The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahasa Melayu -Tatabahasa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SMK SUNGKAI, 2021-08-21 01:48:05

POLA AYAT

Bahasa Melayu -Tatabahasa

Keywords: pola ayat,tatabahasa

SK : 5.3 Memahami dan menggunakan ayat yang sesuai dalam pelbagai bidang
SP: 5.3.1 Memahami dan menggunakan frasa dalam pelbagai laras bahasa dengan betul
mengikut konteks

1 Menyatakan maksud ayat dasar
OBJEKTIF 2 Menyenaraikan 4 jenis pola ayat

3 Mengenal pasti pola ayat dasar

AYAT DASAR IALAH AYAT
AYAT YANG MENJADI
SUMBER BAGI
PEMBENTUKAN AYAT
LAIN

SUBJEK PREDIKAT

• Bahagian dalam ayat yang • Bahagian dalam ayat yang
menjadi unsur yang menerangkan subjek
diterangkan
• Terdiri daripada Frasa Nama,
• Terdiri daripada Frasa Nama Frasa Kerja, Frasa Adjektif
dan Frasa Sendi Nama

Ayat susunan biasa, subjek mendahului predikat.
Sebagai contoh

SUBJEK PREDIKAT
Amar guru sementara di sekolah itu.
Adik sedang tidur di dalam buaian.
Kanak-kanak itu menaiki bas ke sekolah.

Ayat susunan songsang, predikat mendahului
subjek. Sebagai contoh

PREDIKAT SUBJEK

Guru sementara di sekolah Amar.
itu
adik.
Sedang tidur di dalam
buaian kanak-kanak itu.

Menaiki bas ke sekolah

SUBJEK PREDIKAT FORMULA
FN (Frasa Nama) FN (Frasa Nama) FN + FN
FN (Frasa Nama) FK (Frasa Kerja) FN+ FK
FN (Frasa Nama) FA (Frasa Adjektif) FN + FA
FN (Frasa Nama) FS (Frasa Sendi Nama) FN + FS

FRASA NAMA : kumpulan atau rangkai kata yang terdiri
daripada kata nama (guru, Amar, sekolah, kanak-kanak)

FRASA KERJA : kumpulan atau rangkai kata yang terdiri
daripada kata kerja (menulis, membaca, tidur, makan,
berlari)

FRASA ADJEKTIF : kumpulan atau rangkai kata yang
terdiri daripada kata adjektif (tebal, tinggi, pagi, cantik,
merah)

FRASA SENDI NAMA : kumpulan atau rangkai kata yang
terdiri daripada kata sendi nama (di, ke, dari, daripada,
kepada)

Tetamu itu / kenalan rapat ayah saya. FN + FN
Rafiq / menunggang motosikal ke sekolah. FN + FK
Kakak saya / sangat bijak. FN + FA
Puan Aini / dari sebuah perkampungan di Sungai Petani. FN + FS
Cikgu Farina / guru kelas kami. FN + FN
Baju berjenama itu / sangat mahal. FN + FA
Para pelajar / sedang bermain bola sepak di padang. FN + FK
Reka bentuk rumah itu / sangat cantik dengan ukiran kayu. FN + FA


Click to View FlipBook Version