SISTEM
GEOMORFOLOGI
GEOGRAFI STPM 942/1
Konsep Geomorfologi
Geomorfologi : kajian tentang bentuk bumi. Bidang sains
bumi yang mengkaji interaksi antara proses, faktor dan
bentuk di permukaan bumi secara saintifik.
Proses geomorfologi : semua proses fizikal, kimia dan biologi
yang bertanggungjawab membentuk, memperkembang dan
mengubah bentuk muka bumi sama ada secara mikro atau
makro.
Jenis proses geomorfologi
Proses endogenik : proses yang berpunca dari dalam bumi,
mampu membentuk serta mengubah permukaan bumi seperti
pergerakan tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa
bumi, gunung berapi dan aktiviti igneus serta metamorphosis
batuan.
Proses eksogenik : proses yang berlaku di luar bumi atau di
permukaan bumi seperti proses luluhawa, hakisan,
pengangkutan, pemendapan dan gerakan jisim.
Perbezaan proses endogenik (menghasilkan bentuk muka bumi)
dan proses eksogenik (mengukir dan mengubah bentuk muka
bumi).
Proses-proses endogenik
Aktiviti gunung berapi
Proses orogenesis / proses pelipatan kerak bumi yang menghasilkan
banjaran gunung lipat
Proses gelinciran / sesaran kerak bumi seperti rekahan, lurah
gelinciran dan gunung bongkah hasil dari daya mampatan dan
tegangan yang dialami oleh kerak bumi.
Pengangkatan dan penurunan blok-blok bumi apabila mengalami
pemulihan isostasi iaitu perubahan aras laut yang berpunca daripada
pergerakan bumi.
Gempa bumi / gegaran yang dialami oleh kerak bumi apabila
berlakunya perlanggaran atau pencapahan plat-plat tektonik.
Proses metamorfisme melibatkan perubahan tekstur, struktur dan
kandungan kimia batuan yang berada dalam bumi apabila menerima
haba dan tekanan yang tinggi.
Proses-proses eksogenik
Luluhawa : proses penguraian / pereputan dan pemecahan batuan
menjadi butiran lebih kecil secara in-situ dan semulajadi oleh agen-
agen luluhawa.
Hakisan : proses penghausan, pengukiran, penggondolan muka bumi
oleh agen hakisan seperti air, ombak, angin dan glasier.
Pergerakan jisim : proses pergerakan bahan regolith menuruni cerun
akibat daya tarikan graviti.
Pengangkutan : proses pemindahan sisa hakisan dan luluhawa serta
bahan muatan lain dari satu tempat ke tempat lain oleh agen seperti
air mengalir, ombak, arus, angin dan glasier.
Pemendapan : Proses yang berlaku apabila bahan muatan menjadi
pegun, terlonggok dan tidak diangkut lagi oleh agen seperti air
mengalir, ombak, angin dan glasier.
KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
Struktur dan kandungan lapisan bumi
Kerak bumi Mantel
o Lapisan bumi paling luar dan o Lapisan pertengahan
nipis yang tidak stabil
o Terdiri daripada lapisan SIAL o Lapisan dalam bentuk
(benua) dan SIMA (lautan) pepejal dan cecair
o Mengandungi batuan jenis o Zon astenosfera
granit dan basalt berbentuk separa cair
o Ketumpatan batuan 2.7 o Lapisan bawah
g/cm – 3 g/cm berbentuk batuan pejal
Teras bumi
o Lapisan paling dalam yang dipisahkan dari mantel oleh o Batuan jenis granit dan
ketakselanjaran Gutenberg basalt
o Dikenal sebagai lapisan barisfera o Ketumpatan 5.5 g/cm
o Terbahagi kepada dua teras luar (cecair) dan teras dalam o Suhu antara 800 C
(pepejal) hingga 1600 C
o Batuan jenis nikel dan besi
o Ketumpatan batuan 13 g/cm
Taburan daratan Taburan daratan dan lautan
Semua jenis tanah atau Taburan lautan
daratan yang timbul dari
permukaan aras laut Merupakan laut yang
termasuk bahagian daratan luas dan himpunan air
berhampiran laut yang masin yang sambung-
cetek dan tenggelan menyambung meliputi
dinamakan pentas benua. permukaan air yang
dibatasi oleh benua atau
Bumi terdiri daripada kepulauan yang besar.
daratan yang merangkumi
29% keluasan bumi. Merangkumi 71%
daripada keluasan bumi.
Pulau-pulau dan gugusan
pulau termasuk dalam 6 lautan utama dunia
istilah daratan atau benua.
7 kawasan daratan yang
diistilahkan benua di
permukaan bumi
BATUAN
Pepejal yang terdiri
daripada himpunan
pelbagai bahan mineral.
Jenis batuan berdasarkan
cara pembentukan, saiz dan
tekstur bahan, ketelapan air
serta ketahanan terhadap
agen hakisan.
3 jenis batuan : igneus,
enapan, metamorfosis
Batuan igneus
Terbentuk melalui proses penyejukan dan pemejalan
magma dan lava sama ada dalam kerak bumi atau di
permukaan bumi.
Terbahagi kepada 2 iaitu igneus rejahan dan igneus
terobosan.
Igneus rejahan (igneus jalar dalam) : terbentuk akibat
penyejukan dan pembekuan magma di dalam rekahan
kerak bumi. Contoh granit, gabro dan diorite.
Igenus terobosan (igneus jalar luar) : terbentuk akibat
penyejukan dan pembekuan lava di luar permukaan
bumi. Contoh riolit, basalt dan pumis.
Batuan enapan
Terbentuk secara berlapis-lapis akibat proses pemendapan, perekatan
dan pemampatan serpihan batuan, kelodak, pasir, lumpur dan
cangkerang oleh agen seperti air mengalir, ombak, angina dan glasier.
Bahan ini dimendapkan secara lapisan demi lapisan dan menjadi
mampat melalui proses pemadatan dan perekatan.
3 jenis enapan iaitu enapan klastik, enapan kimia dan enapan organik
Enapan klastik : terbentuk melalui proses pemadatan dan penyimenan
serpihan batuan seperti batu pasir dan syal
Enapan kimia : terbentuk hasil enapan bahan-bahan kimia atau mineral
batuan yang terlarut dalam air semasa luluhawa kimia seperti batu
kapur, gipsum, garam
Enapan organik : terbentuk daripada mendapan sisa tumbuhan dan
haiwan yang telah mati seperti arang batu
Batuan metamorfosis
Terbentuk apabila batuan igneus dan batuan enapan
mengalami tekanan dan suhu yang tinggi menyebabkan
batuan tersebut mengalami perubahan bentuk, warna dan
komposisi mineral menjadi batuan yang baru.
2 jenis batuan iaitu metamorphosis serantau dan
metamorphosis terma/sentuhan
Metamorfosis serantau : terbentuk akibat tekanan dan
himpitan terhadap batuan asal dalam rekahan batuan. Kuasa
himpitan disebabkan oleh pergerakan ke atas kerak bumi.
Metamorfosis terma/sentuhan : terbentuk bila batuan asal
dalam kerak bumi bersentuh dengan magma atau lava yang
sangat panas. Tindak balas kimia dan perubahan kandungan
mineral menjadikan batuan tersebut berubah.
Bersifat keras, bersinar dan bernilai tinggi
BATUAN DAN KONFIGURASI MUKA BUMI
Konfigurasi muka bumi – kepelbagaian bentuk muka
bumi. Batuan mempunyai perkaitan rapat dengan
pembentukan pelbagai landskap permukaan bumi.
Konfigurasi muka bumi dibentuk oleh proses-proses
geomorfologi seperti luluhawa, hakisan,
pemendapan, gerakan jisim yang dipengaruhi oleh
unsur-unsur cuaca, iklim, tumbuhan semula jadi
dan kesan kegiatan manusia.
Konfigurasi muka bumi seperti pandang darat kars
(Kawasan batu kapur), bukit dan banjaran, lurah,
cerun, lembah dan tanah pamah.
Keberkesanan proses bergantung kepada sifat-sifat
batuan.
Kekerasan batuan : ketahanan batuan kepada proses
luluhawa dan hakisan.
Ketelapan batuan : keupayaan batuan membenarkan air
mengalir melaluinya atau keupayaan batuan menyerap
air.
Keliangan batuan : ruang atau rongga antara zarah-
zarah mineral dalam batuan.
Kandungan kimia batuan : kandungan bahan mineral
dalam batuan.
KEPENTINGAN BATUAN
BATUAN IGNEUS
• Basalt – yang terluluhawa tanah lava bes yang subur
• Granit – yang terhakis tanah aluvium untuk penanaman padi
• Granit – yang keras dan padu untuk bahan asas sektor
pembinaan
• Granit – yang mudah didapati dan banyak digunakan untuk
kegunaan domestik
• Granit – yang keras dan tahan hakisan sesuai untuk aktiviti
pelancongan
• Granit – yang mudah didapati digunakan dalam aktiviti rekreasi
• Granit – timbunan granit untuk aktiviti kuari batu
BATUAN ENAPAN
• Petroleum, gas asli dan arang batu sebagai bahan api
• Batu kapur – membuat simen
• Batu kapur - aktiviti pembinaan
• Batu kapur – meneutralkan keasidan tanah
• Gua batu kapur – pelancongan
• Tanah liat – penanaman padi sawah
• Tanah liat – industri seramik
• Batu pasir – kandungan kuarzit untuk barangan kaca
• Kaolin – industry tembikar dan plaster siling
• Fosfat – baja urea
• Natrium klorida (garam batu) – mengawet makanan
BATUAN METAMORFIK
• Batu marmar – sektor pembinaan, Jubin lantai
• Batu marmar – kraftangan
• Berlian – mata gerudi dalam perlombongan petroleum dan
pembinaan terowong
• Berlian, delima, zamrud – barang kemas
• Grafit – industry bateri, dakwat, mata pensil
• Slat – atap genting, batu nisan, papan tulis
• Antrasit – bahan bakar di kilang dan rumah
• Kuarzit – barangan kaca dan kristal