeke..

Jadi, bagi aku.. Cemburu tu ada baiknya.. Sebagai suatu motivasi
untuk kita meningkatkan prestasi diri.. Tapi jangan biarkan emosi
yang mengawal fikiran kita, sebaliknya biarlah fikiran yang menjadi
rujukan utama.Pandai-pandai bermain cemburu, jangan sampai
merosakkan diri sendiri hehe..

Korang? Apa pulak pandangan korang pasal cemburu ni? hehe..
Jangan jeles ya, aku umur 24 da pakai Mitsubishi Lancer Evolution
VIII.. hehe... Tengok entri nih : Evo Dalam Genggaman [1]

[1] http://www.padinrose.com/2010/05/mitsubishi-evolution-viii-dalam.html

6 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

4

SIKAP BERTERUS TERANG
http://www.padinrose.com/2011/03/berterus-terang.html

Berterus terang, dalam kata lain, ia berkaitan dengan kejujuran dan
kebenaran samada terhadap diri sendiri, orang lain dan mungkin
juga persekitaran tentang suatu perlakuan. Berterus terang ini lebih
merupakan suatu tanggungjawab ke atas perkara yang kita
rahsiakan, samada ia baik atau sebaliknya.

Pelbagai perkara dan keadaan yang kita sendiri rahsiakan, tidak
kira apa jua alasan. Ada sebab - sebab tertentu untuk kita
merahsiakan beberapa perkara, tetapi sebenarnya ia adalah
tanggungjawab kita untuk meleraikannya, samada serta merta atau
perlu mengambil masa.

Sebagai manusia, memang banyak perkara yang perlu di beri
perhatian, dan sesetengah perkara terpaksa di diamkan, dan
individu tersebut pasti mempunyai alasan tertentu kenapa mereka
merahsiakannya. Adakah rahsia itu akan menjadi titik hitam dalam
kariernya? Adakah rahsia itu memberi kesan kepada kehidupannya?

Persoalan dalam blog entri kali ini menyingkap sikap berterus
terang dan mendiamkan diri. Yang mana sepatutnya perlu kita
hindari? Adakah sikap berterus terang terlalu bahaya, atau bersikap
mendiamkan diri? Apakah keadaan ini akan memberikan kesan
yang buruk?

7 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

Aku melihat, perkara ini bukan suatu ketetapan. Dengan kata lain,
ada masanya kita perlu berterus terang, dan ada masanya kita perlu
merahsiakan sesuatu. Hal ini kerana, ada perkara yang baik untuk
kita berterus terang, dan begitu juga sebaliknya.

Semasa di bangku sekolah, ada sahaja alasan yang di berikan
sekiranya pelajar tidak menyiapkan tugasan yang di beri. Buku
hilang, buku tertinggal di sekolah dan berbagai - bagai alasan lagi.
Ada yang berterus terang dan menjawab "Saya malas nak buat
Cikgu"??.. Aku rasa zaman itu, nak angkat muka pun tak berani.
Zaman sekarang? Hmm.. Cikgu di layan seperti kawan - kawan.

Banyak sebenarnya kes berterus terang ni kalau nak di ceritakan
satu persatu, mungkin panjang berjela entri ni. Tapi seeloknya,
kalau nak merahsiakan sesuatu perkara, biar sampai orang lain tak
boleh korek dah, jangan pula sampai di kesan orang lain. Masa tu,
tak berguna lagi nak berterus terang.

Aku bagi contoh yang mudah. Katakan si lelaki sebagai A, dan
perempuan B. A mengajak B keluar - (ke mana - mana la), dan B
menolak, mengatakan sakit kepala, pening, penat dan ingin
menumpukan perhatian pada pelajaran. Alih - alih B dapat di kesan
dan berada di pusat membeli belah.. Haitt?? Kenapa tak berterus
terang sahaja? Hahaa..

Berdasarkan 2 kes di atas, sebenarnya individu ini telah melakukan
2 kesalahan etika, di mana tidak berlaku jujur dan juga menipu.
Hehee, dah macam ajen penyiasatan pulak. Err bukan apa, kalau
pun kita sukar untuk menjadi insan terbaik, tapi sekurang -
kurangnya kita meminimakan jurang tersebut.

Bagi pembaca, apa perkara yang anda rahsiakan dalam sehari dua
ini? Adakah ia keterlaluan untuk di kongsikan? Hahahaa, berterus
teranglah...

8 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

5

TINGKATKAN MOTIVASI DIRI
http://www.padinrose.com/2011/05/motivasi-diri.html

Seringkali kita di ajarkan, bilamana saat sebelum memejamkan
mata, di anjurkan kepada kita untuk melakukan beberapa perkara.
Antaranya membaca ayat - ayat suci, membaca doa tidur dan
mungkin proses muhasabah diri.

Biar tak lama, mungkin beberapa ketika cuma, kita hendaklah
merenung kembali apa yang telah kita lakukan sehari ini. Adakah ia
baik dari sebelumnya, atau sebaliknya. Proses ini adalah untuk
mengenal diri kita sendiri, di samping boleh mengelakkan kita
hanyut.

Dalam masa singkat itu juga, kita boleh memikirkan apa pula yang
bakal terjadi esok. Apa motivasi untuk kita meneruskan hari esok?
Diri kita sebenarnya sentiasa memerlukan motivasi. Motivasi
supaya mendorong kita menjadi lebih aktif, bertenaga, berkeyakinan
dalam menyelesaikan tugasan harian, contohnya.

Aku sendiri percaya motivasi ini sangat penting sebagai pendorong
semangat dalam melakukan apa jua perkara, samada tindakan,
pemikiran dan langkah mengatasi bagi sesuatu permasalahan yang
timbul.

9 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

Sambil berkelana mencari bahan bacaan, aku berhenti pada suatu
kata. Jadikan pokok sebagai idolamu. Menarik, dan bila aku
habiskan bacaan, ia sememangnya memberi impak yang baik untuk
menjadi motivasi kepada kehidupan.
Baca lagi Idola Saya Adalah Sebatang Pokok [2]
Motivasi terbaik untuk aku minggu ini adalah, aku LULUS dengan
jaya dalam Peperiksaan Jabatan Perkhidmatan Awam PLV J41. [3]
Syukur berjaya dengan cubaan pertama.
Makin hampir dengan proses pengesahan jawatan.
Sedikit persoalan, apa perlunya motivasi dalam hidup anda?

[2] http://blog.mohdisa.com/analogi-sebatang-pokok.html
[3] http://www.padinrose.com/2011/02/otak-berkarat_06.html

10 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

6

KEMUNCULAN PELANGI
http://www.padinrose.com/2011/05/kemunculan-pelangi.html

Akhir bulan lalu, sempat juga aku kongsikan tentang kisah
pelangi,[4] yang hadir selepas hujan memberi kita kemanisan. Tapi
kali ini, suka untuk aku aku kongsikan kemunculan pelangi yang
kita anggap indah itu.

Kisah ini telah di ceritakan semula kepada aku semasa di Tingkatan
3, kelas Pendidikan Seni. En Halim Basri menceritakan kisah
tersebut sebelum meminta kami menghasilkan pelangi.

Awalnya, warna - warna ini sering sahaja bertengkar kerana
merasakan masing - masing mempunyai kelebihan sendiri untuk di
minati dan di sukai.

Hijau
"Aku adalah warna kehidupan, warna harapan. Aku di pilih untuk
mewarnai rerumputan, pohon dan dedaun. Lihatlah kehijauan bumi
ini"

Biru
"Adakah kamu tidak melihat langit dan samudera yang terbentang
luas? Air nadi kehidupan, manakala langit menjanjikan kedamaian"

Kuning
"Aku membawa kepada kehangatan dan kebahagiaan. Ku hiaskan
bintang dengan warnaku agar kalian dapat tersenyum gembira"

Jingga
"Aku warna kesihatan dan keindahan. Terbit dan tenggelamnya
matahari merupakan keindahan yang tidak boleh kamu fikirkan"

11 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

Merah
"Aku warna pemimpin. Aku adalah darah kehidupan. Aku juga
adalah warna hasrat dan keinginan cinta"
Ungu
"Aku adalah warna kekuasaan dan ulung. Pemimpin memilih ungu
tanda kebijaksanaan"
Indigo
"Walaupun aku warna diam, tapi tanpa aku, kalian semua tiada
bermakna. Aku menyempurnakan kalian"
Masing - masing mempertahankan kehebatan diri. Perdebatan di
teruskan, sehinggalah suatu masa sinar halilintar mencelah mereka.
Guruh berantakan. Hujan turun tanpa belas kasihan. Semua warna
berasa gusar dan duduk berhampiran keran ketakutan.

Seraya, Hujan berkata, "Kalian sering bertengkar dan ingin
mendominasi yang lain. Tetapi tidakkah kamu sedar, setiap dari
kamu itu punya kelebihan dan jika di saksamakan, ia akan menjadi
kekuatan terulung? Ayuh, pimpin tangan rakanmu mendekati aku"

12 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

"Mulai sekarang, setiap kali Hujan tiba, masing - masing antara
kamu berpegang tangan melintangi langit sebagai tanda peringatan
kamu dapat hidup bersama dalam kedamaian." Kemunculan pelangi
adalah tanda harapan.
Jadi, dalam hidup kita ini, setiap kali hujan turun dan saat pelangi
memunculkan diri, ingatlah bahawa kita hidup perlu untuk
menghargai orang lain dan eratkan genggaman silaturrahim kerana
kita semua ada keunikan dan kelebihan berbeza. Mudah - mudahan
kita dapat membentuk masa depan yang sempurna.
[4] http://www.padinrose.com/2011/04/kisah-pelangi.html

13 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

7

JAUHI SIFAT DENGKI
http://www.padinrose.com/2011/05/sifat-dengki.html
Dalam kita mengharungi hidup hari demi hari, pelbagai ragam dan
sikap manusia dapat kita kenalpasti, samada jauh atau hampir
dengan diri malah mungkin ada dalam diri kita. Bercerita mengenai
kepelbagaian, memang tidak boleh lari dari aspek kehidupan sendiri,
seperti hidup mewah, tamak, berjaya, tersisih dan lain - lain.
Perbezaan kehidupan manusia ini sebenarnya boleh menimbulkan
sifat iri hati dan hasad dengki pada manusia. Hasad dengki
merupakan penyakit hati yang merbahaya, melahirkan rasa sakit
hati dalam dirinya apabila melihat orang lain mendapat kesenangan
atau kemuliaan, sebaliknya berharap agar kesenangan atau
kemuliaan itu hilang daripada orang lain.
Hasad dengki tidak mengenal pertalian keluarga, tidak mengenal
sahabat dan rakan kerja. Keluarga yang rapat menjadi renggang,
sahabat yang akrab menjadi musuh, rakan sekerja menjadi tidak
sehaluan, semua ini adalah perasaan hasad dengki.

14 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

Sifat ini akan membawa kebinasaan sekiranya ia dibiar bersarang
dalam hati manusia. Hasad dengki akan memacu sifat mazmumah
yang lain seperti sifat meninggi diri (sombong), membangga diri,
merasa tidak puas hati yang akibatnya akan menimbulkan
permusuhan dan persengketaan.

Agama Islam sendiri melarang keras umatnya bersifat dengki
kerana sifat dengki itu boleh memakan dirinya sendiri serta
mendatangkan kesan yang buruk. Kebiasaannya orang yang bersifat
dengki jiwanya tidak akan tenteram, apatah lagi apabila melihat
orang yang didengkinya itu semakin bertambah-tambah senang.

Jadi kalau ada di antara kita mempunyai sifat ini, maka segeralah
mengubatinya. Bersyukur dengan apa yang ada, dan tidak
membanding - bandingkan diri dengan orang lain dah cukup rasanya
untuk kita mengelak sifat dengki.

Saya sendiri dalam proses mengenal diri, dan merasakan sifat ini
memang tidak perlu kalau kita ingin berjaya. Iri hati melihat
kesenangan orang lain, sedangkan apa yang perlu adalah
mendoakan semoga kesenangannya berpanjangan.

Jadi saya rasa setakat ini sahaja tazkirah pagi Jumaat ni, mudah -
mudahan kita semua mendapat berkat darinya. Okey, pelajar -
pelajar sekalian, kamu semua boleh bersurai dan masuk kelas
masing - masing....

15 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

8

PENSTRUKTURAN MINDA
http://www.padinrose.com/2011/05/penstrukturan-minda.html

Apa khabar anda hari ini? Sudahkah anda tersenyum, atau masih di
selubungi dengan keresahan lampau? Apa yang aku harapkan, agar
anda ceria dengan apa sahaja yang anda lakukan.

Seperti hari - hari biasa, aku meluangkan masa untuk membaca,
menyingkap dan cuba menyelami perkara lain yang kawan - kawan
kita (blogger) lalui. Ada yang memberikan pendapat mereka,
memberi panduan dan tidak kurang juga membantu kita mengenali
mereka.

Antara blog entri dan ulasan yang menarik perhatian aku minggu
ini adalah kisah menjaga tepi kain orang yang dinukilkan oleh Pn.
Diana, dalam entrinya Ambil Tahu Untuk Apa? [5] Secara kebetulan
beberapa hari yang lalu aku telah memperdebatkan hal ini dengan
rakan sekerja aku.

Kalau di perihalkan, jelas sikap [6] menjaga tepi kain orang ini
adalah suatu perkara yang tidak perlu di lakukan, tambah pula jika
ia di gunakan untuk memperlekeh, mempersenda atau apa sahaja
yang menjengkelkan di mata orang lain.

16 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

Tetapi, bagi aku ia bukanlah mentah - mentah di katakan sebagai
sikap keji kerana menjaga tepi kain orang ini ada juga faedah dan
manfaatnya. Dari sudut pandang positif, ia adalah lebih kepada
tanggungjawab sosial, yakni tanggungjawab kita kepada ahli
keluarga, tanggungjawab kepada jiran, kepada rakan dan juga
kepada komuniti.
Kalau kita tidak mengendahkan orang lain, ibarat seperti katak
bawah tempurung, tidak tahu hal sebenar. Si A telah meninggal
dunia, Si B telah melangsungkan perkahwinan, Si C telah di
naikkan pangkat. Tidak mustahil orang lain tidak akan
mengendahkan kita kelak, andai sakit-demam dan sebagainya.
Jadi, aku merasakan penstrukturan minda perlu supaya ia sesuai
dengan keadaan - keadaan tertentu. Manusia istimewa kerana
diberikan anugerah akal, yang mana kita boleh berfikir tentang baik
buruknya sesuatu perkara. Anda bagaimana? Suka menjaga tepi
kain orang? Atau menjaga dalam kain orang? miahaahaa...

[5] http://www.dianarashid.com/2011/05/ambil-tahu-untuk-apa.html
[6] http://www.padinrose.com/2011/05/pembangunan-sahsiah.html

17 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

9

PADAH MENCARI KESEMPURNAAN
http://www.padinrose.com/2011/06/mencari-kesempurnaan.html
Kesempurnaan itu perkara besar. Ia bukan sesuatu yang objektif,
malah pelbagai definisi dibuat untuk menjelaskan skop
kesempurnaan itu sendiri.
Anda pernah terbaca atau dengar Kisah Kasut dan Kasih Sayang?
Jika anda pernah, maka anda pasti setuju kesempurnaan itu bukan
mudah sebaliknya bersyukur dan menghargai apa yang kita ada.
Jika ini pertama kali anda mendengarnya, anda berada di tempat
yang betul sekarang.

Di kisahkan, seorang perempuan muda datang menyapa ayahnya
lalu bertanya bagaimana untuk memilih seseorang yang terbaik
untuk di jadikan teman hidupnya kelak. Seraya, ayahnya meminta
si dara untuk menemaninya ke suatu tempat.

18 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

“Di hadapanmu, terbentang kasut - kasut yang indah.
Berjalanlah sambil memilih kasut kesukaan kamu, yang kamu
rasakan sangat cantik untuk kamu, tetapi dengan syarat kamu
tidak boleh kembali ke belakang.”

Waktu beranjak, Si gadis pulang ke pangkuan ayahnya tanpa
membawa sebarang kasut. Lantas si bapa segera bertanyakan apa
yang telah berlaku.

“Oh, tadi saya berjalan dan sambil memandang sejumlah kasut
yang berada di situ,saya mencari kasut yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi ayah kata ambil yang
paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil
mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.”

“Tapi sampai di penghujung, saya tidak jumpa kasut yang
paling cantik. Mungkin ada di belakang saya sebelum itu tapi
sebagai mengikut syarat ayah, jadi tiadalah kasut yang saya
boleh ambil.”

Itulah jawapannya. Kita akan berasa sukar dalam mencari
kesempurnaan. Sebaliknya, kita perlu menghargai apa yang ada di
hadapan kita, kerana kita tidak tahu adakah masih ada yang terbaik
di hadapan kita.

Kita jangan menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku biarkan
ia berlalu. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa
paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun jika dihitung
masih banyak lagi yang cantik dan baik seperti Kisah Kasut tadi.

Mencari kesempurnaan itu memang perlu, tapi yakin dan
percayalah kita tidak akan mencapai kesempurnaan tersebut. Apa
yang boleh kita harapkan adalah menghampiri kesempurnaan.
Jangan pula asyik mengejar kesempurnaan, kamu kehilangannya
dan di waktu itu kekesalan tidak berguna lagi.

19 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

10

KUKUHKAN PERSAUDARAAN MANUSIA
http://www.padinrose.com/2011/06/kukuhkan-persaudaraan-
manusia.html
Pertama kali menjadi penulis tamu, aku amat berterima kasih
kerana di berikan kepercayaan dan peluang memberikan suatu
perkongsian santai untuk kita hayati dalam melusuri kehidupan
yang dinamik. Artikel ini telah di siarkan di blog
dunspeakme.blogspot.com, Februari 2011.
Dua batang kayu di satukan dengan paku dan dua ketul batu di
satukan dengan simen. Apa pula yang menyatukan 2 hati? Saya
mengajak anda berfikir secara sihat, dan mengikuti perbincangan
saya pada perenggan berikutnya.
Jika kita lihat secara dasarnya, perkara yang membawa kepada
kekuatan adalah penggabungan, tautan, ikatan, kerjasama dan
kepercayaan. Cuba kita ambil lidi kelapa sebagai bahan uji. Jika ada
sebatang lidi sahaja, terlalu mudah untuk kita mematahkannya,
tetapi apa akan berlaku jika lidi di susun dalam kuantiti yang
banyak?

20 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

Contoh yang lebih ekstrem yang boleh di jadikan sebagai bahan uji
ialah tubuh badan kita sendiri. Kesemua organ, saraf, kulit dan lain
– lain saling bekerjasama dalam menjadikan kita manusia yang
sempurna. Semua unit ini bekerja dengan fungsi masing – masing,
dalam mencapai tujuan yang sama. Apa kata anda sekiranya salah
satu unit gagal berfungsi?
Justeru, apa kaitan penyatuan kayu, kuantiti batang lidi dan unit –
unit sistem manusia dalam perbincangan ini? Analogi yang sangat
mudah untuk kita mendefinasikan kehidupan manusia. Apabila
bekerja atau hidup seorang diri, kita akan mudah kalah, mudah
untuk di jatuhkan, di perlekehkan, tetapi jika kita berada dalam
organisasi, kita akan kuat.
Namun begitu untuk mencapai organisasi yang kuat, kita
memerlukan unit atau sistem yang berkesan, di mana bekerja
dengan penuh komitmen, dedikasi dan kesungguhan dalam
mencapai matlamat yang sama. Persoalannya sekali lagi, apa yang
menyatukan manusia?
Persaudaraan. Persaudaraan kunci untuk penyatuan. Resepi untuk
kejayaan. Perencah dalam kehidupan. Apa kata anda?

21 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

11

KATA – KATA SEBAGAI DOA
http://www.padinrose.com/2011/09/kata-kata-sebagai-doa.html

Mood untuk blogging sudah kembali, seperti sediakala membaca,
memberi ulasan, mencari idea dan menulis artikel baru untuk
perkongsian dengan pembaca padinno.com. Apa yang di harapkan
agar blog ini mampu memberi manfaat berterusan sekalipun sedikit
kepada pembacanya.

Ayuh. Semalam, aku tertarik padatangan berdoa satu artikel yang di
karang rapi oleh Saudara Eyman, dan sukacita ingin aku suarakan
ulasan aku mengenai artikel tersebut. Isu Ucapan Itu Doa [7] yang
di garap kemas Saudara Eyman memang ada benarnya dan ia lebih
kepada haluan psikologi.

Kata - kata, ucapan, perkhabaran berita, penulisan rencana,arahan,
cacian (di sebut ucapan) merupakan suatu perkara yang perlu kita
awasi. Ucapan boleh di pecahkan kepada 3 kategori iaitu positive
stroke, negative stroke dan plastic stroke.

Dalam ketiga - tiga ketegori tersebut, seeloknya kita memilih
positive stroke, supaya ucapan yang kita lontarkan manis di dengar
orang lain dan tidak menyakiti hati sendiri secara langsung. Berbeza
dengan negative stroke, ucapan sebegitu seakan meminta penumbuk
lagaknya.

Plastic stroke adalah di mana wujudnya ucapan bertindih di antara
positive dan negative, terpulang yang mana dahulu untuk di
sebutkan. Kategori ini juga boleh mewujudkan ketegangan sekiranya
ucapan tersebut tidak boleh di terima oleh pendengar atau pelaku
pilihan.

22 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

Contoh positif stroke biasa kita lihat seperti "Tahniah, anda
mendapat keputusan cemerlang", manakala negative stroke seperti
"Bodoh betul la, soalan senang pun tak boleh jawab". Plastic stroke?
Lebih kurang macam "Sedap betul kau menyanyi, tapi lagi best
kalau kau senyap!!" Hahah..

Antara tulisan Saudara Eyman yang menarik ialah .."Jika kita
membuka akhbar dan melihat tajuk berita ‘Seorang Penumpang
Maut Kemalangan Bas,’ ia tidak menceritakan 40 lain yang
terselamat. Begitu juga, kalau kemalangan yang tidak berlaku pun
ditulis, ‘Sekeluarga Nyaris Maut Kereta Terjun Gaung.’ Ia tidak
ditulis ‘Sekeluarga Terselamat Kereta Terjun Gaung.’.."

Adalah lebih baik jika dodoikan kehidupan kita dengan perkara -
perkara baik, manis dan indah kerana secara psikologinya kita akan
merasa sentiasa positif. Kita juga di sarankan bercakap hal - hal
baik, kerana itu adalah doa kepada Tuhan. Seperti kata orang,
masinnya kata - kata orang tua [8].

Sekiranya anda betul - betul mahukan perkara yang anda inginkan,
sebutlah dengan baik dan jelas kerana kita percaya Tuhan Maha
Mendengar dan dengan izinNya permintaan kita akan tertunai
setimpal dengan apa yang kita usahakan.

[7] http://maafcakap.blogspot.my/2011/09/ucapan-itu-doa.html
[8] http://www.padinrose.com/2010/10/masinnya-kata-kata-orang-tua.html

23 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

12

YANG TIDAK BOLEH DIBELI
http://www.padinrose.com/2011/09/yang-tidak-boleh-di-beli.html

Kalau kebiasaan, kita akan lihat "Not For Sale" dan di terjemahkan
sebagai "Bukan Untuk Di Jual". Tetapi sama atau tidak kalau aku
letak dua ayat ni, "tidak boleh di beli" dan "bukan untuk di jual"?..
Err aku pun tak pasti, tapi macam best je letak tajuk tu..

Banyak perkara atau benda yang tidak boleh dijual-beli. Setuju?
Heheh.. Dalam lagu Raihan pun ada kan, "Iman tak dapat di jual
beli... dari seorang ayah yang bertaqwa.." Memang benar, tak semua
perkara kita boleh beli dengan apa yang kita ada, kemewahan,
kemasyhuran.. Sekalipun secara fizikal kita seakan mampu memiliki
kesemuanya, tetapi ternyata ia adalah silap.

Kita tidak boleh membeli jiwa.not for sale Kita tidak boleh membeli
perasaan. Kita tidak boleh membeli pengalaman. 3 cukuplah,
banyak lagi elemen yang tidak boleh di beli. Mungkin, elemen yang
selebihnya aku berikan pada kreativiti blogger untuk membuat
olahan sendiri. Ada berani?

Jiwa, perasaan dan pengalaman ini merupakan kombinasi terbaik
dalam membezakan setiap individu terhadap individu yang lain.
Mungkin pengalaman di tinggalkan kekasih sebagai suatu kenangan
pahit yang sukar di lupakan, atau mungkin juga ia kenangan manis
yang akan di kenang sampai bila - bila.

24 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

Perasaan ketika pertama kali berjumpa hantu, perasaan semasa di
khatankan, perasaan ketika pertama kali jatuh motor, perasaan
ketika bermain Roller coaster, perasaan ketika mengambil ujian
memandu bersama JPJ, perasaan ketika pertama kali meluahkan isi
hati - ke semua ini memang tidak boleh di jual kepada orang lain.

Kalau nak tahu apa rasanya di sengat tebuan, nak tahu apa rasanya
di tampar di pipi berkali - kali, nak tahu apa rasanya kuku tercabut,
nak tahu rasanya hidup menanggung rindu anda perlu melaluinya
sendiri dan sesudah itu, barulah anda dengan senang hati boleh
berkata, "Aku pernah rasa pengalaman itu.."

Pengalaman tidak boleh di beli, juga ia bukan untuk di jual.
Pengalaman adalah untuk perkongsian. Pengalaman akan
menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya, jika dan hanya jika kita
benar - benar mahu ia menjadi lebih baik.

Entri ini adalah catatan aku yang ke 300 dalam laman padinno, dan
aku tak sangka rajin jugak aku menulis hahhaa.. Tak boleh di beli
jugak angka ni kalau aku sendiri tak melaluinya kan.. Agak - agak
tahun ke berapa angka ni genap 1000? Entahla kan.. Sebenarnya,
aku dah merepek je ni. Mula - mula tadi ada idea, tapi bila kopi dah
abes, idea entah hilang ke mana..

Kurang sempurna artikel ni.. Aku pun taktahu di mana silapnya,
nak olah semula panjang pulak, nak delete.. dah berapa perenggan
aku garap nih.. Rugi. Sekali sekala buat entri macam ni, apa
salahnya. Kalau salah, lain kali aku tak buat lagi. He He He..

25 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

13

SURVIVAL HIDUP
http://www.padinrose.com/2011/09/survival-hidup.html

Teringat babak di mana Kapten Barbossa menceritakan situasi di
mana dia dan Black Pearl yang cuba di musnahkan oleh Blackbeard,
dia cuba bertahan dengan segala usaha yang ada dan walaupun
terpaksa hilang sebelah kakinya, namum Barbossa tetap optimis
untuk survive.

Begitulah hendaknya kita dalam hidup ni. Jangan mudah mengalah.
Hidup dengan azam. Hidup dengan usaha. Pasti segala apa yang
kita hajati akan berhasil. Bulatkan tekad, hadapi segala rintangan
dengan cara penyelesaian yang terbaik.

Siapa yang boleh bantu kita untuk cemerlang dalam peperiksaan?
Siapa yang boleh bantu kita untuk hidup sempurna? Siapa yang
boleh bantu kita untuk mendapat kerjaya yang baik? Siapa yang
boleh bantu kita untuk memenangi pilihan hati?

Tanya diri anda, dan at the end of story, semua jawapan itu akan
berbalik kepada diri anda. Andalah yang akan menentukan laluan
hidup anda samada cemerlang, ataupun apa sahaja yang anda
hajati. Bagi aku, semua yang berlaku dalam ranjau kehidupan aku
adalah motivasi terbaik untuk aku bertahan.

Aku survive sendiri dalam penentuan kehidupan yang aku telah,
sedang dan akan aku lalui. Pasti kalian juga begitu. Aku taknak
menyusahkan isi keluarga aku, dan apa sahaja kehendak, aku yang
buat keputusan mengikut apa yang aku mampu

26 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

Bagi yang mengikuti 'cerita' aku, sememangnya aku agak
ketinggalan dan lambat dalam setiap perkara. Tetapi aku tak cakap
aku tak akan dapat memilikinya kan? Mungkin cepat atau lambat
sahaja. Manisnya bila memiliki sesuatu dengan usaha sendiri.
Ibubapa, guru dan kawan - kawan mungkin sebagai pendorong
semangat sahaja.

Yang pentingnya ada perancangan dan tekad yang kuat untuk
melaksanakan perancangan tersebut. Dulu - dulu bukan aku tak
mahu beli kereta, bukan aku tak mahu ambil lesen memandu, tetapi
aku hanya memikirkannya bila keadaan sesuai. Bila status
kewangan dah stabil, bolehla berkira - kira untuk maju setapak lagi.

Aku bukan jenis yang nak sesuatu perkara, perlu segera dan perlu
menyusahkan orang lain. Tidak. Biarlah lambat sedikit asalkan
tidak mengheret orang lain. Ada yang hidupnya mudah, semuanya
di suap - sedikit pun aku tidak berasa cemburu kerana itu laluan
hidupnya sendiri. Apa yang aku tekankan di sini, mana - mana yang
senasib dengan aku, hanya satu perkara - ukur baju di badan
sendiri.

Beringatlah tentang satu perkara, jika anda fikirkan boleh, anda
pasti boleh! Sebab, semua yang terjadi dalam hidup anda, diri
sendiri yang menetukannya. Tara...

27 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

14

SEMARAK API KEMARAHAN
http://www.padinrose.com/2011/11/semarak-api-kemarahan.html
Anda pernah memasak menggunakan kayu api? Tidak kira
memasak apabila kehabisan gas memasak, ataupun memang gemar
memasak menggunakan kayu api, ataupun memang tiada dapur gas.
Biasanya kalau memasak rendang, memang guna dapur kayu.
Kalau hendak air lekas mendidih, sorongkan kayu lebih dan api
akan lebih marak dan mendidihkan air dengan lebih cepat. Kalau
dah terlebih api, cepat - cepat keluarkan semula longgokan kayu
tadi, kalau tak hangus makanan, diri sendiri yang binasa lapar tak
dapat makan makanan yang di masak.
Begitu juga dengan kemarahan. Perasaan marah ini seringkali di
kaitkan dengan hati panas, jiwa menggelegak dan hilang kawalan.
Perasaan marah ini juga boleh di terangkan dengan gambaran api
yang menyala. Tetapi sedarlah, api ini sinonim dengan syaitan,
sinonim dengan kehancuran, keazaban di akhirat kelak.

28 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

Api dapur boleh di semarakkan dengan kayu api, dan api kemarahan
boleh di semarakkan lagi dengan godaan syaitan -yang memang
janjinya akan berterusan menggoda manusia untuk melakukan
kejahatan. Jika anda sedang marah, ingatlah syaitan sebenarnya
berjaya menghidupkan api, dan mereka akan cuba untuk
semarakkan lagi nyalaan api supaya terus membakar.
Anda lihat. Anda dengar. Akibat iri hati, dendam, marah banyak kes
jenayah di laporkan di media arus perdana. Bunuh isteri kerana
curang, bunuh bapa kerana harta, simbah asid, dan bermacam -
macam lagi. Di mana letaknya akal, kalau nafsu menguasai tubuh?
Justeru, lebih baik jangan marah. Tapi kalau ada orang buat anda
marah, cuba redakan dengan langkah - langkah yang rasional.
Jangan terlalu mengikut amarah, takut nanti orang yang tidak
berdosa mendapat bahana. Bukan aku mengata diri aku baik, tidak.
Aku jadikan artikel ini juga sebahagian dalam hidup aku supaya aku
juga sering beringat. Ketahui langkah untuk elak marah. [9]
Anda pernah masak dapur kayu? Hahah.

[9] http://www.padinrose.com/2010/01/jangan-marah.html

29 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

15

MENYESAL TAK SUDAH
http://www.padinrose.com/2011/11/menyesal-tak-sudah.html
Pernah dengar "bila keranda di bawa, baru bercucuran air mata"?
Aku pun tak pasti samada peribahasa ini di gunakan dalam
penggunaan Bahasa Melayu, tapi aku selalu tengok penggunaannya
dalam komik Lingkaran Terkunci, hahah.
Maksud peribahasa ni, mengikut kefahaman peribadi, bila berlaku
sesuatu baru hendak menyesal tiada gunanya lagi, lebih kurang
menyesal tak sudah la agaknya. Ehemm, kalau anda hendak makna
yang lebih tepat, kena rujuk pada yang lebih arif tentang bahasa la
ye?
Setiap tindakan pasti akan adamenyesal tak sudah kesan yang di
tinggalkan, samada mencapai pengharapan atau pun sebaliknya. Ia
penting lebih - lebih lagi memerlukan kita membuat keputusan dan
tindakan tersebut menjadi titik penting terhadap apa yang bakal
berlaku kelak.

30 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

Perihal menyesal tak sudah ini perlu di elakkan supaya diri tidaklah
terlalu rasa bersalah. Bagi individu yang mudah membiarkan
perkara lama berlalu, ia bukan menjadi masalah besar tetapi ia
sedikit sebanyak mengganggu prestasi jika penyesalan tersebut
terus menerus menghantui diri.

Contoh yang boleh anda lihat, taubat. Kita di anjurkan agama
supaya bertaubat dan menginsafi diri sebelum kita mati, sebab
kalau dah mati memang tak berguna dah. Masa itu baru rasa nak
menyesal? Sudah terlambat, kawan.

Contoh lain yang boleh kita ambil, ialah pendidikan dan pelajaran.
Gunakan peluang sebaik mungkin untuk menuntut ilmu, dan
mencapai prestasi terbaik, kerana peluang hanya datang sekali dan
perlu di manfaatkan. Jangan terlalu alpa dan mengabaikan
pendidikan kerana jika anda gagal, baru nak menyesal.. memang tak
guna dah.

Jika anda menyukai seseorang, ambil langkah bijak untuk
memikatnya. Walau apa jua keputusannya, sekurang - kurangnya
anda sudah memulakan langkah pertama, takut nanti terlepas
kepada orang lain sedangkan peluang sama rata, gigit jari lah!
hahah..

Cukup sampai di sini. Harap - harap perkongsian ini mampu untuk
mengetuk hati anda supaya lebih waspada dalam tindakan supaya
nanti tidak berlaku kes "bila keranda di bawa, baru bercucuran air
mata".. jika anda ada kisah menyesal tak sudah ini, sudilah kiranya
berkongsi di ruangan komen, dan bagaimana menghadapinya. Pasti
seronok berkongsi, bukan?

31 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

16

TAHUKAH KAMU?
http://www.padinrose.com/2011/12/tahukah-kamu.html
Tahukah kamu apa yang bakal aku tulis dalam entri kali ini?
Tahukah kamu bagaimana aku mendapat idea untuk menulis entri
ini? Tahu atau tidak, kena baca lah dulu, baru kamu boleh tahu apa
yang kamu mahu tahu.
Tahukah kamu, walaupun manusia mempunyai sepasang mata
untuk tujuan melihat, tetapi tidak boleh melihat wajah sendiri tanpa
bantuan cermin atau ilustrasi foto. Kerana manusia, hakikatnya
seakan sempurna tetapi masih ada kekurangan. Jangan mendabik
dada mengukur diri sudah hebat, sedangkan diri sendiri masih perlu
mengharapkan bantuan orang lain.
Tahukah kamu, kenapa Tuhan sembunyikan matahari sebaliknya
menurunkan hujan dan halilintar? Kerana Dia ingin memberikan
kita pelangi yang indah. Kadangkala kita resah bila sesuatu ujian
dan dugaan melanda. Merungut dan mengatakan diri bernasib
malang. Tapi sebenarnya kita tak tahu apa yang bakal menanti kita.

32 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com

Tahukah kamu, kenapa pelangi muncul selepas hujan dan halilintar,
bukan sebelumnya? Sebabnya, aku dah muatkan dalam entri
Kemunculan Pelangi. Kisah ini mengingatkan tentang pentingnya
pengukuhan persaudaraan sesama manusia. Ibarat pepatah,
"bersatu kita teguh bercerai kita roboh". bukan bercerai kahwin lain
ya!
Tahukah kamu, ada penulis yang bersengkang mata, mengolah ayat,
mencari cerita untuk di muatkan dalam ruangan berita, makan
entah ke mana, tidur entah di mana demi sesuap nasi belum kira
kena maki hamun dengan bos, tapi ada di antara manusia mengaut
keuntungan dengan daya usaha kurang dari 5 minit sahaja.
Akhirnya, tahukah kamu, bahawa aku hanya perlukan kamu
membaca entri ini dalam 3 - 5 minit sahaja, tetapi aku mahu kamu
menghayatinya selagi ia relevan dalam kehidupan kamu. Tidak
percaya? Ayuh, mulakan bacaan semula, dan tengok jam anda, 5
minit, bukan??
Nota : Tahukah kamu.......... aku nak tidur dah ni, ekekee

33 Himpunan Motivasi Siri 1 | www.padinrose.com


Click to View FlipBook Version