RESENSI
BUKU
KUMPULAN
PEMIKIR 4
NORSYAHILA ABDUL KARIM
JUDUL/TAJUK BUKU
MIKHAIL
PENGARANG
Ramlee Awang Murshid dilahirkan pada 4
November 1967 di Papar, Sabah. Beliau bersekolah di
Sekolah Rendah Kapayan, Kota Kinabalu dari 1974 hingga
1979. Ramlee menamatkan pengajiannya selama 4 tahun di
Kolej Sabah dalam tahun 1984 dan merupakan pemegang
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau pernah melibatkan diri dalam teater
sejak zaman remaja lagi. Beliau banyak memainkan
peranannya sebagai seorang pengarah, penulis dan juga
pelakon. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai wartawan
RTM selama lebih 20 tahun bermula 1986. Tugasan
kewartawanan ada kalanya membawa Ramlee menjelajah ke
pelbagai negara dan menjadi penyumbang besar terhadap
karya-karyanya. Sebahagian hasil tulisannya yang
berlatarkan negara luar seperti Jepun adalah diinspirasikan
daripada pengalamannya.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal
sebagai novelis seram dan sudah empat kali memenangi
sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel
Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi
Novel Nasional 2002.
PENERBIT
TAHUN TERBITAN
HALAMAN
SINOPSIS
Mikhail adalah seorang pembunuh yang kejam yang dilatih oleh Uncle Dick untuk membunuh mereka yang pernah membunuh
ahli keluarganya. Dan dia merupakan satu-satunya waris keluarga Tuan Sadon yang tinggal setelah ahli keluarga yang lain ditembak mati
oleh rakan-rakan perniagaan ayahnya. Setidak-tidaknya, itulah yang diketahui oleh Mikhail sejak bertahun-tahun lamanya. Rupanya
kebenaran adalah sebaliknya!. Bermula dari abangnya, Tahir yang gian menagih dadah sehingga sanggup menjual adik sendiri kepada Tuan
Sadon. Dialah Mahmud Fadzil atau Mikhail 496 yang hilang 16 tahun lalu dan disahkan kematiannya beberapa tahun selepas itu kerana dia
tidak ditemui. Semuanya angkara abangnya Tahir yang begitu terdesak untuk melangsaikan hutang dengan Tuan Sadon. Sebagai
cagarannya, adiknya dijual untuk kepentingan diri sendiri. Mahmud atau kini dinamakan Mikhail di”brainwash” supaya membalas dendam
terhadap sasaran yang tunjukkan oleh Uncle Dick. Rupanya Uncle Dick atau Dickens atau Tuan Sadon ini adalah antara ahli kongres
Yahudi yang licik dan jahat. Tugas Mikhail ialah membunuh sasaran yang dikehendaki yang diketahuinya sebagai “musuh keluarganya” dan
dia bukanlah pembunuh upahan atau bertindak membunuh sewenang-wenangnya. Dia sememangnya antara “Mikhail” terbaik yang mereka
ada kerana kecekapan dan ketangkasannya. Tanpa Mikhail ketahui, sebenarnya Uncle Dick melatih banyak Mikhail dan setiap Mikhail
diberi kod tersendiri. Setelah menewaskan beberapa mangsa, Uncle Dick menugaskan Mikhail untuk membunuh Dato’ Halim dan dua
anaknya iaitu Zetty dan Raihana, dan Dato’ Bakri. Setiap kali pembunuhan berlaku, ada satu “killer signature” yang ditinggalkan oleh
Mikhail iaitu wang $1 USD. (Di belakang buku ini, ada dicatatkan mengenai $1 USD ini dengan serba ringkas tetapi padat). Dalam masa
yang sama, Mikhail seolah-olah menghadapi satu penyakit paranormal. Retina matanya tidak boleh terkena sinaran matahari atau cahaya
yang terang. Apabila hal ini berlaku, dia akan tercampak ke satu dimensi lain dan perkara ini amat merisaukan dirinya Raihanalah yang
cuba membantu menyelesaikan kekusutan yang dihadapinya. Bersama kakaknya, Inspektor Zetty Erlina, mereka membawa Mikhail
sehingga ke utara tanah air untuk menjejaki gambaran yang terdapat dalam fikiran Mikhail. Akhirnya mereka bertemu dengan
jawapannya. Tahir, ialah abang kepada Mikhail dan dia telah insaf dan bertaubat atas kesalahan yang dilakukannya pada masa lampau dan
kini dia mengusahakan tanah bendang peninggalan arwah kedua ibu bapanya. Dia sangat terkejut melihat kemunculan Mahmud atau
Mikhail dan dialah yang menceritakan segala-galanya. Pada masa yang sama, di Kuala Lumpur berlaku beberapa lagi kes pembunuhan kejam
dan memaksa Inspektor Zetty pulang ke ibu kota. Kali ini dengan membawa Mikhail. Mikhail menyerah diri secara rela kepada pihak
berkuasa. Akan tetapi, kes ini tidak selesai di sini sahaja. Berlaku beberapa kejadian yang kompleks sehingga kepada pertemuan
beberapa Mikhail, adanya gunting dalam lipatan di dalam pasukan Inspektor Zetty, penculikan keluarga Zetty, Raihana yang hampir
dihantar ke pakar psikiatari kerana dikatakan berdelusi, dan pertemuan dengan Aroha di Ladang Anggur di Cromwell, England. Tarikh 29
Februari, tarikh keramat bagi Mikhail, Raihana, dan lain-lain.
KETERANGAN
PENGARANG
Novel ini bertemakan suspens-thriller tetapi lebih bersifat global. Tumpuan lokasi adalah
di Malaysia dan juga negara-negara yang pernah dilawati penulis seperti New Zealand, Jordan,
Mesir dan China. Wang $1 USD turut terkait dengan jalinan cerita. “Mikhail” bukan sekadar
nama. Cerita ini merupakan satu agenda yang dijalinkan plotnya dalam pelbagai rangkaian yang
melibatkan prinsip serta emosi. Bukan sekadar suspens-thriller tetapi mencari sesuatu yang
merupakan pemusnah kejahatan. Unsur agama turut diselitkan tetapi tidak begitu menyerlah.
ULASAN
MIKHAIL adalah sebuah novel suspens thriller karya Ramlee Awang Murshid yang terbaru selepas Ungu Karmila dan
trilogi Bagaikan Puteri. Mikhail mengisahkan tentang kehidupan seorang pembunuh bersiri yang bernama Mikhail yang beranggapan
berhak membunuh sesiapa sahaja yang bersangkutan dengan kematian keluarganya beberapa tahun yang lampau. Pada permulaan
plot novel ini berkisar tentang seorang pemuda yang mempunyai dendam kesumat yang melampau dan akan membunuh setiap hari
demi melunaskan tuntutan hawa nafsunya yang tidak lagi termampu untuk di tahan.Tetapi, kenyataan itu tidak benar sama sekali.
Novel ini amat di luar jangkaan pemikiran. Penulis bijak bermain dengan gaya penulisannya untuk memastikan pembaca
berfikir secara kritikal selari dengan pembacaan yang dilakukan. Mikhail ternyata bukanlah sekadar pembunuh bersiri profesional
tetapi individu bermasalah yang diculik dan dilatih dengan segala kemahiran peperangan dan taktikal untuk kepentingan sebuah
kumpulan yang ingin mengusai dunia.
Mikhail ternyata bukan seorang tetapi ada berpuluh orang yang diberi kod persendirian seperti Mikhail 155, Mikhail
496 dan lain-lain. Setiap seorang Mikhail ini telah di BrainWash oleh kumpulan tersebut untuk melupakan kisah silam mereka dan
memasukkan fakta lain di memori mereka dengan kisah dendam kesumat yang tidak mudah terpadam dan dengan memori yang telah
tersemat kemas dalam minda tersebut mereka akan bertindak membunuh sesiapa sahaja yang berkaitan dengan memori dan
dendam itu. Sebagai contoh, Mikhail 155 telah dimasukkan fakta di dalam pemikirannya bahawa keluarganya telah dibunuh dengan
kejam atas pengkhianatan dalam perniagaan. Mikhail ini akan bertindak membunuh mereka yang telah melakukan pembunuhan
terhadap keluarganya tanpa mengetahui bahawa dia sekadar dijadikan alat untuk memenuhi kepentingan kumpulan berkepala besar
itu.
Akhirnya, muslihat kumpulan itu telah terbongkar apabila salah seorang daripada Mikhail telah tersedar asal-usulnya
selepas mengalami satu penyakit paranormal yang sukar dijelaskan. Dia juga telah mengalami suatu perasaan yang sepatutnya tidak
akan ada pada setiap Milkhail iaitu sifat simpati, belas kasihan, sayang dan cinta.
KELEBIHAN KELEMAHAN
Pengetahuan dan cara Permulaan cerita agak
penulisan Ramlee Awang perlahan dan membosankan
Murshid terhadap
kecanggihan senjata, alat
multimedia dan kemahiran
perisikan amat tinggi dan
diselitkan dalam karyanya
dengan penuh dramatik dan
bersahaja.
KESIMPULAN
Bahan bacaan yang agak baik bagi peminat jalan cerita suspens-
thriller.saya amat berharap dapat melihat novel ini difilemkan dengan CGI
dan kecanggihan teknologi, tidak seperti sesetengah filem yang saya rasakan
amatlah piscisan kerana mempamerkan gejala sosial yang semakin membarah
dalam masyarakat kita. Kesannya, bukan semakin mengurangkan statistik
gejala sosial tetapi tambah memingkatkan pula selari dengan sifat generasi
masa kini yang gemar meniru apa yang mereka tonton.
SEKIAN, TERIMA
KASIH