The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sebuah kajian untuk melihat tabiat dan minat membaca pelajar SMK Sungkai

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SMK SUNGKAI, 2020-12-16 02:00:13

Kajian Minat dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar SMK Sungkai

Sebuah kajian untuk melihat tabiat dan minat membaca pelajar SMK Sungkai

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

KAJIAN MINAT DAN TABIAT MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGKAI, SUNGKAI PERAK
TAHUN 2020

Rahyu Binti Imrani
SMK Sungkai

[email protected]

ABSTRAK

Membaca telah menjadi tunjang utama kepada pembudayaan ilmu pengetahuan sejak berkurun
lamanya. Malah Islam telah menjadikan amalan membaca sebagai teras yang penting dalam
menuntut ilmu kepada umatnya sehingga disebut di dalam Al-Quran. Kajian ini bertujuan
untuk meninjau sejauh manakah minat dan tabiat membaca serta apakah strategi utama untuk
meningkatkan amalan membaca dalam kalangan pelajar-pelajar di SMK Sungkai. Kajian
kuantitaif ini melibatkan 159 orang pelajar SMK Sungkai daripada tingkatan 1 hingga
tingkatan 6. Soal selidik telah diedarkan melalui google form kerana kekangan daripada
penularan wabak Covid-19. Data kemudian dianalisis menggunakan Statistical Package for the
Social Science (SPSS) versi 19. Hasil kajian mendapati kebanyakan pelajar SMK Sungkai
berada pada tahap kurang minat membaca. Pelajar juga lebih gemar melayari internet pada
waktu lapang (33.3%), memperuntukkan masa 1-2 jam sehari untuk membaca (57.9%), buku
cerita dan novel merupakan bahan bacaan yang paling digemari (44.7%), tujuan membaca
adalah untuk mendapatkan maklumat (41.5%), bahasa pilihan bahan bacaan Bahasa Melayu
(81.8%) dan pendorong amalan membaca ialah diri sendiri (56%). Selain itu juga Program
NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) yang dijalankan di sekolah didapati mampu menyuntik
minat membaca dalam kalangan pelajar. Penyelidik mencadangkan agar kajian yang lebih
mendalam berkaitan pemupukan amalan membaca dilaksanakan menggunakan pendekatan
kualitatif dan kuantitatif demi meningkatkan minat membaca pelajar di sekolah.

1.0 PENGENALAN

Membaca merupakan jambatan ilmu kerana membaca bukan sekadar memberi pengetahuan
kepada seseorang pelajar tetapi membaca juga merupakan jambatan keluar ke arah pencapaian
kejayaan yang gemilang dalam kehidupan. Banyak kajian menunjukkan kepentingan membaca
dalam kehidupan. Antaranya kajian yang dilakukan oleh Owusu, M. dan Gifty, A. (2014)
mendapati tabiat membaca mempunyai hubungan langsung dengan pencapaian akademik.
Beliau juga mendapati 75% responden membaca sekadar untuk lulus peperiksaan. Gejala
membaca buku hanya untuk lulus peperiksaan telah berlaku dalam kalangan generasi pelajar
dan merupakan titik tolak untuk tidak membudayakan ilmu. Selain itu, kebanyakan murid yang
cemerlang mengatakan bahawa mereka sering mengamalkan budaya membaca yang mana
dapat membantu mereka dalam ujian penulisan yang sudah tentu memerlukan idea yang
banyak bagi menghasilkan karangan yang cukup bernas. Seiring dengan pendapat Razali,
Mohd Talib, Kamaruzaman, Norizan & Wan Aznirah (2008), penguasaan kemahiran asas

1

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan
murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan.

Ungku Aziz (2011) menyatakan kalau hendak menjadi seorang yang bijak, mestilah selalu
membaca buku kerana tiada cara lain yang boleh mengganti cara ini dalam menambah ilmu.
Justeru beliau menyeru agar menjadikan budaya membaca sebagai suatu rutin dalam kehidupan
kerana hanya dengan membaca dapat menambah ilmu seseorang. Manakala Ahmad Mohd Said
(1998) menyatakan bahawa dengan membaca, seseorang akan dapat menambah ilmu
pengetahuan di samping dapat membantu menambahkan perbendaharaan kata yang dimiliki.
Hal ini kerana dengan membaca, seseorang itu akan menemui pelbagai jenis perkataan baharu.
Menurut beliau lagi, amalan membaca juga mampu membantu murid untuk lulus dengan
memperolehi keputusan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana melalui pembacaan dan
pengaruh jenis bahan bacaan yang banyak dapat menambahkan pengetahuan tentang sesuatu
mata pelajaran.

Kecanggihan pada abad ini seharusnya dapat menggalakkan lagi budaya membaca dalam
kalangan murid, guru, ibu bapa, masyarakat dan pemimpin. Menurut Ibrahim (2000),
kehidupan sebagai murid perlu dipenuhi dengan aktiviti yang melibatkan pembelajaran,
pencarian ilmu baru, penambahan ilmu yang sedia ada serta mendapatkan pendedahan kepada
bahan atau teknologi yang terkini. Malangnya pada era globalisasi ini, murid semakin taksub
dengan gajet, permainan video dan media sosial. Aktiviti membaca semakin hari, semakin
dilupakan. Walaupun, sudah terang lagi bersuluh membaca lebih banyak membawa manfaat
dan kebaikan. Amalan membaca hendaklah dipupuk sejak kecil agar amalan ini akan
berkekalan setelah dewasa. Ibu bapa, guru-guru dan pihak sekolah berperanan penting dalam
pemupukan amalan membaca dalam kalangan para pelajar khususnya agar tidak pupus dek
arus pemodenan.

Tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih belum mencapai tahap yang
membanggakan seperti dapatan pelbagai kajian mengenai tabiat membaca (Atan Long, 1984;
Frank Small and Associates, 1998; Perpustakaan Negara Malaysia, 2006). Statistik tahun 1997
menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya membaca sehelai muka surat buku dalam setahun.
Pada tahun 2002 pula, statistik itu menigkat kepada dua muka surat setahun. Kajian profil
membaca rakyat Malaysia yang dilakukan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada 2005
mendapati rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku setahun. Bagaimanapun angka
itu meningkat kepada 15 naskhah pada tahun 2014 berdasarkan laporan kajian interim tabiat
membaca rakyat Malaysia, namun masih rendah berbanding 40 judul buku setahun di negara
maju. Laporan `Adult and Youth Literacy National Regional and Global Trends 1985-2015′
terbitan UNESCO Institute for Statistic pula menunjukkan, kadar celik huruf rakyat Malaysia
adalah sebanyak 94.94 peratus. Namun, secara purata rakyat Malaysia hanya membaca 15
hingga 20 buku setahun. Jika dibandingkan dengan jumlah penduduk negara, kadar literasi
rakyat negara ini masih jauh ketinggalan. Statistik terbaharu melalui NOP World Culture Score
Index menunjukkan bahawa India merupakan negara yang paling banyak menghabiskan masa
dengan membaca, iaitu melebihi 10 jam seminggu. Diikuti dengan Thailand dan China yang
rata-ratanya membaca selama 8 hingga 9 jam seminggu. Realiti yang agak menyedihkan ialah

2

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

Malaysia tidak termasuk dalam senarai NOP World Culture Score Index, atau lebih tepatnya
budaya membaca di Malaysia tidak melebihi 3 jam seminggu (Dr. Maszlee Malik, 2018)

Bagi merealisasikan amalam membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia, amalan
membaca perlu diterapkan di sekolah kerana membaca merupakan aspek utama kepada
penerokaan ilmu pengetahuan (Annamalai & Muniandy, 2013; Raja Abdullah Yaacob, 2011),
asas pendidikan dan nadi pembelajaran kendiri (Busayo, 2011; Dai, 2013) dan alat untuk
pembelajaran sepanjang hayat (Busayo, 2011; Azlin Norhaini Mansor, Mohd Sattar Rasul,
Rose Amnah Abd Rauf, & Koh, 2012; Sullivan, 2010). Kepentingan membaca juga jelas
ditekankan di dalam Islam sebagai buktinya ayat Al-Quran yang pertama menerusi surah Al-
‘Alaq menyeru manusia agar membaca.

Menyedari hakikat kepentingan budaya membaca ini, Kementerian Pendidikan Malaysia
melalui Bahagian Teknologi Pendidikan telah melaksanakan pelbagai program galakan
membaca di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia untuk memupuk tabiat membaca. Pada tahun
1998 melalui Pekeliling Iktisas Bil.13/1998 (22 Mei 1998) program NILAM (Nadi ILmu
Amalan Membaca) telah diperkenalkan di Malaysia. Program NILAM merupakan
penggabungan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan
memberikan pengiktirafan yang sesuai kepada pelajar sekolah. Program bermatlamat untuk
membina tabiat membaca dalam kalangan pelajar sekolah dengan menjadikan mereka banyak
membaca serta menggalakkan sekolah-sekolah untuk terus menjana idea kreatif dan inovatif
bagi menyemai tabiat membaca.

Terbaru Kempen Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) telah dilancarkan pada 13 Februari
2020 oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan matlamat
menjadikan Malaysia sebagai negara membaca pada tahun 2030. Mantan Menteri Pendidikan,
Dr. Maszlee Malik berkata, kerajaan juga mensasarkan penerbitan negara mencapai 31,700
judul setahun menjelang tahun 2020 berbanding 19,713 judul tahun 2017. Beliau berkata,
penerbitan buku telah digunakan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural
Organization (UNESCO) sebagai satu daripada kriteria taraf negara maju dengan jumlah
penerbitan ditetapkan sebanyak satu peratus bagi setiap juta penduduk. Sehubungan itu untuk
memastikan DMK mencapai keberhasilan yang dihasratkan, maka bermula tahun ini hingga
2020 pihak kementerian akan menggiatkan kempen DMK. Beliau juga menyatakan bahawa
kempen atau program gerakan membaca yang sudah berlangsung sejak dua dekad lalu masih
belum mencapai tahap yang memuaskan dan penglibatan penggiat literasi juga masih tidak
menyeluruh. (Utusan Malaysia, 2018)

Selain DMK, kerajaan juga akan memantapkan persekitaran asas galakan membaca dan
ketersediaan mental secara agresif, kreatif serta inklusif melalui Kempen Membaca
Kebangsaan selama tiga tahun, mulai 2018 hingga 2020. Justeru, pelaksanaan DMK
merangkumi enam program utama iaitu kepelbagaian program membaca, pembangunan
prasarana dan aktiviti membaca, pesta buku sebagai destinasi perbukuan masyarakat,

3

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

pembangunan pembacaan dalam kalangan remaja dan kanak-kanak, capaian buku digital atau
E-Buku serta pendidikan sepanjang hayat. Beberapa pendekatan strategi juga diambil
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mana antaranya adalah untuk mewujudkan
rangkaian kerjasama merentas kementerian dan agensi kerajaan, sektor korporat dan swasta,
syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kesimpulannya,
DMK adalah satu pendekatan yang lebih mantap lagi agresif bagi menarik lebih ramai
masyarakat untuk mencintai dunia pembacaan dan menyegarkan pembudayaan membaca.
Kempen itu juga menggunakan slogan #MALAYSIAMEMBACA, yang dipilih dan akan
dipopularkan sebagai aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara membaca serta melahirkan
masyarakat berilmu taraf dunia.

Rumusannya, amalan membaca merupakan agenda penting dalam merealisasikan budaya ilmu
dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat Malaysia khusus para pelajar
di sekolah. Amalan ini perlulah terus diterapkan dalam kalangan pelajar dengan pelbagai usaha
yang lebih aktif daripada semua pihak terutamanya pihak sekolah. Menyedari hakikat ini,
penyelidik telah membuat kajian bagi melihat sikap dan minat membaca dalam kalangan
pelajar dan seterusnya mencari strategi yang paling ampuh untuk membudayakan amalan ini
dalam kehidupan harian setiap pelajar.

1.1 Tujuan Kajian

Budaya membaca yang rendah dan ditahap yang sederhana telah dapat dikesan dalam kalangan
pelajar-pelajar sekolah (Ab Latip Idris,1992; Kamarulzaman Abdul Ghani & Wan Sakiah Wan
Ngah, 2018), institusi pengajian tinggi (Pehlivan, Serin dan Serin, 2010) dan masyarakat
dewasa di Malaysia. Budaya membaca juga amat rendah dalam kalangan pelajar sekolah
menengah khususnya pada hari ini. Kebanyakan pelajar-pelajar tidak gemar membaca
walaupun mengetahui kepentingan membaca terhadap pencapaian akademik mereka. Pelajar-
pelajar hanya membaca apabila terdapat keperluan terutamanya untuk mengambil peperiksaan,
membuat tugasan atau melaksanakan sesuatu aktiviti yang memerlukan pembacaan.
Memandangkan betapa pentingnya amalan membaca, penyelidik telah meninjau sejauh
manakah minat dan tabiat membaca dalam kalangan pelajar-pelajar serta apakah strategi utama
untuk meningkatkan amalan membaca di SMK Sungkai.

1.2 Persoalan Kajian

Berikut merupakan beberapa persoalan kajian ini:
1. Sejauh manakah sikap dan minat membaca dalam kalangan pelajar-pelajar SMK
Sungkai?
2. Apakah tabiat membaca dalam kalangan pelajar-pelajar SMK Sungkai?
3. Meninjau penilaian diri pelajar terhadap aktiviti membaca
4. Apakah strategi utama meningkatkan meningkatkan amalan membaca

4

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

1.3 Kepentingan Kajian

Dapatan daripada kajian ini diharap:
1. Dapat mengukur sikap, minat dan tabiat membaca pelajar-pelajar
2. Dapat dijadikan sebagai asas maklumat oleh guru untuk membuat penambahbaikan
amalan membaca pelajar dan seterusnya meningkatkan budaya membaca.
3. Dapat dijadikan panduan oleh pengurusan sekolah dan guru-guru untuk membuat
kajian pada masa akan datang

1.4 Batasan Kajian

1. Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar yang sedang belajar di SMK Sungkai. Oleh
itu, hasil kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada semua pelajar di sekolah lain.

1.5 Definisi Konsep

1. Membaca - Memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan
memahamkan makna kandungannya (Kamus Dewan, ed. 4, 2005).

2. Tabiat – sifat batin seseorang yang mempengaruhi fikiran atau perbuatannya, perangai,
budi pekerti, watak. (Kamus Dewan, ed. 4, 2005).

3. Minat – kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu. (Kamus Dewan, ed. 4, 2005).
4. Pelajar – orang yang sedang belajar atau berguru. Dalam kajian ini bermaksud pelajar

pelajar yang belajar di SMK Sungkai.

2.0 KAJIAN LITERATUR

Kajian tentang tabiat dan minat membaca telah banyak dijalankan di seluruh dunia kerana
masyarakat dunia sedar akan kepentingan membaca dalam kehidupan. Di Malaysia khususnya
kajian tentang tabiat dan minat membaca telah banyak dilakukan oleh penyelidik. Antaranya
Zainab Awang Ngah (1997) telah menjalankan penyelidikan mengenai tabiat dan minat
membaca pelajar-pelajar yang berumur antara 14 hingga 15 tahun, Abd. Wahab Mat (1995)
pula melakukan penyelidikan mengenai minat membaca dikalangan pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama, Zalena Abdul Razak (1999) pula telah melaksanakan kajian
mengenai tabiat membaca di kalangan remaja luar bandar yang melibatkan pelajar-pelajar
Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 dan Tiew 2010) yang menfokuskan kajian tabiat dan minat
membaca kepada pelajar tingkatan empat.

Mohd Zainuddin Hashim (1982) telah membuat kajian mengenai minat membaca dan bahan-
bahan yang dibaca oleh pelajar- pelajar sekolah menengah desa. Kajian dilakukan ke atas
500 pelajar tingkatan 5 dari daerah Matang, Selama dan Kerian mendapati tujuan pelajar
membaca adalah untuk peperiksaan, pelajar luar bandar lebih banyak membaca bahan bacaan

5

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

berbahasa Melayu berbanding bahasa lain dan bahan bacaan berbahasa Inggeris hanya dibaca
untuk menambah baik pengusaan bahasa Inggeris.

Ab Latip Idris (1992) pula membuat kajian untuk melihat hubungan antara minat membaca
dengan pencapaian bacaan mekanis dalam kalangan pelajar tahun tiga. Subjek kajian terdiri
daripada 177 orang pelajar Melayu, lelaki dan perempuan dari Sekolah Rendah Kebangsaan
Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru, Melaka. Keputusan kajian menunjukkan minat membaca
mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian bacaan mekanis. Kebanyakan
pelajar tergolong dalam peringkat minat membaca sederhana. Pelajar daripada kumpulan status
sosioekonomi lebih tinggi memperoleh skor minat membaca dan skor pencapaian bacaan
mekanis yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang datang daripada kumpulan status
sosioekonomi lebih rendah. Pencapaian pelajar dalam bahagian penyebutan lebih baik daripada
bahagian pemahaman. Kebanyakan pelajar berada pada tahap bacaan pengajaran.

Kajian berkaitan hubungan minat membaca dalam kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA) di Seberang Perai dengan latar belakang keluarga dan
persekitaran telah dilakukan oleh Abd Wahab Mat pada tahun 1995. Secara khususnya kajian
ini tertumpu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, satu-satunya SMKA di
Seberang Perai yang bertujuan untuk menghuraikan dan memberi gambaran yang jelas tentang
faktor-faktor yang mempengaruhi minat membaca buku, majalah dan akhbar. Analisis ujian t
dan analysis of variance (ANOVA) menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan
di antara pendapatan penjaga dengan minat membaca buku. Terdapat juga perbezaan yang
signifikan di antara umur dengan minat membaca majalah dan minat membaca akhbar.
Terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan minat membaca majalah. Juga
terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemudahan mendapatkan akhbar dengan minat
membaca akhbar. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa 87.0% daripada pelajar
membaca akhbar dan berita yang paling diminati ialah berita utama. Peratus membaca buku
ialah 98.9% di mana buku cerita adalah yang paling diminati manakala peratus membaca
majalah ialah 93.0% dengan majalah Dewan Siswa sebagai majalah yang paling digemari.
Sebanyak 76.3% daripada pelajar-pelajar meletakkan ibu bapa sebagai orang yang
menggalakan mereka untuk membaca.

Manimaran Ail Palaniappen (2009) menjalankan kajian untuk mengenal pasti hubungan
faktor keluarga terhadap tabiat dan minat membaca dalam kalangan murid Tahap 2, di Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan TamiL. Kaedah pengumpulan data digunakan dalam kajian ini, iaitu
kaedah kuantitatif dan kualitatif. Dalam kaedah kuantitatif, soal selidik yang mengandungi 48
soalan yang menggunakan skala likert telah digunakan sebagai instrumen kajian. Seramai 275
murid Tahap 2 menjadi responden kajian. Teknik temu bual telah digunakan dalam pendekatan
kualitatif. Sembilan orang murid terlibat dalam temu bual bersemuka itu. Data kuantitatif telah
dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS version 14.0 for Windows. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tabiat dan minat
membaca murid berdasarkan-pendapatan ibu bapa. Walau bagaimanapun, keputusan ujian
korelasi menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara tabiat dan minat membaca
murid dengan pendidikan ibu bapa, dorongan ibu bapa dan suasana membaca di rumah.

6

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

Dapatan analisis statistik menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam tabiat dan minat
membaca berdasarkan pekerjaan bapa. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan pekerjaan ibu. Dapatan temu
bual didapati menyokong data yang diperoleh melalui analisis data soal selidik. Kajian ini telah
membuktikan bahawa faktor keluarga mempengaruhi tabiat dan minat membaca murid secara
positif.

Tiew (2010) telah menjalankan kajian mengenai tabiat dan minat membaca dalam kalangan
pelajar tingkatan empat di SMK Hulu Kelang. Hasil kajian ke atas 69 orang pelajar yang terdiri
daripada pelbagai kumpulan, kaum dan umur mendapati 27 (39.13%) pelajar menghabiskan
satu hingga dua jam sehari untuk membaca dan 28 orang pelajar (40.58%), bahan bacaan yang
paling digemari ialah bahan dari internet. Kajian ini juga mendapati pelajar-pelajar membeli
bahan bacaan dengan wang mereka sendiri (42.03%) dan tujuan utama mereka membaca
adalah untuk memenuhi masa lapang (30.43%), manakala bahasa bahan bacaan yang dipilih
oleh kebanyakan pelajar adalah bahan bacaan berbahasa Melayu (47.83%). Seterusnya kajian
ini mendapati pendorong utama yang menggalakkan pelajar untuk membaca ialah pelajar itu
sendiri (52.17%). Seterusnya, 97.10% pelajar berpendapat membaca merupakan aktiviti yang
penting dan berfaedah manakala 57.97% pelajar bersetuju bahawa Program NILAM yang
dikendalikan oleh pihak sekolah telah berjaya menyemaikan tabiat membaca dalam kalangan
pelajar.

Kajian yang dilakukan oleh Pehlivan, Serin dan Serin (2010) ke atas 317 orang pelajar Fakulti
Pendidikan universiti di Turki pula mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tabiat dan
minat membaca dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina (t=2.876; p<.05) dan tahap sosio
ekonomi (F=8.173; p<.05). Kajian juga mendapati minat membaca pelajar di tahap sederhana
dan tabiat membaca pelajar adalah di tahap rendah.

Seterusnya Suriani Hassan dan Nur Inani Ismail (2012) telah menjalankan kajian untuk
mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi amalan membaca dalam kalangan pelajar-
pelajar pengajian tinggi. Data yang digunakan dalam kajian ini ialah data primer. Seramai 204
orang pelajar Universiti Malaysia Sabah yang terlibat dalam kajian ini. Hasil daripada analisis
soal selidik yang diedarkan menunjukkan bahan akademik internet adalah bahan bacaan yang
sering menjadi pilihan pelajar. Penggunaan kaedah Analisis Faktor menerbitkan 12 faktor
baharu amalan membaca daripada borang soal-selidik yang telah diedarkan. Keputusan ujian t
dan ujian Mann-Whitney U menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan di
antara jantina dan di antara aliran pelajar sains dan bukan sains terhadap 12 faktor baru amalan
membaca yang diuji.

Mohamad Azri Awang, Mohammad Fazli Baharuddin & Wan Mohd Hafiz Wan Hasnol (2013)
telah menjalankan kajian dengan memberikan tumpuan kepada tabiat membaca dan
kepentingan membaca pelajar- pelajar di Maktab Tentera Diraja, Malaysia. Soalan kaji selidik
diedarkan kepada 75 pelajar yang telah diklasifikasikan kepada tiga kumpulan berdasarkan
pencapaian akademik mereka. Analisis data dilakukan dengan menggunakan SPSS versi 19.
Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar- pelajar berminat dalam tiga jenis bahan-bahan

7

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

utama iaitu akhbar (75 responden atau 25.1%), majalah (74 responden atau 24.7%) dan novel
(63 responden atau 21.1%). Mereka lebih cenderung kepada isu-isu semasa, ketenteraan, sukan
dan kesihatan. Kebanyakan pelajar membaca kerana kepentingan mereka sendiri, diikuti
persediaan menghadapi peperiksaan dan rasa ingin tahu.

Kajian berkaitan amalan terbaik pengetua cemerlang dalam meningkatkan minat membaca
pelajar telah dilakukan oleh Zuridah Hanim Md. Akhir, Mohd. Hasani Dali & Khaliza Saidin
pada tahun 2017. Kajian ini mendapati terdapat 10 amalan terbaik yang dipratikkan oleh
Pengetua-pengetua Cemerlang dalam meningkatkan minat membaca pelajar. Amalan tersebut
ialah menekankan aspek pembacaan sebagai keutamaan, membina program membaca yang
berkualiti, mewujudkan persekitaran membaca, mewujudkan sistem pembacaan yang
menyeluruh, percaya bahawa semua pelajar boleh membaca, menyokong guru menjalankan
aktiviti, membangunkan kapasiti kepimpinan, menilai prestasi dan pemantauan, memupuk
perhubungan dengan pelajar dan menjalankan aktiviti bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG).

Tinjauan yang dilakukan oleh Sabrina Milan, Kiprawi Sani dan Wan Ab Kadir Wan Dollah
(2017) dalam kalangan pelajar pendidikan teknik dan vokasional (TVET), Kuching, Sarawak
untuk melestarikan amalan membaca mendapati pelajar TVET ini mempunyai kencenderungan
yang berbeza dalam membaca seperti kekerapan membaca, aktiviti yang dijalankan pada masa
lapang dan sebagainya. Kajian mendapati responden telah menjadikan akses internet sebagai
aktiviti utama mereka pada masa lapang berbanding dengan aktiviti lain seperti bersukan.
Selain itu kebanyakan responden lebih gemar membaca artikel dari internet berbanding bahan
lain seperti novel, buku ilmiah dan majalah. Manakala bidang bahan bacaan pilihan pula
18.59% responden memilih bahan berbentuk hiburan, diikuti dengan fiksyen sebanyak 17.91%
dan komik sebanyak 13.83%.

Kamarulzaman Abdul Ghani & Wan Sakiah Wan Ngah (2018) telah membuat kajian untuk
melihat hubungan antara sikap membaca, persekitaran pembelajaran dan amalan pengajaran
guru dengan pencapaian kefahaman bacaan bahasa Arab pelajar. Kajian ini mengkaji hubungan
antara faktor presage, proses dan produk dalam pengajaran dan pembelajaran kefahaman
bacaan bahasa Arab (BA) j-QAF dengan mengadaptasikan Model Pengajaran Bilik Darjah
Dunkin & Biddle yang diperbaharui oleh Biggs (1987). Dapatan deskriptif kajian menunjukkan
tahap sikap membaca pelajar berada pada tahap sederhana, persekitaran pembelajaran pelajar
berada pada tahap sederhana, amalan pengajaran (persepsi pelajar) berada pada tahap
sederhana dan pencapaian pelajar adalah baik. Dapatan ujian korelasi pula menunjukkan wujud
hubungan yang signifikan dalam kesemua hipotesis kajian, kecuali pada hubungan antara
amalan pengajaran dengan pencapaian.

8

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka bentuk kajian

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Reka bentuk kajian ini dipilih kerana ia amat
bersesuaian dengan matlamat penyelidik untuk melihat sikap, minat dan tabiat membaca dalam
kalangan pelajar. Kaedah ini juga bersesuaian kerana kajian ini melibatkan pengumpulan
maklumat daripada responden yang ramai.

3.2 Populasi dan persampelan

Kaedah persampelan merupakan pengambilan sebahagian pecahan dari suatu populasi atau
juzuk penuh sebagai mewakili populasi atau juzuk itu (Kerlinger,1973). Populasi kajian ini
adalah pelajar-pelajar SMK Sungkai. Seramai 159 orang pelajar telah menjawab soal selidik
yang diberikan secara google form bagi menjawab semua persoalan kajian. Responden yang
menjawab terdiri daripada 116 (73%) orang pelajar perempuan dan 43 (27%) orang pelajar
lelaki. Apabila responden dipecahkan mengikut tingkatan pula, tingkatan enam seramai 32
(20.1%) orang, tingkatan lima seramai 39 (24.6%) orang, tingkatan empat 30 (18.9%) orang,
tingkatan tiga 24 (15.1%) orang, tingkatan dua seramai 12 (7.5%) dan tingkatan satu seramai
22 (13.8%) orang. Daripada 159 orang responden 138 (86.8%) resonden adalah Melayu, 15
(9.4%) orang responden India, 3 (1.9%) orang responden orang Asli, 2 (1.3%) orang respnden
Cina dan 1(0.6%) orang responden lain-lain bangsa.

3.3 Instrumen kajian

Kajian ini menggunakan soal selidik yang terdiri dari empat bahagian sebagai instrumen kajian.
Bahagian pertama instrumen kajian ini adalah tentang butir demografi responden. Manakala
bahagian kedua bertujuan mengukur minat dan sikap membaca berdasarkan kepada aktiviti
membaca dan aktiviti-aktiviti lain yang dilihat secara perbandingan. Bahagian ke tiga pula
adalah merangkumi aspek yang berkaitan dengan tabiat membaca dan penilaian diri responden.
Bahagian keempat adalah berkaitan dengan strategi utama meningkatkan meningkatkan
amalan membaca. Alat kajian untuk mengukur minat dan tabiat membaca ini adalah
berdasarkan kepada Skala Dulin-Chester (Chester dan Dulin, 1977) yang telah diubah suai.
Jadual di bawah meringkaskan instrumen kajian mengikut aspek kajian serta soalan-soalan
yang berkaitan dengan aspek kajian.

9

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

Jadual 1: Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian

Aspek Bahagian Item/ Soalan
A 1 hingga 3
Demografi responden B 1 hingga 20
Minat dan sikap C 2 hingga 9
Tabiat membaca C
Penilaian kendiri amalan 1
membaca D
Strategi meningkatkan 1 hingga 8
amalan membaca

Bagi setiap soalan dalam bahagian dua, pemilihan skor aktiviti membaca akan diberikan skor
1 dan 0 jika responden memilih selain daripada membaca. Dengan ini, skor minat membaca
adalah jumlah skor bagi 20 soalan aktiviti membaca. Daripada skor minat membaca ini, tahap
minat dan sikap terhadap aktiviti membaca dikategorikan seperti yang berikut:

Jadual 2: Tahap Minat Membaca Mengikut Skor

Skor Tahap minat membaca

16-20 Sangat minat
11-15 Minat
6-10
0-5 Kurang minat
Tidak minat

3.4 Analisis Data

Bagi menganalisis data, kaedah statistik keperihalan telah digunakan iaitu taburan kekerapan
dan peratusan. Pembolehubah-pembolehubah yang diberi tumpuan dalam kajian ini ialah tabiat
membaca yang ditinjau dari aspek aktiviti yang dilakukan pada masa lapang, jumlah waktu
yang diperuntukan untuk membaca, jenis bahan bacaan, tujuan membaca, bahasa pilihan,
bacaan yang digemari mengikut pengkelasan bahan, sumber bahan bacaan diperoleh dan
pendorong tabiat membaca. Manakala sikap membaca cuba dikaitkan dengan minat membaca.
Aspek ini dilihat secara perbandingan dengan aktiviti-aktiviti lain. Secara tidak langsung tabiat
membaca responden akan memberi jawapan kepada minat dan sikap membaca secara amnya.
Selain itu, aspek penilaian diri dan strategi meningkatkan amalan membaca juga akan
dianalisis. Data dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Studies) versi 19.

10

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Sikap dan Minat Membaca

Minat dan sikap membaca pelajar SMK Sungkai dirujuk kepada skor maklum balas yang
diberikan terhadap aktiviti-aktiviti yang disediakan secara perbandingan antara aktiviti-aktiviti
membaca dengan aktiviti-aktiviti selain membaca.

Carta pai dalam Rajah 1 menunjukkan peratus pelajar SMK Sungkai yang sangat minat
membaca hanya 8% berbanding dengan mereka yang berada dalam kategori minat membaca
30%. Manakala mereka yang kurang minat 49% dan yang tidak minat membaca 13%.

Rajah 1: Sikap dan Minat Membaca Dalam Kalangan Pelajar SMK Sungkai

Sikap dan Minat Membaca Dalam Kalangan Pelajar

Sangat minat, 13, SMK Sungkai
8%
Tidak minat, 20,
13%

Minat, 48, 30% Tidak minat
Kurang minat
Minat
Sangat minat

Kurang minat, 78,
49%

Secara amnya daripada taburan kekerapan kategori sikap dan minat membaca di atas
memaparkan bahawa pelajar SMK Sungkai masih ramai yang berada pada tahap kurang minat
membaca.

Jadual 3 menunjukkan kategori minat membaca mengikut jantina. Jika dilihat dari segi kategori
jantina yang membaca didapati pelajar perempuan lebih menunjukkan minat membaca
berbanding dengan pelajar lelaki. Seramai 48 orang pelajar perempuan sangat berminat dan
minat membaca manakala hanya 13 orang pelajar lelaki yang sangat minat dan minat membaca.
Walau bagaimanapun jumlah ini mungkin dipengaruhi oleh bilangan pelajar perempuan yang
menjadi responden dalam kajian ini lebih banyak berbanding dengan bilangan pelajar lelaki.
Jadual 3 menerangkan keadaan ini.

11

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

Jadual 3: Kategori Minat Membaca Mengikut Jantina

Tidak minat Lelaki Jantina Pelajar Jumlah
Kurang minat
Minat 8 Perempuan 20
Sangat minat 22 78
Jumlah 13 12 48
0 56 13
43 35 159
13
116

4.2 Tabiat Membaca dalam Kalangan Pelajar-Pelajar SMK Sungkai

Tabiat membaca akan diteliti berdasarkan maklum balas responden terhadap aktiviti yang
digemari pada waktu lapang, jumlah masa yang diperuntukan untuk membaca, jenis bahan
bacaan yang gemari, tujuan anda membaca, bahasa pilihan, bahan bacaan yang paling
digemari, sumber bahan bacaan dan pendorong utama amalan membaca.

a) Aktiviti yang digemari pada waktu lapang

Jadual 4 menunjukkan aktiviti yang gemar dilakukan oleh pelajar SMK Sungkai pada
waktu lapang. Majoriti responden gemar melayari internet 53 (33.3%), diikuti dengan
bersukan atau beriadah 29 (18.2%) dan menonton televisyen 27 (17%). Aktiviti
membaca hanya dipilih oleh 19 (11.9%) orang responden. Keadaan ini jelas
menunjukkan aktiviti membaca bukan aktiviti yang gemar dilakukan oleh pelajar SMK
Sungkai pada waktu lapang.

Jadual 4: Aktiviti yang digemari pada waktu lapang

Aktiviti masa lapang Kekerapan (%)
Membaca 19 (11.9 %)
Menonton televisyen 27 (17.0%)
Melayari internet 53 (33.3%)
Bersukan/beriadah 29 (18.2%)
Bermain permainan video 13 (8.2%)
Lain-lain 18 (11.3%)
Jumlah 159 (100%)

12

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

b) Jumlah masa yang diperuntukan untuk membaca

Jadual 5 menunjukkan jumlah masa yang diperuntukan untuk membaca. Dari segi
jumlah masa yang diperuntukan untuk membaca pula, majoriti responden iaitu 57.9%
memperuntukan 1-2 jam sehari untuk membaca. Manakala 27.7% memperuntukan
kurang daripada 1 jam sehari. Hanya 11.9% responden memperuntukan 3 jam sehari
untuk membaca. Sebanyak 2.5% responden pula tidak memperuntukan masa untuk
membaca.

Jadual 5: Jumlah masa yang diperuntukan untuk membaca

Jumlah masa membaca Kekerapan (%)
Tiada 4 (2.5 %)
Kurang 1 jam sehari 44 (27.7%)
1-2 jam sehari 92 (57.9%)
3 jam ke atas sehari 19 (11.9%)
Jumlah 159 (100%)

c) Jenis bahan bacaan yang gemari

Jadual 6 menunjukkan jenis bahan bacaan yang digemari oleh responden. Dapatan
kajian menujukkan majoriti responden iaitu 44.7% gemar buku cerita atau novel.
Seramai 22% pula gemar bahan bacaan daripada jaringan sosial, diikuti 13.8%
mengemari komik, 7.5% laman web, surat khabar 5.7% dan buku teks 4.4%. Hanya
1.9% yang mengemari majalah sebagai bahan bacaan.

Jadual 6: Jenis bahan bacaan yang gemari

Bahan bacaan yang digemari Kekerapan (%)
Buku cerita/novel 71 (44.7 %)
Majalah 3 (1.9%)
Surat khabar 9 (5.7%)
Buku teks 7 (4.4%)
Komik 22 (13.8%)
Laman web 12 (7.5%)
Jaringan social (facebook, instagram, 35 (22.0%)
blog dll)
Jumlah 159 (100%)

13

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

d) Tujuan membaca

Jadual 7 menunjukkan tujuan membaca oleh responden. Dapatan kajian menujukkan
majoriti responden iaitu 41.5% membaca untuk mendapatkan maklumat. 39%
daripada responden pula membaca bertujuan sebagai aktiviti santai dan memenuhi
masa lapang. Hanya 19.5% responden menyatakan tujuan mereka membaca sebagai
persediaan untuk peperiksaan atau menyiapkan kerja sekolah.

Jadual 7: Tujuan membaca

Tujuan Membaca Kekerapan (%)
Mendapatkan maklumat 66 (41.5 %)
Santai/memenuhi masa lapang 62 (39.0%)
Peperiksaan/ kerja sekolah 31 (19.5%)
Jumlah 159 (100%)

e) Bahasa pilihan

Jadual 8 menunjukkan bahasa bahan bacaan yang menjadi pilihan respoden untuk
aktiviti membaca. Kajian ini mendapati sebilangan besar responden memilih bahan
bacaan dalam bahasa Melayu (81.8%) diikuti bahan bacaan berbahasa Inggeris
(13.8%), bahan bacaan bahasa Tamil (2.5%), bahasa Cina (1.3%) dan lain-lain bahasa
0.6%.

Jadual 8: Bahasa bahan bacaan

Bahasa Kekerapan (%)
Bahasa Melayu 130 (81.8 %)
Bahasa Inggeris 22 (13.8%)
Bahasa Tamil
Bahasa Cina 4 (2.5%)
Lain-lain 2 (1.3%)
Jumlah 1 (0.6%)
159 (100%)

e) Bahan bacaan yang digemari mengikut pengelasan bahan

Jadual 9 menunjukkan bacaan yang digemari mengikut pengelasan bahan. Kajian ini
mendapati sebilangan besar responden iaitu 22% gemar bahan bacaan hiburan, diikuti
dengan bahan bacaan berunsurkan seram 20.1%, bahan bacaan agama 12.6%, bahan

14

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

bacaan sejarah 11.9% dan bahan bacaan sukan 9.4%. Bahan bacaan berunsurkan
haiwan dan tumbuh-tumbuhan paling tidak digemari iaitu hanya 2.5% daripada
responden yang memilih bahan bacaan ini.

Jadual 9: Bahan bacaan yang digemari

Bahan bacaan yang Kekerapan (%)
Agama 20 (12.6 %)
Sukan 15 (9.4%)
Hiburan 35 (22.0%)
Sains 8 (5.0%)
Teknologi maklumat 8 (5.0%)
Sejarah 19 (11.9%)
Masakan 11 (6.9%)
Kecantikan dan fesyen 7 (4.4%)
Seram 32 (20.1%)
Haiwan dan tumbuh-tumbuhan 4 (2.5%)
Jumlah 159 (100%)

f) Sumber bahan bacaan

Jadual 10 menunjukkan data empirikal tentang sumber bahan bacaan. Sumber yang
paling kerap diperolehi ialah melalui internet iaitu 51.6%. Tiada bahan bacaan
diperolehi daripada perpustakaan awam. Sementara itu, responden memperoleh bahan
bacaan melalui pembelian dengan wang sendiri atau ibu bapa sebanyak 26.4%
manakala sebanyak 14.5% meminjam daripada Pusat Sumber Sekolah, 6.3% lain-lain
dan 1.3% melalui hadiah yang diterima.

Jadual 10: Sumber bahan bacaan

Sumber bahan bacaan Kekerapan (%)
Internet 82 (51.5 %)
Pusat Sumber Sekolah 23 (14.5%)
Perpustakaan awam 0 (0%)
Beli dengan wang sendiri/ibu bapa 42 (26.4%)
Hadiah 2 (1.3%)
Lain-lain 10 (6.3%)
Jumlah 159 (100%)

15

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

g) Pendorong utama amalan membaca.

Jadual 11 menunjukkan data pendorong utama amalan membaca. Kajian mendapati
56% daripada responden menyatakan pendorong utama amalan membaca adalah diri
sendiri. Ini diikuti oleh ibu bapa 20.1%, guru 12.6%, rakan 10.7% dan lain-lain 0.6%.

Jadual 11: Pendorong utama amalan membaca

Pendorong Kekerapan (%)
32 (20.1%)
Ibu bapa 20 (12.6%)
Guru 89 (56.0%)
Diri sendiri 17 (10.7%)
Rakan 1 (0.6%)
Lain-lain 159 (100%)
Jumlah

4.3 Meninjau penilaian diri pelajar terhadap aktiviti membaca

Jadual 12 menunjukkan penilaian diri pelajar SMK Sungkai sebagai pembaca. Majoriti
responden (64.8%) menyatakan mereka kurang membaca dan 8.8% pula menyatakan
sangat kurang membaca. Manakala 25.8% menilai diri mereka sebagai banyak membaca
dan hanya 0.6% sahaja menyatakan mereka sangat banyak membaca. Kajian ini juga
mendapati hanya sebilangan kecil sahaja responden yang sangat banyak membaca.

Jadual 12: Penilaian Diri Sebagai Pembaca

Penilian Diri Kekerapan (%)
Sangat kurang membaca 14 (8.8%)
Kurang membaca 103 (64.8%)
Banyak membaca 41 (25.8%)
Sangat banyak membaca 1 (0.6%)
Jumlah 159 (100%)

4.4 Strategi Meningkatkan Amalan Membaca

Terdapat lapan item untuk menilai strategi amalan membaca dalam kalangan
pelajar SMK Sungkai. Kesemua item ini berkaitan strategi meningkatkan amalan
membaca. Hasil daripada kajian ini dapat di gunakan sebagai panduan untuk
merancang dan melaksanakan program atau aktiviti bagi meningkatkan amalan

16

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

membaca dalam kalangan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan 76.8% resonden
sangat setuju dan setuju mereka akan membaca lebih banyak jika mudah
mendapatkan bahan bacaan. Majoriti responden iaitu 61.6% sangat setuju dan
setuju koleksi bahan bacaan di pusat sumber menarik dan terkini. Berkaitan
dengan gemar membaca di lokasi yang selesa 96.9% responden sangat setuju dan
setuju dengan pernyataan ini. Apabila ditanya berkaitan adakah kempen kesedaran
membaca atau program NILAM menyuntik minat membaca, 65.4% respoden
sangat setuju dan setuju dan hanya 6.9% responden sangat tidak setuju dan tidak
setuju. Kebanyakan responden iaitu 66.6% juga sangat setuju dan setuju bahawa
mereka berpeluang menggunakan kemudahan makmal komputer dan peralatan
ICT di sekolah. Dapatan kajian juga mendapati majoriti responden iaitu 84.8%
suka membaca melalui internet. Disamping itu juga kebanyakan responden iaitu
85.5% pula sangat setuju dan setuju bahawa guru-guru memberikan mereka
motivasi untuk membaca. Apabila ditanya adakah mereka berasa malu apabila
rakan melihat mereka membaca 63.6% responden sangat tidak setuju dan tidak
setuju dengan pernyataan ini.

Jadual 13: Strategi meningkatkan amalan membaca

No Item 5 4 3 2 1 Min S.P
.item f f f ff
(%) (%) (%) (%) (%)

C1 Saya membaca lebih banyak 33 89 29 3 5 3.89 .86

jika mudah mendapatkan bahan (20.8%) (56.0%) (18.2%) (1.9%) (3.1%)

bacaan

C2 Koleksi bahan bacaan di pusat 20 78 41 17 3 3.6 .90

sumber menarik dan terkini (12.5%) (49.1%) (25.8%) (10.7%) (1.9%)

C3 Saya gemar membaca di lokasi 90 64 3 0 2 4.51 .66

yang selesa (56.6%) (40.3%) (1.8) (0%) (1.3%)

C4 Kempen kesedaran membaca/ 23 81 44 5 6 3.69 .893

program NILAM menyuntik (14.5%) (50.9%) (27.7%) (3.1%) (3.8%)

minat saya membaca

C5 Saya berpeluang menggunakan 32 74 38 8 7 3.73 .985

kemudahan makmal komputer (20.1%) (46.5%) (24.0%) (5.0%) (4.4%)

dan peralatan ICT di sekolah

C6 Saya suka membaca melalui 68 67 13 9 2 4.19 .903

internet (42.7%) (42.1%) (8.2%) (5.7%) (1.3)

C7 Guru-guru memberikan saya 33 103 18 2 3 4.01 .738

motivasi untuk membaca (20.7%) (64.8%) (11.3%) (1.3%) (1.9%)

C8 Saya berasa malu apabila rakan 16 15 27 47 54 2.32 1.30

melihat saya membaca (10.1%) (9.4%) (17.0%) (29.5%) (34%)

17

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

Petunjuk

1 : Sangat tidak setuju 2 : Tidak setuju 3: Tidak pasti 4: Setuju 5: Sangat setuju

f : Frekuensi % : Peratus S.P : Sisihan piawai

5.0 PERBINCANGAN

Hasil kajian menggambarkan aktiviti membaca dalam kalangan pelajar SMK Sungkai adalah
seperti berikut:

Minat dan Sikap Membaca

Secara keseluruhanya minat membaca dalam kalangan pelajar SMK Sungkai adalah rendah.
Hanya 38% daripada responden berada di tahap sangat minat dan minat membaca. Selebihnya
iaitu 62% adalah berada pada tahap kurang minat dan tidak minat membaca. Hasil kajian ini
adalah selari dengan kajian lain yang yang dilakukan di peringkat tempatan yang mendapati
bahawa tahap minat membaca pelajar sekolah menengah dalam lingkungan umur 13 hingga 17
tahun adalah rendah (Haslinda Husaini & Shahrom T.M Sulaiman, 2011; Inderjit, 2014; Azlin
Norhaini Mansor et al., 2012).

Tabiat Membaca dalam Kalangan Pelajar-Pelajar SMK Sungkai

Tabiat membaca akan diteliti berdasarkan maklum balas responden terhadap aktiviti yang
digemari pada waktu lapang, jumlah masa yang diperuntukan untuk membaca, jenis bahan
bacaan yang gemari, tujuan membaca, bahasa pilihan, bahan bacaan yang paling digemari,
sumber bahan bacaan dan pendorong utama tabiat membaca.

Dapatan kajian menunjukkan 33.3% responden gemar melayari internet pada waktu lapang
berbanding dengan aktiviti membaca (11.9%). Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang
dilakukan Sabrina Milan, Kiprawi Sani dan Wan Ab Kadir Wan Dollah (2017) dimana pelajar
lebih gemar melayari internet pada waktu lapang berbanding aktiviti membaca dan bersukan.
Keadaan ini jelas mengambarkan penggunaan internet mempunyai pengaruh yang besar dalam
kehidupan pada masa ini.

Dapatan kajian berkaitan jumlah masa yang diperuntukan untuk membaca pula menujukkan
57.9% responden menghabiskan masa 1-2 jam sehari untuk membaca. Dapatan ini tidak
banyak berbeza dengan hasil dapatan kajian Bdewi (1994), Abeyrathna (2004) dan Tiew Wai
Sin (2010) yang mendapati para pelajar menggunakan lebih kurang satu hingga tiga jam sehari
untuk membaca.

18

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

Seterusnya dapatan kajian berkaitan jenis bahan bacaan yang gemari oleh pelajar mendapati
majoriti pelajar iaitu 44.7% gemar membaca buku cerita dan novel, diikuti jaringan sosial
(Facebook, Instagram, blog dll) 22% dan komik 13.8%. Dapatan ini tidak selari dengan
kajian yang dilakukan Mohamad Azri, Mohammad Fazli & Wan Mohd Hafiz (2013) yang
menunjukkan bahawa pelajar berminat dalam tiga jenis bahan-bahan utama iaitu akhbar
(25.1%), majalah (24.7%) dan novel (21.1%).

Kajian juga mendapati majoriti pelajar (41.5%) membaca adalah untuk mendapatkan
maklumat. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar sedar akan kepentingan utama membaca
adalah untuk mendapatkan maklumat berbanding mengisi masa lapang dan faktor
peperiksaan. Walau bagaimanapun hasil kajian ini tidak selari dengan kajian yang dilakukan
oleh Mohd Zainuddin Hashim (1982) yang mendapati tujuan utama pelajar membaca adalah
sebagai persediaan untuk peperiksaan.

Di samping itu, kajian ini menunjukkan bahan bacaan yang dipilih oleh kebanyakan pelajar
adalah bahan bacaan berbahasa Melayu (81.5%). Dapatan ini adalah selari dengan kajian yang
dilakukan oleh Tiew Wai Sin (2010). Tetapi dapatan ini mungkin dipengaruhi oleh bilangan
responden berbangsa Melayu yang lebih ramai iaitu 138 (86.8%.) orang berbanding bangsa
lain.

Bahan bacaan yang paling digemari mengikut pengelasan bahan pula mendapati kebanyakan
responden 35 (22%) gemar bahan bacaan berbentuk hiburan berbanding bentuk yang lain.
Dapatan ini tidak memeranjatkan kerana responden adalah terdiri daripada golongan remaja
berumur 13 hingga 19 tahun yang sememangnya sukakan hiburan.

Kajian mendapati kebanyakan pelajar iaitu 82 (51.5%) orang mendapatkan bahan bacaan
melalui internet. Keadaan ini menunjukkan usaha-usaha kerajaan khusus melalui
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan pelbagai prasarana dan kemudahan
Internet di sekolah-sekolah telah menampakkan hasil. Pembelajaran secara digital seperti
penggunaan frog VLE dan google classroom serba sedikit telah mengubah cara pelajar
mendapatkan maklumat. Para pelajar juga sekarang lebih celik komputer dan mahir
menggunakan telefon pintar dan tidak hairanlah mereka beranjak ke dunia teknologi
maklumat untuk mendapatkan sumber maklumat. Disamping itu maklumat yang diperoleh
melalui internet juga lebih mudah dan pantas.

Selain itu kajian juga mendapati pendorong utama yang mengalakkan para pelajar untuk
membaca ialah pelajar itu sendiri (56%). Dapatan ini adalah selari dengan hasil kajian Tiew
Wai Sin (2010). Walau bagaimanapun hasil kajian ini tidak selari dengan hasil kajian Abd.
Wahab bin Mat (1995) yang mendapati ibu bapa sebagai pendorong utama pelajar untuk
membaca. Kajian yang dilakukan oleh Manimaran Ail Palaniappen (2009) pula
membuktikan bahawa faktor keluarga mempengaruhi tabiat dan minat membaca murid secara
positif.

19

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

Penilaian Diri Sebagai Pembaca
Kajian ini mendapati sebilangan besar pelajar SMK Sungkai iaitu 103 (64.8%) menyatakan
mereka kurang membaca. Keadaan ini adalah selaras dengan skor tahap minat membaca yang
berada pada tahap kurang minat membaca. Dengan itu umumnya, pelajar SMK Sungkai
bukanlah tergolong dalam golongan mereka yang banyak membaca.

Strategi Meningkatkan Amalan Membaca

Strategi yang mantap perlulah diambil bagi meningkatkan amalan membaca dalam kalangan
pelajar. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan pelajar (76.8%) bersetuju bahawa mereka
akan membaca lebih banyak jika mudah mendapatkan bahan bacaan. Oleh itu pihak sekolah
perlulah mengambil langkah yang lebih proaktif bagi meningkatkan capaian pelajar terhadap
bahan bacaan.

Majoriti pelajar iaitu 61.6% sangat setuju dan setuju koleksi bahan bacaan di Pusat Sumber
menarik dan terkini. Walau bagaimanapun masih terdapat 38.3 % yang tidak bersetuju. Oleh
itu Pusat Sumber perlulah mengambil inisiatif bagi memastikan koleksi bahan bacaan
sentiasa menarik dan terkini. Bahan bacaan yang menarik dan terkini mampu menarik minat
pelajar untuk membaca.

Berkaitan dengan gemar membaca di lokasi yang selesa 96.9% responden sangat setuju dan
setuju dengan pernyataan ini. Kajian yang dilakukan oleh Zuridah Hanim Md. Akhir, Mohd.
Hasani Dali & Khaliza Saidin (2017) menunjukkan bahawa mewujudkan persekitaran
membaca yang kondusif juga merupakan amalan terbaik yang dilaksanakan oleh Pengetua-
pengetua Cemerlang. Pengetua-pengetua Cemerlang ini akan mewujudkan persekitaran
membaca yang kondusif dan meluaskan tempat bacaan dengan mewujudkan rangkaian sumber
di seluruh kawasan sekolah. Oleh itu pihak sekolah perlulah menyediakan lokasi membaca
yang lebih kondusif seperti Pusat Sumber yang ceria, ada kemudahan internet, ada pondok
bacaan dan stesen bacaan kerana ini mampu menarik minat pelajar untuk membaca.

Di samping, itu berkaitan kempen kesedaran membaca atau program NILAM mampu
menyuntik minat membaca, 65.4% respoden sangat setuju dan setuju dan hanya 6.9%
responden sangat tidak setuju dan tidak setuju. Oleh itu, setiap tahun pihak sekolah perlulah
melaksanakan program tersebut dengan lebih kreatif, inovatif dan berterusan agar minat
membaca terus dapat diterapkan dalam kalangan pelajar.

Kebanyakan responden iaitu 66.6% bersetuju bahawa mereka berpeluang menggunakan
kemudahan makmal komputer dan peralatan ICT di sekolah. Dapatan ini menunjukkan
bahawa pelajar mempunyai capaian internet yang baik di sekolah. Dapatan ini selari dengan
dapatan kebanyakkan cara pelajar mendapatkan bahan bacaan adalah melalui internet dan
majoriti responden suka membaca melalui internet.

Disamping itu juga hasil kajian mendapati kebanyakan pelajar (85.5%) juga bersetuju
bahawa guru-guru memberikan mereka motivasi untuk membaca. Ini menunjukkan guru-

20

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

guru mempunyai peranan yang penting dalam pemupukan amalan mebaca di sekolah.
Dapatan kajian juga mendapati pelajar tidak bersetuju mereka berasa berasa malu apabila
rakan melihat mereka membaca. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa amalan membaca
adalah satu amalan yang baik dan pelajar yang membaca perlu berasa bangga dengan amalan
yang mulia tersebut.

6.0 KESIMPULAN

Membaca adalah jambatan kepada penerokaan pelbagai ilmu di dunia ini. Justeru itu minat dan
amalan membaca perlulah diterapkan kepada semua pelajar daripada peringkat awal. Amalan
membaca perlu diberi penekanan serius kerana mempunyai banyak manfaat sebagaimana yang
pernah dinyatakan oleh Rubin (1993), bahawa membaca adalah aktiviti yang membantu
kejayaan perkembangan fikiran, pertuturan dan penulisan di kalangan umat manusia. Hasil
daripada kajian ini mendapati minat dan tahap pembacaan pelajar masih lagi rendah dan perlu
ditingkatkan dari semasa ke semasa. Kajian ini mendapati 2.5% daripada responden tidak
langsung meluangkan masa dalam sehari untuk membaca manakala 27.7% pelajar hanya
menghabiskan kurang daripada satu jam sehari untuk aktiviti membaca. Oleh itu semua pihak
termasuklah ibu bapa, guru, rakan sebaya dan masyarakat bekerjasama untuk meningkatkan
amalan yang mulia ini. Di samping itu, hasil kajian mendapati 65.4% daripada responden
bersetuju bahawa Program NILAM merupakan salah satu program yang mampu menyuntik
minat mereka untuk membaca. Oleh itu pelbagai aktiviti atau program yang berkesan dan
menarik perlu dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pusat Sumber Sekolah juga
perlulah menyediakan bahan bacaan yang menarik dan terkini kepada semua pelajar bagi
menyokong program ini. Hasil kajian juga menunjukkan 84.9% responden suka membaca
melalui internet, oleh itu pihak sekolah perlulah menyediakan prasarana yang membolehkan
pelajar mendapatkan bahan bacaan melalui internet dengan lebih mudah. Kesimpulanya,
pada era dunia tanpa sempadan ini amalan membaca perlulah sentiasa diterapkan kepada
semua pelajar agar mereka dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pelajar
dari negara-negara maju yang lain. Selain itu pelbagai mekanisme yang ampuh perlu diambil
agar matlamat yang dicita-citakan tercapai. Kerjasama yang jitu daripada semua pihak pasti
akan membuahkan hasil yang gemilang dalam menghasilkan pelajar yang intelek, berfikiran
kritis dan kreatif.

Penghargaan
Sekalung penghargaan saya ucapakan kepada Pn. Hajah Siti Khadijah Bt Osman, Pengetua
SMK Sungkai dan Pn. Hajah Siti Shahida Bt Abdullah atas segala dorongan dan sokongan
kepada saya sehingga terhasilnya kajian ini. Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih kepada
Tn. Haji Mat Rahim Bin Mat Tahir dan Pn. Suhaini Bt Sari kerana sudi menyunting penulisan
kajian saya. Sekalung penghargaan juga saya ucapkan kepada semua guru-guru dan pelajar –
pelajar yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kajian ini.

21

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

RUJUKAN

Abd. Wahab bin Mat. (1995).Hubungan minat membaca di kalangan pelajar- pelajar SMKA
di Seberang Perai dengan latar belakang keluarga dan persekitaran. Ijazah Sarjana
Sains (Pengurusan), Universiti Utara Malaysia.

Abeyrathna, P. H. A. S. (2004). A study on leisure reading habits and interests among
secondary school students in Sri Lanka. Dissertation (M.L.I.S.), Fakulti Sains
Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya.

Ab Latip Idris. (1992). Hubungan Antara Minat Membaca Dengan Pencapaian Bacaan
Mekanis Di Kalangan Murid Tahun Tiga: Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana. Universiti
Putra Malaysia.

Ahmad Mohd Said. (1998). Fakta pentingnya amalan membaca. Jurnal emilang: Maktab
Perguruan Sultan Idris.13.hlm. 35-38.

Annamalai, Subashini, Muniandy, Balakrishnan. (2013). Reading habit and attitude among
Malaysian polytechnic students. International Online Journal of Educational Sciences,
Vol. 5, issue 1: 32-41.

Atan Long et al. (1984). A Survey On Reading Habits and Interest of Malaysian People. Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa & Pustaka.

Azlin Norhaini Mansor, Mohd Sattar Rasul, Rose Amnah Abd Rauf, & Koh, B. L. (2012).
Developing and sustaining reading habit among teenagers. The Asia-Pacific Education
Researcher. doi.org/10.1007/s40299-012-0017-1.

Bdewi, Mustafa Mohamed. (1993). A study of reading habits and interests among secondary
school students in Tripoli, Libya. Dissertation (M. Ed.), Faculty of Education,
University of Malaya.

Busayo, I. O. (2011). The school library as a foundational step to childrens’ effective reading
habits. Library Philosophy and Practice (E-Journal).

Chester, R.D. dan Dulin. (1977). Three Approaches To The Measurement Of Secondary School
Student's Attitude Towards Books And Reading. Research In The Teaching of Reading,
193-200.

Dai, W. (2013). Correlates of the reading interest of Chinese High School students in
International Schools. Asian Social Science, 9(3). http://doi.org/10.5539/ass.v9n3p164.

22

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

Frank Small and Associates (1998). Reading profile of Malaysians 1996. Kuala Lumpur :
Perpustakaan Negara Malaysia.

Haslinda Husaini & Shahrom T.M Sulaiman.(2011).Reading habits and attitudes among
students in secondary school (Research Reports. Research Management Institute,
Universiti Teknologi MARA.). Shah Alam. Dimuat turun daripada:
http://eprints.uitm.edu.my/6445/Haslinda

Ibrahim, Z. (2000). Anda dan Pembacaan. Jurnal Kolej Cempaka Kenanga: Universiti
Teknologi MARA. 1. Hlm. 50-56.

Inderjit, S. (2014).Reading Trends and Improving Reading Skills among Students in
Malaysia.International Journal of Research in Social Sciences 3, no. 5 (2014): 70–81.

Kamarulzaman Abdul Ghani & Wan Sakiah Binti Wan Ngah. (2018). Hubungan antara Sikap
Membaca, Persekitaran Pembelajaran dan Amalan Pengajaran Guru dengan Pencapaian
Kefahaman Bacaan Bahasa Arab Murid. Tinta Artikulasi Membina Ummah .4(2), 24 –
39.

Kerlinger, F.N. (1973). Foundations of Behavioral Research. New York: Holt, Rinehart and
Winston, Inc.

Manimaran Ail Palaniappen .(2009). Hubungan Faktor Keluarga Terhadap Tabiat Dan Minat
Membaca Dalam Kalangan Murid Tahap 2, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Tesis
Sarjana Pendidikan. Universiti Sains Malaysia.

Maszlee Malik.(29 September 2018).Menuju Negara Membaca 2030 . Dimuat turun daripada
https://www.ppm55.org/malaysiamembaca2030/

Mohamad Azri Awang, Mohammad Fazli Baharuddin & Wan Mohd Hafiz Wan Hasnol.
(2013). Understanding of Reading Habits among Students in Royal Military College,
Malaysia. Proceeding of National Seminar on Malaysian Librarians. eISBN 978-967-
12571-0-4.

Mohd Zainuddin Hashim. (1982). Suatu Tinjauan Mengenai Minat Membaca Dan Bahan-
Bahan Yang Dibaca Oleh Pelajar- Pelajar Sekolah Menengah Desa Di Semenanjung
Malaysia, Master Sains (Sosiologi Pendidikan), Universiti Pertanian Malaysia.

Owusu-Acheaw, M. (2014). Reading habits among students and its effect on academic
performance: A study of students of Koforidua Polytechnic. Library Philosophy and
Practice. Dimuat turun daripada http://digitalcommons.unl.edu/libphilprac/1130/

Perpustakaan Negara Malaysia (2006). The reading profile of Malaysians 2006. (Kajian yang
belum diterbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia).

23

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

Pehlivan, Serin dan Serin. (2010). Determining reading interests and habits of candidate
teachers. Procedia Social and Behavioral Sciences.9 (2010) 869–873.

Raja Abdullah Yaakob. (2011). Achieving excellence through information literacy as part of
innovative curriculum. Jornal of Arts Science & Commerce, 11(1), 1–10.

Razali Yaacob, Mohd Talib Abd Wahab, Kamaruzaman Hamat, Norizan Mamat & Wan
Aznirah Wan Salleh. (2008). Masalah Membaca dalam Kalangan Murid Sekolah
Menengah di Negeri Terengganu. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 3/2008,146-158.

Rubin, D. (1993). A practical approach to leaching. USA: Allyn and Bacon.

Sabrina Milan, Kiprawi Sani dan Wan Ab Kadir Wan Dollah .(2017). Melestarikan Amalan
Membaca: Satu Tinjauan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Jurnal PPM: Journal of
Malaysian Librarians Vol. 11, 2017, 23-33.

Sullivan, M. P. (2010). Achievement effects of Sustained Silent Reading. Liberty University.
Retrieved from Proquest Dissertations and Theses database.

Suriani Hassan dan Nur Inani Ismail.(2012). Penggunaan Analisis Faktor bagi Kajian Amalan
Membaca. Menemui Matematik (Discovering Mathematics) Vol. 34 No. 1, 95 – 104.

Ungku Aziz.(2011). Jadikan membaca satu kebiasaan, bukan untuk lulus periksa. Dimuat
turun daripada :http://www.mstar.com.my/berita/berita semasa /2011/09/22/jadikan
membaca-satu-kebiasaan-bukan-untuk-lulusperiksaungku-aziz/.

Tiew Wai Sin. (2010). Tabiat Dan Minat Membaca Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di
SMK Hulu Kelang, Gombak, Selangor. Jurnal PPM Vol. 4, 2010 57-74.

Utusan Malaysia.(13 Disember 2018).Malaysia Negara Membaca 2030. Dimuat turun
daripada https://www.ppm55.org/malaysiamembaca2030/

Zalena Haji Abdul Razak. (1999). Tabiat membaca di kalangan remaja luar bandar : satu
kajian terhadap pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4 di kawasan Linggi dan Rantau,
Negeri Sembilan. Dissertation (M.Mgmt.), Universiti Malaya.

Zainab Awang Ngah. 1997. Leisure reading habits and interests of adolescents between the
ages of fourteen and fifteen, from two comprehensive schools in Cardiff. Dissertation
(M.A.), University College, Cardiff, Wales.

24

Kajian Minat Dan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai

Zuridah Hanim Md. Akhir, Mohd. Hasani Dali dan Khaliza Saidin. (2017). Faktor yang
mempengaruhi peranan pengetua dalam meningkatkan amalan membaca menerusi
program NILAM. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences
7, Issue 1 (2017) 42-58.

25


Click to View FlipBook Version