The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SMK SUNGKAI, 2021-10-03 06:08:12

SAINS T2 BAB 6 ASID DAN ALKALI

BAB 6 ASID DAN ALKALI

6.1 Sifat Asid dan Alkali

Sifat Asid dan Alkali

 Asid berasal
daripadaperkataan Latin,
acidus yang bermaksud
masam.

 Manakala, alkali berasal
daripada perkataan Arab,
alqali yang bermaksud abu
tumbuhan.

 Contoh asid, Asid hidroklorik
dan cuka

 Contoh alkali ialah Larutan
natrium hidroksida dan Air
sabun



Peranan Air
untuk
Menunjukkan
Sifat-sifat Asid
dan Alkali

ASID DAN ALKALI HANYA BOLEH MENUNJUKKAN
SIFATNYA DENGAN KEHADIRAN AIR.





Bahan Berasid dan
Beralkali

 Bahan yang mengandungi asid dikenali
sebagai bahan berasid.

 Bahan yang mengandungi alkali pula
dikenali sebagai bahan beralkali.

 Pelbagai bahan makanan di dapur
boleh dikelaskan sebagai bahan berasid
dan bahan beralkali.

 Sebagai contoh, epal dan kopi ialah
bahan berasid.

 Serbuk penaik pula bahan beralkali.

Bahan  Sifat bahan yang berbeza ini dapat
Berasid ditentukan dengan menggunakan penunjuk
dan yang sesuai.
Beralkali
 Penunjuk ialah sejenis pewarna atau
campuran beberapa jenis pewarna yang
berubah warna berdasarkan bahan yang
diuji.

 Perubahan warna yang diperhatikan dapat
menentukan sama ada suatu bahan adalah
neutral, berasid atau beralkali.











Kekuatan Asid dan Alkali

 Skala pH digunakan untuk menunjukkan kekuatan suatu asid
atau alkali. Julat nilai pH adalah antara 0 hingga 14

Kegunaan Asid dan Alkali dalam
Kehidupan Harian

 Asid dan alkali banyak digunakan dalam
kehidupan harian kita.

 Misalnya, kita menggunakan cuka yang
berasid dalam masakan dan detergen
yang beralkali dalam pencucian
pakaian.

 Selain itu, asid dan alkali juga banyak
digunakan dalam pelbagai sektor seperti
sektor pertanian, perindustrian dan
perubatan.

 Sebagai contoh, baja yang digunakan
dalam sektor pertanian diperbuat
daripada tindak balas asid dengan alkali.

Kegunaan
Asid

 Asid tartarik
 Asid karbonik -

Minuman
bergas
 Asid sulfurik-
bateri kereta
 Cuka - Jeruk

Kegunaan
Alkali

 Kalium hidroksida
- Sabun mandi

 Ammonia- Baja
 Magnesium

hidroksida - Pil
antasid
 Natrium hidroksida
- Detergen

6.2 Peneutralan

Peneutralan

 Tindak balas antara asid dengan
alkali akan menghasilkan garam
dan air.

 Tindak balas ini disebut sebagai
peneutralan.

 Semasa peneutralan, asid hilang
sifat asidnya dan alkali hilang sifat
alkalinya.

 Kaedah yang digunakan untuk
menjalankan tindak balas ini
disebut sebagai pentitratan.



Aplikasi Peneutralan
dalam Kehidupan Harian

 Peneutralan mempunyai
pelbagai kegunaan dalam
kehidupan harian kita.

 Di samping itu, peneutralan ini
juga digunakan dalam sektor
pertanian dan perindustrian.

Aplikasi Peneutralan
dalam Kehidupan Harian

 ubat gigi yang mengandungi bahan
beralkali yang meneutralkan asid yang
dihasilkan oleh bakteria.

 Pembersih muka yang beralkali akan
menjadikan kulit muka kering. Oleh itu,
penyegar berasid digunakan untuk
meneutralkan semula kulit muka.

 Tanah yang berasid dapat dirawat
dengan menabur kapur mati yang
bersifat alkali supaya tanaman dapat
tumbuh dengan subur.

Aplikasi Peneutralan
dalam Kehidupan
Harian

 Pelembut fabrik mempunyai sifat asid.
Oleh itu ia mengurangkan nilai pH fabrik
yang menjadi beralkali disebabkan oleh
penggunaan serbuk pencuci.

 Bahan buangan berasid daripada kilang
dirawat dengan alkali sebelum
dibebaskan.

 Rambut yang sihat adalah apabila
dalam keadaan sedikit berasid, tetapi
syampu rambut biasanya sedikit beralkali.
Oleh itu, perapi rambut yang sedikit
berasid dapat meneutralkan sisa syampu
pada rambut dan menjadikan rambut
lembut dan sihat.


Click to View FlipBook Version