PAMERAN TAHUN BARU CINA
ANJURAN :
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK SUNGKAI
SEJARAH TAHUN BARU CINA
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor
makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar
China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.
Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka
berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke
udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.
Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru
bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah,
tanglung, ang pau, mercun, yee sang dan pakaian ‘cheongsam’ , ia
menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib
dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh
akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang
dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang
tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang.
Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki,
bunga dan pokok limau.
Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di
China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang
kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan
kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu
Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi
Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha,
kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi
masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus,
monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.
Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini
akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.
Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/kebudayaan-di-malaysia/5745-sambutan-
tahun-baru-cina
YEE SANG (鱼生) merupakan menu wajib setiap kali meraikan sambutan Tahun
Baharu Cina. Menu ini biasanya disajikan sebagai hidangan pembuka dan
dianggap sebagai simbol penyatuan dan lambang kemurahan rezeki yang
akan diperoleh sepanjang tahun tersebut.
Dalam bahasa Cina, perkataan Yee bermaksud ikan yang turut membawa
pengertian lain iaitu kekayaan berkekalan. Perkataan Sang pula merujuk
kepada mentah dan turut mempunyai maksud lain iaitu hidup serta
kebangkitan. Pendek kata, hidangan yee sang ini melambangkan simbol
kemewahan dan panjang umur.
Inti yee sang biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti ikan mentah
(salmon), hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih,
bijan, kekacang yang ditumbuk, halia, buah abung (pomelo), jus
limau, serbuk lima rempah dan keropok rangup. Kesemua inti tersebut
akan disusun secara rapi di atas sebuah pinggan bulat.
Sebelum proses menggaul yee sang dimulakan, sos plum yang mempunyai rasa
masam dan manis akan dituang dan disusuli dengan tindakan memicit jus limau
pada ikan mentah bertujuan untuk mengelakkan kemasukan bakteria selain
menyedapkan rasa ikan itu. Selepas sos dituangkan, tibalah detik-detik yang
dinanti-nantikan oleh semua iaitu proses menggaul yee sang .
Proses menggaul yee sang mempunyai cara yang tersendiri kerana semua inti yee
sang itu digaul bersama secara agresif menggunakan penyepit oleh mereka yang
berkumpul di keliling meja bulat.
Mereka yang berkumpul di keliling meja bulat digalakkan untuk menjerit
perkataan ‘Lo Hei’. Dalam konteks ini, perkataan ini bermaksud ‘menggaul naik’.
Semakin tinggi yee sang itu diangkat dan digaul, maka lebih banyak
kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun. Selain kemakmuran yang
ingin dicapai, masyarakat Cina turut percaya bahawa perkataan ini dijerit dengan
harapan ia dapat memberi kesihatan lebih baik kepada seseorang.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140126/ke_03/Rahsia-yeesang#ixzz5cf6wzCcl
© Utusan Melayu (M) Bhd
LIMAU MANDARIN & LOKAM
Amalan memberi limau mandarin juga
simbolik memberi tuah.
Buah limau mandarin yang dipanggil "kam"
dalam bahasa Kantonis bermaksud emas
adalah kewajipan setiap Tahun Baru Cina
kerana ia melambangkan limpahan
kekayaan kepada masyarakat Tiong Hua.
Warna limau juga keemasan seperti memberi
jongkong emas kepada orang lain.
Namun terdapat segelintir yang juga memberikan buah epal sebagai
simbolik kesihatan yang lebih baik. Ramai juga orang yang memberi epal
"ping kuo" bermaksud aman juga membawa maksud kesihatan yang baik.
Tema tahun baru cina pastinya merah dipercayai membawa tuah malah
kediaman juga akan dihiasi dengan warna merah.
KUIH BAKUL
Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan
Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol.
Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris
dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai
membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "nian gao" (年糕)
di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi
sama seperti perkataan 高 (gāo) bermaksud 'tinggi' melambangkan erti
"semakin tahun semakin tinggi" ( 年 年 高 升 )(niánnián gāoshēng) atau
ringkasnya "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".
Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina
Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) ialah sebahagian
daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina,
yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua
orang penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan
menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan
memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua
penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang
disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan
dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat
orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina.
Tarian singa menjadi adat dinegara China, Taiwan, Jepun, Korea,
Thailand, Malaysia dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai
corak dan bentuk tarian yang berlainan. Namun, tarian ini lebih
terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya
bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular
ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
Dalam astrologi Cina, terdapat satu zodiak Cina, iaitu kitaran 12
tahun yang terdiri daripada dua belas ekor haiwan yang
melambangkan dua belas jenis personaliti berbeza.
Dan permulaan kepada zodiak cina ini juga yang menandakan
permulaan tahun baru Kalendar Qamari Cina bagi masyarakat Cina
di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Zodiak Cina ini diungguli dengan
12 karektor haiwan sebagai lambangnya.
Harimau adalah yang ketiga dari semua haiwan zodiak. Menurut mitos,
Kaisar Jade mengatakan bahawa perintah itu akan ditentukan oleh
urutan di mana mereka akan tiba di hari raya.
The Ox telah meninggalkan malam sebelumnya dan akan menjadi yang
pertama. Harimau akan tiba awal pagi berikutnya dan menduduki
tempat kedua. Tetapi ... Tikus secara diam-diam telah menaiki Ox dan
melompat pertama ketika melihat Jade Emperor.
Akibatnya, Sapi dan Harimau berada di tempat kedua dan ketiga.
Walaupun mendapat bantahan, Harimau harus berpuas hati di tempat
ketiga dalam zodiak.Dalam budaya Cina, harimau dilihat sebagai
penjaga kanak-kanak. Bayi memakai kasut dan topi bermata harimau
untuk melindungi daripada kejahatan hantu.