KISAH CINTA
TAJ MAHAL
KISAH CINTA DISEBALIK KEAJAIBAN DUNIA
Semakin besar rasa cintamu kepada makhluk, maka akan besar kemungkinan kau akan dikecewakan
Tetapi jika makin besar cintamu kepada Allah, maka akan semakin besar rasa bahagia di dalam hatimu
KISAH CINTA SEBELUM
PEMBINAAN TAJ
MAHAL
KISAH CINTA DISEBALIK KEAJAIBAN DUNIA
KISAH CINTA DISEBALIK KEAJAIBAN DUNIA
Cinta itu luar biasa. Di India, ada kisah cinta
lagenda. Cinta raja Kerajaan Mughal, Shah
Jahan , kepada isterinya Mumtaz Mahal.
Untuk mengenang sang isterinya beliau telah
membuat bangunan yang menjadi keajaiban
dunia. Inilah kisah cinta yang menjadi lagenda
dan dari situlah cerita Taj Mahal
bermula………
KISAH CINTA DISEBALIK KEAJAIBAN DUNIA
Kisah cinta Shah Jahan dengan Arjumand Banu atau yang lebih
dikenal dengan Mumtaz Mahal bermula apabila Arjumand
Banu datang ke India. DIa berhijrah dari negara asalnya Parsi
menuju ke tanah Hindustan (India).
Arjumand adalah puteri dari salah seorang tokoh di Parsi.
Daripada berjuta gadis India, ternyata wanita Parsi inilah
yang menarik perhatian Shah Jahan . Namun sayang,
Arjumand Banu bukanlah seorang wanita yang masih solo.
DIa telah berkahwin.
KISAH CINTA DISEBALIK KEAJAIBAN DUNIA
Namun bak kata pepatah jika dah jodoh tak kemana. Setelah,
suami Arjumand Banu meninggal mereka pun bernikah pada tahun
1612 M. Sejak saat itu Arjumand Banu digelar Mumtaz Mahal .
Mumtaz Mahal bermaksud perhiasan istana .
Syah Jehan berkahwin dengan Mumtaz Mahal sewaktu raja India
ini baru berusia 21 tahun. Beliau sangat mencintai isterinya.
Kerana sangat mencintai sang isteri, ia tak pernah berpisah
dengan isteri walaupun sedang berperang. Bahkan sewaktu
berperang Sang istri adalah orang penting yang sentiasa
mendampinginya. Sepanjang 18 tahun pernikahan mereka ,
mereka dikurniakan 14 orang anak.
KISAH CINTA DISEBALIK KEAJAIBAN DUNIA
Pada tahun 1630 M, Shah Jahan bersama pasukannya berangkat
menuju wilayah tengah India. Dia ingin memadamkan api
pemberontakan di wilayah tersebut. Seperti biasa, sang isteri
setia bersamanya. Saat perjalanan pulang menuju Accra, Mumtaz
Mahal jatuh saki dan dia gagal diselamatkan. Mumtaz Mahal
meninggal sewaktu melahirkan anak ke-14 mereka. Bagi
memperingati isteri tercinta Shah Jahan telah membina makam
megah yang dikenali dunia dengan nama Taj Mahal. Agar kenangan
bersama kekasihnya selalu kekal di sisinya (Will Durant: Qishah
al-Hadharah, 3/147).
KISAH PEMBINAAN
TAJ MAHAL
KISAH CINTA DISEBALIK KEAJAIBAN DUNIA
PEMBINAAN TAJ MAHAL
Taj Mahal yang terletaknya di tebing Sungai Jumna
berhampiran Agra, India merupakan makam yang dibina
oleh Maharaja Shah Jahan(1614-1666) sebagai monumen
peringatan untuk Mumtaz Mahal isterinya yang kelima.
Mula dibina pada tahun 1631 dan siap tahun 1648.
Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj'
sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang
menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya
senibina Islam.
ARKITEK PEMBINAAN
Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Taj
Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai
bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara
tinjau dan lain-lain.
Pada tahun 1983 UNESCO (United Nations Educational,
Scientific and Cultural Organization) mengisytiharkan Taj
Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi.
Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.
ARKITEK PEMBINAAN
Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang
terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir
yang termasyhur dari seluruh dunia.
Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat
daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah.
Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian,
jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan.
Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.
TAMAN REKREASI DAN SENI KHAT
Taman rekreasi seluas 300 meter x 300 meter dengan lorong-
lorong hiasan bunga. Terdapat empat charbagh yang
melambangkan empat sungai utama di India yang mengalir dari
syurga.
Ayat daripada al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal.
Huruf khat thulut menjadi seni huruf utama.
Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.
Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91, Surah 112,
Surah 89, Surah 93, Surah 95, Surah 94, Surah 36, Surah
81, Surah 82, Surah 84, Surah 98, Surah 67, Surah 48,
Surah 77 dan Surah 39.
BAHAN BINAA TAJ MAHAL
Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan
1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari
Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet. Lazuardi
dari Afghanistan. Nilam dari Sri Lanka. Kamelian dari Arab.
28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj
Mahal. Kos pembinaan lebih 32 juta rupee.
ARKITEK DIPANCUNG
Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan
menjatuhkan hukuM pancung ke atas arkitek Ustaz
Ahmad Lauhari. Di samping itu, kesemua penukang yang
terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan
mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan
yang menandingi Taj Mahal.
Namun, dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Jahan
seorang yang 'sentimental' dan tidak ada bukti
kezalimannya.
SEJARAH SELEPAS SIAP PEMBINAAN
Setelah Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan telah digulingkan
oleh anak lelakinya Aurangzeb. Shah Jahan telah ditahan
di dalam rumah berdekatan Pelabuhan Agra. Dari sana,
beliau meninjau makam Taj Mahal. Setelah meninggal
dunia, Aurangzeb mengebumikan ayahnya di sebelah
makam isterinya.
Dalam abad ke-19, banyak bahagian dan lapisan telah jatuh
dan tidak diperbaiki. Ketika pemberontakan India 1857,
tentera British telah menguasai Taj Mahal dan mencuri
batu permata di dindingnya.
SEJARAH SELEPAS SIAP PEMBINAAN
Pada penghujung abad ke-19, George Nathaniel
Curzonyang menjadi wizurai British di India
mengarahkan pembaikan dilakukan yang siap
pada tahun 1908. Lampu-lampu besar chandeliar
telah dipasang. Seni taman telah diubah
mengikut gaya London.
Ketika Dunia II pada 1942, dindingnya rosak akibat
serangan udara daripada tentera Jerman.
Tentera Jepun juga menjadikannya sebagai
sasaran serangan udara.
SEJARAH SELEPAS SIAP PEMBINAAN
Ketika Perang India-Pakistan 1965 dan 1971, Taj Mahal turut
menerima padah daripada serangan udara.
Pencemaran udara terutama hujan asid daripada kilang
penapis minyak Mathura telah menjejaskan warna putih
Taj Mahal.
Sungai Jumna yang kotor dan tercemar turut menjejaskan
keindahan Taj Mahal.
PELANCONGAN
TAJ MAHAL
KISAH CINTA DISEBALIK KEAJAIBAN DUNIA
PELANCONGAN
Jutaan pelancong datang ke Agra, India semata-mata mahu
melihat satu daripada 7 benda ajaib di dunia. Bandar kecil
seperti Taj Ganji atau Mumtazabad dibina bagi
pembinaan bazar dan pasar serta medan caravan.
2-3 juta orang pelancong datang setiap tahun dan 200,000
daripadanya pelancong asing terutama bulan Oktober,
November dan Februari.
Hon kereta tidak dibenarkan. Pelancong mestilah berjalan
kaki dari tapak meletak kereta dan bas elektrik.
GALERI
TAJ MAHAL
KISAH CINTA DISEBALIK KEAJAIBAN DUNIA
KEINDAHAN TAJ MAHAL
Sumber : https://whc.unesco.org/en/list/252/gallery/
KEINDAHAN TAJ MAHAL
Sumber : https://whc.unesco.org/en/list/252/gallery/
KEINDAHAN TAJ MAHAL
KEINDAHAN TAJ MAHAL
Sumber : https://whc.unesco.org/en/list/252/gallery/
KEINDAHAN TAJ MAHAL
VIDEO
TAJ MAHAL
KISAH CINTA DISEBALIK KEAJAIBAN DUNIA
VIDEO TAJ MAHAL OLEH UNESCO
1. 1. https://youtu.be/yAuWsyHw3H0
2. 2. https://youtu.be/KZzgvng_5GE
RUJUKAN
1. 1. https://whc.unesco.org/en/list/252/
2. 2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Taj_Mahal
3. 3. https://kisahmuslim.com/6268-kisah-
cinta-di-balik-taj-mahal.html