The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SMK SUNGKAI, 2021-04-28 21:44:45

ASPIRE@SMES BIL 3 (MAC)

eMajalah Bulan MAC

Keywords: ASPIRE@SMES

e-MAJALAH

BIL 3/MAC 2021

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

Dari Meja Pengarang e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Sidang Redaksi
kepada seluruh warga SMK Sungkai. Bertemu ASPIRE@SMES
kembali kita dengan isu bulan Mac yang
berfokuskan peperiksaan sesuai dengan bulan Penasihat
Mac sebagai bulan peperiksaan . Besar harapan Hajah Siti Khadijah binti Ngosman
kita semoga semua Pelajar Tingkatan 5 dan
Pelajar Tingkatan 6 dapat mendudukki Ketua Sidang Redaksi
pepereksaan dengan baik dan selamat. Rosnah bt Taib
Menurut kamus pelajar edisi kedua ,
peperiksaan bermaksud ujian yang diadakan untuk menguji Penolong Ketua Sidang Redaksi
pengetahuan (kebolehan dll) seseorang. Mahalabiah bt Mohamad
Sering juga kita terbaca di media mengenai perpektif yang kurang Fotografi
senang dengan penilaian peperiksaan semata-mata. Mereka
berpendapat peperiksaan tidak mencerminkan pengentahuan atau Mohd Suhazli bin Che AbdullaH
kebolehan sebenar sesorang pelajar. Ada benarnya pendapat ini tapi Artikel Bahasa Melayu
walaupun demikian peperiksaan tetap penting dan signifikan. Di dalam
sekeping kertas keputusan peperiksaan itu masih sah untuk Hj Rohim@Rahim bin Ngahat
mengambarkan kebolehan seorang pelajar. Sekeping kertas keputusan Suhana bt Basil
peperiksaan mengambarkan komitmen pelajar, tanggungjawab,
kegigihan, ketabahan, kesabaran, ketekunan, kesungguhan, semangat Artikel Bahasa Inggeris
dan seumpamanya. Peperiksaan menuntut pengorbanan . tidak Pratiba a/p Velummailum
mungkin ada kejayaan tanpa pengorbanan. Pelajar sendiri tahu sejauh
mana pengorbanan mereka dalam mencapai keputusan peperiksaan Grafik Berkomputer
yang diinginkan. Nur Hidayah bt Taib
Buat pertama kalinya dalam sejarah pendidikan negara pepereksaan
berlangsung sebagaimana yang berlaku sekarang. Peperiksaan Sijil Diterbitkan oleh:
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Peperiksaaan Sijil Tinggi Persekolahan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai
Malaysia (STPM) menempa sejarah apabila ia berlangsung pada awal
tahun tidak sebagaimana tahun sebelumnya yang berlaku di Jalan Pekan Lama
penghujung tahun. 35600, Sungkai
Dalam apa keadaan sekali pun pasti ada hikmahnya. Yang pasti pelajar Tel: 05-4386609
SPM dan STPM mempunyai tambahan masa belajar yang memberi Faks :05-4386610
mereka peluang mengulangkaji pelajaran dengan lebih mendalam
lagi. Sewajarnya kita boleh menjangkakan keputusan peperiksaan Laman web: smes.edu.my
yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Tiada lain yang kita harapkan daripada peperiksaan ini melainkan
sebuah kejayaan yang besar kepada anak-anak yang mendudukki
peperiksaan , kepada para guru yang mencurahkan keringat yang
bukan sedikit dan kepada seluruh warga SMK Sungkai yang sentiasa
mendoakan yang terbaik.
Akhir kata, kita pasti akan tuai sesuai dengan apa yang kita tanam.

Pn.Rsnah binti Taib
Ketua Sidang Redaksi ASPIRE@SMES

2 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

1

e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

Pengetua Cemerlang (ProPeKS)

13 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

Majlis Penutup Penilaian ProPeKS

4 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

1

Kongsi Ilmu e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

PETA MINDA

Hampir semua pelajar sekolah menengah di Malaysia tahu apa itu peta minda. Paling tidak mereka tahu imej
peta minda sebab gambarajah peta minda ada di hampir semua bilik darjah. Kiranya peta minda bukan perkara
baru. Jadi kenapa kongsi benda ni? Benda lama. Solat? Semua orang Islam tahu solat punca kejayaan hidup tapi
kenapa tidak ramai umat Islam yang berjaya? Lebih kurang demikian lah perbandingannya. Tahu sekadar pada
nama menghasilkan natijah yang sama saja dengan tidak tahu.

Apa itu Peta Minda?

Secara amnya peta minda ialah rajah yang menyusun maklumat melalui imej (Perkataan /frasa di susun dalam
imej). Satu tulisan yang panjang , satu ceramah atau apa saja maklumat atau ilmu boleh disusun di dalam peta
minda. Peta minda adalah satu kaedah membuat nota, mengambil nota mengingat kembali nota dengan cara
yang terbaik kerana kaedah ini selari dengan cara otak manusia bekerja. Otak manusia tidak menyimpan teks
yang panjang. Otak manusia menyimpan gambar, perkataan atau frasa yang pendek dan idea. Dengan kata lain
peta minda adalah satu lakaran grafik pemikiran individu.

Oleh yang demikian sewajarnya pelajar menukar kaedah mengambil dan membuat nota secara tradisional kepada
bentuk peta minda. Membuat peta minda seseorang itu perlu aktif. Selain daripada melibatkan kinestatik
membuat peta minda paling berkesan sebab melibatkan kehadiran fikiran yang fokus. Seseorang tidak boleh
membuat peta minda dalam keadaan minda yang melayang-layang.

5 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

1

e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

Lain halnya dengan menyalin nota. Pelajar boleh menyalin nota walaupun fikiran tidak fokus. Kehadiran fikiran
di dalam menulis nota sangat sedikit berbanding dengan pembinaan peta minda. Sebenarnya di sini lah punca
kenapa peta minda sangat berkesan bagi pembelajaran .

Mungkin ada di kalangan pelajar mendakwa mereka sering membuat peta minda tetapi mereka masih tidak
menguasai topik itu. Ada kalanya pelajar salah faham. Ada kalanya pelajar meniru peta minda di dalam buku
rujukan atau menyalin peta minda guru di papan tulis atau meniru peta minda rakan sekelas. Keadaan ini tidak
menepati definisi peta minda. Memang meniru juga sejenis pembelajaran tetapi antara meniru dan bangun
melakukan sendiri, kaedah bangun melakukan sendiri lebih berkesan. Itulah dikatakan kaedah peta minda ini
sangat berkesan untuk membantu pelajar menyusun ilmu pengetahuannya, menyimpan dan mengingati kembali
dengan lebih mudah.

Bagaimanakah Caranya Membuat Peta Minda?
1. Sediakan sehelai kertas kosong, pen atau pensil warna warni.
2. Pastikan kertas dalam kedudukan horizontal. Mulakan di tengah-tengah kertas. Tulis atau lukis tajuk di tengah-
tengah kertas itu. Tajuk boleh dalam bentuk tajuk pembelajaran pada hari itu, tajuk buku, bentuk soalan atau
nama orang , nama tempat dan sebagainya bergantung kepada apa ilmu yang ingin kita susun pada masa itu.
Peta minda ini boleh bersifat sangat peribadi. Contohnya 20 orang pelajar mengambil nota guru di dalam kelas
yang sama ia boleh jadi berbeza. Pada akhir pembelajaran kita boleh dapat 20 peta minda yang berbeza.
Perbezaan ini berlaku kerana perbezaan fikiran pelajar di dalam kelas tersebut. Apa yang penting kepada pelajar
A tidak sama dengan pelajar B.
3. Dalam proses membina peta minda pelajar perlu bekerja bersama otaknya. Pelajar perlu memilih perkataan-
perkataan dan idea yang trigger. Pelajar belajar untuk memberi tumpuan kepada apa yang dibaca dan apa yang
didengar.
4. Rajah peta minda ini boleh terbuka yang bermaksud pelajar boleh patah balik untuk menambah idea lain yang
berkaitan pada ranting-ranting baru. Terus mencatat apa yang penting kepada anda dengan bebas.
5. Kaedah membuat nota menggunakan peta minda bukan dibuat sewenang-wenangnya dan sememangnya
membuat nota dengan menggunakan peta minda bukan suatu kerja ringan.

Akhirkata, adalah diharapkan pelajar terutamanya akan berlatih membuat nota dengan kaedah peta minda kerana
peta minda membantu otak kita menyusun maklumat-maklumat yang begitu banyak menjadi tersusun dan
sistematik. Sekiranya pelajar jujur dalam membuat peta minda, mereka pasti dapat mengingatinya kembali
apabila diperlukan.

MUTIARA KATA
PERJALANAN SERIBU BATU BERMULA
DENGAN HANYA SATU KAKI YANG MELANGKAH

6 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

1

e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

Persediaan Menghadapi Peperiksaan

7 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

1

Icon @ SMES e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

Tuan Haji Ahmad Fauzi bin Abdullah

Sebenarnya saya segan untuk temuramah ikon kali ini. Susah untuk lari daripada membuat tanggapan awal,tapi
begitulah fitrah manusia. Tanggapan saya kepada beliau ialah, beliau seorang yang introvert. Beliau lebih banyak
senyum daripada bercakap. Sebagai seorang guru apalagi sebagai seorang kaunselor sudah tentu beliau sering
bercakap , tapi itu lah beliau bercakap apabila perlu sahaja. Orangnya slow and steady. Saya Tanya kawan dekat
dia, “katanya gitulah dia macam yang Kak Ros tahu. Tapi Haji seorang yang rajin’’.

Tuan Haji Ahmad Fauzi bin Abdullah seorang guru bimbingan dan kaunseling berpengalaman yang telah
berkhidmat di SMK Sungkai sejak tahun 2017 dan dijangka akan menamatkan perkhidmatan beliau pada tahun
2021. Beliau berkahwin dengan seorang guru juga iaitu Puan Salamiah bt Abd Rahman yang kini sedang
mengajar di SMK Trolak. Pasangan ini dikurniakan tujuh orang cahaya mata iaitu dua orang perempuan dan
lima orang lelaki. Seronok membaca pencapaian anak-anak Tuan Haji Fauzi. Semua anak-anak pasangan ini
memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam pelajaran mereka. Boleh jadi tokoh bapa mithali. Mungkin
banyak ilmu yang kita boleh pelajari dari beliau dalam bab mendidik anak-anak yang ramai dengan jayanya.

Tuan Haji Fauzi bermula sebagai seorang Guru Bahasa Melayu keluaran Institut Bahasa Kuala Lumpur. Namun
demikian beliau telah melanjutkan pengajian ijazah pertamanya Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang
Psikologi dan Komunikasi. Menurut saya patut lah Haji pandai menampilkan diri kepada khalayak dalam gaya
sederhana sebab Haji mempunyai ilmu bahasa, ilmu komunikasi seterusnya psikologi. Mungkin orang tidak
teruja dengan gaya sederhana tetapi pada saya sederhana itu sempurna.

Sekolah pertama yang mencatat sejarah perkhidmatan Tuan Haji Fauzi sebagai seorang guru ialah ialah SMK
Trolak. Beliau mula mengajar di SMK Trolak pada tahun 1987 sehingga 2016. Lama. 28 tahun. Pada 15 tahun
pertama beliau bertugas sebagi Guru Akademik tetapi bertukar kepada guru bimbingan dan kaunseling sepenuh
masa mulai tahun 2003 sehingga 2016. Pada 2017 beliau berpindah ke SMK Sungkai sebagai Guru Bimbingan
dan Kauseling sepenuh masa sehinggalah sekarang.

8 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

1

Icon @ SMES e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

Selama 34 tahun Tuan Haji Fauzi menumpahkan khidmat sebagai pendidik dengan penuh dedikasi. Saya melihat
beliau seorang yang slow and steady . Slow Yet menjadi. Tuan Haji Fauzi jarang melibatkan rakan kerja yang
lain dalam menjalan tugasan beliau. Walaupun program kaunselor berderet banyak tetapi semuanya dilaksanakan
dengan aman. Kita sebagai rakan jadi penonton sahaja . Tau-tau ada. Mungkin juga alah bisa tegal biasa. Rugi
kalau generasi muda terutama guru-guru muda apalagi kaunselor muda kalau tidak menuntut ilmu dari Tuan Haji
Fauzi. Paling tidak menuntut ilmu untuk sentiasa tenang. Mungkin ilmu psikologi yang ada di dada sedikit
sebanyak banyak membantu beliau untuk maintain calm.

Sebagai seorang ayah dengan tujuh orang anak beliau mempunyai hobi yang sangat menarik. Beliau minat
memasak. Betapa beruntungnya isteri dan anak-anak yang mempunyai ketua keluarga yang rajin memasak.
Selain memasak Tuan Haji Fauzi juga minat menonton, memancing dan melancong. Tuan Haji suka melakukan
aktiviti bersama keluarga. Mungkin ini juga satu faktor yang menyebabkan anak-anak rapat dengan beliau.
Keakraban ini telah menjadikan anak-anak Tuan Haji Fauzi berjaya dalam pelajaran dengan begitu baik sekali.

Menjawab persoalan bagimana mengekalkan perasaan yang aman dalam diri, beliau menegaskan penting untuk
kita menjaga fikiran supaya sentiasa positif. Terutama di dalam keadaan yang tidak kita senangi. Di dalam
keadaan yang menekan kita. Dalam keadaan ini lebih-lebih lagi perlu untuk kita kekal berfikiran positif. Berbaik
sangka kepada Allah dan sentiasa menyakini segalanya milik Allah. Kita tidak perlu terlalu mengikat diri dengan
duniawi. Tambahnya lagi.

Tuan Haji Fauzi juga berpesan kepada para pelajar SMK Sungkai supaya merebut peluang pendidikan yang ada
sekarang supaya pelajar boleh membina masa hadapan yang baik. Pelajar boleh merencana masa hadapan yang
baik mengikut acuan sendiri selagi tidak bertentangan dengan agama. Masa hadapan pelajar di tangan pelajar
sendiri. Merancang masa hadapan dari muda akan membezakan nasib pelajar dengan pelajar yang tidak
mempedulikan masa hadapan mereka. Jadikan keluarga yang kita sayangi sebagai motivasi untuk pelajar terus
istiqamah dengan cita-cita murni membina masa hadapan yang bahagia bersama keluarga .

Akhir kata beliau mengharapkan SMK Sungkai akan terus maju melangkah ke hadapan kerana SMK Sungkai
mempunyai aset ke arah itu. Kumpulan pentadbir dan guru-guru yang berkomitmen tinggi dan prasarana yang
lengkap SMK Sungkai akan membuatkan kita semua berasa bangga dengannya.

9 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

1

Santai @ SMES e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

Fatin Najiha Mohammad Azam Mohamad Danial Fitri
Sasaran STPM: 4.00 Sasaran STPM: 3.00 Sasaran STPM: 3.70

Mohamad Faiq PELAJAR Noratiqah bt Shariman
Sasaran STPM: 3.50 HARAPAN Sasaran STPM: 4.00

We want to score straight A+ in SPM!!

10 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

1

English Corner e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

5 Reasons Why Exams Are Important

1. Instills discipline

You can say what you want about exams but they do help you to become more disciplined. The fact
that you have to prepare months in advance to conquer examinations in the summer can most
definitely set you up for the real world. Take this life skill and use it to become successful in the career
path of your choice. Discipline is a key trait of all success stories and this routine will guide you and be
your knight in shining armour if you want to make it to the top.

2. Gives you the ability to stay focused under pressure

During the exam, you are put under extreme duress to remember pieces of information which you may
have learnt at the beginning of the year. Now this takes extreme focus and dedication to remember
that far back and to also apply it to the question in hand. If you can take this as a life lesson, you will
be well on your way to glory. The top individuals all possess the trait of being calm during the storm
and if you can acquire this trait and focus all of your energy into remaining calm, even in the worst of
situations, there is no limit as to what you can do.

3. Qualifications you need in life are only acquired through examinations

In your lifetime, you will come to realise that you need certain qualifications to pass a certain stage in
the job process. These qualifications will only be under your name if you pass exams. This is a very
good reason as to why exams are important. They are the pathway to a job and without qualifications,
your career path becomes very limited.

4. Time Management

Time management is a key skill in life and this skill is definitely acquired through the practice of exams.
Before the exam, you would need this skill to learn how to manage your time revising. During the exam,
you need to learn how to answer each question in a timely manner so that you leave yourself enough
time at the end to review your work. In the exam process, time management is integrated every step
of the way. This will instill this life skill in you which will dramatically help you to meet deadlines in your
dedicated career.

5. Improve Learning

The exam process improves learning and your ability to take on new information. Going through exams
will make your brain adapt to being given new information and it will be able to recall facts and figures
more efficiently because it is so used to doing so. Being a good learner is most definitely a good trait
to have. Some legends claim that they never stop learning. If they put that much respect on this trait,
then you should too.

111 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

English Corner e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

12 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

1

Karya Kreatif e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

Kasihku

Karya Rohim @ Rahim bin Ngahat

Telahku
dakap erat erat
berikat kejap kejap
bersimpul ketat ketat
dipacak kuat kuat
bagai benteng penahan badai.

Tidakkan
terlerai segala simpul
bergoyang segala tunjang
direbah segala benteng
bagai karang menahan gelora.

Hilangkan
bara curiga
api cemburu
bayu sangsi
gelora wasangka
tunas sengketa.

Berjuta kali
kuteguhkan keyakinan
kutegaskan kesetiaan
kuhamparkan kasih sayang
bagai awan gemawan meredupkan
bagai kilau pelangi mewarnakan
pada tiap detik diperlukan.

Sungkai, 2021

13 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

1

Karya Kreatif e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

114 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

Citra Karya e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

Jenis Karya : Catan Cat Minyak / Oil Painting
Judul : Bangkit
Pengkarya : Amir Afiq Ashraf
Tahun : 2017
Guru Pembimbing : En. Hamdan bin Mohamed Do’a

Citra Karya Seni Visual

Berlatarkan tema / tajuk “Bangkit” catan cat minyak karya Amir Afiq Ashraf
(Pelajar Seni Visual SMES STPM 2017) ini merupakan satu karya ekspresi yang
sarat dengan nilai estetika yang tersendiri. Walaupun pengkarya tidak melalui
pengalaman langsung dalam situasi pengisahan di sebalik karya ini (zaman
penjajahan British) tetapi tatkala melihat adaptasi subject matter / hal benda yang
diketengahkan sudah cukup memberikan penghayat / khalayak merasakan
peranan psikologi dan sosiologi (nasionalisme) yang ingin disampaikan seperti
unsur seni garisan tebal dan nipis, gabungan warna (premier dan sekunder)
dengan baik di samping memvisualisasikan prinsip rekaan penegasan dan
harmoni dengan berkesan. Interpretasi karya yang diwakili imej tangan
menghunus keris seolah-seolah memutuskan rantai penjajahan, cukup
menjadikan kita terasa aura kebangkitan pejuang negara dalam menentang
penjajahan British suatu ketika dahulu. Pertimbangan yang. Penghasilan karya
adalah mirip ciri-ciri catan aliran Romantisisme dalam sejarah perkembangan
catan. Menampilkan gaya penampilan separa abstrak cukup memudahkan
khalayak memahami makna tersirat yang cuba disampaikan tanpa perlu mencari-
cari konteksnya. Pengkarya berjaya menzahirkan apresiasi terhadap semangat
para pejuang negara melalui aspek formal yang digarap dengan baik.

Penulis :
Putera Intan MDR
(Hamdan bin Mohamed Do’a)

15 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

1

Tinta Nurani e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

16 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

1

Biar Gambar Berbicara e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

17 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

1

Biar Gambar Berbicara e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

18 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

1

Jenaka Minda e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

19 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

1

Jokes about exams e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

Absence!

Father: Why did you get such a low score in that exam?
Son: Absence!
Father: You were absent on the day of the exam?
Son: No but the boy who sits next to me was!

Age

Have you ever been guilty of looking at others your own age and thinking, surely I
can't look that old. Well, you'll love this one....
My name is Alice Smith and I was sitting in the waiting room for my first appointment
with a new dentist. I noticed his diploma, which had his full name.
Suddenly, I remembered a tall, handsome, dark-haired boy with the same name had
been in my high school class some 30-odd years ago. Could he be the same guy that i
had a secret crush on, way back then?
Upon seeing him, however, I quickly discarded any such thought. This balding, gray-
haired man with the deeply lined face was way too old to have been my classmate.
After he examined my teeth, I asked him if he had attended Morgan Park High school.
'Yes. Yes, I did.' he gleamed with pride.
'When did you graduate?' I asked.
He answered, 'In 1967. Why do you ask?'
'You were in my class!' I exclaimed.
He looked at me closely. Then, that ugly, old, bald, wrinkled, fat, gray-haired man
asked, 'What did you teach?'

An exam today come rain or shine!

Pupil: Great news, teacher says we have an exam today come rain or shine.
Classmate: So what's so great about that ?
Pupil: It's snowing outside !

20 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

1

Album Kenangan e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

Tingkatan 5 2020

21 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

1

Album Kenangan e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

122 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

Album Kenangan e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

Mutiara Kata

123 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

Album Kenangan e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

24 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

1

Album Kenangan e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES

125 #SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN


Click to View FlipBook Version