Definisi
Kata hubung ialah perkataan yang
digunakan untuk menggabungkan:
perkataan dengan perkataan;
rangkai kata dengan rangkai kata; dan
ayat dengan ayat.
Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
Kata hubung gabungan
Kata hubung pancangan
Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung pancangan komplemen
Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pasangan
Kata Hubung Gabungan
Dikenali juga sebagai kata penyambung
ayat.
Berfungsi menghubungkan dua binaan
ayat atau lebih sehingga membentuk
ayat majmuk.
Kata hubung gabungan
Perkataan yang menghubungkan dua klausa atau
lebih yang setara sifatnya.
Ayat majmuk gabungan terbentuk hasil
penggunaan kata hubung gabungan.
Kata hubung gabungan Contoh
Atau Saya hendak makan mi atau nasi lemak
Dan Saya dan adik bermain di taman
Lalu Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian
Kemudian Sila baca petikan kemudian jawab semua soalan.
Sambil Bapa mendengar radio sambil membaca surat khabar
Maka Apabila melihat polis telah pergi semua maka dia pun
keluarlah.
Serta Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolah
Tetapi Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajar
Sebab Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagi
Kalau Kamu akan dipenjara kalau melakukan kesalahan
Supaya Kita harus mandi selalu supaya kelihatan bersih
Kata hubung pancangan
• Kata hubung pancangan
menyambungkan satu ayat induk dengan
satu atau lebih ayat kecil.
• Kata hubung pancangan terbahagi
kepada tiga jenis, iaitu :
1. Kata hubung pancangan relatif
2. Kata hubung pancangan komplemen
3. Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan
relatif.
-Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya
kata relatif ialah kata yang berfungsi
menghubungkan klausa utama dengan satu klausa
kecil yang lain.
- Bentuk kata hubung pancangan relatif ialah
"yang".
Contoh-contoh ayat
1. Buah anggur yang tergantung pada dahan itu paling
disukainya.
2. Buah anggur yang ditanam di tanah tinggi itu sangat
manis.
3. Pak Mat mempunyai ladang anggur yang paling besar
di Cameron Highlands.
4. Ibu membeli buah anggur yang manis dari kebun Pak
Mat.
5. Kami sekeluarga makan anggur yang dibeli oleh ibu
semalam.
6. Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
7. Budak yang sedang membaca itu adik perempuan
saya.
8. Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
Kata hubung pancangan
komplemen.
- Kata hubung, pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu
klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa
utama.
- Dua contoh kata komplemen yang sering digunakan ialah "bahawa"
dan "untuk".
Contoh ayat:
1. Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua
muridnya mendapat enam A.
2. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli
perniagaan besar.
3. Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas
sungai.
Kata hubung pancangan
keterangan
- Kata hubung pancangan keterangan berfungsi
menghubungkan klausa yang menjadi
keterangan pada satu klausa utama.
- Contoh kata keterangan adalah seperti;
"kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun,
supaya, apabila".
Kata hubung berpasangan
Kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam
satu ayat.
Kata Hubung Contoh Ayat
adakah...atau Adakah wajar atau munasabah tuntutan pendatang asing itu?
apakah...atau Apakah dia menang atau kalah, tidak diketahui nasibnya?
bagaimana...begitulah Bagaimana muzik begitulah lagunya.
baik...atau Baik yang biru atau yang merah, harganya serupa.
baik...mahupun Baik yang menang mahupun yang kalah, kedua-duanya tidak
mahu bertolak ansur.
biar...jangan Biar putih tulang jangan putih mata
bukan sahaja...bahkan Menteri negara itu bukan sahaja bermulut celopar bahkan
juga juga zalim terhadap rakyatnya.
bukan sahaja...tetapi juga Pegawai wanita itu bukan sahaja garang tetapi juga cerewet.
daripada...lebih baik Daripada membaca buku sepanjang hari lebih baik saya pergi
bersenam.
entah...entah Entah betul entah tidak.
jangankan...pun Jangankan masih hidup, mati pun saya tuntut juga.
kian...kian Kian hari kian tua.
sama ada...atau Sama ada yang hitam atau yang putih, isinya sama
sahaja.
sedangkan...inikan pula Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri.
semakin...semakin Semakin hari semakin bertambah teruk penyakitnya.
makin...makin
sungguhpun...tetapi Sungguhpun dia miskin tetapi dia tidak kedekut
sungguhpun...namun
Isi tempat kosong bagi kata hubung pancangan relatif dan komplemen yang sesuai.
1 1. Dia menyatakan ________________ kebakaran itu berpunca daripada litar pintas.
2
2. Gadis itu menyedari ________________ dia dalam bahaya sekarang.
3, 3. Pelakon itu sedar _________________ dia sudah tidak popular seperti dahulu.
4 4. Rashid Sidek merupakan pemain badminton ____________ dikenali ramai pada
tahun 80-an.
5 5. Menara Eiffel ialah ________________ paling terkenal antara banyak menara sedemikian di
Perancis.
6 6. Beliaulah tokoh ___________________ memenangi anugerah tersebut bersempena
dengan Hari Bapa pada tahun ini.
7 7. Polis bersetuju ______________________ kebanyakan kejadian jenayah di negeri itu
dilakukan oleh pendatang asing
Nyatakan ayat di bawah sama ada betul (✔️) ataupun salah (❌).
Jika ayat tersebut salah, berikan kata hubung yang sesuai.
1. Kami berpendapat yang mutu sukan bola sepak negara kita
semakin merudum. (_____)
2. Mereka berpendirian bahawa usaha itu akan mendatangkan
kejayaan yang cemerlang. (_____)
3. Pegawai itu mengesahkan yang tembikar itu tulen seperti yang
dilihatnya di China. (_____)
4. Usaha tersebut sangat sukar setelah pihak bomba
memaklumkan yang tiada mangsa yang ditemukan. (_____)
5. Beliaulah tokoh yang memenangi anugerah tersebut
bersempena dengan Hari Bapa pada tahun ini. (_____)
6. Polis bersetuju yang kebanyakan kejadian jenayah di negeri itu
dilakukan oleh pendatang asing. (_____)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata hubung.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
kata hubung yang disenaraikan untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menukarkan imbuhan,
menggunakan perkataan itu sebaagai peribahasa atau kata nama khas.
Santan kelapa mengandungi asid lemak tepu yang mengandungi rantaian sederhana
dengan pelbagai manfaat yang menakjubkan untuk kesihatan. Selain itu, santan kelapa
adalah tinggi serat serta kaya dengan vitamin B1, B32, B5, B6, C dan E. terdapat tiga jenis
asid lemak tepu di dalam santan iaitu asid laurik, asid kaprilik dan asid kaprik. Kajian
menunjukkan kandungan tenaga dalam santan segar lebih tinggi berbanding santan
segera. Namun majoriti masyarakat lebih gemar menggunakan santan segera kerana
mudah diperoleh di pasaran, mudah disimpan, tahan lama dan boleh digunakan pada
bila-bila masa.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Nilai Organoleptik Santan Segar dan santan Segera’
Dewan Kosmik, Bil. 12, 2019)
[8 markah]
SEKIAN, TERIMA KASIH….