1
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
DARI MEJA PENGARANG EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 2
Sidang Redaksi “JOM CUTI”
ASPIRE@SMES
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga SMES yang
Penasihat dikasihi. Kita bersua lagi dalam majalah Aspire @SMES dalam mood cuti.
Hajah Siti Khadijah binti Ngosman Menulis pun rasa lain macam vibesnya . Siapa lah tak suka bercuti. Masa
yang ditunggu-tunggu sampai juga. Sempena bulan Disember bulan cuti
Ketua Sidang Redaksi sekolah kami tidak berasa janggal menggunakan tema ‘Jom Cuti’ untuk
Rosnah bt Taib keluaran bulan ini.
“Lepas PKP, PKP,PKP kita bercuti” bicara seorang kawan dengan girangnya.
Penolong Ketua Sidang Redaksi Kita semua faham apakah perasaan yang telah kita semua alami lantaran
Mahalabiah bt Mohamad terlampau lama tersadai di rumah dan akhirnya kita mendapat kebebasan
Artikel Bahasa Melayu maka bercuti menjadi perkara utama kepada banyak orang. Maka
dapatlah kita saksikan di tempat-tempat percutian di seluruh negara sudah
Hj Rohim@Rahim bin Ngahat mula dibanjiri pelancong tempatan dan luar negara. Kita tumpang gembira
Suhana bt Basil melihat gambar-gambar percutian rakyat seluruh Malaysia yang di
kongsikan di media social. Melihat gambar gembira mereka menyebabkan
Artikel Bahasa Inggeris kita juga teringin untuk turut sama bercuti. Walaubagaimana pun , orang
Pratiba a/p Velummailum kata kita belum berjaya . Kita boleh bercuti tetapi wajib mematuhi SOP
dengan betul supaya kita semua selamat daripada jangkitan virus Covid-
Grafik Berkomputer 19. Tambahan lagi dengan adanya varian Omicron yang dikatakan lebih
Nur Hidayah bt Taib ganas daripada yang sebelum ini. Hati-hati semua.
Dalam keluaran Disember banyak kita membawakan cadangan tempat-
Diterbitkan oleh: tempat percutian yang menarik terutama di negeri Perak, tips percutian di
Sekolah Menengah Kebangsaan musim pandemik dan juga pengisian cuti sekolah yang menarik untuk warga
Sungkai SMES khususnya pelajar-pelajar lakukan sempena cuti sekolah yang agak
Jalan Pekan Lama panjang ini.
35600, Sungkai Apa lagi yang paling kita harapkan semoga semua warga SMES berada
Tel: 05-4386609 dalam keadaan sihat , gembira dan bahagia menjalani percutian bersama
Faks :05-4386610 keluarga tercinta. Semoga percutian ini memberi semangat untuk kita semua
Laman web: smes.edu.my kembali ke sekolah dengan semangat baru semoga tahun baru yang bakal
muncul tidak berapa lama lagi akan menjanjikan kemanisan kepada kita
semua.
Akhir kata sempena majalah penutup 2021, kami sidang redaksi Aspire@
SMES menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sepanjang
penerbitan majalah yang sederhana ini tidak menyinggung dan
menyusahkan sesiapa. Segala kerjasama daripada semua pihak tidak
mungkin kami dapat membalasnya melainkan Yang Maha Esa jua yang
dapat membalasnya. Terima kasih daun keladi , inshaAllah tahun hadapan
kita berjumpa lagi.
Pn.Rosnah binti Taib
Ketua SidangRedaksi
ASPIRE@SMES
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
FOKUS@SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 3
ENAM TEMPAT MENARIK UNTUK DIKUNJUNGI DI NEGERI PERAK
Perak, juga dikenali sebagai Tanah Rahmat, merupakan sebuah negeri yang terletak di pantai barat
Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan Kedah, Pahang dan Selangor. Selain daripada terkenal
dengan beberapa masakan yang istimewa di Malaysia, Perak juga terkenal dengan bangunan
bersejarah dan keindahan alam semula jadinya yang menjadi tarikan pelancong. Berikut ialah enam
tempat menarik di Perak yang berbaloi untuk anda lawati.
1. TAMAN EKO SPRITZER, TAIPING
Taman Eko Spritzer mula membuka pintunya kepada
orang ramai pada tahun 2015 dengan tujuan
memelihara warisan negara melalui keseronokan dan
pendidikan. Antara tarikan yang terdapat di sini ialah
‘Signature Hole Golf’ dan padang golf mini 18 lubang.
Selain itu, anda juga boleh melawat ‘Cactus Rock’,
sebuah batu yang berusia 214 juta tahun untuk membuat
hajat dengan orang tersayang anda dan mengunci cinta
anda di ‘Heart Lock Corner’ (diilhamkan oleh ‘kunci cinta’
di jambatan Pont des Arts, Paris).
Waktu Operasi: Setiap hari, 9:00 pg – 9:00 mlm
Harga Tiket: Percuma
2. HUTAN PAYA LARUT MATANG, KUALA SEPETANG
Merangkumi kawasan seluas 40,000 hektar dan kerana
kepentingannya, Hutan Paya Larut Matang telah
diwartakan sebagai hutan simpan kekal oleh kerajaan
negeri pada tahun 1906. Disebabkan usaha aktif
kerajaan dalam memelihara hutan bakau ini, Hutan
Paya Laut Matang diiktiraf sebagai salah satu
ekosistem paya laut yang paling berjaya di dunia. Jika
anda melawat tempat ini, anda boleh berjalan melalui
hutan tebal di atas jambatan kayu.
Selain itu, di hujung utara hutan ini ialah Tempat
Perlindungan Burung Kuala Gula, di mana anda boleh
menemui lebih daripada 160 spesies burung. Jika itu
tidak cukup menakjubkan dan jika anda bernasib baik,
anda boleh melihat ikan lumba-lumba dan dugong
berenang di sepanjang muara sungai dan delta sungai.
Akhirnya, jika anda ingin mengalami malam yang indah di sini, anda boleh menyertai lawatan ke sungai
untuk melihat kunang-kunang.
Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Harga Tiket: Percuma
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 4
3. TIME TUNNEL IPOH, IPOH Sering dikatakan sebagai salah satu muzium
4. STESEN KERETAPI IPOH yang terbaik di Ipoh, ‘Time Tunnel Ipoh’
memberikan pengalaman masa lalu
Malaysia kepada pengunjungnya. Terletak
di tingkat satu rumah kedai di Jalan
Panglima, ia mereplikasikan suasana rumah,
jalan-jalan lama dan banyak lagi pada
tahun 1940-an. Sebagai bonus tambahan,
satu lagi tempat menarik di Perak yang
terkenal, KooKee Ipoh Oldtown terletak di
tingkat bawah bangunan yang sama.
Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 9:00 pg –
4:30 ptg
Harga Tiket: Dewasa – RM6 | Kanak-
kanak – RM4
Pada asalnya dibina untuk menjadi sebuah
hospital, ia kemudiannya ditukar menjadi
stesen keretapi. Juga dikenali sebagai ‘Taj
Mahal dari Ipoh’ oleh penduduk tempatan, ia
merupakan salah satu stesen yang tertua di
Malaysia yang telah berkhidmat sebagai
pusat pengangkutan utama di Ipoh untuk
penduduk tempatan dan warga asing. Stesen
ini juga mempunyai sebuah hotel, Hotel
Majestic yang dilengkapi dengan bar,
restoran dan bilik-bilik di mana pelancong
yang letih boleh menyegarkan diri.
Waktu Operasi: Setiap hari, 8:00 pg – 10:00
mlm
Harga Tiket: Percuma
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 5
5. TAMAN REKREASI GUNUNG LANG
Satu lagi tempat menarik di Perak yang
popular ialah Taman Rekreasi Gunung Lang
yang meliputi kawasan seluas 30.35 hektar.
Tarikan utama taman ini ialah air terjun
buatan manusia yang turun dari bukit batu
kapur, laluan sepanjang 2km di atas paya
dan menara tinjauan untuk anda menikmati
pandangan mata burung tempat ini. Ia juga
mempunyai tasik yang meliputi sekitar
separuh daripada kawasan taman.
Beberapa kemudahan lain yang boleh
dapati di sini termasuk taman permainan
kanak-kanak, zoo mini dan tapak
perkhemahan bagi mereka yang ingin
menginap di sini.
Waktu Operasi: Isnin – Khamis, 8:00 pg –
12:00 tgh (1:30 ptg – 7:00 ptg) | Jumaat,
8:00 pg – 12:00 tgh (2:45 ptg – 4:00 ptg) | Sabtu – Ahad (dan cuti umum), 8:00 pg – 6:30 ptg
Harga Tiket: Percuma
6. BLUE TEARS, BAGAN DATUK
Saksikan fenomena ‘Blue Tears’ di Pulau
Sembilan, di mana air laut bersinar
dengan warna biru neon ketika ada
pergerakan air. Cahaya biru yang
berhampiran pantai ini berasal daripada
sejenis phytoplankton yang memberikan
pemandangan yang menakjubkan pada
waktu malam, sejurus menjadikannya
salah satu tempat menarik di Perak yang
mesti dilawati. Jika anda ingin melihat
fenomena ini, anda perlu menbeli pakej
lawatan berpandu dari agensi tempatan
terlebih dahulu.
Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Harga Tiket: Tertakluk pada harga
lawatan berpandu
Dipetik daripada :
30 Tempat Menarik di Perak (2021). Ketahui Sekarang! (trixoli.com)
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
CORETAN MINDA@SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 6
Faedah Melancong Untuk Kesihatan Mental Anda
Dapat Mengurangkan Stress Perjalanan yang panjang dapat mengajar anda
Tekanan kerja dan tuntutan harian dapat lebih banyak tentang diri anda berbanding duduk
mengalihkan perhatian kita dari apa yang seratus tahun di satu tempat sahaja. Apakah
menjadikan kita individu yang bermakna dan perkara pertama yang berlaku dalam fikiran anda
menarik,” kata Dr Tamara McClintock apabila disebut tentang suatu perjalanan? Haruslah
Greenberg, ahli psikologi klinikal yang anda fikirkan sebuah percutian, bukan? Dapat
berpangkalan di San Francisco dan juga bertemu orang baru atau mungkin dapat melawat
pengarang buku. Oleh itu, berehat dari tempat-tempat dan budaya baru? Tahukah anda
hiruk-piruk harian adalah penting untuk bahawa kini ada sejumlah besar hasil kajian
merehatkan minda anda sambil mengumpul saintifik yang menunjukkan bahawa menjelajahi
tenaga. Ia juga menjadikan anda lebih awet tempat baru adalah baik untuk kesihatan mental
muda. Anda boleh menjelajah ke destinasi
pilihan anda untuk mencari ketenangan jiwa dan emosi anda. Jom lihat lima faedah
dan mencari kekuatan supaya anda berasa melancong yang turut disokong bukti yang
lebih tenang dan bersemangat. “Ia juga
membantu kita refleksi semula matlamat dan membuat perjalanan anda sihat dan bahagia.
kepentingan peribadi kita,” tambah
Greenberg. Bantu Meluaskan Perspektif
Mengikut kajian 2013, lebih daripada 80% Jika anda membenarkannya, sebuah perjalanan
orang Amerika menyaksikan penurunan berupaya untuk mengembangkan fikiran anda
ketara dalam tekanan selepas sehari atau dengan cara yang anda tidak pernah sedar
dua percutian. Jom kita mula perjalanan boleh terjadi. Lebih-lebih lagi, pelajaran
sekarang! berharga yang anda pelajari dapat
memperluaskan perspektif anda, menjadikan
anda lebih sedar dan terbuka kepada perkara-
perkara baru.
Anda cubalah melancong ke tempat-tempat baru
dengan budaya yang jauh berbeza dengan kita.
Keadaan itu akan memaksa anda untuk berfikir
tentang diri anda dan asal usul anda. Perbezaan
kebudayaan dan cara hidup di tempat lain
dapat membantu anda untuk menilai semula
prinsip dan nilah anda sendiri dan kekadang
mengubahnya. Melawat tempat-tempat baru
juga boleh memberi anda permulaan yang baru
sekiranya anda pulih daripada satu peralihan
besar dalam hidup anda seperti putus cinta,
mengalami penyakit serius dan sebagainya. Oleh
itu apabila mengalami pengalaman baru di
dunia luar, anda akan mendapatkan semangat
baru untuk hidup, kebahagiaan, tujuan baru dan
menjadikan anda lebih kuat!
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 7
Meningkatkan Kebahagiaan dan Kepuasan Diri
Selain dari melakukan perkara lain selain bekerja dan boleh makan apa sahaja pada waktu pagi,
faedah melancong juga datang dari situasi dimana ia membuatkan anda keluar dari zon kebiasaan
dan selesa anda. Pengalaman baru dapat membantu menyusun semula cara pemikiran anda
sehingga meningkatkan mood dan keyakinan diri anda.
Sebuah percutian pasti akan membuatkan anda gembira yang terbukti sahih dengan banyaknya
testimoni positif dari pelancong lain. Malah proses merancang perjalanan boleh memberi anda
sesuatu untuk diharapkan dan memberikan kepuasan yang luarbiasa. Dan semasa menanti harinya
bercuti, kebahagiaan anda akan meningkat secara substansial mengikut kajian Cornell University
sehingga lebih dari antisipasi memperoleh sesuatu yang nyata seperti menerima kereta baru.
Menguatkan Daya Ketahanan Mental Meningkatkan Kreativiti
Ketika melancong atau menjelajah di tempat Menurut Adalm Galinksy, seorang profesor di
baru, anda akan sentiasa merasa teruja dan Columbia Business School, melawat tempat asing
terancam pada masa yang sama. Anda dan menjalani kehidupan setempat mereka seperti
akan lebih peka dan berasa takut sekiranya menghadiri perlumbbaan ‘bot ular’ di selatan India
berlaku apa-apa yang tidak diingini seperti dapat meningkatkan fleksibliiti kognitif anda
dirompak, diculik atau sesat semasa dalam sekaligus merangsang daya kreativiti anda. Namun
perjalanan. Perasaan ini dapat membanut begitu, amat penting diperhatikan bahawa
menguatkan mental dan emosi anda bagi perjalanan merangsang kreativiti hanya berlaku
menghadapi bahaya dan kesukaran dalam apabila anda terlibat dengan budaya tempatan
persekitaran yang tidak dikenali. Keadaan sesuatu tempat itu. Jika sekadar melawat saja
ini memaksa anda belajar dan memaksakan tidak akan memberi kesan.
diri dengan kehidupan yang berada di luar Di samping itu, perjalanan seterusnya dapat
kebiasaan anda. Ini menjadikan anda lebih meningkatkan produktiviti anda, kemahiran
fleksibel, sabar dan emosi yang kuat. menyelesaikan masalah dan boleh sampai
Ia juga membantu anda menangani masalah meningkatkan peluang anda dinaikkan pangkat di
yang lebih besar dalam kehidupan dengan tempat kerja! Tapi jika anda jenis cepat tertekan
lebih banyak rahmat dan kesabaran. Setiap dengan percutian yang pelbagai cabaran, anda
pengalaman buruk atau manis yang dilalui boleh merancang perjalanan anda dengan betul
semasa melancong pasti memberi banyak terlebih dahulu untuk mengelakkan panik dan
pengajaran hidup. Kesimpulannya, semakin kekacauan minit terakhir.
banyak cabaran yang anda hadapi, Akhir sekali, setelah selesai membaca tentang
semakin baik anda dapat mengatasinya. faedah melancong dan kenapa ia penting untuk
Akhirnya menjadi lebih berdaya tahan dari kesihatan mental anda, sudah tiba masanya untuk
segi mental dan emosi. mengemas barang anda dan berangkat
pergi! Ingin cadangan percutian
seterusnya? Pilihannya di tangan anda!
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
IKON @SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 8
26 tahun melalui pengalaman sebagai seorang pendidik. Pengalaman yang cukup dewasa. Walaupun
beliau telah berpindah ke sekolah lain tetapi jasa yang dicurahkan oleh beliau sepanjang di SMK Sungkai
begitu dirasai oleh seluruh warga SMES. Pihak redaksi majalah Aspire@smes membuat persetujuan untuk
mengangkat beliau sebagai ikon SMES bulan Disember .
Beliau boleh diibarat sebagai “kecil-kecil Cili Padi”. Walaupun kecil tetapi berjiwa kental. Tuan badan yang
dimaksudkan ialah Puan Fatimah binti Mamat. Beliau meninggalkan Smk Sungkai kerana kenaikan pangkat
dari Ketua Bidang kepada Penolong Kanan Kokurikulum. Masih belum terlambat untuk kita mengucapkan
tahniah kepada Puan Fatimah.
Puan Fatimah berasal dari Kelantan. Kampung
kelahirannya Kampung Berangan, Tumpat. Lahir pada 6
hb Disember 1969 (bulan Disember juga beliau menjadi
ikon SMES). Beliau bersekolah rendah di SK Berangan ,
Tumpat Kelantan dari tahun 1 hingga 6. Di sini lah beliau
mengenal tulis baca dan di sinilah titik tolak kepada
kejayaan beliau pada hari ini. Seterusnya beliau
menyambung sekolah menengah sehingga ke tingkatan 6
juga di Tumpat, Kelantan.
Puan Fatimah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi
dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seterusnya
memperolehi Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan
Teknik, Kuala Lumpur.Terbayang pulak Kak Mah masa
tengah belajar. Comel orangnya dan sekarang beliau
berkahwin dan mempunyai 4 orang cahaya mata.
Sepasang perempuan, sepasang lelaki.
Menurut Puan Fatimah, kenangan terindah beliau sepanjang
di SMK Sungkai berlaku pada tahun 2019 apabila mata
pelajar prinsip perakaunan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
telah berjaya mencapai GPMP sebanyak 1.2 dan GPMP
mata pelajaran perniagaan dalam SPM tahun yang sama
juga mencapai 2.75. Guru sejati. Hasil kerja utamanya
mengajar jugalah yang menjadi kenangan indah beliau.
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 9
Walaupun Pun Fatimah telah meninggalkan pelajar SMK Sungkai namun beliau tetap mendoakan dan
mengharapkan kejayaan besar terus menerus menjadi milik pelajar SMK Sungkai. Kepada pelajar SMK
Sungkai, hayati pesanan Cikgu Fatimah; Kata beliau “Kejayaan pasa masa hadapan bergantung kepada
apa yang kita usahakan pada hari ini. Di harap semoga murid-murid teruskan berusaha dengan
bersungguh-sungguh, taat kepada perintah Allah serta hormat ibubapa dan guru-guru. Tiada kejayaan
tanpa pengorbanan dan usaha bersungguh-sungguh.” Diharapkan murid-murid SMK Sungkai terus menjadi
murid yang cekal dan tabah dalam mengharungi dunia pembelajaran yang sangat menguji keimanan.
Daripada pengalaman mengajar yang begitu lama, Puan Fatimah sangat jelas mengenai peranan guru
dalam pendidikan. Menurut beliau guru harus berperanan sebagai suri teladan kepada murid dalam apa
jua tindakan dan tingkahlaku, malah turut bersama memikul hasrat KPM untuk melahirkan murid yang
dibangunkan dengan identiti nasional yang kukuh melalui pengajaran dan pembelajaran, aktiviti
kokurikulum serta aspek pembangunan sasiah murid. Tanngungjawab ini sebaiknya turut dilihat sebagai
amanah Sang Pencipta. Semoga para guru dapat menjadikan Puan Fatimah sebagai satu sumber inspirasi
untuk menjadi seorang guru yang bertanggunjawab kepada amanah kita.
Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala kerjasama
dan budi rakan-rakan guru dan seluruh warga SMK Sungkai yang sangat memberi kerjasama dan
memudahkan kerja buatnya sepanjang beliau berkhidmat di SMK Sungkai.Beliau mendoakan semoga kita
akan teruskan budaya kerja sepasukan kerana kerjasama itu ajaib. Beliau tidak akan melupakan kita
semua. SMES sentiasa di hatinya kerana banyak ilmu dan pengalaman yang ditimba sepanjang berkhidmat
di SMK Sungkai.
Kita juga turut mendoakan semoga Puan Fatimah binti Mamat akan terus mencapai kejayaan yang lebih
besar di tempat baru. Semoga kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk berjumpa lagi.
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
KONGSI ILMU @ SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 10
Cara Menangani Stres Guru
Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang
apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi.
Sebahagian tekanan boleh menjadi peransang yang memotivasikan diri untuk menempuh situasi sukar
seperti peperiksaan atau tamat sesuatu kerja.
Namun, stres yang berlebihan untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan
memudaratkan kesihatan dan menjejaskan sistem neuroendokrin, imun, kardiovaskular dan saraf tunjang.
Kajian Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysa pada tahun 2017
mendapati sebanyak 4.4 peratus daripada jumlah 48,258 responden yang terdiri daripada guru dikenal
pasti mengalami stres tahap sederhana tinggi.
Hasil kajian juga menunjukkan stres dalam kalangan guru disebabkan faktor-faktor seperti isu keluarga,
kewangan, pentadbiran, bebanan tugas, tidak mendapat penghargaan, kekurangan kemahiran dalam
menjalankan tugas, dan tidak dilatih untuk menangani stress.
Kajian penyelidik Universii Putra Malaysia pula mendapati 71.1 peratus guru di Kuala Lumpur dan
Selangor mengalami stres dengan guru wanita dua kali ganda lebih ramai berbanding guru lelaki.
Menurut Hatta Sidi & Mohamed Hatta Shaharom (2005), garis panduan untuk menguruskan stres adalah
seperti menjaga diri sendiri dan mempertingkatkan ketahanan fizikal, menenangkan jiwa dan jasad,
berdialog dengan sendiri, bertolak ansur dengan menerima ketidakpastian, mengurangkan sesuatu yang
tidak pasti, menjangkakan perubahan dan membina keupayaan, ketawa dan jenaka, realistik terhadap
kemahuan dan kehendak, mengurangkan permintaan yang keterlaluan, berfikir secara positif,
meminimumkan perubahan, mengurus masa, memahami nilai diri dan personaliti sendiri, menyelesaikan
konflik, mengawal keadaan atau situasi, menyelesaikan perkara yang belum selesai, dan meningkatkan
jaringan sosial.
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 11
Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2005 pula telah menyarankan kaedah 10B untuk individu
yang mengalami stres:
1. bertenang
2. bernafas dengan dalam
3. berkata ‘relakslah’/ tak mengapa
4. beribadat
5. bercakap dengan seseorang
6. berurut
7. berehat dan mendengar muzik
8. beriadah
9. bersenam
10. berfikiran positif
Selain itu, Yu Wan Jing dalam blognya tentang punca-punca isu stress guru menyarankan guru
melibatkan diri mereka dalam aktiviti kolaborasi dengan rakan sekerja (contohnya pengajaran
berpasukan). Kaedah ini dikatakan mampu membina hubungan interaksi sosial yang lebih baik, serta
membantu mengikis sikap negatif seperti sombong, bongkak dan ego.
Kajian Norhannan dan Jamaliah (2006) mendapati guru besar lebih cenderung mengamalkan gaya
kepemimpinan dimensi menstruktur tugas berbanding dimensi timbang rasa. (Pemimpin yang bertimbang
rasa mempunyai hubungan mesra dengan kakitangan, yakin dengan kebolehan pekerja, menghormati
idea, mendengar pandangan dan memberi perhatian terhadap perasaan pekerja).
Kajian oleh Weidener (2002) mendapati guru-guru yang mendapat sokongan daripada pihak
pentadbir kurang berasa stres dalam melaksanakan tugasnya. Ini kerana guru akan merasa dilindungi,
dihargai dan dimotivasi. Beliau juga akan merasa bukanlah dia seorang yang menghadapi masalah.
Gaya kepemimpinan guru besar mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap sekolah
termasuklah komitmen guru dan juga tekanan guru (Najeemah Mohamad Yusof, 2011). Guru besar
mampu menginspirasikan dan mempengaruhi guru-guru beranjak ke aras motivasi dan komitmen yang
lebih tinggi.
Rujukan
Gold, Y. & Roth, R. A. (1993). Teachers managing stress and preventing burnout – the professional health solution.
London: The Falconer Press
House, R. J. & Howell, J. H. (1977). Personality and charismatic leadership. Leadership Quarterly 3(2), 81-108.
Hatta Sidi & Mohamed Hatta Shaharom. Mengurus stress: Pendekatan praktikal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Najeemah Mohamad Yusof (2011). School principals’ leadership and teachers’ stress in Malaysian primary schools.
International Journal of Educational Studies, 4(1), 63-82.
Norhannan Ramli % Jamaliah Abdul Hamid (2006). Gaya kepemimpinan pengetua wanita dan hubungannya
dengan tahap motivasi guru sekolah menengah. Jurnal Pendidikan, 31, 3-69.
Weidener, P. E. (2002). Stress and the teacher: A comparison of job-related stress among public and private
elementary teachers. ProQuest Dissertations and Theses.
http://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/467001/44-peratus-guru-stres
https://hellodoktor.com/kesihatan-mental-penguurusan-stres/5-cara-menguruskan-stres/
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
KARYA KREATIF @ SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 12
Sebuah Damai Di Daerah Selatan (Buat Sulastri)
Karya Rohim Ngahat
Tika terbuka jendela kamar
dari ribuan jendela di tembok nafas
angin selatan mendakap tubuhku
kerana untuk pertama kalinya aku bisa tersenyum
tatkala berbicara tentang erti sebuah damai
di daerah selatan ini.
Pernah kuletakkan kalbu di laut dan di mentari
di laut : aku kekeringan
di mentari : aku kedinginan
Pernah kuadun mimpiku
dari kerdip bintang dan biru segara
dari sinar rembulan dan hijau dedaun
untuk kujadikan warna pelangi
rupanya awan mendung sampai ke petang.
Pernah kujejaki sepelususuk bumi ini
dari dasar segara ke hutan rimba
dari kota hingga ke desa
luka di kaki berdenyut nadi
namun tak kutemui.
Daerah selatan, hari ini aku bisa tersenyum
kerana di bumi ini
tempat darah tertumpah
kerana di bumi ini kutemui Nur Muhammad
kerana di bumi ini
kugenggam sebuah kehidupan abadi
kerana di bumi ini
kukucup cintanya seorang puteri.
Daerah selatan, hari ini aku bisa berlari
bermain warna pelangi
dan menghirup harum kasturi.
MPTI, Johor Bahru
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
KARYA KREATIF @ SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 13
Jangan Palingkan
Karya Rohim Ngahat
Pada dini malam gelap dingin
saat kuperhati bintang di langit
kerdipnya tajam menikam
tiap urat darah yang mengalir
tubuh terasa basah dihujani
peluh gelisah yang membakar.
Aku berlari dan berlari tanpa henti
dari hujung dan ruang terbentang
mencari makna atau tanda tersimpan
terasa pedih kepenatan cuma
baru terasa kerdilnya jasad ini
tiada sekelumit upayapun
segala ketentuan miliknya
segala kehendak miliknya.
Aku semakin keletihan saat kuhulur tangan
sambutlah dan tunjukkan aku jalan sebenar
jangan palingkan dari cahayamu
walau hanya sekadar.
Angkatlah darjatku penuh kemuliaan.
lebih sempurna.
lebih bermakna.
Sungkai, 2021
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
TINTA NURANI@ SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 14
Selalu kita dengar ungkapan, ‘hidup ini adalah pilihan’. Apabila
kita berada pada tiitk paling rendah dalam hidup, atau berputus
asa kita punya pilihan sebenarnya.
Salah kita sendiri sebenarnya apabila kita terus menerus
tenggelam dalam titik itu. Kita yang memilih untuk tidak berbuat
apa-apa, tidak proaktif, dan cuba bangkit semula.
Walaupun susah untuk bangkit dari situasi itu, jika kita sayangkan
diri sendiri maka bangkitlah…buat pilihan,mahu gembira atau
sengsara selamanya!
LIMA JALAN UNTUK GEMBIRA
1. Belajar untuk lihat KEBAIKAN dalam situasi apa pun yang
menimpa diri.
2. Abaikan sahaja kata-kata yang tidak menyenangkan tentang
diri kita.
3. Banyakkan KETAWA.
Hormon kebahagiaan dalam tubuh meliputi dopamin, endorfin,
oksitosin, dan serotonin. Keempat-empat hormon bahagia ini
jumlahnya akan melonjak ketika kita mengalami sesuatu yang
mengembirakan, seperti semasa ketawa karena sesuatu yang
lucu atau ketika kita jatuh cinta.(Ajeng Quamila Irawan)
4. Hindarkan diri daripada mendengar gosip atau bergosip.
5. Lepaskan masa lalu yang menyakitkan.
Belajar dari pengalaman yang menyakitkan, tetapi jangan
biarkan diri terpenjara di dalamnya.
Nukilan :
Mahalabiah binti Mohamad
Sungkai/18 Disember 2021
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
PROGRAM@ SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 15
MAJLIS JALINAN KASIH
KELAB GURU & KAKITANGAN SMES
TARIKH:9 DISEMBER 2021
TEMPAT: RUMAH REHAT SLIM RIVER
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
PROGRAM@ SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 16
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
FOOD FOR THOUGHTS EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 17
20 TEEN ACTIVITIES FOR THE HOLIDAY BREAK
The school break for the holidays has begun, and our absolute best tip for surviving it with your teen is to
have fun!
Here are 20 ideas for activities your teen can do over the holiday break.
1. Bake and decorate cookies.
2.Plant a few flowering plants.
3.Go on a photo scavenger hunt.
4.Help your teen decorate their room for the holiday you celebrate.
5.Make a holiday craft, such as greeting cards, candles, decorations, or gifts.
6.Volunteer at local area projects.
7.Have a movie marathon with a theme.
8.Plan a board game tournament.
9.Send a card and letter to a soldier.
10.Think about and journal what the holidays mean to you.
11.Read a holiday story.
12.Learn origami and use them to include in cards to friends or as ornaments.
13.Clean and decorate your room with plants.
14.Organize a local coat drive (or some other collection for a need in your community).
15.Make wrapping paper.
16.Learn to make a traditional family holiday dish or dessert.
17.Visit a nursing home with a group of friends.
18.Learn something about how a different culture celebrates the holiday season.
19.Make a crazy music video to your favourite song.
20.Play in the rain.
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
FOOD FOR THOUGHTS EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 18
8 English Words Only Malaysians Will Understand
Malaysians generally have a good grasp on the English language. In fact, we are so good at it that
we’ve even created our very ‘meanings’ for English words that will make any other English-speaking
person go “huh?”.
Here’s some of the English words that only Malaysians understand!
1. On
In English, ‘on’ is a preposition, for instance “The book is on the table”, or used to indicate wanting to
use an electrical appliance such as turning on the lights.
In Malaysia, we use ‘on’ to indicate that we’re ‘up for the plan/activity’.
Example: “We are going to mamak tonight, you on ah?” “On lah!”
2. Power/Terror
We use these two words to indicate how awesome/great something or someone is. It can be food, a
person, or just about anything really!
Example: Jason just helped me solve this super complicated math question! So power/terror right!
3. Steady
While English speakers use this to describe something that’s firm or stable, we Malaysians use
this word when we’re describing someone who’s laid back and chill.
Example: “Sean is taking his big exam today but he still seems very steady ah.”
4. One
No we don’t mean ‘one’ the numerical digit. We very often use this word as a confirmation for our
statement or question, usually added at the end of each sentence.
Example: “Ask this girl any questions about Malaysia, she sure know one.”
5. Action
We use this word to describe someone who is being braggy, cocky or arrogant.
Example: “This guy is very action. He purposely drove out his BMW just to go to the pasar malam.”
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 19
6. Stoned
English speakers use this word to describe a person who’s drunk or under the influence of drugs,
especially marijuana. However, we Malaysian are so laid back that we get stoned just by staring into
blank space. Or sometimes used to describe someone who looks lifeless.
Example: “Eh, didn’t sleep well yesterday? You look super stoned.”
7. Slumber
People would think you mean ‘sleep’ when you say slumber. But in Malaysians context, it’s used to
describe a person who isn’t anxious nor worried about something.
Example: “He came in 3 hours late to work but he’s still so slumber.”
8. Tackle
This one can be tricky for foreigners! When someone asks you to ‘tackle’ a person in Malaysia, 90%
of the time it means to apprach and flirt with an individual. Don’t end up beating someone up!
Example: “I think she likes you. Quickly go and tackle her lah!”
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
SANTAI@SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 20
Cuti sekolah adalah masa yang paling dinanti-nantikan oleh semua. Peluang ini digunakan
sebaiknya untuk merehatkan minda dan badan yang telah penat bekerja. Ruangan santai kali ini
memaparkan aktiviti yang dilakukan oleh guru dan pelajar SMES ketika cuti sekolah.
SAMBUTAN HARI KELUARGA
AFIQ-2B -
CUTI-CUTI MALAYSIA
FARHANA-2RK-
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
SANTAI@SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 21
JALAN-JALAN CARI MAKAN
-USTAZ NORDIN & FRIENDS-
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
JENAKA MINDA@SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 22
JENAKA MINDA 1
UJI MINDA
JENAKA MINDA 2
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
UJI MINDA@SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 23
TEKA SILANGKATA
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
INFO@SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 24
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 25
…...selamat bercuti kepada semua warga SMES.
semoga bertemu kembali pada 2022.
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN