The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SMK SUNGKAI, 2021-09-29 04:01:01

SISTEM GEOMORFOLOGI - PROSES ENDOGENIK

SISTEM GEOMORFOLOGI - PROSES ENDOGENIK

SISTEM
GEOMORFOLOGI

Geografi 942/1

PROSES ENDOGENIK

oKonsep endogenik : tenaga yang berasal dari dalam bumi terhasil
daripada tekanan dan arus perolakan magma di mantel yang
menyebabkan gangguan tektonik di kerak dan permukaan bumi.

oProses endogenik : proses pembentukan bentuk muka bumi asas
dengan sumber tenaga berpunca dari dalam bumi. Proses
pembentukan terjadi melalui aktiviti gerakan bumi dan ragam
gunung berapi.

Proses pembentukan bentuk bumi lipatan

 Konsep lipatan kerak bumi : proses kedutan / lenturan / bentuk
muka bumi akibat proses mampatan / himpitan pada kerak bumi
(yang terhasil daripada arus perolakan di lapisan mantel) dari dua
arah yang bertembung ke atas kerak bumi.

 Proses mampatan : pergerakan magma di lapisan mantel
membentuk arus perolakan kuat menyebabkan plat bumi bergerak
secara perlahan atau kuat. Pergerakan plat menghentam plat yang
satu lagi menyebabkan sebahagian plat terlendut / melentur dan
sebahagian plat lagi satu menjunam. Plat yang terlendut
membentuk gunung lipat.

 Dua jenis gunung lipat iaitu gunung lipat tua dan gunung lipat
muda. Terhasil apabila adanya daya tolakan dari kiri dan kanan yang
dialami oleh lapisan kerak bumi. Akibat daya tolakan ini lapisan
kerak bumi yang terlipat membentuk banjaran gunung (lintap
mungkum) dan ada lapisan kerak bumi yang terlendut atau lintap
lendut yang akan membentuk lurah.

 Gunung lipat dan banjaran lipat (Antiklin) : lipatan muka bumi yang
melengkung ke atas.

 Lurah (Sinklin) : bahagian lipatan yang melendut atau meleding ke
bawah (lintap lendut).

Jenis-jenis lipatan
 Lipatan monoklin – lipatan yang cembung di atas dan cekung di

bahagian bawah.
 Lipatan simetri – mempunyai cerun yang seimbang di kedua-dua

belah.
 Lipatan asimetri – lipatan yang salah satu cerunnya lebih curam

berbanding sebelahnya lebih landau.
 Lipatan rebah – dua cerun yang tidak seimbang.
 Lipatan lampau – terbentuk apabila lipatan rebah mula retak,

bertindih dan terlipat di atas kerak bumi.



Kesan Lipatan kepada alam sekitar fizikal

Membentuk banjaran dan gunung lipat
Membentuk muka bumi beralun dan pamah
Membentuk pelantar benua di dasar laut
Membentuk Kawasan tadahan air
Membentuk Kawasan lembangan saliran
Membentuk sungai balik muda
Mempengaruhi pembentukan hujan bukit dan angin cinuk (angin yang kering dan panas)
Mempengaruhi suhu di Kawasan tanah tinggi
Menggalakkan pertumbuhan hutan tropika
Mewujudkan habitat semulajadi

Kesan lipatan kepada aktiviti manusia

 menggalakkan aktiviti pertanian
Menggalakkan aktiviti pelancongan
Menggalakkan aktiviti perlombongan
Menggalakkan aktiviti perikanan
Menggalakkan aktiviti pembinaan
Menggalakkan penghasilan tenaga
Bekalan air domestik
Membentuk sempadan semulajadi
Menggalakkan aktiviti perhutanan

Proses pembentukan bentuk bumi gelinciran

 Konsep gelinciran : retakan atau rekahan (kenaikan atau
kejatuhan) pada kerak bumi atau plat tektonik akibat daya
mampatan atau ketegangan pada kerak bumi yang terhasil
akibat pergerakan arus perolakan dalam lapisan mantel.

 Daya mampatan dan daya ketegangan ini menyebabkan
berlakunya anjakan pada lapisan kerak bumi atau plat tektonik
sama ada secara mendatar, menegak dan menggelongsor.

Jenis-jenis gelinciran

Gelinciran Biasa – berlaku apabila daya regangan yang bertindak dari
lapisan kiri dan kanan batuan menyebabkan kedua-dua bahagian
lapisan meregang dan merekah di bahagian garisan gelinciran. Ini
menyebabkan satu bahagian terangkat ke atas dan satu bahagian
akan jatuh ke bawah.

Gelinciran songsang – berlaku apabila daya mampatan bertindak ke
atas lapisan batuan lalu membentuk garis gelinciran yang serong.
Gelinciran ini menyebabkan sebelah bongkah batuan tertolak ke atas
dari kedudukan asal.

Gelinciran rabak – berlaku apabila dua bongkah bergerak secara
mendatar dan melintang sepanjang garis gelinciran dari dua arah
yang bertentangan sama ada ke kanan atau ke kiri. Pergerakan
bongkah secara menegak sangat sedikit atau tiada langsung.

Bentuk muka bumi gelinciran

Gunung bongkah (Horst) – Bahagian kerak bumi yang tertolak ke
atas. Daya mampatan menyebabkan berlaku retakan dan rekahan
pada kerak bumi.
Lurah gelinciran (Graben) – Bahagian kerak bumi yang tergelincir ke
bawah. Daya tegangan menyebabkan berlaku retakan dan rekahan
pada kerak bumi.

Kesan gelinciran kepada alam sekitar fizikal

Gunung bongkah (Horst) Lurah gelinciran (Graben)
 Dataran tinggi  Tanah pamah rata
 Tadahan air  Pelantar benua
 Lembangan saliran  Pantai tenggelam
 Air terjun
 Pelantar benua
 Pantai timbul

Kesan gelinciran kepada aktiviti manusia

oMenggalakkan aktiviti pertanian
oMenggalakkan aktiviti perikanan
oMenggalakkan aktiviti perlombongan
oMenggalakkan aktiviti perhutanan
oMenggalakkan aktiviti pembinaan
oMenggalakkan aktiviti pelancongan

PROSES PEMBENTUKAN BENTUK
MUKA BUMI GUNUNG BERAPI

KONSEP GUNUNG BERAPI
Proses keluarnya lava, gas dan bahan piroklas lain yang melalui rekahan atau
lohong di bumi.
Suhu yang panas di bawah lapisan kerak bumi menyebabkan batuan menjadi cair
dan dikenali sebagai magma.
Tekanan yang tinggi dan ketumpatan yang rendah memaksa magma naik ke
atas dan Meletus keluar sebagai lava.
Aliran magma dari dalam gunung berapi akan membentuk pelbagai bentuk bumi
jalar luar dan jalar dalam.

Bentuk bumi gunung berapi

Bentuk muka bumi jalar luar Bentuk muka bumi jalar dalam
 Kon lava bes  Daik
 Kon lava asid  Sil
 Kon serbaragam  Lapolit
 Krater atau kawah  Pakolit
 Kaldera  Lakolit
 Tasik kawah  Batolit
 Granahar atau lohong gunung berapi
 Pulau gunung berapi
 Anak gunung berapi
 Palam gunung berapi
 Dataran gunung berapi





Kesan gunung berapi kepada alam sekitar fizikal

Dataran lava
Pembentukan batuan igneus dan metamorfosis
Geiser
Tsunami
Hujan asid
Jerebu
Peningkatan suhu
Kebakaran hutan
Kerosakan habitat

Kesan gunung berapi kepada aktiviti manusia

Pertanian
Pelancongan
Perhutanan
Penyelidikan
Perlombongan
Perikanan
Aktiviti harian

Kesan gunung berapi kepada manusia

Kehilangan nyawa
Kerosakan harta benda
Gangguan aktiviti harian
Kehilangan mata pencarian
Trauma

Faktor gunung berapi mempunyai pelbagai bentuk

Jenis bahan yang diletuskan
Jenis lava
Jenis lohong gunung berapi
Jenis letusan
Kuantiti bahan
Usia gunung berapi
Kekerapan letusan

HANYUTAN BENUA

Konsep Hanyutan Benua : Satu teori / andaian yang
menyatakan bahawa benua-benua di dunia sekarang
berasal dari satu benua daratan, telah dan masih
berpisah antara satu sama lain.

3 teori hanyutan benua
• Teori awal (Hipotesis Alfred Wegener)
• Teori Peluasan Dasar Lautan
• Teori Tektonik Plat

Teori Tektonik Plat

•Kerak bumi terbahagi kepada beberapa
plat/kepingan besar. Plat/kepingan ini seolah
terapung di atas mantel dan bergerak secara
bertembung, bercapah dan berselisih.
•Jenis-jenis pergerakan :
Pertembungan plat
Pencapahan plat
Perselisihan plat

Bukti Teori Hanyutan Benua

• Bukti persamaan garis pantai
• Bukti geologi
• Bukti iklim purba
• Bukti fosil atau Paleontologi
• Bukti sistem gunung lipat
• Bukti kemagnetan purba atau Paleomagnetisme


Click to View FlipBook Version