The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SMK SUNGKAI, 2021-09-08 07:31:55

Pertumbuhan penduduk

Geografi STPM

Keywords: ppertumbuhan,penduduk,geografi

Pertumbuhan
penduduk

GEOGRAFI STPM 942/1

Pertumbuhan penduduk

 Konsep : satu angka yang dapat menunjukkan suatu arah
pertambahan penduduk sama ada pesat, perlahan, statik
atau berkurangan di sesebuah negara pada satu tempoh
tertentu dan angkanya dalam bentuk peratusan atau per
seribu orang.

 Menghitung kadar pertumbuhan tahunan penduduk

 Dua konsep asas :
a. konsep pertambahan (perubahan) penduduk –

perubahan relatif jumlah penduduk dalam
tahun-tahun tertentu.
b. kadar pertumbuhan penduduk – dinyatakan
dalam bentuk kadar yang nilainya dibaca dalam
peratus.

 Kadar pertumbuhan penduduk terbahagi kepada
dua jenis

i. Kadar pertumbuhan penduduk semula jadi
ii. Kadar pertumbuhan bersih penduduk

a. Kadar pertumbuhan penduduk semula jadi

- Dikira berdasarkan peratus kadar kelahiran ditolak dengan
peratus kadar kematian.

- Formula pengiraan peratus kadar kelahiran :

Jumlah kelahiran
X 1000

Jumlah penduduk

= Kadar kelahiran kasar

Kadar kelahiran kasar
X 100%

1000
= Peratus kadar kelahiran

- Formula pengiraan peratus kadar kematian:

Jumlah kematian
X 1000

Jumlah penduduk

= Kadar kematian kasar

Kadar kematian kasar
X 100%

1000
= Peratus kadar kematian

b. Kadar pertumbuhan bersih penduduk

- Jumlah pertumbuhan penduduk secara semula jadi
ditambah dengan migrasi bersih

- Formula pengiraan kadar pertumbuhan penduduk
bersih

= % kadar kelahiran - % kadar kematian + migrasi

bersih (migrasi masuk – migrasi keluar)

Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk (meningkat /
menurun)- kadar kelahiran, kadar kematian, migrasi bersih

 Peningkatan / pertambahan penduduk
a. Peningkatan kemudahan kesihatan
b. Amalan perkahwinan di usia muda
c. Migrasi antarabangsa penduduk
d. Kegagalan program kawalan penduduk / perancangan keluarga
e. Dasar kerajaan
f. Kestabilan politik dan ekonomi
g. Peningkatan kualiti hidup
h. Pendidikan dan kerjaya
i. Keperluan tenaga buruh

 Penurunan bilangan penduduk
a. Perancangan keluarga
b. Taraf Pendidikan meningkat
c. Umur perkahwinan semakin meningkat
d. Wanita berkerjaya
e. Dasar kerajaan
f. Kos hidup semakin meningkat
g. Pemodenan nilai gaya hidup

Kesan Pertumbuhan Penduduk

Kesan Positif pertumbuhan penduduk Kesan Negatif pertumbuhan
yang pesat penduduk yang pesat

 Menyediakan tenaga kerja yang  Kemiskinan dan kemunduran
mencukupi  Menggalakkan migrasi golongan

 Memperluas pasaran domestik sesebuah muda dan profesional
negara  Tekanan terhadap sumber alam

 Penerokaan sumber dapat dijalankan sebagai bahan mentah
dengan lebih giat  Pencemaran air, udara, tanah
 Masalah sosial meningkat
 Dapat menguatkan pertahanan
sesebuah negara

 Menggalakkan proses urbanisasi

Proses Penuaan Penduduk

• Maksud jangka hayat : Jangkaan
purata umur boleh hidup atau usia
kematian penduduk.

• Proses penuaan penduduk :
peningkatan jangka hayat penduduk
sesebuah negara melebihi 60 tahun.

• Berlaku peningkatan golongan warga
tua / warga emas.

Faktor yang mempengaruhi jangka hayat penduduk

o Berlaku penurunan dalam kadar kematian
o Berlaku kemajuan dalam perubatan moden
o Amalan pemakanan berzat dan seimbang oleh penduduk
o Terdapat kesedaran penjagaan kesihatan
o Keberkesanan kawalan penyakit berjangkit
o Berlaku peningkatan kualiti hidup penduduk
o Terdapat persekitaran yang kondusif dan selesa

Kesan penuaan penduduk terhadap sosioekonomi di
Malaysia

 Nisbah tanggungan golongan bekerja semakin tinggi
 Pertambahan perbelanjaan kerajaan
 Pembayaran pencen akan bertambah

 Sebagai sumber tenaga kerja professional
 Meningkatkan golongan miskin dalam bandar

 Kemerosotan nilai murni masyarakat
 Sektor perkhidmatan sokongan dipenuhi

KEMAHIRAN AMALI : PIRAMID PENDUDUK

 PIRAMID PENDUDUK merupakan satu graf untuk
menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk di
sesebuah negara.

 Piramid penduduk terbahagi kepada empat iaitu piramid
progresif, piramid regresif, piramid perantaraan/peralihan dan
piramid terganggu.

 Piramid memperlihatkan struktur jantina dan umur, sejarah
demografi, trend kelahiran dan kematian dan lain.lain.

 Rajah piramid dibina berdasarkan kumpulan umur dan
jantina.

Konsep piramid penduduk dan kaitan dengtan struktur umur penduduk

- graf bar yang menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk
- menggambarkan ciri ciri kependudukan dan sosioekonomi seperti
a)kadar kelahiran, kematian dan pertumbuhan penduduk semula jadi
b)komposisi jantina (lelaki dan perempuan)
c)jangka hayat penduduk
d)nisbah tanggungan
e)tahap pembangunan ekonomi
f)taraf sosial (kesihatan dan pendidikan)
g)tiga kumpulan umur yang dikaji berdasarkan sesebuah piramid iaitu

- kumpulan umur muda
- penduduk dewasa
- penduduk tua

PIRAMID PROGRESIF

 Kadar kelahiran tinggi – tapak piramid lebar
 Kadar kematian tinggi
 Jangka hayat penduduk rendah – puncak piramid tajam
 Nisbah tanggungan tinggi
 Bilangan penduduk dewasa kurang – cerun pyramid curam

PIRAMID REGRESIF

 Ramai golongan dewasa – bentuk cembung
 Jangka hayat tinggi – puncak piramid lebar
 Golongan tua meningkat
 Kadar kelahiran rendah – tapak piramid kecil

PIRAMID PERANTARAAN / PERALIHAN

 Peratus penduduk muda masih tinggi – tapak lebar
 Kadar kelahiran masih tinggi
 Bilangan dewasa bertambah – cerun pyramid agak

cembung
 Warga tua yang masih hidup ramai – puncak yang tidak

begitu tajam

PIRAMID TERGANGGU

 Boleh berlaku pada mana-mana piramid dan
menyebabkan perubahan ketara pada struktur umur
dan jantina penduduk.

 Gangguan akibat kebuluran, peperangan, wabak
penyakit, bencana alam atau polisis kerajaan.

PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN

Pertumbuhan penduduk memberi kesan yang nyata kepada
pembangunan sesebuah negara. Ini dapat dilihat melalui :

i. Negara mundur dicirikan oleh kadar pertumbuhan
penduduk yang rendah di mana kadar kelahiran dan
kadar kematian adalah tinggi.

ii. Negara maju mempunyai kadar pertumbuhan penduduk
yang rendah disebabkan kadar kelahiran dan kadar
kematian yang rendah.

iii. Model peralihan demografi iaitu graf yang menunjukkan 3
peringkat peralihan demografi.

MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI PENDUDUK

Peringkat 1 (Tahap awal – dimiliki oleh negara mundur)

 kadar kelahiran dan kadar kematian tinggi – pertumbuhan
penduduk rendah

 Kegiatan ekonomi berasaskan kepada pertanian

 Pembangunan sumber atau eksploitasi sumber perlahan –
tingkat teknologi rendah

 Taraf kesihatan rendah – kematian tinggi

 Jangka hayat rendah – kematian tinggi

 Kadar buta huruf tinggi – kekurangan kemudahan pendidikan

Peringkat 2 (Tahap pertengahan awal – dimiliki oleh negara
sedang membanguna)

 kadar kelahiran meningkat dan kadar kematian menurun –
kemajuan perubatan

 Peralihan ekonomi daripada pertanian kepada perindustrian

 Sumber alam dimajukan

 Negara menuju ke arah negara maju

 Taraf hidup semakin meningkat

Peringkat 3 (Tahap pertengahan akhir – dimiliki oleh negara
maju)
 kadar kelahiran menurun – amalan perancangan keluarga
 Jangka hayat meningkat – kemajuan bidang perubatan
 Taraf Pendidikan meningkat
 Muncul beberapa buah bandar besar
 Taraf hidup tinggi


Click to View FlipBook Version