BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
KELAS 3 RANCANGAN KHAS
26 OGOS 2021
10.00-11.00 PAGI
TEKS KOMSAS ANTOLOGI BINTANG HATI
CERPEN LEGASI TAPAI UBI
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
MURID DAPAT MENGHURAIKAN SINOPSIS CERPEN
MURID DAPAT MENYATAKAN TEMA CERPEN
MURID DAPAT MENYATAKAN TIGA PERSOALAN CERPEN
01 Cerita yang ditulis berdasarkan imaginasi
penulis atau kisah benar yang berlaku
02 Singkatan bagi cerita pendek
APA ITU CERPEN Biasanya mempunyai jumlah watak
yang sedikit
03
04 Mempunyai mesej yang ingin
disampaikan kepada pembaca
SINOPSIS
01 Ringkasan cerita yang merangkumi perkara-perkara penting
dalam sesebuah karya
02 TEMA
Persoalan utama yang hendak disampaikan oleh penulis
KOMPONEN 03 PERSOALAN
SASTERA YANG
TERDAPAT Idea-idea sampingan yang menyokong kepada tema
DALAM CERPEN
WATAK
04 Pelaku atau pelakon cereka yang dicipta oleh pengarang (terdiri
daripada manusia atau binatang)
05 PERWATAKAN
Sifat kepada watak yang terdapat dalam karya
LATAR
06 Tempat yang menunjukkan lokasi dan gambaran/suasana sesuatu
peristiwa itu berlaku (tempat, masa, masyarakat)
07 PLOT
KOMPONEN Jalan cerita/jalinan peristiwa
SASTERA YANG
TERDAPAT 08 TEKNIK PLOT
DALAM CERPEN
Cara sesuatu cerita itu disampaikan
09 GAYA BAHASA
Penggunaan bahasa dalam sesuatu karya
NILAI DAN PENGAJARAN
10 -Nilai : nilai murni yang terdapat dalam karya
- Pengajaran : perkara baik yang boleh dijadikan iktibar
SINOPSIS CERPEN
Mengisahkan kehidupan Parjo yang dilatari legasi tapai ubi sejak dari kecil hingga dewasa.
Waktu kecil Parjo membantu ayah dan ibunya menghantar tapai ubi ke tempat-tempat yang
telah membuat tempahan seperti kedai dan kantin sekolah. Parjo juga digelar Parjo Tapai
oleh kawan-kawannya. Walaupun berasa malu tetapi Parjo bangga kerana dapat membantu
ayah dan ibunya mencari rezeki.
Setelah dewasa Parjo melanjutkan pelajaran di universiti dalam bidang perubatan, dan sekali
lagi Parjo dikaitkan dengan tapai ubi. Kali ini, Professor Haidar memberitahu bahawa mereka
akan membuat kajian tentang tapai ubi kerana dikatakan tapai ubi mampu mengurangkan dan
mengubati penyakit kanser. Hasil kajian Parjo dan rakan sekuliahnya membuktikan bahawa
tapai ubi menghasilkan sejenis bahan yang dikenali sebagai bakteriosin yang dihasilkan oleh
bakteria asid laktik yang dapat mencegah kanser.
Penemuan itu menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap tapai ubi ayahnya. Mereka
mendirikan sebuah kilang untuk menampung permintaan yang semakin meningkat. Hasil kajian
Parjo juga mendapat pengiktirafan dan dibawa hingga ke peringkat antarabangsa. Parjo
sendiri akhirnya bergelar pensyarah perubatan setelah menamatkan pelajarannya. Beliau
masih aktif meneruskan kajian terhadap tapai ubi agar dapat menghasilkan penawar bagi
mencegah penyakit lain.
TEMA
Kesungguhan seorang remaja yang ingin membuktikan bahawa makanan tradisional (tapai
ubi) dapat menjadi penawar bagi merawat penyakit berbahaya
Contoh :
Parjo, seorang mahasiswa di fakulti perubatan telah bersungguh-sungguh membuat
kajian bersama dengan rakan-rakannya tentang tapai ubi dan Berjaya membuktikan
bahawa tapai ubi mampu merawat penyakit kanser. (bukti: dalam buku teks m/s 35-40)
Kegigihan dalam mencari rezeki keluarga
Contoh: Wak Salikon dan isteri mengusahakan tapai ubi dengan bersungguh-
01 sungguh untuk mencari rezeki keluarga (m/s 32-34)
Pengorbanan ibu bapa untuk membesarkan dan menyekolahkan anak-anak
02 Contoh: Wak Salikon dan isterinya bekerja keras membuat tapai ubi tanpa
jemu untuk mencari rezeki membiayai persekolahan anak-anak (m/s 33)
PERSOALAN Kegigihan dalam mencapai cita-cita
03 Contoh: Parjo berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-citanya
mencari penawar bagi penyakitkanser (m/s 35-40)
Kepentingan menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa
04 Contoh: Parjo sangat menghargai usaha gigih malah memberitahu
rakan-rakannya bahawa kejayaan dalam kajianya ialah hasil inspirasi
ayah dan ibunya yang merupakan pengusaha tapai ubi (m/s 41)
05 Kesyukuran atas kejayaan dan rezeki yang diperoleh
Contoh: Parjo sangat gembira apabila berjaya dalam kajiannya sementara ayah
dan ibunya bersyukur kerana dapat memperkembangkan perniagaan tapai ubi
mereka (m/s 42)
SOALAN PENGUKUHAN
Apakah itu sinopsis? 01
Nyatakan sinopsis bagi cerpen ini. 02
Terangkan tema bagi cerpen ini? 03
Huraikan apa itu persoalan 04
Berikan tiga persoalan yang terdapat dalam 05
cerpen ini.
Kelas tamat…
Terima kasih semua…