MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELUKIS OBJEK
DALAM KALANGAN PELAJAR SENI VISUAL SEMESTER 2 STPM 2019
SMK SUNGKAI ; SATU KAJIAN TINDAKAN MENGGUNAKAN KAEDAH
”GABUNG SETTING”
ABSTRAK
Kajian Tindakan ini dilaksanakan bagi mengkaji keberkesanan pengaplikasian kaedah
“Gabung Setting” bagi meningkatkan kemahiran melukis objek settting dalam kalangan
pelajar mata pelajaran Seni Visual. Kajian ini dilaksanakan dalam kalangan pelajar kelas
gabungan mata pelajaran Seni Visual semester 2 STPM 2019 SMK Sungkai, Perak. Seramai
20 orang pelajar terlibat bagi membantu pengkaji untuk mendapatkan data secara kualitatif
dengan menggunakan beberapa jenis instrumen iaitu ; praujian, pemerhatian /analisis
dokumen tugasan, dan soal selidik. Analisis data dibuat dengan menggunakan kaedah analisis
deskriptif bagi menghuraikan data yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
peningkatan terhadap pencapaian pelajar selepas pengaplikasian kaedah “Gabung Setting”
diperkenalkan. Kaedah ini dapat membantu pelajar menguasai rupa bentuk objek berasingan
sebelum menghasilkan lukisan secara gabungan sejumlah objek atau objek setting.
Pelaksanaan kaedah juga melibatkan aktiviti berkumpulan (bimbingan rakan sebaya, dilihat
turut membantu pelajar terdorong untuk meningkatkan kemahiran masing-masing.
Penggunaan kaedah “Gabung Setting” ini sebagai satu intervensi baharu yang diteroka dalam
usaha meningkatkan perkembangan kemahiran dan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran
Seni Visual STPM secara umumnya.
1
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Saya mengajar mata pelajaran Seni Visual STPM di sekolah SMK Sungkai sejak tahun 2010.
Pelajar di dalam kelas saya terdiri daripada 20 orang ; 3 lelaki dan 17 perempuan. Daripada
pengalaman/pemerhatian/ujian setelah mengajar kelas selama 2 bulan dan setelah melalui
pelbagai aktiviti seperti kemahiran asas melukis dan kemahiran melukis satu hingga 6 jenis
objek, didapati mereka masih kurang menguasai kemahiran melukis objek terutama setting
yang melibatkan lebih daripada satu objek. Penguasaan itu melibatkan aspek kadar banding /
logik rupa dan runag ilusi serta perspektif objek. Hal ini berpunca daripada kegagalan
menguasai kemahiran meneroka sifat objek dan kurang latihan intensif.
Kegagalan pelajar menguasai kemahiran melukis objek ini kerana :
i) sikap sambil lewa pelajar terhadap mata pelajaran seni visual,
ii) kurang fokus semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan
iii) tidak berlatih melukis secara berterusan
iv) tidak menguasai sifat objek
v) malu merujuk guru
Di sebalik situasi itu , saya cuba menilai diri dan menyenaraikan masalah yang mungkin
berpunca dari kelemahan saya sendiri seperti :
i) Mengajar sekadar ”syok sendiri” tanpa mempedulikan tahap latar belakang dan
kefahaman pelajar.
ii) Anggapan pelajar telah faham apabila tiada yang bertanya selepas PdPc
dilaksanakan
iii) pelajar takut untuk bertanya kerana personaliti saya yang agak tegas dan kurang
ciri kecindan bila menjalankan PdPc.
2
Berdasarkan situasi berkenaan , saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar berlarutan
memandangkan pelajar saya akan meghadapi peperiksaa semester dua. Saya akan cuba
membantu pelajar mengatasi masalah di atas dengan cara mengubah kebiasaan ketika
mengajar. Saya bercadang mengaplikasikan teknik pembelajaran secara berkumpulan atau
bekerjasama (kooperatif) dengan menggunakan kaedah “Gabung Setting”.
Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran kooperatif adalah suatu strategi
pengajaran dimana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan
kecil. Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi
idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan
menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru. Guru menguji dan memberi
gred berdasarkan pretasi kumpulan, kadang-kadang berdasarkan gred individu.
Bagi membantu menyelesaikan masalah kurang menguasai kemahiran melukis ini saya
menggabungjalinkan kemahiran pelajar berbakat / berpotensi bersama pelajar yang kurang atau
tidak ada kemahiran melukis.
2.0 Keprihatinan Kajian/ Fokus Kajian
Daripada refleksi di atas didapati sebahagian pelajar tidak menguasai kemahiran melukis
kerana :
a. Pelajar tidak cuba berlatih sendiri secara berterusan
b. Pelajar tidak menguasai kaedah penerokaan kadar banding dan ruang antara
objek / hubungan antara objek
c. Pelajar tidak bertanya kepada guru
Masalah ini berlaku dalam kalangan pelajar disebabkan sikap pelajar yang malu, malas
membuat latihan, mahu cepat siapkan tugasan dan tidak pandai membahagi masa yang
diperuntukkan selain tidak memiliki kemahiran asas melukis objek..
3
Jumlah pelajar yang masih kurang menguasai kemahiran melukis adalah agak ramai.
Keputusan ujian diagnostik menunjukkan masih terdapat sejumlah pelajar yang memperoleh
gred gred C+ dan C seramai 2 orang, manakala yang mebapat gred C- hingga D+ pula seramai
10 orang dan bilangan pelajar yang memperoleh grad B- dan ke atas adalah 8 orang sahaja.
Tiada pelajar yang memperoleh gred A- dan A dalam ujian diagnostik.
Berdasarkan pemerhatian dan penilaian pelajar tidak bersungguh dan menguasai
teknik yang betul serta kurang kemahiran penerokaan, menjadi punca utama keputusan
memberansangkan diperoleh. Mereka yang memperoleh gerd C+ dan ke bawah adalah dalam
kalangan pelajar yang tidak berlatih dan bersungguh dalam meneroka idea tugasan dalam
soalan.
Jika tidak ditangani segera, kesannya pelajar akan terus mengamalkan sikap sambil
lewa dan kurang kreatif. Pelajar juga akan melepaskan peluang memperoleh gred yang baik
dalam mata pelajaran seni visual semester 2, dan jika langkah penambahbaikan tidak
dilakukan, pelajar tidak akan berhasil dalam menjadikan seni visual semester 2 membantu
dalam pencapaian mereka dalam semester 2 serta akhirnya akan gagal memafaatkan peluang
wajaran 35% (1.40) mata pelajaran seni visual semester 2 ini.
Saya akan cuba mengatasi masalah penguasaan kemahiran melukis objek dalam
kalangan pelajar seni visual semsester 2 STPM 2019 SMK Sungkai dan membimbing mereka
menggunakan teknik “Gabung Setting” untuk mengubah pencapaian mereka sebaik yang
boleh.
4
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Am:
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran melukis objek menggunakan teknik
“Gabung Setting” bagi meningkatkan pencapaian pelajar seni visual semester 2 STPM 2019.
3.2 Objektif Khusus:
a) Meningkatkan peratus pelajar lulus gred B dan ke atas sebanyak 7 orang (35%)
berbanding 3 orang (15%) dalam ujian diagnostik.
b) Mencapai seratus peratus pelajar lulus dalam peperiksaan mata pelajaran seni visual
semester 2 STPM 2019
c) Melahirkan 2 orang pelajar memperoleh gred A- atau A.
4.0 Kumpulan Sasaran
Pelajar yang terlibat ialah semua pelajar seni visual semester 2 STPM 2019 SMK Sungkai dari
kelas gabungan 6S2AF (1), 6S2IK (8) dan 6S2AK (11). Pelajar akan dibahagikan mengikut
kumpulan bagi pelaksanaan kajian kaedah gabung setting ini.
5
5.0 Pelaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah
tersebut.
Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:
a. Praujian
Pengetahuan pelajar dalam penguasaan kemahiran melukis pelajar diuji untuk
mengetahui masalah yang dihadapi mereka.
b. Pemerhatian
Semakan hasil tugasan dibuat bagi mendapatkan gambaran tahap penguasaan pelajar.
Tingkahlaku pelajar ssebelum dan selepas setiap tugasan dan ujian juga diperhatikan.
c. Soal selidik
pelajar diberi soal selidik sebelum dan selepas kaedah gabung setting dijalankan .
Perbezaan pandangan dan penguasaan kemahiran dapat menjelaskan sama ada kaedah
yang diberi berkesan ataupun tidak.
6
5.2 Analisis Masalah
Hasil Tinjauan mendapati :
a. Praujian
Didapati pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam melukis objek ini menunjukkan
tahap yang kurang memberansangkan. Keputusan praujian (ujian diagnostik)
membuktikan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar. Berikut ialah pencapaian
yang diperolehi.
GRED MARKAH PENCAPAIAN MURID
A 80 – 100 Bil %
A - 75 - 79 -0
B+ 70 - 74 -0
B 65 - 69 1 5%
B - 60 - 64 2 10%
C + 55 - 59 5 25%
C 50 - 54 1 5%
C - 45 - 49 1 5%
D + 40 – 44 5 25%
D 35 - 39 5 25%
F 0 - 34 -0
-0
LULUS PENUH
10 50%
LULUS SEBAHAGIAN
GAGAL 10 50%
-0
LULUS PENUH
LULUS SEBAHAGIAN
Rajah 1 : Jadual & carta pai keputusan praujian
7
a. Pemerhatian
Pemerhatian yang dibuat didapati bahawa sebahagian pelajar tidak atau kurang mahir
dan kurang daya penerokaan semasa melukis (menjawab soalan). Sebahagian pelajar
juga kurang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan yang diberi di dalam
kelas. Semakan hasil tugasan dalam sesi PdPc juga menunjukkan ada dalam kalangan
pelajar yang tidak menghantar tugasan untuk di semak.
b. Soal selidik
Soal selidik dilaksanakan sebelum kaedah dijalankan. Soal selidik itu berperanan
untuk mengesan pengalaman sedia ada dan kesiapsiagaan pelajar untuk mata pelajaran
seni visual semester 2.Dapatan menunjukkan ada pelajar yang tidak mengambil mata
pelajaran PSV di peringkat SPM, selain terdapat pelajar yang mengambil MP PSV
tetapi kurang mahir melukis dan ada juga pelajar yang mengambil SV kerana mengikut
rakan. Terdapat juga pelajar yang mahu ambil SV dengan anggapan mata pelajaran ini
lebih santai berbanding mata pelajaran lain. Hasil soal selidik ini akan digunakan
selepas pasca ujian kedua nanti untuk mengukur perubahan dari segi perubahan pelajar
terhadap kemahiran dan tingkah laku pelajar. Perbezaan penguasaan kemahiran,
pengetahuan dan tingkah laku.akan dapat menjelaskan sama ada kaedah yang
digunakan berkesan ataupun tidak.
c. Pemerhatian
Pemerhatian yang dibuat didapati bahawa sebahagian pelajar tidak atau kurang mahir
dan kurang daya penerokaan semasa melukis (menjawab soalan). Sebahagian pelajar
juga kurang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan yang diberi di dalam
kelas. Semakan hasil tugasan dalam sesi PdPc juga menunjukkan ada dalam kalangan
pelajar yang tidak menghantar tugasan untuk di semak.
8
d. Soal selidik
Soal selidik dilaksanakan sebelum kaedah dijalankan. Soal selidik itu berperanan
untuk mengesan pengalaman sedia ada dan kesiapsiagaan pelajar untuk mata pelajaran
seni visual semester 2.Dapatan menunjukkan ada pelajar yang tidak mengambil mata
pelajaran PSV di peringkat SPM, selain terdapat pelajar yang mengambil MP PSV
tetapi kurang mahir melukis dan ada juga pelajar yang mengambil SV kerana mengikut
rakan. Terdapat juga pelajar yang mahu ambil SV dengan anggapan mata pelajaran ini
lebih santai berbanding mata pelajaran lain. Hasil soal selidik ini akan digunakan
selepas pasca ujian kedua nanti untuk mengukur perubahan dari segi perubahan pelajar
terhadap kemahiran dan tingkah laku pelajar. Perbezaan penguasaan kemahiran,
pengetahuan dan tingkah laku.akan dapat menjelaskan sama ada kaedah yang
digunakan berkesan ataupun tidak.
GRAF HASIL SOAL SELIDIK
mahu cemerlang dalam peperiksaan 2 6 20
bantu rakan lukis kemahiran meningkat 2 6 20
20
bantu lukis lebih baik
tahu teknik lukisan 20
15
selesa dibantu untuk melukis
boleh lukis sendirian 18
15
lukis bentuk asas geometri
tahu lukis banyak objek 20
tahu lukis 1 objek 20
tahu media melukis
ambil SV ikut kawan 14
ambil SV terpaksa
minat SV STPM
ambil PSV SPM
0 5 10 15 20 25
Jumlah Pelajar
Rajah 2 : Graf soal selidik
9
5.3 Tindakan (Rawatan) yang Dijalankan:
a) Aktiviti 1
Mewujudkan 4 kumpulan yang diketuai oleh pelajar yang memperoleh gred
terbaik dalam ujian diagnostic dan dianggotai oleh 4 ahli.
b) Aktiviti 2
Mengadakan sesi soal selidik sebelum teknik gabung setting dijalankan
c) Aktiviti 3
Melaksanakan teknik gabung setting dalam beberapa siri PdPc
d) Aktiviti 4
Menjalankan soal selidik selepas teknik gabung setting dijalankan
e) Membuat analisis keputusan ujian diagnostik, peperiksaan dengan keputusan
sebenar peperiksaan sebenar mata pelajaran seni visual semester 2 STPM
2019
Atau dalam bentuk :
Langkah 1 Semua pelajar melukis objek secara berasingan
Langkah 2 Semua pelajar melukis objek berasingan secara setting
Langkah 3 Perbandingan hasil tugasan secara individu
Langkah 4 Pelajar duduk dalam kumpulan
Langkah 5 Sesi kritikan karya oleh ketua kumpulan
Langkah 6 Sesi penambahbaikan teknik melukis objek
Langkah 7 Rumusan PdPc
Jadual 1 : senarai langkah pelaksaan teknik gabung setting
10
5.3 Senarai Kumpulan Gabung Setting
BIL. NAMA KUMPULAN
01. APRESIASI
5 ahli
02. ESTETIKA
5 ahli
03. CITRA
5 ahli
04. DIMENSI
5 ahli
Jadual 1 : senarai kumpulan gabung setting
5.4 Bahan Aktiviti ; Lembaran Gabung Setting
Objek 1
Objek 6 Objek 2
Objek 5 Gabungan Objek Objek 3
1,2,3,4,5 & 6
Objek 4
Rajah 3 : Lembaran teknik gabung setting
11
Rajah 4 : contoh soalan teknik gabung setting
Gambar 1
12
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 1,2 dan 3 : sesi pelaksanaan teknik “Gabung Setting”
13
Gambar 4 : hasil tugasan pelajar sebelum kaedah Gabung Setting’ dilaksanakan
Gambar 4 dan 5 : grafik proses kaedah ‘Gabung Setting’ dilaksanakan
14
6.0 Keberkesanan Kaedah
Kebekesanan kaedah ini dibuktikan melalui analisis pencapaian peperiksaan sebenar semester
2 STPM 2019. Perubahan pengetahuan dan kemahiran dapat divisualisasikan dalam perubahan
gred yang diperolehi pelajar dalam peperiksaan sebenar mata pelajaran berkenaan berbanding
ujian prakajian (diagnostik).
PENCAPAIAN PELAJAR
GRED MARKAH Praujian/ ujian Keputusan
diagnostik Peperiksaan
A 80 – 100
A - 75 - 79 Bil % Sebenar
B+ 70 - 74 Bil %
B 65 - 69
B - 60 - 64 - 0 1 5%
C + 55 - 59
C 50 - 54 - 0 4 20%
C - 45 - 49
D + 40 – 44 1 5% 3 15%
D 35 - 39
F 0 - 34 2 10% 4 20%
LULUS PENUH
LULUS SEBAHAGIAN 5 25% 5 25%
GAGAL 1 5% 2 10%
1 5% 1 5%
5 25% - -
5 25% - -
- 0 --
- 0 --
10 50% 20 100%
10 50% - -
--
Data analisis daripada tiada pelajar yang memperoleh gred cemerlang A dan A- dalam praujian,
selepas kaedah ini dijalankan perubahan keputusan berlaku dengan 5 orang pelajar
memperoleh gred A dan A- dalam peperiksaan sebenar. manakala daripada 8 orang pelajar
memperoleh gred potensi cemerlang dan sederhana dalam praujian kepada pencapian 12 orang
15
pelajar memperoleh gred berkenaan malahan serta tiada pelajar yang berada dalam kelompok
lulus sebahagian dan gagal dalam peperiksaan sebenar berbanding 10 orang dalam praujian.
Refleksi Selepas Kajian
Selepas selesai melaksanakan semua tindakan, saya melakukan sesi refleksi diri terhadap setiap
tindakan yang telah saya ambil. Jelas menunjukkan hasil kajian tindakan yang telah
dilaksanakan membantu meningkatkan pemahaman dan kemahiran pelajar dan mengurangkan
kekeliruan menggunakan kaedah “Gabung Setting”. Selama ini saya hanya tertumpu kepada
tugasan individu sahaja tanpa menyedari kaedah berkumpulan sebenarnya boleh membantu
meningkatkan kemahiran pelajar dalam teknik melukis objek setting. Berdasarkan dapatan
kajian ini juga, saya akan berusaha untuk mengaplikasikannya bersama kaedah lain yang
berkesan untuk meningkatkan kualiti pencapaian pelajar. Pengetahuan dan pengalaman ini
saya akan saya jadikan pemula kepada kaedah yang lebih baik pada masa depan. Semoga
dengan refleksi ini, saya dapat meningkatkan setiap tindakan yang saya ambil untuk membaiki
amalan pdpc saya pada masa akan datang. Saya perlu melihat upaya latar dan kesediaan pelajar
untuk melaksana tindakan dalam PdPc agar tidak terjadinya situasi seperti mencurah air pada
daun keladi atau “Syok sendiri”
7.0 Rumusan Kajian
Berdasarkan kajian tindakan yang laksanakan yang bertujuan meningkatkan penguasaan
kemahiran melukis objek setting dalam kalangan pelajar Seni Visual. Pelajar telah dapat
merubah pemahaman dan kemahiran mereka tentang cara melukis objek-objek yang
memiliki hubungan berspektif dan ruang ilusi. Selain itu pelajar juga telah dapat
meningkatkan pemahaman mereka terhadap kepekaan pencahayaan berdasarkan bentuk
objek dalam melukis objek setting dengan dibantu oleh rakan yang telah menguasainya.
Walaupun guru adalah pembimbing utama dalam proses pembelajaran, namun rakan
16
pelajar yang telah dan cepat menguasai kemahiran melukis objek setting (guru muda), amat
penting untuk membantu pelajar yang tiada atau kurang mahir, lebih mudah mempelajari
dan menguasai kaedah ini dengan bahasa komunikasi mereka. Situasi ini selaras dengan
teori pembelajaran sosial Albert Bandura yang antaranya menyatakan proses pembelajaran
adalah melalui peniruan dengan cara pemerhatian atau mengamati sesuatu perkara yang
berlaku. Bandura menyatakan bahawa untuk belajar melalui pemerhatian, seseorang
individu itu harus menumpukan perhatian, dan biasanya orang yang diperhatikan adalah
orang yang menarik, terkenal dalam kalangan guru-guru atau rakan-rakan yang lain dalam
satu-satu organisasi, cekap atau disanjungi. Biasanya dalam hal ini selalunya akan
dikaitkan dengan rakan sebaya di mana dalam konteks rakan sebaya adalah mereka yang
sama peringkat umur.
8.0 PENUTUP
Kajian tindakan merupakan satu kaedah dalam usaha pelbagai pihak terutama warga
pendidik seperti guru dalam memikirkan kaedah altenatif mendepani isu semasa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Bertitik tolak daripada pengalaman interaksi
bersama pelajar dan dijana upaya kreatif dan inovatif pemikiran sesorang pendidik itu pasti
dapat menemui kaedah atau teknik yang berseuaian untuk meningkatkan penguasaan
pelajar dalam sesuatu bidang ilmu demi pencapaian yang lebih cemerlang. Kajian
seumpama ini harus diteruskan dan ditambahbaik bagi selaras dengan perkembangan
semasa dunia pendidikan era ini. Kajian yang tidak sepertinya ini, masih terdapat
kekurangan masih perlu diperbaiki, namun ianya telah dapat menjadi satu kaedah merubah
walaupun mungkin tidak secara total tetapi menjadi medium kepada perubahan
penguasaan pelajar kelompok sasar dan pencapaian meraka dalam mata pelajaran yang
dipelajari.
Sekian terima kasih.
17
Bibliografi:
Majlis Peperiksaan Malaysia (2012) Seni Visual STPM Sukatan Pelajaran dan
Soalan Contoh,Batu Cave Selangor
Efendi Zakaria (1998). “Pembelajaran Kooperatif”. Bangi:Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ong Chong King, Jaafar Taib (985).Asas seni lukis 1 : untuk pelajar dan
pelukis amatur : Edusystem, Selangor
Zakaria StapaAhmad Munawar Ismail; Noranizah yusuf (2012), Faktor
Persekitaran Sosial dan Hubungannya dengan Pembentukan Jati Diri
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Sharifah Alwiah Alsagoff.(1986). Psikologi pembelajaran dan kognitif,
bimbingan dan kaunseling. Petaling Jaya : Heinemann Malaysia Sdn. Bhd.
18
Lampiran :
SOALAN SESI SOAL SELIDIK TEKNIK ‘GABUNG SETTING’
MATA PELAJARAN SENI VISUAL SEMSETER 2 (KEMAHIRAN MELUKIS)
ARAHAN ; Tandakan / pada ruangan yang berkaitan
BIL. PERKARA YA TIDAK TIDAK
PASTI
01 Adakah anda mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni di
peringkat SPM
02 Adakah anda meminati mata pelajaran Seni Visual di peringkat
STPM
03 Adakah anda mengambil mata pelajaran Seni Visual STPM atas
kemahuan dan minat sendiri
04 Adakah anda mengambil mata pelajaran Seni Visual STPM atas
ajakan rakan / mengikut rakan
05 Adakah anda tahu apa itu lukisan
06 Adakah anda tahu bahan dan alatan untuk menghasilkan sebuah
lukisan
07 Adakah anda boleh melukis lukisan 1 objek
08 Adakah anda boleh melukis lukisan sekumpulan objek (objek
setting)
09 Adakah anda boleh melukis objek asas bentuk bulatan, segi
empat dan segi tiga
10 Adakah anda boleh melukis secara sendirian
11 Adakah anda selesa dibantu untuk melukis sesuatu lukisan
12 Adakah anda tahu teknik-teknik dalam lukisan
13 Setujukah anda jka anda tidak mahir melukis anda perlu dibantu
rakan yang mahir melukis dan kemahiran anda akan meningkat
14 Setujukah anda, jika anda mahir melukis dan anda membantu
rakan yang tidak atau kurang mahir melukis, kemahiran anda
akan dapat dikukuhkan
15 Adakah anda mahu cemerlang dalam mata pelajaran seni visual
semester 2 (kemahiran melukis pengkaryaan dan perekaan)
19