MENGUASAI WATAK TOKOH TUN PERAK DALAM SULALATUS SALATIN
MELALUI PENGGUNAAN APLIKASI MEDIA SOSIAL
BAGI MATA PELAJARAN KESUSASTERAAN
MELAYU KOMUNIKASI (922/2)
Rosnah binti Taib
ABSTRAK
Kajian tindakan bertajuk “Menguasai watak Tokoh Tun Perak Dalam Sulalatus
Salatin Melalui Pengunaan Aplikasi Media Sosial” ini bertujuan untuk
meningkatkan penghayatanpelajar terhadap watak tokoh Tun Perak yang
merupakan satu-satunya watak bendahara yang hidup paling lama dalam
kesultanan melayu Melaka iaitu dari zaman sultan Muzaffar Syah hingga ke
zaman Sultan Mahmud Syah dan menjadi tokoh paling penting dalam sulalatus
Salatin yang merupakan teks wajib bagi semester 2 dan 3. Kajian dijalankan
untuk meningkatkan penguasaan pelajar Kesusasateraan Melayu Komunikatif
semester 2 Al Khawarizmi mengenali dan menguasai watak Tun Perak dengan
mendalam bagi tujuan menjawab pelbagai bentuk soalan sama ada soalan latihan
dari buku modul Kesussasteraan Melayu komunikatif atau pun dari soalan stpm
tahun-tahun lepas. Seramai 18 orang pelajar daripada kelas enam semester Dua
al khawarizmi terpilih menjadi responden kajian ini. Kajian ini dilaksanakan
dalam tempoh 5 minggu melibatkan 20 waktu pengajaran. Pelajar telah
memasang aplikasi media sosial telegram dan Instagram pada telefon bimbit
masing-masing. Kami telah membangunkan satu laman Instagram khusus
bertajuk “KMKSMKS” dan grup telegram “Sdbkl Semsester 2” yang bertujuan
menjadi medan untuk kami melaksanakan kajian ini. Sebagaimana kajian lain,
saya juga telah mengadakan Ujian pra dan pos sebelum mengambil keputusan
melaksanakan kajian ini. Ujian Pra yang dilaksanakan menunjukkan pelajar gagal
menjawab soalan yang diberikan dengan markah yang baik . Manakala ujian pos
iaitu setelah kami melaksanakan kaedah ini menunjukkan peningkatan dari segi
penghayatan pelajar terhadap watak yang di kaji. Markah yang diperolehi pelajar
telah menunjukkan peningkatan. Ini menunjukkan kaedah mengunakan aplikasi
media sosial untuk pembelajaran berupaya meningkatkan pencapaian pelajar
dalam menguasai sesorang tokoh sastera dan seterusnya meningkatkan
pencapaian dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Saya telah mengajar Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) selama 15 tahun. Dari
pengalaman itu saya mendapati pelajar yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan
Melayu Komunikatif (KMK) tidak semestinya pelajar yang suka membaca. Ada
segelintir yang memilih KMK kerana menganggap mata pelajaran ini ialah mata
pelajaran yang paling mudah berbanding mata pelajaran lain. Selain itu ada juga pelajar
yang mendaftar KMK ialah kerana mereka tidak layak mendaftar mata pelajaran lain.
Sedangkan untuk menguasai KMK Semester 2 sahaja pelajar wajib menelaah dua teks
wajib iaitu teks tradisional dan teks moden. Teks tradisional ialah Sulalatus salatin
manakala teks moden ialah Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Kebanyakan pelajar
tidak akan membaca teks tradisional kerana mereka menganggap teks tradisional susah
difahami berbanding teks moden. Malangnya sering kali berlaku soalan yang tidak
memberi pilihan teks moden di mana hanya soalan teks tradisional sahaja yang ada.
Keadaan ini sangat memberi tekanan kepada pelajar dan mereka akan memperoleh
markah yang rendah.
Setelah meneliti sukatan pelajaran dan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas
saya mendapati watak Tun Perak merupakan watak yang sangat penting dalam sejarah
kesultanan Melaka. Tun Perak ialah satu-satunya bendahara yang hidup paling lama
dengan melibatkan ramai sultan. Tun Perak juga watak yang paling popular selepas
sultan Mahmud dalam soalan peperiksaan STPM. Setelah meneliti tugasan pelajar
melalui latihan di dalam kelas didapati pelajar sangat lemah menjawab soalan Sulalatus
Salatin khususnya Tun Perak lalu saya memilih untuk mengangkat watak Tun Perak di
dalam kajian ini.
Semasa sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) berlangsung saya
mendapati pelajar sukar mengungkapkan watak Tun Perak dengan baik. Melalui latihan
yang diberikan pelajar kurang berjaya mengingati watak Tun Perak apa lagi untuk
menjawab soalan aplikasi dengan sukatan pelajaran. Sukatan pelajar semester 2
membawa tajuk; pembangunan dengan terapan teks sulalatus salatin. Tahap aplikasi ini
semakin menyebabkan pelajar tertekan. Mengingati watak sudah lemah apa lagi untuk
membawa ke tahap aplikasi dalam tajuk pembangunan sama ada pembangunan insan,
masyarakat atau negara. Di sini pelajar perlu menguasai watak menghayati watak untuk
di bawa ke dalam sukatan pembangunan tersebut. Sememangnya pelajar sangat keliru.
Bertolak dari sini saya membuat keputusan pelajar KMK perlu menguasai watak Tun
Perak dengan sebaik-baiknya untuk berupaya mengaplikasikan dengan tajuk sukatan
KMK.
Saya bersama 18 orang pelajar KMK semester 2 al khawarizmi telah sepakat
untuk menggunakan laman media sosial dalam usaha untuk mengenali dan mengingati
watak Tun Perak ini dengan sebaik-baiknya. Kami akan bercakap , berbincang,
berkongsi info, bersoal jawab di dalam dua media sosial yang kami telah setujui iaitu
grup telegram SDBKLSEM2 dan Instagram KMKSMKS.
2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Watak merupakan aspek yang sangat penting dalam sesebuah karya sastera. Tidak kira
sama ada sastera tradisional atau moden. Apalagi dalam karya tradisional. Wataknya
sangat ramai. Wataknya hidup dalam period yang panjang. Dengan gaya Bahasa
melayu klasik, gaya penulisan melayu klasik sering kali menyebabkan pelajar tertekan
apabila diminta membaca teks tradisional. Demikianlah hal yang berlaku kepada teks
Sulalatus Salatin.
Kajian memberi fokus kepada masalah pelajar mengingati, menghayati
seterusnya menguasai watak Tun Perak sehingga pelajar mampu menjawab soalan
latihan yang lebih mudah daripada buku Modul KMK seterusnya soalan stpm tahun-
tahun lepas.
Diharapkan melalui kaedah bercakap mengenai tokoh sastera iaitu Tun Perak di
media sosial akan memudahkan pelajar untuk lebih mengingati dan menghayati watak
tersebut. Ini bersesuaian dengan sikap pelajar yang sangat rapat dengan telefon bimbit
dan rata-rata pelajar remaja ini sangat suka bermain Instagram bersama rakan-rakan
maya mereka.
Media sosial ini sangat mudah di akses, sangat menarik kerana pelajar boleh
berbincang panjang lebar dengan rakan di mana-mana sahaja. Di samping pelajar boleh
berkongsi video, boleh muat naik video sendiri dan sebagainya. Segala nota,
perbincangan, video kekal di media sosial tersebut dan pelajar boleh ulang tayang pada
bila-bila masa.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap watak , perwatakan dan peristiwa
penting yang melibatkan Tun Perak .
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Pelajar dapat menyatakan perwatakan Tun Perak dengan jelas dan dapat
mengaplikasikannya dengan sukatan pelajaran sama ada pembangunan
insan, masyarakat atau negara.
3.2.2 Pelajar menjawab soalan yang melibatkan peristiwa penting semasa
zaman Tun Perak dengan sultan Melaka.
3.2.3 Guru dapat meningkatkan peratus markah pasca ujian sekurang-
kurangnya 20 peratus berbanding praujian.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Jumlah pelajar terlibat dalam kajian adalah seramai 18 orang di bawah pemantauan
seorang guru. Pelajar Tingkatan Enam Semester Dua Al Khawarizmi.
5.0 KAEDAH APLIKASI MEDIA SOSIAL
5.1 Guru menganalisa Sukatan Mata Pelajaran KMK semester 2 – Tun Perak yang
memegang jawatan bendahara di bawah pemerintahan 4 orang sultan.
5.2 Guru memasang aplikasi Instagram dengan nama “KMKSMKS’ dan grup
Telegram “SBDKLSEM2”.
5.3 Guru menyenaraikan 4 kesultanan Melaka yang melibatkan Tun Perak iaitu
Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alaudin Riayat Syah dan
Sultan Mahmud.
5.4 Pelajar menghantar bahan-bahan berpandukan tajuk Tun Perak dan setiap sultan
yang beliau berkhidmat ke laman Instagram dan grup telegram KMK.
5.5 Pelajar melakukan perbincangan mengenai Tun Perak di grup yang kami kenali
sebagai ‘talk about it’ di grup kami sebagaimana pelajar bercerita pasal hal-hal
santai bersama rakan-rakan.
5.6 Pelajar menjawab soalan untuk pengujian.
5.7 Perekodan markah diperolehi
5.8 Penganalisaan markah dan refleksi
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
6.1 TINJAUAN MASALAH
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian
pra dan ujian pos. Fokus kajian ialah terhadap proses perbincangan pelajar di grup
KMK khusus mengenai tokoh Tun Perak. Perbincangan mengenai watak dan juga
perbincangan mengenai tugasan dalam buku modul KMK dan juga tugasan menjawab
soalan stpm tahun-tahun lepas. Pelajar menjawab 3 soalan dari buku modul KMK dan
2 soalan tahun lepas. Soalan khusus mengenai Tun Perak. Seterusnya maklumat
terperinci ini dapat dilihat daripada aspek berikut:
i. Laman Instagram KMK dan grup telegram kmk
ii. Jawapan pelajar tentang soalan yang dikemukakan.
6.1.1 Pemerhatian
Sepanjang pemerhatian saya, atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung, sebelum dan selepas kajian, beberapa rumusan
awal telah dapat saya buat. Sebelum kajian dijalankan pelajar dari kelas 6
Semester 2 Al Khawarizmi memberi respons positif kepada proses pengajaran
dan pemudahcaraan (pdpc). Pelajar di dalam kelas ini dilihat sentiasa mengambil
bahagian secara aktif dalam aktiviti pdpc yang dijalankan. Namun begitu apabila
diminta menjawab soalan stpm tahun lepas terutama soalan bulat tanpa pecahan
yang membawa 25 markah pelajar tidak dapat menjawab dengan baik dan
mendapat markah yang sangat rendah apalagi apabila tiba bahagian mengaitkan
teks tradisional (Tun Perak) dengan tajuk sukatan KMK.
Saya melihat cabaran pelajar KMK dalam kes ini terbahagi kepada dua
bahagian iaitu pertama menguasai watak tun perak dan kedua mengaplikasikan
watak yang telah mereka kenali itu ke dalam sukatan pelajaran KMK yang
bertajuk pembangunan insan, masyarakat dan negara. Sebetulnya hal ini menjadi
satu cabaran buat saya selaku guru mata pelajaran. Saya perlu mencari punca
kegagalan pelajar mengeluarkan fakta khusus dan menghurai dengan baik. Apa
yang perlu saya lakukan ialah pertamanya membuat refleksi, mengatur strategi,
dan memikirkan kaedah penyelesaiannya bagi membantu pelajar KMK
menguasai watak Tun Perak dan seterusnya mengaplikasikan nya dalam sukatan
KMK.
6.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos
Dalam melaksanakan kajian ini, saya merancang menggunakan praujian dan
ujian pos. Ujian pra dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Setelah memperoleh maklumat daripada ujian pra, strategi diatur
untuk mengatasi permasalahan. Penggunaan Aplikasi Instagram dan Telegram
diperkenalkan yang memerlukan pelajar berkongsi sebanyak mungkin maklumat
mengenai fakta perbincangan mengenai masalah menjawab soalan dan apa saja
mengenai Tun Perak. Ada pelajar yang melukis gambar Tun Perak. Selepas itu,
satu ujian pos dilaksanakan. Selepas sesi penilaian dan pemantauan beberapa kali,
maka maklumat ini saya jadikan asas bagi menilai sama ada pdpc berjaya atau
sebaliknya. Jika berjaya, bermakna saya telah melakukan transfomasi terhadap
pemahaman pelajar sebelum ini, dan jika gagal saya akan teruskan kajian ini
dengan beberapa perubahan kecil atau besar. Semua ini bergantung kepada hasil
dapatan selepas sesi pdpc dan ujian pos.
6.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Masalah utama pelajar 6 Semester 2 Al Khawarirmi ialah tidak mengingati watak Tun
Perak. Tidak menguasai cerita mengenai Tun Perak. Watak dan perwatakan, peristiwa
penting dan hubungan Tun Perak denagn 4 orang sultan Melaka itu .Pelajar juga tidak
berminat membuat nota dan membaca nota mengenai Tun Perak yang dianggap
membosankan. Apa lagi membaca teks asal sulalatus salatin. Sebenarnya pelajar
memahami tajuk-tajuk pembangunan insan, masyarakat dan negara tetapi pelajar
meghadapi kesukaran apabila melibatkan terapan teks dalam kes ini terapan dengan
watak Tun Perak.
6.2.1 Analisis Pemerhatian
Selepas teknik baru diperkenalkan, saya mendapati sesi pembelajaran saya
menjadi lebih aktif, bertenaga dan menyeronokkan. Pelajar boleh merujuk kepada
grup telegram kmk dan Instagram kmk semasa perbincangan di dalam kelas dan
ini sedikit sebanyak mengubah tanggapan pelajar tentang teks tradisional apabila
mereka berjaya memberi tindakbalas aktif semasa pdpc . Suasana pembelajaran
di dalam kelas lebih ceria dan pelajar bertambah keyakinan dalam proses
pembelajaran.
6.2.2 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos.
Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos adalah seperti
berikut:
BIL NAMA PELAJAR UJIAN PRA UJIAN POS
1. Pelajar A 35% 50%
2. Pelajar B 33% 46%
3. Pelajar C 26% 44%
4. Pelajar D 40% 55%
5. Pelajar E 40% 60%
6. Pelajar F 38% 55%
7. Pelajar G 54% 70%
8. Pelajar H 26% 55%
9. Pelajar I 32% 48%
10. Pelajar J 60% 73%
11. Pelajar K 41% 62%
12 Pelajar L 21% 42%
13 Pelajar M 18% 50%
14 Pelajar N 33% 45%
15 Pelajar O 43% 51%
16 Pelajar P 33% 46%
17 Pelajar R 45% 50%
18 Pelajar S 44% 60%
JADUAL 1: ANALISIS PENCAPAIAN PELAJAR (UJIAN PRA DAN
UJIAN POS)
Dapatan ujian pra dan ujian pos terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar.
Keseluruhan pencapaian pelajar agak memuaskan. Pencapaian yang meningkat
ini, membuktikan bahawa Aplikasi Media Sosial boleh menjadi platform yang
baik untuk mendekatkan pelajar KMK kepada sastera dengan bimbingan dan
pemantauan guru. Pelajar semakin menguasai watak Tun Perak dengan lebih
mendalam dan lebih berjaya menjawab soalan yang memerlukan pelajar
mengaitkannya dengan tajuk pembangunan. Kesalahan pelajar dapat
diminimumkan seterusnya pelajar berasa yakin dengan huraian dihasilkan.
Perbualan secara lisan mendapati pelajar berpuashati dengan kaedah
pembelajaran masing – masing dan memaklumkan bahawa aplikasi media sosial
ini terutamanya Instagram sangat diminati oleh ramai remaja seperti mereka. Ini
menguatkan lagi tekad untuk saya membuat kajian berkaitan tajuk ini.
6.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
6.3.1 Selepas pelajar menjalani ujian pra, saya telah menilai penguasaan pelajar
dalam mengenali watak tokoh Tun Perak dalam Sulalatus Salatin. Hasil
penilaian awal , saya telah merancang tindakan yang akan dilaksanakan
yang melibatkan guru mata pelajaran KMK dan pelajar kelas 6 Semester 2
Al Khawarizmi i 2019.
6.3.2 Sebanyak dua aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) telah
dirancang bagi menangani masalah pelajar di mana pelajar perlu memasang
aplikasi media sosial Instagram dan telegram dan menyertai grup KMK.
Pelajar perlu mendaftar sebagai ahli dan setiap pelajar mesti tahu password
Instagram kerana setiap pelajar kmk mesti boleh akses ke akaun untuk
tujuan berkongsi bahan mengenai Tun perak sama ada dalam bentuk teks
atau video atau imej di samping dapat berbincang di situ. Saya
membimbing pelajar dengan menerangkan latar belakang teknik ini sejelas-
jelasnya kepada pelajar.
6.3.3 Aktiviti seterusnya ialah memastikan pelajar menjawab soalan dari buku
modul KMK pada peringkat permulaan seterusnya menjawab soalan stpm
tahun lepas. Perbincangan mesti berlangsung di dalam grup telegram atau
instgram. Pelajar perlu mengenalpasti kehendak soalan yang berkaitan
dengan Tun Perak. Setelah itu pelajar perlu menjawab soalan Tun Perak
yang mengaitkan dengan sukatan KMK sama ada pembangunan insan,
masyarakat atau negara.
6.3.4 Bahan yang digunakan untuk melaksanakan kaedah ini ialah fakta tentang
Tun Perak. Samada dalam bentuk teks, gambar atau video. Soalan latihan
modul kmk yang diberikan kepada pelajar. Seterusnya soalan stpm
berkenaan Tun Perak.
6.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN.
6.4.1 Pelaksanaan kajian tindakan telah dijalankan dalam tempoh 5 minggu
melibatkan 20 waktu pengajaran. Penulisan pelaporan memerlukan
masa selama dua minggu.
Minggu Aktiviti Waktu
1 Guru mengajar tajuk pembangunan insan serta tokoh 4
bendahara Tun Perak yang terlibat dengan 4 orang sultan
Melaka. Pelajar mengikuti pelajaran dan pembelajaran
dengan baik
1 Guru mengadakan Ujian Pra bagi menilai kefahaman dan 2
dapatan pelajar.
2 Mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar dan 4
menawarkan pelajar menjadi responden kajian dengan
kaedah penggunaan aplikasi media sosial pada telefon
bimbit pelajar.
3 Guru mengajar berkongsi bahan di media sosial. Kaedah 10
menulis caption pada bahan yang di kongsi. Seterusnya
kaedah perbincangan ilmiah yang santai tidak terlalu
serius supaya pelajar tidak bosan. Pelajar memberi
penumpuan dan aktif di laman Instagram dan telegram
grup kmk. Pelajar mula mengenali dan menghafal watak
Tun Perak.
Ujian Pos dijalankan.
JADUAL 3: PELAKSANAAN AKTIVITI KAJIAN MENGIKUT
MINGGU DAN PERUNTUKAN MASA
6.4.2 Semasa kajian dijalankan, didapati berlaku perubahan tingkah laku di kalangan
pelajar dan guru. Kumpulan pelajar yang disasarkan menunjukkan lebih minat
untuk menjawab lebaran soalan modul semasa pdpc. Mereka semakin mengenali
tokoh dan semakin yakin menjawab soalan. Sekiranya mereka menghadapi
maslah mereka segera merujuk kepada Instagram KMK. Keadaan telah bertukar
daripada keadaan sebelum ini yang mana pelajar tiada idea untuk menjawab
soalan modul apalagi soalan esei STPM.
6.4.3 Guru pula bertambah yakin membimbing pelajar dengan menggunakan kaedah
aplikasi media sosial yang tidak sepenuhnya formal ini dapat mengurangkan
perasan bosan pelajar yang tidak berminat untuk membuka buku teks sulalatus
salatin. Melalui perbincangan dan bantuan bahan imej dan video yang dikongsi
rakan-rakan menyebabkan pelajar cepat mengingati fakta tentang Tun Perak. Dan
ini sangat membantu dalam mengubah mind set pelajar tentang teks tradisional
membosan dan susah difahami itu berubah menjadi sebaliknya.
6.4.4 Pelajar memahami prosedur kajian dan memberi kerjasama yang baik dan
memuaskan.
6.4.5 Terdapat perubahan tingkah laku pelajar apabila saya memperkenalkan kaedah
penggunaan aplikasi media sosial ini apabila pelajar yang agak lemah dan
memperolehi markah rendah dalam ujian pra telah berubah kepada peningkatan
markah masing-masing.
6.5 REFLEKSI KAJIAN
Kaedah penggunaan aplikasi media sosial ini boleh memberikan kesan yang baik dalam
membantu pdpc sekiranya dipantau dan diberi galakan yang berterusan. Proses pelajar
mencari bahan sama ada dalam bentuk teks, imej atau video juga banyak mendidik
mereka dari aspek mencari maklumat disamping secara langsung meningkatkan
kefahaman mereka terhadap tajuk yang diusahakan. Manakala penulisan caption yang
santai diselang seli dengan unsur humor dapat melekat dengan lebih mudah di ingatan
pelajar.Seterusnya dengan perbincangan mengenai watak tokoh dan juga mengenai
latihan yang disediakan menjadikan pelajar lebih memahami tokoh Tun Perak.
Setelah menggunakan kaedah ini dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan,
saya membuat kesimpulan bahawa kebanyakan pelajar dapat mengenali seterusnya
mengingati watak tokoh yang dikaji dengan baik sekali. Pencapaian pelajar dalam ujian
pra dan ujian pos seperti dalam Jadual 1 menunjukkan peningkatan yang agak
memberangsangkan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik penggunaan
aplikasi media sosial ini sedikit sebanyak membantu pelajar meningkatkan keyakinan
diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap isi mata pelajaran KMK terutama teks
tradisional yang dipelajari, di samping menjadikan suasana pdpc lebih ceria dan
menyeronokkan.
Kepekaan seseorang guru amat penting untuk membantu pelajar. Tidak semua
pelajar boleh mengingati fakta seorang tokoh tradisional hanya melalui kaedah
konvensional dengan membaca buku teks sulalatus dan menyalin nota lengkap kerana
kaedah itu memaksa pelajar yang tidak gemar membaca. Aplikasi media sosial ini
merupakan media yang mengandungi unsur kreativiti dan interaktif yang sangat
digemari pelajar. Pelajar sangat menyenangi apabila soalan atau komen mereka di
media sosial mendapat perhatian daripada rakan-rakan.
1.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, didapati terdapat perubahan yang positif
dari aspek amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar. Semoga hasil
kajian ini dapat dimanfaatkan serta memudahkan pembelajaran dan pemudahcaraan
(pdpc) pada masa hadapan.
Antara cadangan kajian tindakan seumpama ini dapat diperluaskan dengan
mengaplikasikan berbagai jenis aplikasi yang semakin banyak yang lebih mesra remaja
lebih intreaktif dan semestinya menarik minat pelajar yang terdiri dari kalangan remaja.
Hari ini kita mendapati hampir kebanyakan remaja memasang aplikasi tik tok. Mungkin
ini juga boleh menjadi platform pembelajaran yang berkesan.Hanya satu perkara yang
harus ditekankan, pada peringkat awal pemantauan yang ketat mesti dilaksanakan
sehingga pelajar seronok berinteraksi sendiri dengan rakan-rakan di media sosial yang
kita jadikan platform khas untuk kmk.
BIBLOGRAFI
A. Samad Ahmad (2005) Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
Modul Pembelajaran dan Pengajaran Kesusasteraan Melayu Komunikasi STPM,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Muhammad Fudhail Ishak (2019). Model Kertas Peperiksaan STPM 922/2
Kesusasteraan Melayu Komunikatif Semseter 2, Local Publications (M) Sdn
Bhd.
Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (2013). Majlis Peperiksaan
Malaysia.
Lampiran 1
( Ujian Pra)
1. Kaji watak Tun Perak dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). (18 markah)
Bil Unsur Nasionalisme Contoh peristiwa Kepentingan kepada
1 Sayang akan negara pembangunan negara
2 Sanggup berkorban
3 Setia kepada pemimpin
4 Memartabatkan
kedaulatan raja dan
negara
5 Sanggup berjuang
6 Mempertahankan
kedaulatan negara
7 Memelihara keselamatan
negara
8 Memajukan negara
9 Menghormati
raja/pemimpin
2. Jelaskan mobiliti menegak mengenai watak Tun Perak. (9 )
3. Tun Perak merupakan antara tokoh yang mempunyai jati diri yang unggul di Melaka
seperti yang tergambar dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Bincangkan bagimana
jati diri Tun Perak itu dapat diterapkan dalam kehidupan anda .(25) STPM 2013
Lampiran 2
Soalan Ujian Pos
1. Jelaskan 5 perwatakan Tun Perak, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang boleh
dijadikan teladan untuk pembangunan insan anda sebagai individu. (25)
2. Kepimpinan penting dalam pembangunan negara kota Melaka. Bincangkan
pernyataan berikut berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). (25)
3. Tun Perak merupakan antara tokoh yang mempunyai jati diri yang unggul di
Melakaseperti yang tergambar dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).
Bincangkan bagimana jati diri tokoh ini dapat diterapkan dalam kehidupan seharian
anda. (25)
Lampiran 3