KATA KERJA
TRANSITIF DAN TAK
TRANSITIF
OLEH : CIKGU AYU, SMES
STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARAN
& OBJEKTIF PEMBELAJARAN
STANDARD KANDUNGAN:
5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang
STANDARD PEMBELAJARAN:
5.2.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dalam pelbagai laras bahasa
dengan betul mengikut konteks.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Pada akhir pelajaran pelajar akan dapat mengenal pasti dan menggunakan kata
kerja transitif dan kata kerja tak transitif dengan betul
KATA KERJA
- Golongan kata yang digunakan untuk menyatakan
makna perbuatan atau perlakuan
- Contoh perkataan :
Memasak, menari, menghadiri, melambung, bergurau
- Contoh ayat:
Ibu sedang memasak di dapur.
Ayah sedang mencuci kereta di halaman rumah
KATA KERJA
KATA KERJA TRANSITIF
● Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti
oleh objek yang terdiri daripada frasa
nama untuk melengkapkan maksudnya.
● Contoh :
1.Kakak suka menonton drama.
2.Emaksedangmenjahit baju.
KATA KERJA TRANSITIF
Bentuk Kata Kerja Transitif Contoh Contoh ayat
Kata kerja berawalan ter- Terlanggar, termakan, terpijak Ibu termakan coklat adik.
Kata kerja berawalan meN- Mencuci, menendang, memandu Adik menendang bola di padang.
Kata kerja berapitan meN…-i Menaiki,mendekati, Amir menaiki bas ke sekolah.
Kata kerja berapitan meN…._kan Mengemaskan, memasukkan Profesor Ali mengemukakan idea
yang bernas.
Kata kerja berawalan memper- Memperbuat, memperlebar Buruh-buruh itu sedang
memperlebarkan jalan raya.
Kata kerja berapitan memper-….-i Memperbaiki, mempelajari Dia mempelajari bahasa asing.
Kata kerja berapitan memper-….- Memperkanalkan, mempertemukan Dia cuba mempertemukan ibu dan
kan anak yang sudah lama terpisah itu.
KATA KERJA TAK TRANSITIF
● Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang
sempurna maknanya dengan tidak memerlukan
o b je k.
● Ayat contoh :
Ayah sedang rehat.
(kata kerja “rehat” jelas menunjukkan
perbuatan ayah tidak memerlukan objek
sebagai pelengkapnya)
KATA KERJA TAK TRANSITIF
Bentuk kata kerja Tak Contoh Contoh ayat
transitif Duduk, mandi ,tidur
Kata kerja tanpa imbuhan Dia asyik mandi dari tadi.
Kata kerja berawalan beR- Berjalan, bersenam Adik berjalan menuju ke
kantin.
Kata kerja berawalan meN- Menyanyi, menangis Lili menyanyi sambil menari.
Kata kerja berawalan teR- Tersenyum, termenung Wei Mun termenung
memikirkan nasib diri.
Kata kerja berapitan ber-….- Bersalaman, berpelukan Mereka berpelukan sebaik
an saja bertemu.
KATA KERJA TAK TRANSITIF
KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP
Kata kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang
boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.
Contoh ayat : Mereka berdua asyik berbual.
Kata kerja tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan
yang berfungsi memberi maklumat tambahan.
Contoh ayat : Mereka berdua asyik berbual di dalam bilik.
KATA KERJA TAK TRANSITIF BERPELENGKAP
● Kata kerja tak transitif berpelangkap ialah kata kerja yang
mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan
maksud ayat.
● Perbezaan di antara pelengkap dengan objek atau
penyambut ialah pelengkap hadir selepas kata kerja tak
transitif untuk menyempurnakan maksud ayat manakala
objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja
transitif dan boleh dipasifkan.
● Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah kata adjektif,
frasa sendi nama dan kata nama.
KATA KERJA TAK TRANSITIF BERPELENGKAP
Contoh ayat:
● Kehidupannya menjadi semakin miskin. ( kata adjektif )
● Mereka sekeluarga tinggal di J ohor.(frasa sendi nama )
● Pengemis itu tidur berselimutkan surat khabar. (kata nama )
LATTIHAN 1
LATTIHAN 2
LATTIHAN 3
QUIZIZZ
LATIHAN DALAM MODUL
RUJ UK MS 4
—Someone
Famous
PANTUN NASIHAT
Thanks!
Do you have any questions?
WHATS APP CIKGU AYU
0172482243
CREDITS: This presentation template was
created by Slidesgo, including icons by
Flaticon , infographics & images byFreepik.
Please keep this slide for attribution