The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SMK SUNGKAI, 2021-01-09 02:15:16

Kajian Tindakan : Meningkatkan Penguasaan Pelajar Dalam Penulisan Nota Menggunakan Modul Keyproses Bagi Mata Pelajaran Ekonomi (944/3)

Kajian Tindakan Panitia Ekonomi

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM PENULISAN NOTA
MENGGUNAKAN MODUL KEYPROSES BAGI
MATA PELAJARAN EKONOMI (944/3)

Suhana binti Basil @ Abdul Majid

ABSTRAK

Kajian tindakan bertajuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam penulisan nota
menggunakan modul ‘Keyproses’ dilaksanakan terhadap pelajar Ekonomi kelas
enam semester tiga al farabi. Kajian dijalankan untuk meningkatkan penguasaan
pelajar ekonomi semester 3 Al Farabi untuk menghasilkannota yang teratur,
sistematik dan terancang. Seramai 4 orang pelajar daripada kelas enam semester
tiga al farabi terpilih menjadi responden kajian ini. Kajian ini dilaksanakan dalam
tempoh 2 minggu melibatkan 12 waktu pengajaran. Pelajar diperkenalkan dengan
modul KEYPROSES yang telah dihasilkan guru. Modul tersebut mengandungi
takrifan, fakta khusus dan fakta sampingan yang perlu diisi oleh pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Borang soalselidik pengenalpastian aras
kesukaran (PASK) diedarkan kepada setiap responden bagi mengetahui tahap
kesukaran pelajar dan hasilnya responden menyatakan kesukaran mentafsir data
penyumbang tertinggi dalam aras kesukaran. Ujian pra dilaksanakan
menunjukkan keputusan pelajar memperolehi markah rendah dalam jawapan
yang diberikan. Setelah modul KEYPROSES diaplikasikan, ujian pos telah
menunjukkan berlaku peningkatan yang memberansangkan di mana markah
pelajar telah meningkat secara mendadak. Ini menunjukkan penulisan nota
mengikut Modul KEYPROSES membantu meningkatkan pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Ekonomi 944/3.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Saya telah mengajar di SMK Sungkai, Perak selama 19 tahun bermula tahun 2005
sehingga kini. Pelajar yang mengambil mata pelajaran Ekonomi datang dari pelbagai
latar belakang. Terdapat segelintir pelajar yang datang dari Aliran Sains Tulen dan tiada
langsung latar belakang pembelajaran Ekonomi. Pelajar yang mempelajari mata
pelajaran Ekonomi seringkali merungut menyatakan Ekonomi adalah mata pelajaran
yang sukar. Stigma pelajar seumpama itu membuatkan saya terpanggil untuk
mendalami permasalahan mereka.

Setelah diteliti melalui pemerhatian dan hasil pemeriksaan tugasan pelajar,
didapati antara permasalahan utama pelajar dalam mempelajari mata pelajaran
Ekonomi ialah mengalami kesukaran untuk megingat fakta khusus. Masalah utama
dikenalpasti ialah pelajar gagal mencatat nota secara teratur, sistematik dan terancang
dan sukar memahami kata kunci iaitu fakta khusus dan fakta sampingan serta huraian.
Kesannya pelajar memperolehi markah yang rendah dalam peperiksaan yang diduduki.
Pemeriksaan buku latihan dan soalan kuiz mendapati pelajar memperolehi markah
rendah dalam peperiksaan. Setelah diteliti penyelidik menjumpai punca permasalahan
di mana isu ini perlu ditangani supaya tindakan yang berkesan dapat diambil untuk
membantu pelajar menjawab dengan baik semasa peperiksaan dan seterusnya
memperolehi markah yang tinggi dalam peperiksaan.

Melalui sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) berlangsung, saya
akhirnya mendapati bahawa pelajar menghadapi masalah utama untuk menulis nota
yang berkesan dengan baik. Akibatnya penulisan pelajar menjadi kurang mantap. Hasil
analisis buku latihan, rumusan yang boleh saya buat adalah antara kelemahan pelajar
ialah kelemahan untuk menghubungkait dan mengintegrasikan fakta khusus dengan
huraian mengikut kehendak soalan akibat dari kekurangan pembacaan masing-masing.

Sehubungan itu, saya telah meminta pelajar tingkatan enam semester tiga Al
farabi untuk menjawab satu soal selidik Borang Pengenalpastian Aras Kesukaran
(PASK) yang memerlukan jawapan kepada beberapa persoalan yang menjurus ke arah
kelemahan penguasaan pelajar menguasai fakta khusus dan mengaitkan dengan huraian
yang tepat. Banyak persoalan yang harus saya kemukakan kepada kelompok pelajar
sasaran dalam kajian ini demi mengenal pasti masalah yang sebenar dihadapi oleh
pelajar. Topik pilihan memberi focus dalam bab 6 iaitu tajuk kemiskinan dan agihan
pendapatan.

Hasil dapatan daripada Borang PASK (Lampiran 2) yang dikemukakan kepada
pelajar tingkatan enam semester tiga Al Farabi, didapati pelajar amat memerlukan
pembelajaran terperinci untuk tajuk kemiskinan dan agihan pendapatan. Oleh itu adalah
menjadi tanggungjawab saya membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran
mencatat nota bagi mengenalpasti fakta khusus dan huraiannya. Perancangan
ditumpukan dengan memperkenalkan kepada pelajar satu teknik penulisan nota secara
teratur dan tepat. Sehubungan tersebut MODUL KEYPROSES diperkenalkan. Modul
ini akan membantu pelajar mencatat nota secara sistematik, tersusun dan berkesan.
Seterusnya membantu pelajar menghafal dan mengupas fakta khusus beserta huraian
secara tepat.

2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Mencatat nota adalah penting untuk mengingat fakta khusus bagi
membolehkan pelajar menghurai dengan baik. Nota yang sistematik, tersusun dan
menarik dapat meningkatkan daya ingatan pelajar seterusnya memberi keberkesanan
positif dalam proses pembelajaran.

Semasa menghasilkan nota, pelajar akan menggunakan minda untuk berfikir
secara kritis, analitik dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa proses pengajaran
dan pembelajaran atau semasa proses pembacaan. Pelajar akan mengimbau kembali
mata pelajaran lalu melalui proses pembacaan.

Kajian memberi fokus kepada isu kesukaran mencatat nota secara sistematik,
tersusun dan berkesan. Kelemahan mencatat nota akan memberi kesan di mana pelajar
berkemungkinan keliru menentukan fakta yang perlu dicatat sama ada fakta khusus atau
fakta sokongan. Kesilapan mencatat nota memberi kesan kepada pelajar akan
memahami dan menghafal isi mata pelajaran yang tidak tepat.

Masalah berpunca kerana pelajar tidak mampu membuat nota secara betul.
Sekiranya isu ini tidak dapat ditangani, pelajar akan menghadapi masalah menjawab
secara tepat dalam menjawab soalan peperiksaan seterusnya menjejaskan markah

dalam peperiksaan. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila
masa atau apabila terlupa. Membuat nota merupakan satu kaedah berkesan untuk
pengukuhan di mana membantu pelajar membuat rujukan terakhir sebelum menghadapi
peperiksaan. Ia akan meningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am
Memandu dan meningkatkan penguasaan pelajar dalam mencatat nota secara tepat
menggunakan modul KEYPROSES dalam kalangan pelajar mengambil mata pelajaran
Ekonomi tingkatan 6 semester tiga Al Farabi.

3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Pelajar dapat mencatat nota secara sistematik, tersusun dan berkesan
seterusnya dapat menjawab mengingat fakta khusus dan fakta sampingan
secara berkesan.
3.2.2 Pelajar menulis nota dengan kemas, terang dan mudah dibaca agar
memudahkan proses fakta khusus
3.2.3 Guru dapat meningkatkan peratus penilaian pasca ujian sebanyak
sekurang- kurangnya 8/10 berbanding praujian

4.0 KUMPULAN SASARAN

Jumlah pelajar terlibat dalam kajian adalah seramai empat orang di bawah pantauan
seorang guru. Pelajar Tingkatan Enam Atas Semester Tiga Al Farabi yang terdiri
daripada empat pelajar perempuan.

3.0 MODUL KEYPROSES
3.1 Guru menganalisa Sukatan Mata Pelajaran Ekonomi Semester 3 – Ekonomi

Malaysia. Fous topik adalah bagi bab 6 iaitu kemiskinan dan agihan pendapatan.

3.2 Guru mengubal Modul KEYPROSES

3.3 Guru menyenaraikan subtopik dan fakta khusus untuk setiap topik bagi memandu
pelajar mencatat nota

3.4 Pelajar mengisi fakta sampingan dan membuat huraian

3.5 Pelajar mengenalpasti setiap fakta khusus, fakta sampingan dan huraian

3.6 Pelajar menjawab soalan untuk pengujian

3.7 Perekodan markah diperolehi

3.8 Penganalisaan markah dan refleksi

4.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 TINJAUAN MASALAH
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian
pra, ujian pos, dan borang Pengenalpastian Aras Kesukaran (PASK). Fokus kajian ialah
terhadap proses mencatat nota secara teratur, sistematik dan teracang. Kesukaran
pelajar mengasingkan fakta khusus dan sampingan perlu ditinjau dengan terperinci bagi
membantu guru menentukan langkah dan tindakan pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPC) yang sesuai dan tepat. Maklumat terperinci ini dapat dilihat daripada aspek
berikut:

i.Salinan penulisan nota pelajar
ii.Latih tubi jawapan pelajar tentang huraian bagi soalan yang dikemukakan

6.1.1 Pemerhatian

Sepanjang pemerhatian saya, atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung, sebelum dan selepas kajian, beberapa rumusan
awal telah dapat saya buat. Sebelum kajian dijalankan pelajar dari kelas 6
Semester 3 Al Farabi memberi respons positif kepada proses pengajaran dan
pemudahcaraan (pdpc). Pelajar di dalam kelas ini dilihat sentiasa bersedia,
menunjukkan kesungguhan dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti
pdpc yang dijalankan. Namun begitu apabila diminta menjawab soalan secara
bertulis terutama soalan yang melibatkan soalan esei, didapati pelajar gagal
menghurai secara tepat. Malah berdasarkan jawapan diberi masih terdapat pelajar
gagal menjawab soalan sepertimana kehendak soalan. Selain itu kebanyakkan
pelajar dilihat gagal memberi huraian secara tepat Hal ini semestinya menjadi
satu cabaran buat saya selaku guru mata pelajaran. Saya perlu mencari punca
kegagalan pelajar mengeluarkan fakta khusus dan menghurai dengan baik. Apa
yang perlu saya lakukan ialah pertamanya, kembali bermuhasabah diri, membuat
refleksi, mengatur strategi, dan memikirkan kaedah penyelesaiannya bagi
membantu pelajar Ekonomi meningkatkan kemahiran mencatat nota agar
menghasilkan huraian yang mantap menggunakan Bahasa dan laras ekonomi.

6.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos

Dalam melaksanakan kajian ini, saya merancang menggunakan praujian dan
ujian pos. Ujian pra dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Setelah memperoleh maklumat daripada ujian pra, strategi diatur
untuk mengatasi permasalahan. Modul KEYPROSES diperkenalkan yang
memerlukan pelajar mencatat nota secara berpandu. Selepas itu, satu ujian pos
dilaksanakan. Selepas sesi penilaian dan pemantauan beberapa kali, maka

maklumat ini saya jadikan asas bagi menilai sama ada pdpc berjaya atau
sebaliknya. Jika berjaya, bermakna saya telah melakukan transfomasi terhadap
pemahaman pelajar sebelum ini, dan jika gagal saya akan teruskan kajian ini
dengan beberapa perubahan kecil atau besar. Semua ini bergantung kepada hasil
dapatan selepas sesi pdpc dan ujian pos.

6.1.3 Soal Selidik (Borang PASK)

Saya namakan borang soal selidik sebagai borang Pengenalpastian Aras
Kesukaran (PASK) dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum
balas pelajar berkenaan teknik pengajaran guru serta komen yang berkaitan
dengannya.(Rujuk Lampiran 2) Empat pelajar dari kelas 6 Semester 3 Al Farabi
telah menjawab soalan yang dikemukakan. Soalan dianalisa mengikut
pandangan pelajar berkaitan lima aspek iaitu pengaplikasian formula, melukis
rajah, mentafsir rajah, mentafsir data dan merumus teori berdasarkan pandangan
mereka mengikut aras kesukaran.

6.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Masalah utama pelajar 6 Semester 3 Al Farabi ialah tidak mahir mencatat nota secara
sistematik, teratur dan berkesan setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran
berakhir. Selain itu masalah tambahan ialah pelajar juga ialah tidak dapat menentukan
fakta khusus dan fakta sampingan dalam ekonomi. Pelajar juga tidak mahir
menggunakan istilah-istilah ekonomi dan menulis mengikut laras ekonomi dengan
baik. Sebenarnya, semua permasalahan adalah berpunca daripada kesukaran pelajar
dalam menentukan pembinaan ayat dalam laras ekonomi.

6.2.1 Analisis Pemerhatian
Selepas teknik baru diperkenalkan, saya mendapati sesi pembelajaran saya
menjadi lebih aktif, bertenaga dan menyeronokkan. Pelajar memberi tindakbalas

aktif semasa mencatat nota memandangkan modul telah disediakan
membolehkan pelajar memasukkan huraian berdasarkan laras ekonomi secara
tepat. Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih ceria dan pelajar bertambah
keyakinan dalam proses pembelajaran.

6.2.2 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos.

Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos adalah seperti
berikut:

BIL NAMA PELAJAR UJIAN PRA UJIAN POS

1. Pelajar A 27% 50%
2. Pelajar B 48% 71%
3. Pelajar C 53% 82%
4. Pelajar D 32% 60%

JADUAL 1: ANALISIS PENCAPAIAN PELAJAR (UJIAN PRA DAN
UJIAN POS)

Dapatan ujian pra dan ujian pos terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar.
Keseluruhan pencapaian pelajar amat membanggakan. Pencapaian yang
meningkat ini, membuktikan bahawa teknik KEYPROSES dapat meminimakan
kekeliruan pelajar dalam menghurai definisi dan isu kemiskinan. Seterusnya
pelajar mengingat fakta khusus dan dapat membuat huraian kepada soalan
dikemukan hasil dari proses mencatat nota yang tepat. Kesalahan pelajar dapat
diminimumkan seterusnya pelajar berasa yakin dengan huraian dihasilkan.
Perbualan secara lisan mendapati pelajar berpuashati dengan kaedah
pembelajaran masing – masing dan memaklumkan bahawa modul KEYPROSES
bukan sahaja banyak membantu pelajar mengelakkan kekeliruan, malah
meningkatkan keyakinan diri dalam menghuraikan fakta khusus mengikut laras
ekonomi. Kaedah penulisan nota membantu pelajar mengimbau kembali
pelajaran lalu melalui catatan yang dihasilkan dan dihafal. Pelajar berasa seronok

dan sebagai rumusan modul KEYPROSES ini mampu menambah pemahaman
pelajar dalam mencatat nota secara berkesan.
6.2.3 Analisis Soal Selidik (Borang PASK)

Berdasarkan borang PASK yang telah diedarkan, dapatan berikut telah diperoleh.
Pelajar telah memberikan respons positif. Berikut adalah analisis soal selidik
yang telah dijawab oleh pelajar:

Bil Perkara Aras Kesukaran (% Pelajar)

1. Mengaplikasi Mudah Sederhana Sukar
formula
13 -
2. Melukis Rajah
3. Mentafsir Rajah 31 -
4. Mentafsir Data
5. Merumus Teori -22

--4

12 1

JADUAL 2: RESPON PELAJAR BERKAITAN ARAS KESUKARAN
DALAM PEMBELAJARAN

Dapatan menunjukkan pelajar bersetuju bahawa tahap kesukaran dalam mentafsir
data adalah penyumbang paling tertinggi dalam aras kesukaran pembelajaran. Ini
menguatkan lagi tekad untuk saya membuat kajian berkaitan tajuk ini.

6.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.3.1 Selepas pelajar menjalani ujian pra, saya telah menilai penguasaan pelajar
dalam melukis keluk keseimbangan pasaran. Hasil tinjauan awal, saya telah
merancang tindakan yang akan dilaksanakan yang melibatkan yang
melibatkan guru mata pelajaran Ekonomi dan pelajar kelas 6 Semester 3 Al
Farabi 2020

6.3.2 Sebanyak dua aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) telah
dirancang bagi menangani masalah pelajar di mana pelajar perlu mencatat
nota menggunakan modul KEYPROSES bagi menentukan pelajar mampu
mencatat nota secara sistematik, teratur dan berkesan. Saya membimbing
pelajar dengan menerangkan latar belakang teknik ini sejelas-jelasnya
kepada pelajar.

6.3.3 Aktiviti seterusnya ialah memastikan pelajar menghurai soalan esei yang
telah diilustrasi bagi mengenalpasti fakta khusus dan fakta sampingan.
Pelajar perlu mengenalpasti kehendak soalan. Setelah itu pelajar perlu
menjawab soalan esei berdasarkan fakta yang dicatat dalam nota.

6.3.4 Bahan yang digunakan untuk melaksanakan modul KEYPROSES ialah
kertas modul yang diberikan kepada setiap pelajar. Pelajar pula mencatat
nota pada modul KEYPROSES menggunakan buku-buku rujukan dan nota
tambahan peribadi.

6.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN.

6.4.1 Pelaksanaan kajian tindakan telah dijalankan dalam tempoh tiga minggu
melibatkan dua belas waktu pengajaran. Penulisan pelaporan memerlukan
masa selama dua minggu.

Minggu Aktiviti Waktu

1 Guru mengajar topik kemiskinan dan agihan pendapatan. 2
Pelajar mengikuti pelajaran dan pembelajaran dengan baik 2
4
1 Guru mengadakan Ujian Pra bagi menilai kefahaman dan
kedapatan pelajar

2 Mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar dan
menawarkan pelajar menjadi responden kajian

Memperkenalkan teknik KEYPROSES kepada pelajar 4

3 Guru mengajar kaedah mengisi modul (KEPROSES). Pelajar
memberi penumpuan dan mula mencatat nota dalam modul.
Pelajar mula mengenalpasti fakta khusus dan fakta
sampingan yang perlu direkod dalam modul.

Ujian Pos dijalankan.

JADUAL 3: PELAKSANAAN AKTIVITI KAJIAN MENGIKUT MINGGU
DAN PERUNTUKAN MASA

6.4.2 Semasa kajian dijalankan, didapati berlaku perubahan tingkah laku di
kalangan pelajar dan guru. Kumpulan pelajar yang disasarkan
menunjukkan lebih minat untuk mencatat nota berdasarkan kepentingan
fakta khusus dan fakta sampingan. Mereka tidak lagi kekok untuk
mencatat nota dengan mengnalpasti fakta khusus dan fakta sampingan.
Pelajar mampu menyusun nota dalam modul KEYPROSES secara
terancang, tersusun dan berkesan.

6.4.3 Guru pula bertambah yakin membimbing pelajar dengan menggunakan
modul KEYPROSES khususnya bagi pelajar yang tidak jelas
mengenalpasti fakta penting atau sebaliknya untuk dicatat dalam nota.
Malah ia dapat menjimatkan masa pengajaran dan penumpuan kepada
penambahan huraian mengikut laras ekonomi. Guru boleh
membahagikan masa yang lebih seimbang bagi mengajar aspek yang lain
seperti huraian kepada rajah dan merumus teori.

6.4.4 Pelajar memahami prosedur kajian dan memberi kerjasama yang baik dan
memuaskan.

6.4.5 Terdapat perubahan tingkah laku pelajar apabila saya memperkenalkan
modul KEYPROSES di mana pelajar yang agak lemah dan memperolehi

markah rendah dalam peperiksaan telah berubah kepada peningkatan
markah masing-masing. Cara pelajar mencatat nota telah berubah kea rah
lebih teratur dan tersusun.

6.5 REFLEKSI KAJIAN

Proses pencatatan nota yang berkesan mampu membantu pelajar memahami pelajaran
meningkatkan daya ingatan dan mengukuhkan arahan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Proses mencatat isi utama dijadikan sebagai rujukan mampu
mengembangkan kepada fakta asas atau ingatan. Nota yang dihasilkan boleh
dikumpulkan untuk memenuhi keperluan rujukan tambahan masa hadapan dan proses
mengulangkaji pelajaran. Pelajar perlu memberi perhatian kepada maklumat yang
didengar, dibaca dan dilihat. Maklumat tersebut akan dipilih atau ditafsir sebelum
dicatat. Fakta baru dicatat dan disusun semula untuk disesuaikan dengan catatan.

Setelah menggunakan teknik ini dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan,
saya membuat kesimpulan bahawa kebanyakan pelajar faham dan memanfaatkan
teknik ini sepenuhnya dalam pembelajaran mereka. Pencapaian pelajar dalam ujian pra
dan ujian pos seperti dalam Jadual 1 menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa kombinasi modul KEPROSES banyak membantu
pelajar meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap isi mata
pelajaran Ekonomi yang dipelajari, di samping menjadikan suasana pdpc lebih ceria
dan menyeronokkan.

Kepekaan seseorang guru amat penting untuk membantu pelajar. Tidak semua
pelajar boleh menguasai proses mencatat nota secara berkesan seterusnya mampu
memahami dan menganalisis fakta khusus beserta huraian. Bersesuaian dengan teori
yang diperkenalkan “Multiple Intelligences” oleh Howard Gardner yang menyatakan
salah satu kepintaran individu ialah kepintaran seni. Kepintaran ini diterjemahkan
melalui modul KEPROSES iaitu proses mencatat nota secara sistemati, teratur dan
berkesan untuk tujuan pembelajaran. Teori ini terbukti benar berasaskan dapatan
kajian.

7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, didapati terdapat perubahan yang positif
dari aspek amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar. Semoga hasil
kajian ini dapat dimanfaatkan serta memudahkan pembelajaran dan pemudahcaraan
(pdpc) pada masa hadapan.

Antara cadangan kajian tindakan seumpama ini dapat diperluaskan mengkaji
teknik menulis dan mencatat nota secara berkesan agar memberi manfaat khusus
kepada pelajar yang mengambil mata pelajaran Ekonomi bagi memudahkan proses
pembelajaran.

BIBLOGRAFI
H.Gardner (2013) Multiple Intelligences diakses dari laman web

http://tip.psychology.org/gardner.html pada 20 10 November 2018.

Ishak & Yip (2019) Nota & Latihan STPM Ekonomi Malaysia, Penerbit Ilmu Bakti Sdn
Bhd.

Lim Kien Kwok, Mohamad Shukri dan Safriza (2016) Teks Efektif STPM Ekonomi
(Ekonomi Malaysia), Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Modul Ekonomi STPM, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Sukatan Pelajaran Ekonomi (2013) Majlis Peperiksaan Malaysia

Lampiran 1

( Ujian Pra)

1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan kemiskinan relatif? [2]
b) Huraikan dua punca kemiskinan [4]

2. a) Bezakan antara kemiskinan dengan kemiskinan tegar [4]

b) Jelaskan usaha kerajaan dalam membasmi kemiskinan dengan Program

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) [2]

3. a) Terangkan bagaimana agihan pendapatan diukur [2]
b) Jelaskan empat sumber pendapatan isi rumah [4]

4. Maklumat berikut menunjukkan pekali gini dua buah negeri di Malaysia pada
tahun 2013

Negeri Pekali Gini

Negeri A 0.372

Negeri B 0.434

a) Apakah maksud pekali Gini [2]

b) Tafsirkan maksud pekali Gini bagi negeri A dan B berdasarkan maklumat

diberi. [2]

c) Nyatakan tiga dasar kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan di kedua-

dua buah negeri tersebut. [3]

d) Pada 2014, Pekali Gini dua buah negeri telah berubah menjadi

Negeri Pekali Gini

Negeri A 0.385

Negeri B 0.391

Nyatakan rumusan yang boleh dibuat terhadap dasar yang dijalankan oleh
kerajaan. [3]

Lampiran 2

CONTOH BORANG MASK
(Mengenal Pasti Aras Kesukaran)

Kod Nama :

Bil Perkara Aras Kesukaran Tandakan

Mudah (1) Sederhana (2) Sukar (3)

1. Mengaplikasi Formula

2. Melukis Rajah

3. Mentafsir Rajah

4. Mentafsir Data

5. Merumus Teori

Panduan Sila tanda ikut kesukaran 1 atau 2 atau 3

Lampiran 3

Soalan Ujian Pos

1. Jelaskan tiga dasar kerajaan dalam membasmi kemiskinan [6]

2. a) Jelaskan maksud kemiskinan mutlak [2]

b) Huraikan dua agensi kerajaan dalam membasmi kemiskinan di kawasan luar

bandar [4]

3. Jelaskan tiga program yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan relative [6]

4. Maklumat berikut menunjukkan taburan pendapatan isi rumah pada tahun 2012
di sesebuah kawasan luar bandar negeri Sabah

Bilangan Isi Rumah Pendapatan Isi Rumah

4 Kurang RM710

12 RM710-RM1120

36 RM1 121 – RM1 600

24 Lebih RM1 600

a) Hitung

(i) kadar kemiskinan di kawasan luar bandar [2]

(ii) kadar kemiskinan tegar di kawasan luar bandar [2]

b) Selain modal, nyatakan tiga punca kemiskinan tersebut [3]

c) Berikan tiga program yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha

membasmi kemiskinan [3]

Lampiran 4

MODUL KEYPROSES 944/3

BAB 6 : KEMISKINAN DAN AGIHAN PENDAPATAN
6.1 Ukuran Kemiskinan

Kemiskinan

Prinsip Penentuan Pendapatan Garis Kemiskinan
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

Faktor Penentuan Pendapatan Garis Kemiskinan
1. Saiz isi rumah

2. Komposisi
demografi

3. Lokasi (negeri
atau strata)

Kategori Kemiskinan 2. Kemiskinan Relatif 3.Kemiskinan Tegar
1.Kemiskinan Mutlak

Punca Kemiskinan
1. Akses pasaran

2. Modal
3. Teknologi
4. Pendidikan

6.2 Kemiskinan di Malaysia

Kadar Kemiskinan
= Bil isi rumah miskin/ Jumlah Isi Rumah x 100

Kadar Kemiskinan Tegar
= Bil isi rumah miskin tegar/Jumlah Isi Rumah x 100
6.3 Agihan Pendapatan

Kaedah pengukuran agihan pendapatan 2. Kaedah pekali gini
1. Kaedah persentil

Sumber Pendapatan
Upah

Pendapatan Bukan Upah

1. Sewa
2. Dividen
3. Bunga
4. Untung
5. Harta pusaka

6. Bayaran pindahan
6.4 Dasar Membasmi Kemiskinan dan Ketaksetaraan Pendapatan
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)

Dasar Wawasan Negara (2001-2010)

Dasar Pendidikan Negara

Tujuan
Objektif

Agensi Membantu Membasmi Kemiskinan
1. Jabatan Kebajikan Masyarakat

2. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

3. Baitulmal

4. Agensi Pembangunan Wilayah

5. Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA)

Program Pembasmian Kemiskinan
1. Program Pembangunan
Rakyat Termiskin

1. Program Rancangan
Makanan Tambahan (RMT)

2. Skim Pinjaman Buku Teks
(SPBT)

3. Skim Baucar Tuisyen (SBT)

Contoh program di bawah PPRT
1. Program 1AZAM
2. Program Jalur Lebar untuk
Penduduk Termiskin di
Bandar

3. Program Anjung Singgah


Click to View FlipBook Version