The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SMK SUNGKAI, 2021-01-22 21:27:24

ASPIRE@SMES BIL 1 (JAN)

ASPIRE@SMES 1

Keywords: ASPIRE@SMES

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPA1 N

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

DARI MEJA PENGARANG… Sidang Redaksi
ASPIRE@SMES
Selamat datang tahun baru 2021. Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih
memberikan kita peluang untuk sampai ke tahun baru ini dengan semangat yang Penasihat
lebih besar bagi menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. Selamat tinggal Hajah Siti Khadijah binti Ngosman
tahun 2020 yang penuh dengan pelbagai cabaran tetapi kita tetap gagah berdiri
menantang tahun baru dengan penuh berhemah. Ketua Sidang Redaksi
Rosnah bt Taib
Tahun ini buat pertama kalinya kami sidang redaksi majalah SMK Sungkai
telah diberi kepercayaan oleh Puan Pengetua, Puan Hajjah Siti Khadijah bt Ngosman Penolong Ketua Sidang Redaksi
untuk menerbitkan majalah SMK Sungkai dalam bentuk e-majalah secara berkala Mahalabiah bt Mohamad
iaitu sebulan sekali. E- Majalah SMK Sungkai yang kita namai sebagai ÁSPIRE ZONE Fotografi
@SMES.
Mohd Suhazli bin Che Abdullag
Besar harapan kami agar tahun 2021 kita akan dapat merakam banyak Artikel Bahasa Melayu
momen indah yang boleh kita abadikan di dalam ASPIRE ZONE @SMES. Momen
indah ini seterusnya diharapkan akan berjaya menutup segala pengalaman duka Hj Rohim@Rahim bin Ngahat
sepanjang 2020. Saya sebagai ketua editor majalah ingin mengucapkan berbanyak Suhana bt Basil
terima kasih kepada pengetua, barisan pentadbir, rakan guru, ibu bapa dan pelajar
yang menyokong penerbitan e-majalah sulung ini. Kami juga berbesar hati menerima Artikel Bahasa Inggeris
cadangan atau pandangan daripada mana-mana pihak untuk kebaikan majalah kita. Pratiba a/p Velummmailum
Saya juga mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan di atas kekurangan
kami yang masih perlu banyak belajar dalam usaha menerbitkan e-majalah yang Grafik Berkomputer
lebih baik. Nur Hidayah bt Taib

Di sini saya mengambil kesempatan untuk menyentuh sedikit mengenai Diterbitkan oleh:
ruangan Ikon SMES. Ruangan ini kita adakan hanyalah semata-mata untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai
mengenang jasa warga SMK Sungkai. Perkataan ikon adakalanya disamakan dengan Jalan Pekan Lama
perkataan idola sehingga menyebabkan ada yang tidak selesa dengan perkataan ini. 35600, Sungkai
Ikon bukan idola. Ikon yang kita maksudkan hanyalah seorang yang kita hargai Tel: 05-4386609
jasanya. Menurut kertas konsep Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Faks :05-4386610
sambutan hari guru 2019, makna ikon yang paling utama ialah seorang guru yang Laman web: smes.edu.my
kita boleh jadikan sebagai pakar rujuk mengenai sesuatu bidang . Jadi setakat ini
sahaja makna yang kami pakai untuk ruangan Ikon SMES.

Akhir kata, marilah kita sambut 2021 seperti remaja ini yang berkata : ‘’ I like who

I’m becoming, a lot”. Bersama kita melakar kejayaan baru .

Pn.Rsnah binti Taib
Ketua SidangRedakis
ASPIRE@SMES

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 2

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

KEMBALI KE SEKOLAH FOKUS@ASPIRE
DALAM NORMA BAHARU

Pendaftaran pelajar asrama telah diadakan pada 17 Januari
2021, melibatkan sebahagian pelajar tingkatan 5 (2020) dan
tingkatan 6 (sem 1 & 3).

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 3

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

PROGRAM@SMES

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN SPM

EN MOHAMAD NAUFAL BIN AZID
MANTAN KAUNSELOR ORGANISASI

PPD KERIAN
20 JANUARI 2021

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 4

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

PROGRAM@ASMES

PROGRAM
MOTIVASI BELAJAR

ASRAMA

TN HJ AHMAD FEUGI BIN
ABDULLAH
KAUNSELOR

SMK SUNGKAI
18 JANUARI 2021

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 5

Selamat Datang EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
-AZAM & HARAPAN-
SANTAI@ SMES

Sedar atau tidak sedar kita telah meninggalkan tahun 2020 dan melangkah ke tahun baharu. Pastinya
memori atau kenangan tahun-tahun sebelum ini, sama ada yang indah ataupun tidak, merupakan
pengalamanyang mematangkan kita semua dan boleh dijadikan iktibar bagi menghadapi dugaan yang
bakal mendatang pada tahun baharu 2021 ini.

Pasang Azam Tahun Baru 2021

Dalam edisi tahun baru ini, kita ingin kongsikan azam dan harapan beberapa orang warga SMK
Sungkai bagi inspirasi kita bersama.Semoga dengan adanya azam dan iltizam, kita dapat mendorong
diri kita untuk berusaha lebih gigih untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Tahun ni, azam saya adalah untuk Saya ingin mendapat keputusan yang cemerlang
mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM
dalam SPM 2020 supaya dapat -Ayuni, 5ST
membanggakan ibu bapa dan guru-guru saya
M.Yuvasri ,5ST

Menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri Saya berazam untuk menaikkan berat badan dan lagi
dan menghargai kurniaan Allah S.W.T ramai orang tersneyum
-Pn.Rahyu -Elias, 2RK

Bersyukur dengan Berusaha lebih gigih untuk Azam saya…. semua student subjek
apa yang dimiliki. mencapai kejayaan Pengajian Am saya dapat A…..
-Pn.Anisiah -En.Mohd Safri -Pn.Noor Akma

I want to reduce my weight ,so everyday I’m going to train station with my family to jog,small
workouts and etc..
-Taarani, 2RK

I want to be an excellent student, like other Tahun ni nak kumpul Azam tahun baru saya
friends! duit.. nk buat kitchen tahun ini ialah untuk
menjadi murid yang
-Ainul, 2 RK kabinet.. :-)
-Puan Sharifah Aminah rajin di sekolah
ini.Saya berharap
Saya berazam untuk menjadi seorang yang lebih menjaga hubungan dengan semua guru dan
llah dan manusia..dan mengurangkan penggunaan telefon.Doakan saya
cemerlang PT3.. murid akan
-Rahul, 3RK menyenangi saya
-Praveena, 2 RK

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 6

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

IKON SMES

'ALAH BISA TEGAL BIASA’

Kiranya semua warga SMES dapat mengagak siapakah ikon keluaran
pertama Aspire Zone @SMES kita. Beliau ialah tidak lain dan tidak bukan

Puan Pengetua kita sendiri . Puan Hajjah Siti Khadijah bt Ngosman.
Pertama kali melaporkan diri dan berjabat tangan dengan insan ini hati
saya cepat berkata, humblenya orang ni. Dengan penampilannya yang
sangat sederhana. Penampilan seorang ibu maka tidak hairanlah beliau

lebih dikenali sebagai bonda di kalangan murid-murid SMES.

Kita tahu beliau telah menempa berbagai kejayaan Sejarah Perkhimatan
dalam sepanjang kerjayanya sebagai seorang guru
apalagi sebagai seorang pengetua tetapi apa yang Sekolah pertama Puan Hajjah Siti Khadijah bt Ngosman
menarik di hati saya mengenai beliau bukan ialah SMK Trolak. Di sanalah beliau memulakan kerjaya
mengenai anugerah-anugerah tersebut tetapi ialah sebagai seorang guru sejarah. Pada tahun-tahun 1990an,
skill pengurusan dan pentadbirannya yang saya tidak ramai guru lepasan ijazah di sekolah berkenaan. Dasar
tafsirkan agak luar biasa. Sebagai seorang guru melantik guru kanan secara dalaman di sekolah-sekolah
sebagai seorang ibu dan isteri saya selalu gred B telah membawa pengalaman bermakna kepada Puan
membandingkan jauhnya keupayaan saya dengan Hajjah apabila beliau dilantik sebagai Penyelia Petang. Di
beliau. Tanggungjawab yang digalas sangat berat. sinilah bermulanya beliau menimba ilmu pengurusan dan
Berani saya kata lebih ramai yang menolak daripada pentadbiran. Jawatan di dalam pentadbiran di SMK Trolak
yang meminta tanggungjawab sebagai pengetua ini terus menaik kepada Guru Kanan Kokurikulum, Guru
sekolah. Kanan HEM sehingga pada satu ketika jawatan pengetua di
sekolah berkenaan kosong dan beliau telah diamanahkan
Namun demikian lain halnya dengan sosok ikon untuk menanggung kerja pengetua pada masa itu. Semua
Aspire Zone @ SMES keluaran sulung ini. Beliau jawatan yang digalas oleh Puan Hajjah bukan lantikan hakiki
bukan insan yang menolak sebaliknya menerima tetapi ilmu pengurusan dan pentadbiran diperolehi secara
dengan berlapang dada setiap tugasan yang hakiki.
diberikan kepadanya.Jawapan beliau dengan gaya
bersahaja kepada soalan pertama saya, di mana Saya tidak dapat menolak untuk berasa kagum dengan
Hajjah belajar ilmu pengurusan dan pentadbiran sosok ini. Beraninya dia. Tidak pernah menolak
telah berjaya menjelaskan dan membuatkan saya tanggungjawab yang diberikan sebaliknya melaksanakan
mengiyakannya. dengan sebaik mungkin. Menurut beliau semasa di SMK
Trolak beliau banyak belajar daripada mantan pengetua
ketika itu iaitu Tuan Haji Azmi bin Surip yang merupakan
seorang pengetua yang sangat komited dengan
kecemerlangan. Insan ini banyak mempengaruhi gaya kerja
beliau.

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 7

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

‘Care Taker’

Puan Hajjah sentiasa berusaha untuk kembali ke Tapah ““Bahaya dapat pengetua yang bermula dari scratch.”
memandangkan rumah beliau di sana. Tetapi jawatan kata saya dalam nada bergurau. Cepat beliau menjawab
yang dipegang di SMK Trolak telah membuatkan beliau tidak apabila saya membayangkan alangkah bagusnya
sukar dipindahkan. Walau bagaimana pun rezeki ilmu pengurusan ini dibawa ke dunia perniagaan.
menyebelahi beliau apabila beliau berjaya dipindahkan Dengan tegas beliau berkata, saya tidak minat bidang
ke SMK Hamid Khan, Tapah . Namun demikian beliau perniagaan. Saya minat bidang pendidikan. Ini lah
tidak lama di SMK Hamid Khan iaitu hanya selama 10 jawapan kepada hasil kerja beliau yang dapat kita lihat
bulan sahaja kerana Pejabat Pendidikan Daerah telah pada hari ini. Beruntungnya beliau mencintai
mempunyai perancangan yang lain untuk beliau. Beliau kerjayanya sendiri. Sedangkan saya harus selalu
telah ditempatkan ke SMK Tapah . SMK Tapah di mendidik hati.
mana beliau ditempatkan ialah sebuah sekolah yang
baru siap. Nama sekolah pun masih belum didaftarkan Kecintaan yang mendalam kepada profesion keguruan
pada masa beliau ditempatkan itu. Beliau sengaja itulah yang membawa beliau di tempat sekarang. Beliau
dihantar ke sana untuk menjadi care taker. Saya bekerja berpandukan buku. POLC (planning organising
tertanya-tanya apalah yang dilihat oleh pihak PPD maka leading controlling ) adalah pegangan beliau.
dihantar insan ini ke sana. Beliau telah dihantar ke sana Pengalaman yang rencam dalam perihal pengurusan
bersama seorang rakan guru dan dua orang tukang dan pentadbiran sekolah menjadikan beliau “alah bisa
kebun. Itu sahaja. Dengan keadaan sekolah yang belum tegal biasa”. Hajjah seorang ketua sekaligus seorang
pun didaftarkan. Tiada guru lain, tiada murid. Ini adalah bonda.
pengetahuan baru kepada saya. Dalam hati berkata,
boleh pula begitu? Di sini lah segalanya bermula. Puan
Hajjah diberikan masa selama 6 bulan untuk
menyediakan sekolah yang belum didaftarkan ini untuk
menerima kemasukan murid-murid dan guru-guru .
Bersama rakan sekerja yang cuma seorang itu beliau
terpaksa menyelesaikan berbagai perkara. Guru mata
pelajaran sejarah mengukur bangunan dan memeriksa
keselamatan bangunan sebelum layak beroperasi sebagai
sebuah sekolah. Boleh kita bayangkan betapa banyaknya
perkara yang perlu diselesaikan. “Tak stress ke?” Soal
saya. “Tidak.” katanya. “Paling utama dalam keadaan
itu ialah saya banyak bertanya. Bertanya kepada semua
pihak yang berkenaan dengan masalah yang saya perlu
selesaikan. Bertanyakan rakan pengetua yang lain,
membina hubungan rapat dengan pihak PPD dan mana-
mana sahaja pihak yang berkenaan. Keutamaan pada
masa itu ialah tugasan yang diamanahkan wajib saya
selesaikan. Saya pernah mengambil kelas komputer
semata-mata untuk membuat jadual waktu guru-guru
apabila sekolah sudah bersedia menerima guru-guru dan
murid-murid perintis sekolah baru ini. “

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 8

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

KONGSI ILMU

Law of Attraction

Tahun baru sinonim dengan azam baru. Terfikir juga nak keluar dari klise ini tapi perkara baik apa salahnya
kita ikut. Sempena tahun baru dengan azam baru maka saya berasakan tajuk : Law Of Attraction amat sesuai
untuk kita ulangkaji . Konsep law of attraction bukan perkara baru dalam masyarakat kita . Hampir semua
orang pernah mendengar mengenainya. Dalam terjemahan kita kenali sebagai hukum tarikan.

Bagaimana mempraktikkan hukum tarikan ini?

Apa itu Law Of Attraction? 1. Teknik Gambarkan (visualize)
Tanya diri kita apa yang kita mahu? Umumkan kepada diri
Dalam dunia fizik, kutub utara magnet kita apa yang kita mahu itu. Perkara yang kita mahu
menarik atau tertarik ke arah kutub selatan sungguh-sungguh (badly). Gambarkan dalam minda kita apa
magnet. Tapi tidak halnya dalam dunia yang kita mahu itu sejelas-jelasnya. Pastikan di dalam fikiran
metafizik. Hal yang sebaliknya berlaku dalam kita, kita sudah pun memiliki apa yang kita mahukan itu.
dunia metafizik. Kebaikan menarik kebaikan Daripada gambar dalam minda itu pindahkan kepada dream
(goodness menarik goodness). Keburukan board/ future board/vision board.
menarik keburukan.
Pahatkan gambar itu dalam minda kita dan bawa ia ke
Seseorang yang sentiasa memikirkan hal-hal mana-mana bersama kita seoalah-olah kita sudah pun
yang positif sentiasa berbaik sangka maka menjadi sebagaimana yang kita mimpikan. Contohnya ,
menurut hukum tarikan ini maka perkara itu gambarkan diri kita sebagai murid yang mendapat 9A SPM.
lah yang akan tertarik kepadanya. Sebaliknya Lihat diri kita dalam gambar itu dengan sangat jelas. Dengan
kalau sesorang yang selalu berburuk sangka, sangat konfiden tanpa sekelumit keraguan. Jangan delete
fikirannya negatif memanjang maka hal-hal gambar itu dari minda kita selagi keputusan peperiksaan
keburukanlah yang akan hadir kepadanya. belum berakhir.
Jangan salahkan orang lain kalau sering
didatangi keburukan sebaliknya muhasabah
diri dulu.

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 9

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

2. Teknik Cognitive Reframing
Teknik ini memerlukan kita untuk memastikan dahulu
bagaimana keadaan kita sekarang adakah kita bersedih ,
pemarah dan apa saja kemudian kita reframe kita yang
sekarang kepada kita yang baru. Kita yang kita mahukan .
Dan, kita guna pakai kita yang di reframe itu. Tinggalkan
kita yang sekarang.

Namun begitu, apakah halnya sekiranya fikiran negatif tetap datang menganggu fikiran kita? Kita sudah buat
dream board dan reframe tapi ada juga gangguan negatif menganggu kita. Bagaimana? Susah bukan? Ini lah
yang selalu dikatakan supaya kita elakkan negative vibes, elakkan daripada orang-orang negatif. Bagaimana
kalau orang yang negatif itu orang yang dekat dengan kita? Adik beradik, ibu bapa, suami. Secara peribadi
saya mengamalkan compassion . Hadiahkan belas kasihan kepada orang begini dan kita akan aman dengan
dream
board /reframe kita.

Walaubagaimana saya teringat satu dialog lucu antara Lee dengan Carter yang juga membantu saya
menangani orang-orang yang negatif.

Carter : Lee how do you manage to stay cool all the time?
Lee : Because I don’t get into arguments with stupid people, I just cut it short and say “you are

right”.
Carter : But that’s completely irrational and wrong.
Lee : You are right.

Diharapkan perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak menyokong cita-cita hebat kita sempena tahun baru
sebagaimana janji Allah; aku mengikut sangkaan hambaku.

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 10

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

MENCARI MUTIARA TAKWA

Karya Rohim@Rahim bin Ngahat

Dari bahtera nurani
kulontarkan kail insaf berladung sabar
ke dalam perut gelora
lautan kehidupan

Oh kail !
lautan itu gelap berliku
melingkar akar buntu
berselirat akal keliru

Jika kau yakini inayatnya
lautan kau telusuri
lautan kau dasari
himpunkan cahaya
mutiara takwa
kemilaunya mencuci legam dosa
dan akan temui hakikat hidup
yang abadi

Bangi, 1998

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 11

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

MIKROBA KORONA

Karya Putera Intan MDR (Hamdan bin Mohamed Do’a)

Pegarinya ia jadi tanda tanya
Tanah Tongsan dikatakan asal pemula
Variannya melempara melangkau tanah sempadan
Seantero dunia jadi gundah jadi kekalutan
Berbilang jiwa jadi mangsa dek kerana Mikroba Korona
Figura terkena kian melata
Tertumpas tertewas banyak jiwa, meruntun, sebak, memilu
rasa
Musara kerja jejas sama, merintih buana khalayak derita

Ayuh satukan rasa
Samakan kata mencari punca dan cara
Tantang Mikroba Korona habis-habisan
Sena barisan depan perlu sokongan,
Sena barisan depan perlu dokongan
Usah diabai aturan tetapan
Sama kita jaga kita, Sama kita jaga keluarga, Sama kita jaga negara

Pergi jauh Mikroba Korona
Pergi jauh daripada jiwa dan mata
Usah diganggu pertiwi merencana
Usah dicacat hasrat nak muda
Mengorak langkah, melakar mencorak, masa depan mereka
Mikroba Korona…. jadilah tanda, usah lagi jadi fenomena.

Teluk Intan,Perak. 12
09 Januari 2021

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

Habits EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

of Highly Effective FOOD FOR THOUGHT

Students While some students are able to breeze through school
with minimal effort, this is the exception. The vast
The key to becoming an effective majority of successful students achieve their success by
student is learning how to study developing and applying effective study habits. The
smarter, not harder. This becomes following are the top 10 study habits employed by highly
more and more true as you advance in successful students. So if you want to become a
your education. An hour or two of successful student, don't get discouraged, don't give up,
studying a day is usually sufficient to just work to develop each of the study habits below and
make it through high school with you'll see your grades go up, your knowledge increase,
satisfactory grades, but when college and your ability to learn and assimilate information
. arrives, there aren't enough hours in the improve

day to get all your studying in if you
don't know how to study smarter.

1. Don't attempt to cram all your studying into one session.
Ever find yourself up late at night expending more energy trying to keep your eyelids open than you are
studying? If so, it's time for a change. Successful students typically space their work out over shorter
periods of time and rarely try to cram all of their studying into just one or two sessions. If you want to
become a successful student then you need to learn to be consistent in your studies and to have regular,
yet shorter, study periods.

2. Plan when you're going to study. 3. Study at the same time.
Successful students schedule specific Not only is it important that you plan when you're going
times throughout the week when to study, it's important you create a consistent, daily
they are going to study -- and then study routine. When you study at the same time each day
they stick with their schedule. and each week, you're studying will become a regular part
Students who study sporadically and of your life. You'll be mentally and emotionally more
whimsically typically do not perform prepared for each study session and each study session
as well as students who have a set will become more productive. If you have to change your
study schedule. Even if you're all schedule from time to time due to unexpected events,
caught up with your studies, creating that's okay, but get back on your routine as soon as the
a weekly routine, where you set aside event has passed.
a period of time a few days a week,
to review your courses will ensure
you develop habits that will enable
you to succeed in your education
long term.

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 13

4. Each study time should EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
have a specific goal.
Simply studying without 5. Never procrastinate your planned study session.
direction is not effective. You It's very easy, and common, to put off your study session because
need to know exactly what of lack of interest in the subject, because you have other things
you need to accomplish you need to get done, or just because the assignment is hard.
during each study session. Successful students DO NOT procrastinate studying. If you
Before you start studying, set procrastinate your study session, your studying will become much
a study session goal that less effective and you may not get everything accomplished that
supports your overall you need to. Procrastination also leads to rushing, and rushing is
academic goal (i.e. memorize the number one cause of errors.
30 vocabulary words in order
to ace the vocabulary section 6. Start with the most difficult
on an upcoming Spanish test.) subject first.
As your most difficult
7. Always review your assignment or subject will require
notes before starting an the most effort and mental
assignment. energy, you should start with it
first. Once you've completed the
Obviously, before you can most difficult work, it will be
review your notes you much easier to complete the rest
must first have notes to of your work. Believe it or not,
review. Always make sure starting with the most difficult
to take good notes in class. subject will greatly improve the
Before you start each study effectiveness of your study
session, and before you sessions, and your academic
start a particular performance.
assignment, review your
notes thoroughly to make 8. Make sure you're not distracted while you're studying.
sure you know how to Everyone gets distracted by something. Maybe it's the TV. Or
complete the assignment maybe it's your family. Or maybe it's just too quiet. Some people
correctly. Reviewing your actually study better with a little background noise. When you're
notes before each study distracted while studying you (1) lose your train of thought and (2)
session will help you are unable to focus -- both of which will lead to very ineffective
remember important studying. Before you start studying, find a place where you won't be
subject matter learned disturbed or distracted. For some people this is a quiet cubicle in the
during the day, and make recesses of the library. For others it is in a common area where there
sure your studying is is a little background noise.
targeted and effective.

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 14

Refleksi Diri EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

TINTA NURANI

Fikir yang baik-baik, buat yang baik-baik, Insya-Allah hidup kita akan baik-baik sahaja.

Untuk fikir yang baik-baik itu adalah pilihan kita. Tetapi kebahagiaan dan kegembiraan itu sangat
bergantung kepada apa yang kita fikirkan.

Jika fikiran kita dipengaruhi dan dipenuhi hal-hal yang negatif, cuba tengok wajah kita di
cermin...menyedihkan bukan?

Jerawat naik pada muka, kulit muka mula berkedut sebelum waktunya.

Itu baru pada muka. Belum lagi pada batang tubuh kita. Kita rasa sakit sana sini, padahal kita sihat-
sihat sahaja waktu gembira (berfikiran positif)

Kita jadi pemarah, mudah putus asa dengan hidup, dan bermacam-macam lagi kesan berfikiran
negatif ini.
Betul, berfikiran positif itu bukan bermakna kita gembira sepanjang masa. Saya sendiri juga bukan
24/7 jam, dan 7/7 hari berfikiran positif.

Seperti selepas pengumuman PKP dan PKPB minggu lepas, pasti ada antara kita yang rasa down
gila 'kan?

Tak mengapa, it's ok sepanjang kita tahu dan sedar bahawa situasi itu hanya sementara. Insya-Allah
hari yang baik akan datang. Covid-19 akan pulang ke tempat asalnya.

Kita perlu sedar bahawa, tidak semua hal di dalam dunia ini mampu kita kawal.

Dari sehari ke sehari kes Covid-19 positif meningkat ke angka yang membimbangkan.

Covid-19 ini adalah wabak yang di luar kemampuan kita untuk menghapuskannya, seperti seorang
ilusionis yang boleh menghilangkan sebuah bangunan menggunakan teknik silap mata.

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 15

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

Dari Jabbir Bin Abdillah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
"Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat tersebut sesuai dengan penyakit, maka ia
akan sembuh dengan izin Allah." (Sahih Muslim No. 2204)
Tugas kita sebagai hamba adalah berusaha menjaga diri agar tidak dijangkiti Covid-19,
berdoa bersungguh-sungguh memohon agar diri kita terhindar daripada wabak ini.

Patuhi SOP yang telah dibuat oleh pihak yang
berautoriti.Jangan ikut kepala sendiri!
Selebihnya kita serah kepada Allah, sungguh-
sungguh berserah dan mengharap bantuan
daripada Allah Ya Barik, kerana kemampuan
kita ada hadnya. Kita bukan Tuhan.
Dalam Pepatah Melayu ada dinukilkan :
"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-
senang kemudian.”
Sungguh, Allah pun sebelum nak beri kita
kegembiraan, Dia akan uji kita dahulu sampai
kita jadi kuat. Barulah kita sebagai hamba
bersyukur dan menghargai nikmat dan
kegembiraan yang Allah beri.
Oleh itu,
La Tastaslim | Jangan putus asa.
La Takhaf | Jangan takut.
La Taghdab | Jangan marah.
La Tahzan, Innallaha Ma'ana (Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah bersama kita
- Surah At Taubah ayat 40)
Usah berlama-lama dalam kesedihan. Bangkit dan jalan terus!
Setiap hari adalah permulaan yang baharu. Bernafas dalam-dalam, senyum, dan mari
kita mulakan langkah untuk membuka lembaran baharu kehidupan dengan lebih positif.

Mahalabiah Mohamad 16
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
SMK Sungkai
19.1.2021/11.44 am

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

INFO DAN HEBAHAN

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 17

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

INFO DAN HEBAHAN

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 18


Click to View FlipBook Version