BAB 5 JIRIM
5.1 Jirim
dalam Alam
Jirim
Jirim boleh didefinisikan
sebagai semua benda yang
mempunyai jisim dan
memenuhi ruang.
Semua benda hidup
termasuklah manusia,
tumbuhan dan haiwan
dikelaskan sebagai jirim.
Benda bukan hidup seperti
air, tanah, batu dan udara
juga ialah jirim
Sifat Fizik Jirim
• Sifat fizik ialah kualiti
yang dapat dikenal pasti
dengan menggunakan
lima deria manusia atau
menggunakan alat
pengukur
Sifat-sifat fizik jirim
• Cecair yang berbeza
mempunyai takat didih
yang berbeza.
• Takat didih air ialah
100°C.
Sifat-sifat fizik jirim
• Pemegang periuk diperbuat
daripada bahan penebat haba
seperti plastik.
Sifat-sifat fizik jirim
• Periuk diperbuat daripada
bahan konduktor haba
seperti logam.
Sifat-sifat fizik jirim
• Gula boleh melarut dalam air
kopi.
Sifat-sifat
fizik jirim
• Takat lebur ais
ialah suhu tetap
ketika ais
berubah
menjadi cecair
pada tekanan
yang tertentu.
Sifat Kimia Jirim
• Sifat kimia suatu bahan
menunjukkan tindak balas
sesuatu bahan itu berubah
menjadi bahan yang berbeza.
• Sifat kimia ini bergantung pada
tindak balas yang berlaku
terhadap sesuatu bahan.
Sifat-sifat
kimia jirim
• Pengaratan
berlaku kepada
besi apabila
terdedah
kepada air dan
udara.
Sifat-sifat
kimia jirim
• Petrol
merupakan
jirim yang
mudah
terbakar.
Mengelaskan Bahan
• Ketumpatan
• takat lebur
• takat didih
• keterlarutan
Ketumpatan
• Ketumpatan sesuatu bahan ialah jisim
per unit isi padu bahan tersebut.
• Ketumpatan menentukan kebolehan
sesuatu bahan untuk terapung dan
tenggelam
• Bahan yang kurang tumpat akan
terapung manakala bahan yang lebih
tumpat akan tenggelam
• Sebagai contoh, minyak kurang
tumpat daripada air.
• Oleh itu, minyak akan terapung di
permukaan air
Takat Lebur dan Takat Didih
• Takat lebur ialah suhu apabila keadaan
pepejal bertukar menjadi cecair.
• Takat didih pula ialah suhu apabila
keadaan cecair berubah menjadi gas.
• Jirm juga boleh dikelaskan berdasarkan
takat lebur dan takat didih sesuatu
bahan.
Keterlarutan
• Keterlarutan ialah kebolehan sesuatu
bahan untuk melarut di dalam pelarut
dan membentuk larutan.
• Keterlarutan sesuatu bahan
bergantung pada ciri-ciri f izik dan
kimia bahan larut dan pelarut
• Oleh sebab bahan yang berbeza
mempunyai kebolehan melarut yang
berbeza, jirim juga boleh dikelaskan
mengikut keterlarutan bahan.
• Sebagai contoh, kita melarutkan gula
(bahan larut) di dalam air kopi
(pelarut) untuk diminum
5.2 Tiga
Keadaan Jirim
Tiga Keadaan Jirim
• Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang seni.
Zarah-zarah ini amat kecil sehinggakan tidak
dapat dilihat dengan pandangan mata kasar
mahupun menerusi mikroskop cahaya.
• Zarah-zarah tersebut hanya boleh dilihat
menerusi mikroskop elektron.
Teori
kinetik
• Teori kinetik jirim
menyatakan
bahawa jirim
terdiri daripada
zarah-zarah halus
yang diskret dan
sentiasa bergerak
pada semua arah.
Zarah-zarah jirim
• Zarah-zarah jirim sentiasa
berlanggar antara satu sama lain.
• Apabila tenaga haba dibekalkan
kepada sesuatu jirim, zarah akan
bergerak lebih laju.
• Sebaliknya, zarah bergerak lebih
perlahan apabila disejukkan
• Jirim wujud dalam tiga keadaan
yang berlainan, iaitu pepejal,
cecair dan gas.
Air
• Air merupakan satu-satunya
bahan di muka bumi ini yang
wujud secara semula jadi dalam
ketiga-tiga keadaan.
• Contohnya, air wujud dalam
keadaan cecair pada suhu bilik.
• Apabila disejukkan, air berubah
menjadi ais.
• Air yang dipanaskan pada suhu
100°C pula akan berubah
menjadi stim.
PEPEJAL
• Ruang antara zarah: Sangat
kecil
• Susunan zarah: Tersusun
sangat rapat
• Pergerakan zarah: Bergetar
pada kedudukan yang tetap
PEPEJAL
CECAIR
• Ruang antara zarah: Sederhana
• Susunan zarah: Tersusun rapat
• Pergerakan zarah: Bebas
bergerak, menggelongsor dan
berlanggar antara satu sama lain
CECAIR
GAS
• Ruang antara zarah:
Besar
• Susunan zarah:
Berjauhan antara satu
sama lain
• Pergerakan zarah: Bebas
bergerak secara rawak
dan berlanggar antara
satu sama lain
GAS
plasma
• Matahari tidak dikategorikan
sebagai pepejal mahupun gas.
• Matahari berada dalam keadaan
jirim yang disebut sebagai
plasma.
Kadar Resapan dalam Tiga Keadaan
Jirim
• Zarah-zarah ini bergerak secara rawak dalam
pelbagai arah dan menyebabkan bau wangian
itu tersebar.
• Kita boleh katakan bahawa resapan telah
berlaku.
• Resapan ialah proses pergerakan zarah-zarah
jirim dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke
kawasan yang berkepekatan rendah.
Perubahan Keadaan Jirim Disebabkan oleh
Penyerapan dan Pembebasan Haba
Berdasarkan Teori Kinetik
•
Terdapat banyak bahan yang mengalami perubahan
keadaan jirim dalam kehidupan harian kita
disebabkan oleh penyerapan dan pembebasan haba.
• Pemanasan atau penyejukan menyebabkan sesuatu
jirim mengalami perubahan keadaan.
• Contohnya, apabila sesuatu cecair itu disejukkan,
cecair itu akan membebaskan haba
• Zarah-zarah kehilangan tenaga kinetik dan bergerak
lebih perlahan.
• Zarah-zarah menarik antara satu sama lain dan
bertukar menjadi pepejal.
• Cecair dikatakan mengalami proses pembekuan.
Perubahan Keadaan Jirim Disebabkan oleh
Penyerapan dan Pembebasan Haba
Berdasarkan Teori Kinetik
• Apabila bahan pepejal dipanaskan, bahan
tersebut akan berubah menjadi cecair dan
akhirnya menjadi gas melalui proses
pendidihan.
• Sesetengah bahan pula akan berubah terus
daripada pepejal menjadi gas. Proses ini
disebut sebagai pemejalwapan
• Semasa proses pemejalwapan, tenaga kinetik
zarah-zarah bertambah apabila zarah
menyerap haba sehingga boleh bertukar
secara langsung daripada pepejal menjadi gas.
Perubahan Keadaan Jirim
Disebabkan oleh Penyerapan dan
Pembebasan Haba Berdasarkan
Teori Kinetik
• Apabila sesuatu bahan dipanaskan, suhu
akan meningkat dan apabila sesuatu bahan
disejukkan, suhu akan menurun
• Walau bagaimanapun, suhu tidak akan
berubah ketika mencapai takat beku, takat
lebur dan takat didih semasa proses
pembekuan, peleburan dan pendidihan.
Keadaan ini berlaku kerana tenaga kinetik
zarah-zarah tidak bertambah; haba diserap
atau dibebaskan untuk memastikan daya
tarikan antara zarah-zarah diatasi atau
dibentuk.
Perubahan Keadaan Jirim Disebabkan
oleh Penyerapan dan Pembebasan
Haba Berdasarkan Teori Kinetik
• Semasa perubahan fizikal ini berlaku,
jisim juga kekal tidak berubah kerana
kuantiti zarah-zarah tidak berubah
apabila dipanaskan atau disejukkan.
• Perubahan yang berlaku hanyalah
pada tenaga kinetik zarah-zarah
tersebut.
TAMAT