The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SMK SUNGKAI, 2021-05-18 03:12:11

ASPIRE@SMES BIL 5 ( MEI)

E-MAJALAH BULANAN SEKOLAH

Keywords: ASPIRE@SMES

1

7q

Ikon@SMES:
Kembali kepada
fitrah

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

DARI MEJA PENGARANG 2

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada seluruh Sidang Redaksi
warga SMES yang budiman. Bertemu kembali kita pada keluaran yang kelima dengan ASPIRE@SMES
pelbagai perasaan bercampur baur dek kerana pelbagai pengalaman pahit manis
sepanjang Ramadan yang penuh bermakna. Kita diuji tanpa henti bukan sahaja oleh Penasihat
pandemik Covid-19 tetapi oleh pelbagai ujian yang tidak lain bertujuan untuk Hajah Siti Khadijah binti Ngosman
mentarbiahkan kita supaya kita kembali kepada fitrah. Ada orang kehilangan orang
tersayang, ada orang ditimpa kemalangan, ada orang dikhianati kawan dan macam- Ketua Sidang Redaksi
macam ujian. Semakin besar ujian , semakin dekat kita kepada Allah ,semakin dekat kita Rosnah bt Taib
kepada fitrah.
Penolong Ketua Sidang Redaksi
Biar apa pun ujian tuhan , kita tetap memanjat berbanyak-banyak syukur ke Mahalabiah bt Mohamad
hadrat Ilahi kerana kita berjaya menjalani Ramadan yang mencabar ini dengan sempurna. Fotografi
Alhamdulillah . Kata orang Ramadan itu umpama ‘madrasah’ yang mendidik jiwa umat
Islam selama sebulan. Kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga malah juga Mohd Suhazli bin Che Abdullah
mengekang hawa nafsu daripada merajai jiwa . Disiplin yang dipupuk oleh madrasah Artikel Bahasa Melayu
Ramadan ini amat kental kerana umat Islam bukan hanya berpuasa di khalayak awam
tetapi juga ketika bersendirian. Inilah kejayaan Islam mendidik peribadi mulia dan Hj Rohim@Rahim bin Ngahat
amanah .Walaupun amalan kita mungkin tersekat tidak seperti sebelumnya dek kerana Suhana bt Basil
SOP Covid-19 tetapi ia tidak mengurangkan berkat daripada Allah SWT. Insha Allah.
Artikel Bahasa Inggeris
Dari segi bahasa, aidilfitri bermaksud kembali kepada fitrah. Kembali kepada Pratiba a/p Velummailum
fitrah bermaksud kembali kepada asal kita yang suci tanpa dosa. Doa kita hendaknya kita
tidak lagi mengulang dosa-dosa lama setelah kita menjalani penyucian di madrasah Grafik Berkomputer
Ramadan selama sebulan. Hendaknya kita terus kekal di dalam fitrah kita yang suci ini Nur Hidayah bt Taib
dengan penuh tawaduk.
Diterbitkan oleh:
AIDILFITRI bukan semata-mata adat tetapi ia juga adalah satu ibadah. Janganlah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai
hendaknya aidilfitri dirosakkan dengan amalan maksiat, pembaziran, hiburan dan Jalan Pekan Lama
seumpamanya. Islam menganjurkan kita merayakan kemenangan ini tetapi dalam 35600, Sungkai
sukatan dan aturan yang betul. Tel: 05-4386609
Faks :05-4386610
Salam Hari Raya Aidilfitri dari kami sidang Redaksi ASPIRE@SMES dengan Laman web: smes.edu.my
ucapan maaf zahir dan batin di atas apa saja kelemahan dan kekurangan kami. Yang baik
dari Allah yang lemah daripada kami jua.

Pn.Rosnah binti Taib
Ketua SidangRedaksi
ASPIRE@SMES

RUANGAN KHAS 3

.

RUANGAN KHAS 4

RUANGAN KHAS 5

RUANGAN KHAS 6

PROGRAM@ SMES 7

Majlis Pelancaran Program SUMUR, Mentor-Mentee
dan Ihya’ Ramadan 2021
Tarikh: 9 April 2021

PROGRAM@ SMES

PROGRAM@ SMES 8

CERAMAH AMBANG RAMADAN
Tarikh:11 APRIL 2021

PROGRAM@ SMES 9

PROGRAM@ SMES 10

TITIPAN AZIMAT
OLEH

TUAN HAJI MAT RAHIM BIN MAT TAHIR
SEMPENA PERSARAAN

IKON@ SMES 11

Pada 19 hb November 2001 lahirlah seorang bayi comel di
Hospital Teluk Intan. Bayi ini istimewa sebab dia berasal nun
jauh di pendalaman Kampung Gamus, Pos Jernang ,
Sungkai ,Perak. Dua puluh tahun lalu keadaan Pos Jernang bukan
seperti sekarang. Tiada jalan berturap ke sana yang ada hanya
jalan tanah merah. Jalan lori kelapa sawit keluar masuk
mengangkut kelapa sawit. Di sanalah bayi itu berasal. Bayi yang
lahir dalam persekitaran alam semula jadi yang masih kekal
dengan fitrahnya sebagai alam . Di kelililngi hutan dan sungai.
Bayi bertuah. Si ayah bernama Dahalan A/L Bah Becher
manakala ibu bernama Asura A/P Long Hit. Bayi berkenaan
diberi nama Antiya A/P Dahalan.
Bayi ini sangat istimewa. Kata orang tuah ayam nampak di kaki
tuah manusia siapa yang tahu. Siapa lagi yang lebih bertuah
daripada beliau apabila akhirnya pada tanggal 8 Febuari 2021
beliau telah rasmi menukar namanya kepada Nur Aisyah Antiya
Humaira binti Abdullah. Seakan menitik air mata menuliskan ayat
ini. Subhanallah. Maha Suci Allah. Allah tidak pernah
menghampakan hambanya. Allah mendengar jeritan batinnya
yang meronta-ronta selama selama tujuh tahun untuk kembali
kepada fitrahnya;fitrah Islam. Alhamdulillah. Ada lagikah
keberuntungan yang lebih besar daripada itu.

Kini insan terpilih bayi comel tadi telah menginjak usia dewasa. Masih bersama keluarga yang kekal
dengan agama nenek moyang. Menurut Nur Aisyah selama tujuh tahun beliau berkonflik dalam diri
antara keadaannya pada masa itu dan keinginan fitrahnya untuk kembali kepada fitrah. Boleh kita
bayangkan beratnya konflik itu? Selama tujuh tahun remaja kecil itu berperang sendirian dalam
batinnya. Bagaimanakah dia mahu membebaskan fitrahnya sedangkan dia bersama dengan keluarga
dan masyarakat yang bertentangan dengan fitrahnya? Bagaimanakah penerimaan ibu bapanya?
Bagaimanakah penerimaan masyarakatnya? Paling ditakuti katanya ialah andainya dia akan dibuang
oleh ibu bapanya sekiranya beliau mengambil keputusan kembali ke fitrah secara rasmi. Masakan
seorang anak gadis pedalaman begitu tidak takut dibuang keluarga. Sudahlah dia amat menyayangi
kedua orang tuanya. Namun demikian Allah telah memelihara Nur Aisyah Antiya Humaira apabila
kedua ibu bapa malah seluruh masyarakat kampung menerimanya dengan baik sekali. Saya terkejut

dengan pesanan ibunya, seorang ibu yang sangat bijak berkata kepadanya, “Kalau kamu sudah
masuk Islam jangan sekali-kali kamu berpatah balik. Kamu mesti teruskan . Jangan main-
main”. Malah ibunya yang mendorong beliau. Masyaallah. Nikmat apakah lagi yang ingin kamu

dustakan?

Tertarik kepada Islam 12
Menurut Nur Aishah, perkara yang paling memikat
hatinya terhadap Islam ialah apabila dia melihat orang Impian Seorang Anak
Islam mendirikan solat dan mengaji Al-Quran. Beliau Nur Aishah berjaya memeluk Islam
teringin sekali untuk melakukan hal yang sama. Di Kala dengan amannya tetapi hatinya belum
ada segelintir remaja muslim yang terkagum dengan lagi aman. Kenapa? Aishah siang
kebolehan artis Korea menari hebat di pentas dia malam mendoakan bagaimanakah
terkagum dengan muslim mengaji Quran. Masyaallah caranya untuk membawa kedua ibu
tabarakallah. bapanya juga kembali kepada fitrah. Ini
Nur Aihyah juga sama perasaannya dengan mualaf yang soal hati. Bukan boleh dipaksakan. Kita
lain, memilih Islam kerana merasakan hidupnya selama memahami gelodak jiwa Nur Aishah.
ini tiada arah tujuan. “Saya memikirkan masa depan saya Kasih sayangnya kepada kedua ibu
cikgu. Sampai bila saya mahu hidup terumbang ambing bapanya menyebabkan beliau sentiasa
tiada hala tuju. Saya mahu yang terbaik untuk diri saya dalam kebimbangan sekiranya Allah
dan keluarga. Saya yakin ada yang manis menanti saya menjemput keduanya tanpa sempat
di depan sana”. Sukar untuk mengelak rasa terharu mereka memeluk Islam. Marilah kita
mendengar luahan hati gadis muda ini. Besarnya ujian sama-sama mendoakan semoga Allah
hidup beliau yang kita muslim tidak merasainya. membuka hati kedua orang tuanya untuk
Bagaimanalah nasib kita kalau kita di tempatnya? kembali kepada fitrah. Di saat itu
Beranikah kita mengambil keputusan tekad seorang diri mungkin sempurnalah impian Nur
keluar dari agama nenek moyang sendiri kepada agama Aishah Antiya Humaira.
baru ? Keberanian apakah yang ada pada gadis muda Mungkin kita boleh sama-sama fikirkan
ini? Mana hati tidak mengkaguminya. Saya bertuah diberi apakah bahagian kita yang boleh kita
peluang menemuramah beliau mengenai kepulangannya sumbangkan untuk memberi dorongan
ke pangkuan fitrah kerana saya sendiri dapat mengambil kepada kedua ibu bapa Nur Aishah
banyak pengajaran dan menginsafi diri yang tidak cukup supaya mudah mereka menukar fikiran
bersyukur dengan nikmat Islam yang saya ada sejak lahir dan menuruti jejak langkah anaknya
lagi. Saya kuat membandingkan nasibnya dan nasib untuk kembali ke fitrah. Mungkin mereka
saya. Ampunkan saya tuhan. juga mengalami konflik sama yang
dilalui oleh Nur Aisyah dahulu. Apakah
Ramadan tanggungjawab kita dalam hal ini?
pertama buat Apapun kita doakan yang terbaik untuk
Antiya.. Nur Aishah semoga beliau sentiasa di
Mengambil dalam peliharaan Allah. Amin Ya Rabbal
keberkatan Alamin.
bersahur

SANTAI @ SMES 13

Setelah hampir sebulan kita berpuasa,Ramadan tiba ke penghujungnya. Beberapa orang pelajar sekolah SMK
Sungkai berkesempatan berkongsi gambar juadah berbuka mereka pada hari terakhir Ramadan.
Sesunggunhya bulan Ramadan bukan sahaja melatih kita dari menahan lapar dan dahaga, namun ianya
adalah saat untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan terutamanya ketika kita menikmati juadah berbuka
bersama-sama keluarga.

KONGSI ILMU 14

IDULFITRI

Oleh: Pn.Rosnah Taib

APAKAH IDUL FITRI?

Dalam Bahasa Arab, perkataan idul fitri merupakan gabungan dari kata id dan fitri. Namun maknanya tidak seperti yang selama
ini kita fahami sebagai kembali kepada fitrah. Kata id dalam Bahasa Arab memilikki erti merayakan. Namun ada juga sebahagian
orang yang memaknakannya sebagai kembali. Manakala kata fitri iaitu al-fithr yang maksunya berbuka. Jadi kata iftar berasal
dari kata al-fithr ini. Adapun fitrah dalam Bahasa arab disebut juga sebagai al-fitrah yang bermaksud kesucian atau kebersihan.
Jadi kalau diambil dari segi makna Bahasa idul fitri membawa pengertian ‘merayakan berbuka’. Maknanya menyatakan bahawa
setelah sebulan tidak makan dan minum di siang hari maka pada hari raya idul fitri umat Islam boleh makan dan minum seperti
biasa. Dari sudut Bahasa idul fitri bukan bermaksud kembali kepada fitrah.
MAKNA KEMBALI KE FITRAH
Makna yang biasa kita dengar mengenai idul fitri ialah kembali ke fitrah yang bermaksud penyucian seumpama bayi baru lahir
yang bersih dari dosa. Keadaan bersih ini adalah kesan daripada amalan-amalan yang diamalkan sebulan di bulan Ramadan
dengan sebaik-baiknya sehingga mampu meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

MENJAGA FITRAH

Makna kembali kepada fitrah bermaksud bebas dari dosa dan kembali memilikki akidah yang lurus.
Melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan membuatkan seorang umat islam mendapatkan makna kembali kepada fitrah.
Tentunya apabila dilaksanakan dengan sungguh-sungguh semata-mata kerana Allah SWT.
Cabaran lebih besar ialah Menjagai Fitrah suci itu. Menjagai fitrah pula bermaksud tahu mana yang haq mana yang batil. Kita
boleh menilai mana baik buruk dalam kehidupan kita seharian. Seterusnya kita tidak lagi boleh berbuat dosa, tidak melakukan
ghibah, tidak berbuat fitnah dan seumpamanya. Sekiranya kita masih melakukan hal-hal tersebut bermaksud kita belum
mendapatkan makna kembali ke fitrah yang sebenarnya. Orang yang kembali ke fitrah dia akan berlaku baik kerana dia sudah
tahu mana yang haq mana yang batil kerana akidahnya sudah lurus.
Namun demikan seorang muslim itu wajib menjaga fitrah sepanjang masa sekalipun Ramadan telah berakhir. Perkara ini boleh
dilakukan dengan cara sentiasa membaca Al-Quran. Dengan mempedomankan Al-Quran dan mengamalkannya maka seseorang
muslim dapat menjaga fitrahnya. Dengan demikian makna kembali ke fitrah menjadi lebih nyata . Seorang muslim boleh menjaga
akidah yang lurus dan meneruskan ketakwaan dengan sentiasa memahami dan mengamalkan Al-Quran , kitab suci umat Islam.

KARYA KREATIF 15

Salam Persaraan
(Buat Tuan Hj. Mat Rahim bin Mat Tahir)

Karya Rohim Ngahat

Telah berdekad kau susuri bumi SMES ini
tanpa jemu menabur harum ilmu
merbak mewangi yang menumbuh
kuntum juang anak warga didikan
dalam lingkar kilau impian.
Hari ini derap langkah itu akan sepi
akan tiada lagi didengari
akan tiada lagi diperhati
akan berhenti walau tanpa nokhtah
Bukan tiada lagi rasa sudi
bukan hilang rasa ingin melontarkan budi
batas waktu telah tiba dan menghambat
titik kudrat dan keringat
telah tiba detik berehat
Inilah masanya untuk perlahan dan perlahan
melepas satu demi satu
lelah dan resah, azam dan iltizam
yang masih bersarang
dalam benak dan pundak
Inilah saatnya mengendur denyut urat saraf juang
memperlahan ligat putaran minda
mengalih bakti kepada famili
menghambat kasihnya Illahi
Selamat bersara cikgu
beristirehatlah
jasamu tetap kami kenang
seteguh karangan lautan sepanjang zaman.
terima kasih.
Sungkai,2021.

FOOD FOR THOUGHT 16

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Adapted from: Muhaimin Merican
Selangor Journal

The festival of Eid, known in Malaysia as Hari Raya Aidilfitri or Hari Raya Puasa, falls on the first day of the month of
Syawal, the tenth month of the Islamic calendar.Traditionally, it is a celebrated as a joyous occasion following the
completion of one month of fasting during Ramadhan.Unlike in the Middle East, Aidilfitri celebrations in Malaysia often
outdo the festivities that accompany Hari Raya Aidiladha or Hari Raya Haji—the festival marking the successful
completion of the haj pilgrimage season—which follows about three months later.

The term Hari Raya is Malay for ‘big (or grand) day’, thus denoting a festival day. Puasa is the Malay word for ‘fasting’,
and the entire phrase, Hari Raya Puasa, is a rough translation of the Arabic term, Aidilfitri, which in itself means ‘Festival
of Breaking the Fast’.Malaysian culture has made Aidilfitri a little different here from how it is celebrated around the
world. This ranges from the food served to the clothes worn, and to how the entire festive season is celebrated.

Duit Raya

During the Aidilfitri season, children look forward to receiving duit raya—which can be roughly translated as ‘celebration money’.

The handing out of duit raya is a big part of the celebration during the Aidilfitri season and is based on the Muslim practice of giving alms or
sedekah (charity) to the less fortunate. The tradition has grown beyond giving money to children, however, and has since evolved to include
youth who are not yet married or not yet working.

However, the tradition is not limited to only Malaysia. The practice is also popular in other countries in the region, such as Brunei, Singapore and
Indonesia. It is also practised in Sri Lanka, where money is given in notes and not in special envelopes. Much like in Malaysia, the custom is
mostly limited to children but some homeowners do give money to unmarried youth.

This tradition is also popular in countries such as Bangladesh and Qatar. Due to the prosperity of the Middle East, the concept of Eidi, which
roughly translates into ‘gift’, is often a more generous gesture. While usually only small bills are given to houseguests in Malaysia, Eidi in the
Middle East can be a much larger amount.

Visiting Relatives

Hari Raya Aidilfitri is often celebrated around the world for one or two days, beginning on the first day when Muslims go to the mosque to pray
and listen to the Aidilfitri khutbah (sermon). Then, on returning home, they receive guests and relatives who come to pay them a visit over the
next two days.

The‘open house’ concept has been introduced over the past few decades, whereby hosts invite friends and relatives on a certain day to come to
their house and a variety of traditional Hari Raya dishes are served. This concept has now been picked up by businesses to hold Hari Raya
gatherings during this season.

In Brunei, the visiting of relatives is often followed by a tahlil or doa selamat—special prayer gatherings—where members of the family hold
prayers for their loved ones who have passed away. Although the visiting the graves of loved ones is also practiced by some Muslims in
Malaysia, it is much more prominently practised in Brunei.

17

Aidilfitri Songs Traditional Dishes

If there is one thing uniquely Malaysian about how we One of the most important parts of Hari Raya Aidilfitri that
celebrate Hari Raya Aidilfitri in Malaysia, it is the Hari everyone looks forward to is the food. In Malaysia, each
Raya songs that will be played on the radio and in state has their own version of traditional dishes that are
shopping malls and bazaars. Radio listeners and served to guests during this festive season.
shoppers will be serenaded with tunes that have Aside from ketupat, another very special rice dish that
become evergreen and are known to generations of makes its way to the table during the Aidilfitri season is
Malaysians. lemang, which is a glutinous rice dish. Both ketupat and
lemang are usually served with rendang. Rendang is a dish
Since the first Hari Raya Aidilfitri song was created in made from stewing meat or chicken in coconut milk with
1936, such songs have enjoyed popularity among spices until the liquid has evaporated and the meat is
Malaysians and even Singaporeans and Indonesians. tender.
Some of Malaysia’s biggest names in the local music
industry such as P. Ramlee, Sudirman, DJ Dave, Aishah While it may appear like a humble rice cake, lemang is one
and Siti Nurhaliza have created signature Hari Raya of the most complicated local dishes to make. To make
Aidilfitri hits that are played every year. lemang, rice and coconut milk are first mixed to get the
rich texture for which this dish is known. After this, the
The catchy choruses and melodious tunes are awaited mixture is filled into the hollow sections of bamboos that
all year long by everyone of all ages. have been lined with banana leaves on the inside in order
These melodic gems along with the scrumptious food, to avoid the rice from sticking to the bamboo.
duit raya and the ‘open house’ tradition are what make
the Aidilfitri celebrations in Malaysia uniquely our own. In our neighbouring country, Brunei, the must-serve dish
during Hari Raya is ketupat, though rendang and dodol (a
A Time for Rejoicing sticky confection made from coconut milk and palm sugar),
which are served during Aidilfitri in Malaysia, are not
Hari Raya Aidilfitri is celebrated by Muslims around popular there.
the world. While there may be some variations,
especially in the types of food served, the true essence A dish that you would find in most Bruneian households
of the festival is never forgotten: to celebrate the during the Hari Raya season is satay, the regionally-famous
successful completion of one month of Ramadan grilled meat skewers.
fasting.
In Bangladesh, sweets take centre spot on the dining table
during the festive season. One of the most popular sweet
dishes is a pudding called kheer. It is made by boiling with
milk and sugar one of the following: rice, broken wheat,
tapioca, vermicelli, sweet corn, and various others. It is
most often flavoured with cardamom, raisins, saffron,
cashews, pistachios, almonds or other dry fruits and nuts.

Another popular dish in the Middle East during Hari Raya is
Om Ali. Roughly translating as ‘Ali’s Mother’, this dish is a
type of pastry that is divided into pieces and blended with
pistachios, coconut flakes, raisins and plenty of sugar. Milk,
sometimes with cream, is poured over the mixture, which is
then sprinkled with cinnamon. Finally, the mixture is baked
in the oven until the surface is golden brown. It can be
eaten hot or cold.

TINTA NURANI 18

Jom Kita Jemput

Kawan,
Kita sering tersilap langkah. Kita sedar lalu bertindak untuk memperbaiki diri.
Namun, selalu juga kita terjatuh dalam lubang kesilapan yang sama 'kan?
Kita berusaha bangkit kembali. Jatuh lagi, lalu bangkit lagi.
Letih. Rasa nak putus asa pun ada.
Susah sungguh nak istiqamah dalam melakukan perubahan.
Kawan,
Kita boleh untuk istiqamah, tetapi kita kena buat sesuatu.
Yang pertama - Kita kena rajin tambah ilmu. Kita perlu hadirkan diri dalam majlis-majlis ilmu. Apabila dengar
pesan-pesan ustaz atau ustazah, kita akan jadi bersemangat untuk berubah, dan mengekalkan perubahan itu.
Dalam majlis-majlis ilmu juga kita akan berjumpa dengan ramai orang, mungkin ada di kalangan mereka juga
senasib dengan kita. Jadi kita boleh bertukar-tukar pandangan dan saling menguatkan, Insya-Allah.
Nak jadi manusia yang bermanfaat, kita kena cari ilmu yang baik. Ilmu yang berkat.
Yang kedua - Sebagai hamba yang lemah, kita berdoa banyak-banyak agar dapat kekal istiqamah dalam
perubahan ke arah yang lebih baik.

Antara doa yang dianjurkan adalah :

UD 縚뀜 D縚 D ୅ ‫ ؍‬怀䘁縚耀 耀䘁D䔩怀 怀୅縚䘁耀䔩
"Ya Allah yang membolak balikkan hati, teguhkan hatiku dalam agamaMu dan ketaatan padaMu"

aDau䔩 ୅䘅䔩怀 a䔩 耀 DD耀u Η୅ u UΗ D 耀 Ηm u ·䔩u
"Tidak ada tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim." (Surah Al -
Anbiya : 87)

Kawan,
Hidayah itu milik Allah!
Sebagai insan yang tidak sunyi dari berbuat salah, kita sangat dambakan
hidayah Allah agar kita kekal berada di jalan yang lurus, jalan yang diredai-
Nya.
Kita jemput hidayah itu dengan cara berusaha dan berdoa sungguh-sungguh,
seterusnya kita tawakal pada-Nya.
Allah Yang Maha Baik tidak akan menghampakan hamba-Nya yang berusaha
dan berharap hanya pada Dia.
Kawan,
Teruslah berusaha dan berdoa untuk istiqamah dalam memperbaiki diri.

Nukilan,
Mahalabiah Mohamad
3 Syawal 1442H

LAWAK RAYA 19

UJI MINDA 20

INFO & HEBAHAN 21


Click to View FlipBook Version